BRIGED MP SEGAMBUT |
- BURGER KUMBANG DAN ULAT:MAKANLAH
- UMNO DIDIK ANAK MUDA SUKA BERJUDI
- YAMAN MULA DILANDA RADIKAL DAN REVOLUSIONER:LIHAT DEMO INI
- APA:BAWA KELUAR PELAJAR DIMESIRPUN MAHU IKUT PARTI KA...
- BERGAMBAR:TENTERA UPAHAN BERKUDA MESIR BERTEMPUR DENGAN PENDEMO
- AHLI PARLIMEN INI MABUK TODI?
- GARA GARA IBU BADAN TERGADAI
- LAGI ORANG UMNO MAIN TUNCIT DENGAN BINI ORANG
- BAPA DURJANA:ROGOL ANAK DEPAN ISTRI
- PERGI JAHANNAMLAH PERDANA MENTERI
- TAHUN PILIH PAKATAN ATAU BN UMNO
- SALUT KETERBUKAAN PAS
- HUSNI MUBARAK YANG KERAS KEPALA!!!
- KEADILAN SERU RAKYAT TUMBANGKAN UMNO ALA TUNISIA DAN MESIR? BAGAIMANA ANDA?
| BURGER KUMBANG DAN ULAT:MAKANLAH Posted: 03 Feb 2011 08:16 AM PST ![]() KUMBANG antara serangga yang disenaraikan sebagai sumber protein masa depan. SEEKOR ulat kelihatan menonjol dalam sekeping coklat yang sudah dimakan separuh oleh seorang pelajar Belanda, Walinda Van Tol. Dia kemudiannya mencungkil ulat tersebut dan terus mengunyahnya. "Sedap...rasanya seperti kacang!" kata gadis berusia 20 tahun itu bagi meyakinkan rakannya untuk menikmati makanan menyeramkan yang disediakan dalam sebuah seminar. Pada seminar itu diramalkan bahawa larva dan belalang akan dimasukkan dalam menu makanan barat ekoran kenaikan harga stik dan chop. Van Tol dan kira-kira 200 tetamu lain merupakan bahan kajian oleh sekumpulan saintis Belanda yang membuat kajian inovatif ke atas serangga bagi menggantikan haiwan sebagai sumber protein yang lebih sihat dan mesra persekitaran. "Akan tiba harinya Big Mac berharga AS$163 (RM497.80) dan Bug Mac hanya RM50 apabila lebih ramai orang memakan serangga berbanding daging," kata ketua pengkaji, Arnold Van Huis kepada hadirin yang hadir di Universiti Wageningen di Belanda. "Cara terbaik untuk memulakannya ialah dengan mencubanya," tambah beliau. |
| UMNO DIDIK ANAK MUDA SUKA BERJUDI Posted: 03 Feb 2011 07:12 AM PST Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman menegur rakyat Johor yang ghairah berjudi di Singapura sejak akhir-akhir ini. Beliau berkata kerajaan negeri sudah maklum mengenai kelakuan ramai penduduk terutama di Johor Baru yang sering ke Singapura untuk berjudi. "Pihak kasino (di Singapura) dilihat menyediakan pengangkutan bas pelancongan percuma sehingga ke bandar-bandar kecil seperti Kluang dan Pekan Nenas bagi mengumpan penduduk untuk datang berjudi di kasino negara itu," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Persekutuan Tionghoa Johor Baru hari ini. Beliau menasihati rakyat supaya tidak terjerat dengan tabiat berjudi yang boleh meruntuhkan ekonomi dan institusi keluarga. Isu judi dibangkitkan oleh Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu, Lim Ik Kim yang berucap sebelum Ghani di majlis tersebut. Beliau menggesa kerajaan negeri supaya mengawal dan memantau penduduk Johor yang pergi ke Singapura untuk berjudi. "Kami menganggap ini sebagai masalah sosial yang sangat serius kerana sejumlah besar yang terlibat meminjam wang dengan Ah Long untuk menjelaskan hutang judi mereka," kata Lim. Selain itu beliau berkata masyarakat Cina di Johor Baru dijangka menghadapi kekurangan kawasan jirat dalam tempoh lima tahun lagi berikutan pertambahan penduduk tempatan dan migrasi penduduk dari negeri lain. Katanya kebanyakan tanah jirat milik persatuan Tiong Hua yang dibuka sejak 1960-an di daerah Johor Baharu sudah hampir habis digunakan. - Bernama |
| YAMAN MULA DILANDA RADIKAL DAN REVOLUSIONER:LIHAT DEMO INI Posted: 03 Feb 2011 06:21 AM PST Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini – menamakan himpunan sebagai "hari berang" sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup. Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini – mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir. Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad. Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang. |
| APA:BAWA KELUAR PELAJAR DIMESIRPUN MAHU IKUT PARTI KA... Posted: 03 Feb 2011 05:07 AM PST Dewan Pemuda PAS Pusat berharap usaha membawa pelajar Malaysia keluar dari Mesir bukan hanya kepada pelajar berdaftar dengan kementerian sahaja, malah semua rakyat Malaysia di sana. Harapan tersebut dizahirkan Ketuanya, Nasrudin Hassan disamping mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang berusaha membantu membawa keluar rakyat Malaysia dari negara teluk yang sedang bergolak itu."Namun Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan ia adalah pertolongan yang menyeluruh tanpa diskriminasi kepada pelajar persendirian dan juga pelajar yang tidak berdaftar dengan kementerian justeru mereka juga adalah rakyat Malaysia. Kerajaan semalam melancarkan Operasi Piramid bagi membawa keluar lebih 11,000 rakyat, terutama pelajar dari negara bergolak Mesir ke Jeddah, Arab Saudi dengan menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) serta pesawat dan kapal syarikat swasta ke negara itu. Operasi diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud, membabitkan tiga pesawat C130 Hercules TUDM, sebuah pesawat Boeing 747 MAS dan Airbus A320, A330 dan A340 milik AirAsia, kapal KD Bunga Mas 5 TLDM yang berada di Teluk Aden, berhampiran perairan Somalia serta kapal dagang Malaysia International Shipping Cooperation Berhad (MISC), dijangka membawa keluar rakyat Malaysia dalam tempoh empat hingga lima hari, mulai jam 6 pagi ini waktu Mesir (kira-kira jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia). Dalam perkembangan berkaitan, Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini. Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini. Sehubungan itu, orang ramai turut dijemput hadir menyertai himpinan tersebut. |
| BERGAMBAR:TENTERA UPAHAN BERKUDA MESIR BERTEMPUR DENGAN PENDEMO Posted: 03 Feb 2011 01:15 AM PST ![]() Suasana di Kaherah semalam apabila penyokong dan anti-Hosni Mubarak bertempur ketika demonstrasi masuk hari kesembilan meminta presiden itu meletakkan jawatan. — Foto Reuters ![]() Penyokong Presiden Hosni Mubarak memasuki kawasan Dataran Tahrir dengan menaiki kuda untuk mendesak puak antipemimpin itu bersurai dan tidak meneruskan demonstrasi. — Foto ihsan msnbc.com Kumpulan anti-Hosni menuduh rejim presiden itu menggunakan kumpulan samseng dan anggota polis berpakaian preman bertempur dengan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi buat hari kesembilan semalam, meminta Hosni meletakkan jawatan dengan segera. "Selepas revolusi kami, mereka menghantar orang-orang mereka ke sini untuk bertempur dengan kami," kata seorang peguam Ahmed Abdullah, 47, yang turut menyertai demonstrasi di Dataran Tahrir. "Mengapa mereka mahu kami bergaduh sesama sendiri, dengan satu dunia menyaksikan apa yang berlaku di sini?" katanya. Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Farid berkata sekurang-kurangnya 600 orang cedera dalam keganasan semalam. Salah seorang yang terbunuh merupakan askar yang terjatuh dari jambatan, kata menteri itu. Dr. Mona Mina, pakar perubatan di klinik kecemasan di kawasan kejadian memberitahu Reuters bahawa lebih 1,500 orang cedera. Dalam pada itu, Dr. Hatem Aly dari Hospital Gamaet Ein al-Shams di sini memberitahu bahawa kebanyakan yang cedera merupakan kumpulan anti-Hosni. Tentera yang mengambil sikap tunggu dan lihat sejak demonstrasi seminggu lalu, yang diadakan secara aman, terus menyiarkan mesej menerusi televisyen semalam meminta orang ramai meninggalkan kawasan demonstrasi atas alasan "kumpulan ganas" mahu membakar dataran itu. Dalam pada itu, awal pagi tadi (waktu Mesir) bunyi tembakan turut kedengaran di Dataran Tahrir. Penunjuk perasaan terus menggesa agar Hosni meletakkan jawatan meskipun mandat penggal kelima beliau berakhir September ini. Selasa lalu beliau berjanji tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan September ini. Lewat malam tadi, Naib Presiden Mesir Omar Suleiman menggesa kesemua mereka yang menyertai demonstrasi jalanan agar pulang ke rumah masing-masing dan "mematuhi perintah berkurung" yang dikuatkuasakan. Keganasan yang disaksikan semalam turut menerima kritikan Perdana Menteri Britain David Cameron, lapor BBC. |
| Posted: 03 Feb 2011 12:17 AM PST ![]() N. Gobalakrishnan menasihat PAS dan DAP: "Muhasabah diri". "Jika tidak, mereka tidak pertahan. Jika mereka tidak bercakap kepada Anwar... mereka tidak akan pertahan. Tiada boleh," kata Gobalakrishnan yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas dengan mengikut langkah lima ahli Parlimen PKR sebelum ini. Gobalakrishnan mendakwa tindakan Anwar melindungi Azmin secara berterusan dengan mudah melemahkan PKR dan perkembangan itu akan membawa kepada kejatuhan PR kelak. "PKR yang lemah akan membawa kepada Pakatan yang lemah kerana Anwar adalah ketua yang dilantik... beliau sepatutnya mengikut keputusan (dibuat), dia sepatutnya berkecuali memandangkan beliau perdana menteri Pakatan (jika berkuasa)," katanya lagi. Bagaimanapun Anwar dengan ketara kelihatan mengorbankan apa sahaja termasuk sokongan masyarakat India, Melayu dan juga mereka dari Sabah dan Sarawak untuk menaikkan Azmin. "Jadi beliau terus berbuat demikian, PKR akan musnah dan begitu juga Pakatan kemudian," kata beliau. Kelmarin, pemimpin-pemimpin PKR menegaskan parti sanggup kehilangan pemimpin-pemimpinnya yang rasis termasuk yang terbaru Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar parti itu Sabtu lalu. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Gobalakrishnan baru-baru ini telah menuduh berkali-kali bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu meminggirkan masyarakat India. "Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin (juga) menuduh PKR mengabaikan masyarakat Melayu. "Tuduhan-tuduhan bercanggah ini membuktikan bahawa pemimpin yang masih terperangkap dengan mentaliti perkauman tidak sesuai berada dalam PKR, yang merupakan parti politik pelbagai kaum yang progresif," kata beliau. Gobalakrishnan, 50, mengisytiharkan dirinya keluar PKR Sabtu lalu dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Gobalakrishnan berkata, "saya sudah fed up (bosan) dengan Anwar serta Azmin, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR." Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai. Katanya, amat sesuai sekali pemimpin seperti Gobalakirshnan yang masih lagi terperangkap dengan mentaliti lapuk untuk keluar parti. "Rakyat akan menilainya dalam pilihan raya umum akan datang dan PKR sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan," katanya lagi. Mengulas lanjut, Gobalakrishnan berkata PR seharusnya memutuskan "apa yang perlu dilakukan dengan Anwar" dan bertanya kepada ketua umum itu mengapa beliau memberikan begitu banyak ruang kepada bekas setiausaha sulitnya. Katanya, pemimpin-pemimpin PR juga seharusnya mempertimbangkan untuk memberitahu Azmin bahawa beliau harus meninggalkan politik demi kebaikan semua. "Beritahu beliau supaya lebih baik jadi ahli perniagaan kerana sekarang keseluruhan ekonomi Selangor dikuasai Azmin dan kroni-kroninya," kata beliau. "Jika pemimpin-pemimpin Pakatan masih merasakan Anwar masih diperlukan dan masih relevan, maka mereka harus memintanya memilih antara Azmin dan Pakatan," katanya. Katanya, jika Anwar tidak sanggup untuk membiarkan Azmin pergi, maka beliau pula harus meninggalkan politik dan PR. Malah kata beliau, pentadbiran Selangor juga sudah mula "tunggang-langgang" disebabkan peranan Anwar-Azmin dan mendakwa rasuah kini didapati di semua peringkat. "Rasuah tidak semestinya dalam bentuk rasuah secara langsung... ia juga dalam bentuk kronisme dan nepotisme, apabila perkara ini diperkenalkan, maka datanglah rasuah," katanya lagi. Anwar merupakan penasihat ekonomi Selangor manakala Azmin merupakan Adun Selangor dan ketua PKR negeri itu. |
| Posted: 02 Feb 2011 09:20 PM PST OPERASI...penjual karpet warga asing di Jitra. "Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita," kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29. Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu. "Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat. "Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam. Hashimah berkata, kerana tiada pilihan selain bimbang nasib keluarganya terancam dia hanya mengikut kata-kata lelaki itu dan keluarganya. Menurutnya, majlis pernikahannya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri saudara-maranya serta beberapa rakan lelaki itu. "Majlis kenduri termasuk akad nikah diadakan di rumah saya dan ia dibuat secara kecil-kecilan," katanya. "Dia beli sehelai karpet daripada rakannya RM65, tetapi menjualnya kepada orang kampung sehingga RM400 dengan mendakwa ia berkualiti selain sukar didapati di negeri ini. "Saya anggap ibu dan ramai penduduk kampung yang membeli karpet daripada suami saya tertipu," katanya. Hashimah yang bekerja di sebuah pasar mini, dekat sini, berkata sejak itu dia mula meragui suaminya, malah mendakwa penjual karpet dari Pakistan datang ke negara ini hanya untuk berkahwin dengan gadis tempatan sebelum meninggalkan mereka. "Apa yang berlaku ke atas saya mengaibkan, namun saya sedia mendedahkan untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengalami nasib sama," katanya. Sementara itu, Harian Metro turut menemubual seorang Mat Karpet warga Pakistan di Jitra yang ketika itu rancak menjual permaidani kepada penduduk di Kampung Padang Sera, di sini. Mat Karpet yang dikenali sebagai Bakti, 47, itu berkata, dia sudah lama menjual karpet di bandar ini, Jitra dan Perlis dengan menunggang motosikal sendirian sejak 20 tahun lalu sehingga mendapat taraf kerakyatan negara ini. Katanya, karpet yang dijualnya itu buatan China yang dijual RM300 hingga RM500 sehelai dan pelanggan akan membayar ansuran RM30 hingga RM40 sebulan kerana tidak berkemampuan. "Ada juga pelanggan tidak membayar ansuran bulanan, tetapi saya kasihan kerana ramai antara mereka orang susah. "Ramai juga rakan saya yang menjual karpet berkahwin dengan gadis tempatan kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar hutang dan itu cara untuk melangsaikan hutang," katanya yang mengakui lebih 10 rakannya menjalankan kegiatan menjual karpet di negeri itu. Bakti mengakui harga sebenar karpet dijualnya jauh lebih murah, tetapi disebabkan mahu mengambil untung dan kos pengangkutan dia menjualnya pada harga tinggi. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail mengesahkan menerima lebih 20 aduan penduduk tempatan yang tidak puas hati dengan peniaga karpet, kebanyakannya rakyat Bangladesh, Pakistan dan Indonesia. "Bagaimanapun, kes membabitkan peniaga karpet dari Pakistan yang dikesan bernikah dengan gadis tempatan hanya dua iaitu di Kulim dan Kuala Kedah," katanya. Yusoff berkata, lelaki warga asing terbabit kebiasaannya menjual karpet pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran walaupun tidak bermutu tinggi. "Biasanya, mereka akan memujuk pelanggan supaya membeli karpet dan boleh membuat bayaran secara ansuran serendah RM20 setiap bulan. "Kes ini kebanyakannya dikesan di luar bandar membabitkan pembeli yang tidak mampu membeli secara tunai. Apabila mereka gagal melunaskan hutang, Mat Karpet memberi pilihan supaya dikahwinkan dengan anak gadis mereka dan semua hutang termasuk bunga yang tinggi dikira selesai," katanya. |
| LAGI ORANG UMNO MAIN TUNCIT DENGAN BINI ORANG Posted: 02 Feb 2011 07:49 PM PST Assalamualaikum wr wb, Nor Aishah Binti Samah, Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science. Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun. Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan". Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa" Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang. Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini. Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242. Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli Yang Benar Alangazizsham - sumber - bujang susah |
| BAPA DURJANA:ROGOL ANAK DEPAN ISTRI Posted: 02 Feb 2011 03:55 PM PST Seorang bapa kepada sembilan anak dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun tiga bulan, hujung tahun lalu. Hakim Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu berjalan secara berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Januari lalu. Tertuduh yang bekerja di sebuah kedai makan, didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun tiga bulan itu di dalam bilik di rumahnya dalam empat kejadian berasingan iaitu pada pukul 4 petang,awal November 2010, pukul 10 malam pertengahan November 2010, pukul 3 petang Disember 2010 dan pukul 2 petang 23 Januari lalu. Tertuduh kelihatan tenang ketika menerima hukuman mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan. Mengikut fakta kes, tiga kejadian rogol yang dilakukan secara paksa terhadap anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu telah disaksikan oleh ibu mangsa. Bagaimanapun perbuatan tersebut gagal dihalang selepas lelaki itu bertindak memukul isterinya. Pada Disember 2010, pukul 3 petang, tertuduh sekali lagi merogol anaknya ketika isterinya tiada di rumah. Ibu mangsa kemudian terpaksa meminta bantuan daripada jiran untuk membuat laporan di balai polis berdekatan dan tertuduh akhirnya ditangkap pada 27 Januari lepas di rumahnya. Mohamad Sekeri ketika menjatuhi hukuman itu berkata seorang bapa seharusnya bertindak sebagai pelindung kepada anak-anak bukannya merosakkan mereka. "Perbuatan kamu ini akan menjadi titik hitam kepada anak kamu sepanjang hayat," katanya. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon hukuman terhadapnya diringankan kerana dia benar-benar insaf akan perbuatannya itu. "Saya juga menghidap darah tinggi serta sakit jantung, saya merayu hukuman berjalan serentak bermula daripada tarikh ditangkap," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Loon Jia Yian memohon hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dengan menitikberatkan faktor kepentingan awam. "Kesalahan tertuduh bukan hanya menyebabkan trauma kepada mangsa tetapi juga kepada keluarga tertuduh. "Perbuatan itu sama sekali tidak boleh diterima masyarakat, justeru itu saya memohon hukuman yang dikenakan berjalan secara berasingan," katanya. — Bernama |
| PERGI JAHANNAMLAH PERDANA MENTERI Posted: 02 Feb 2011 02:27 PM PST |
| TAHUN PILIH PAKATAN ATAU BN UMNO Posted: 02 Feb 2011 01:16 PM PST KUALA LUMPUR, 2 Feb — PKR, parti pelbagai kaum berharap, sementara masyarakat Cina menyambut Tahun Baru esok rakyat akan membuat keputusan bijak dalam menentukan masa depan politik dengan memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan tahun ini. Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau berharap agar ia menjadi kayu ukur sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihahan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan tahun ini. Kata Dr Wan Azizah (gambar), tahun ini adalah tahun penentu dan sudah tiba masa rakyat membuat keputusan bijak sama ada mahu terus bersama pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat. "Tahun ini adalah tahun penentu memandangkan besar kemungkinan pilihan raya umum mungkin diadakan. "Inilah masanya rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang maju ke hadapan. Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan yang mencerminkan sebuah negara yang benar benar merdeka dari segi politik, ekonomi dan sosial," katanya dalam perutusan Tahun Baru Cina. "Semoga Tahun Baru Cina diraikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Tahun ini adalah tahun arnab, ia melambangkan sifat-sifat yang peka,bijaksana, diplomatik lagi berseni. "Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulen di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum. Hanya dengan keharmonian sejati maka agenda besar membina sebuah masyarakat bertamadun akan tercapai," katanya. Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghoa. "Tahun arnab bagi masyarakat Cina adalah tahun keempat dalam kalendar mereka. Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan. "Adalah dinasihati sepanjang tahun arnab ini sememangnya baik tumpuan diberi kepada keluarga, keselamatan mereka dan berusaha membangun lingkungan yang aman," katanya. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Pakatan Rakyat akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin. "Saya yakin hasrat yang demikian murni, iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan. "Pakatan Rakyat juga berusaha keras setiap masa demi memastikan hasrat tersebut terlaksana," katanya. |
| Posted: 02 Feb 2011 12:15 PM PST KUALA LUMPUR, 2 Feb — Pakatan Rakyat akan memutuskan parti yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka 7 Februari ini. Perikatan tiga parti itu akan mengadakan mesyuarat kepimpinan tertinggi pada Isnin. Kedua-dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengesahkan pertemuan itu yang akan menentukan sama ada parti itu atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding di kerusi itu. "Kalau ikut status quo 2008, memang PAS akan meletakkan calon tapi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat itu. "Kita akan umumkan selepas mesyuarat itu selesai," kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Sementara itu, Mahfuz menjelaskan beliau baru dimaklumkan mengenai mesyuarat itu dan menjangkakan pilihan raya DUN Merlimau akan dibincangkan. "Saya baru dapat mesej kata ada mesyuarat pada 7 Februari ini tapi tidak dimaklumkan apa agendanya. "Tapi pilihan raya kecil Merlimau akan dibincangkan dalam mesyuarat itu," katanya. PKR sebelum ini berminat untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS dengan meletakkan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin. Shamsul Iskandar juga merupakan ketua PKR Melaka. PKR mahu meletakkan calon mereka meskipun Pakatan Rakyat merasakan wajar menurunkan semula wakil PAS pada pilihan raya kecil ke-15 itu sejak Mac 2008. Kerusi itu ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum Mac 2008 dan empat tahun sebelumnya calon PKR. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. |
| HUSNI MUBARAK YANG KERAS KEPALA!!! Posted: 02 Feb 2011 11:07 AM PST ![]() Hosni Mubarak REPUBLIKA.CO.ID,KAIRO-Jika Presiden Hosni Mubarak menyampaikan pidato yang sama sebulan lalu, ia pasti akan disambut dan dipuji oleh rakyat dan para aktifis reformasi. Betapa tidak, selama ini rencana pencalonan kembali Mubarak untuk mengenyam periode kepresidenan keenam bukanlah rahasia, meski Mubarak sendiri memiliki kendala kesehatan. Rencana ini selalu digadang-gadang para pejabat.Namun, semuanya terlambat. Pidato Mubarak Selasa malam dikecam oleh lawan-lawan politiknya sebagai sesuatu yang tak patut di tengah aksi rakyat yang meminta dirinya mundur secepatnya. Dalam pidatonya, Mubarak menegaskan tak akan mundur dan akan menghabiskan masa jabatannya hingga September. "Rakyat telah berbicara. Mereka mengatakan 'tidak' kepada Mubarak, dan mereka tak akan menarik kata-kata mereka," ungkap Saad el-Katatni, anggota senior Ikhwanul Muslimin, kelompok oposisi utama Mesir. "Cukup penderitaan. Dia harus mundur, dan biarkan Mesir menentukan nasibnya sendiri." Sementara itu, Ayman Nour, mantan kandidat presiden, mengatakan Mubarak jelas tak menangkap pesan rakyat. "Kekeraskepalaan ini akan berakhir menjadi bencana," katanya. "Dia tak akan mencalonkan diri hanya karena masalah kesehatan. Tak ada sesuatu yang baru." Pidato Mubarak tak mengendorkan demonstrasi. Rakyat Mesir, Rabu, tetap membanjiri Taman Tahrir menuntut Mubarak mundur. |
| KEADILAN SERU RAKYAT TUMBANGKAN UMNO ALA TUNISIA DAN MESIR? BAGAIMANA ANDA? Posted: 02 Feb 2011 10:06 AM PST Pimpinan KEADILAN menyeru rakyat bersedia membuat perubahan seperti mana yang berlaku di Tunisia dan Mesir berikutan gelombang kebangkitan rakyat di negara berkenaan menumbangkan kerajaan diktator. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, di rantau ini, kejatuhan pemimpin yang bersifat kuku besi bukan sesuatu yang baru kerana situasi itu pernah berlaku di Filipina dan Indonesia. "Kebangkitan Rakyat Mesir, rakyat Tunisia membuktikan mereka sudah muak dengan pemerintahan diktator yang berlaku. Akhirnya rakyat di negara itu terpaksa mengambil tindakan sendiri. "Ini adalah amaran kepada banyak lagi pemimpin diktator di Timur Tengah, di Asia termasuk negara kita sendiri," kata Tian dalam ceramah Jelajah Pimpinan Keadilan yang diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi. Menurut Tian Chua, di Malaysia, Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan sejurus selepas memenangi Pilihan Raya Kecil di Tenang baru-baru ini apabila bertindak menaikkan harga minyak yang sekali lagi membebankan rakyat. Namun katanya, apabila Pakatan Rakyat menawarkan janji program 100 hari bagi membolehkan nasib rakyat dibela, kerajaan mengatakan Pakatan akan menjadikan negara muflis. "Apabila CEO Syabas di bayar RM400,000 sebulan tidak membazir, Rosmah belanja RM150,000 semalam tinggal di hotel mewah tidak membazir, RM5.4 bilion untuk pembinaan menara 100 tingkat tidak membazir. "Tetapi apabila kita naikkan gaji guru dalam buku Jingga, kita kata nak turunkan harga minyak, itu dikatakan akan bankrapkan negara," ujarnya. Sementara itu Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru golongan muda di negara ini supaya sedia melakukan perubahan seperti mana yang berlaku di Tunisia dan Mesir. "Gelombang perubahan yang berlaku di Tunisia dan Mesir bukan dipimpin oleh ahli politik yang lapuk dan usang tetapi oleh golongan muda, mereka golongan muda yang menggunakan teknologi internet di facebook, twitter dan sebagainya," "Bila kita boleh lihat gelombang itu berada di Malaysia di lakukan anak-anak muda," tegas beliau. Nik Nazmi turut mengulas laporan Global Financial Integrity yang mendedahkan sebanyak RM888 bilion pengaliran wang haram akibat rasuah dan masalah ketirisan di negara ini. Kata beliau, jumlah itu bersamaan 150 buah KLCC yang boleh dibina di negara ini. "Ini lah yang akan membankrapkan negara kita, ini lah yang akan menyebabkan rakyat menderita setiap hari akibat peningkatan harga minyak dan harga barang," ujar beliau. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Harapan tersebut dizahirkan Ketuanya, Nasrudin Hassan disamping mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang berusaha membantu membawa keluar rakyat Malaysia dari negara teluk yang sedang bergolak itu.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan