Ada Kebenaran Najib Burukkan Ikhwan MusliminNAJIB Razak menjawab dan menjelaskan tohmohan dan dakwaan kononnya beliau telah melemparkan kata-kata kurang cerdik ke atas Yusuf Al Qardhawi dan Ikhwan Muslimin di Mesir dengan mengatakan Ikhwan Muslimin dan Al Qardhawi membantu keganasan. Najib menafikan yang beliau ada mengadakan Ikhwan Muslimin sebagai gerakan militan dan ekstremis.
Kata Najib apa yang berlaku iaialah beliau menasihat Ikhwan Muslimin supaya membuang persepsi ganas dan militan yang dicapkan kepada gerakan tersebut dan menyertai pilihan raya demokrasi. Kata Najib persepsi itu adalah persepsi umum bukan darinya.
Semalam timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal atas kritikan Najib kepada Ikhwan Muslimin. Kritikan itu dikesani disiarkan dalam web National Review Online.
Dalam jawaban dan penjelasan di Kerdau siang tadi Najib tidak menafikan beliau ada berckap mengenai hal itu. Najib tidak kata yang laporan itu bertujuan untuk memburukkan Ikhwan Muslimin. Tetapi apa yang dijelaskan beliau tidak berkata seperti mana dilaporkan itu kemudian diulas oleh Nasharudin dan Anwar.
Baiklah... apabila Najib memperakui bahawa persepsi negatif itu persepsi umum kemudian beliau memberi nasihat berpandikan pandangan umum itu ini bermakna beliau menerima persepsi itu. Kalau Najib tidak menerima beliau tidak akan memberi nasihat kepada Ikhwan Muslimin itu seperti mana dijelaskan.
Salahnya Najib di sini secara tidak langsung beliau mengikhtiraf pandangan umum. Soalnya pula pandangan itu dari pihak mana? Bukankah ianya datang dari Amerika Syarikat dan Israel yang sangat benci dan bimbang dengan kebangkitan Ikhwan Muslimin? Pandangan jahat terhadap Ikhwan Muslimin seperti itu tidak datang dari gerakan Islam dan negara Islam lain di seluruh dunia. Saya tidak tahulah kalau Umno pimpinan Najib turut mempunyai pandangan berkenaan.
Satu yang kena ingat kewujudan Hizbul Muslimin sebuah parti yang bersemangatkan Islam di negara ini pernah diharamkan oleh penjajah British. Pengharaman itu disokong sepenuhnya oleh Umno yang merasakan parti pimpinan Abu Bakar Baqir itu dirasakan boleh mengugat Umno. British menggelarkan Hizbul Muslimin ini sebagai 'hubaya' dari gunung. Sikap Umno terhadap pengharaman Hizbul Muslimin itu menyebabkan Umno dianggap anti Islam atau parti sekular.
Seperkara lagi yang boleh dimusykilkan, penjelasan Najib yang konon beliau tidak beranggapan begitu kepada Ikhwan Muslimin juga akan dipertikaikan sejauh mana keikhlasan dan kebenarannya. Saya tidak pun ternampak pandangan dan ulasan Najib berhubung Ikhwan Muslimin itu disiarkan dalam mana-mana media massa negara ini. Beberapa agensi berita telah menyertai rombongan ramsi Najib ke Turki tempat di mana beliau mengeluarkan kenyataan itu tetapi tidak ada ulasan dan penyiaran ke atas kenyataan itu.
Apakah ianya sudah ditulis oleh wartawan tetapi ditapis untuk pernyiarannya. Saya yakin kalau web bebas itu boleh dipengaruhi kenyataan itu juga tidak akan disiarkan sebab ia memberi implikasi kepada perdana menteri Malaysia itu khasnya di negara Arab dan oleh gerakan Islam lainnya.
Kalau kenyataan dan pandangan Najib terhadap Ikhwan Muslimin itu tidak ada motif politik, atau positif kenapa ia tidak dilaporkan dalam media massa negara ini? Di sini menyebabkan saya merasakan tanggapan Anwar dan Nasharudin terhadap Najib yang menghina Ikhwan Muslimin itu semacam ada kebenarannya, atau ada asasnya.
Justeru permintaan agar Najib memohon maaf kepada Ikhwan Muslimin dan Yusuf Al Qardhawi adalah dirasakan perlu. Bukan itu saja Najib juga perlu meminta maaf kepada umat Islam lainnya kerana penghinaan kepada Ikhwan Muslimin sebagai menghina mereka sama. Umum tahu Ikhwan Muslimim adalah gerakan Islam di Mesir yang sudah lama berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kerajaan diktator dan munkar pimpinan Mubarak yang disambung dari rejim sebelum ini. [wm.kl.8:40 pm 27/02/11]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan