. |
| Posted: 27 Feb 2011 02:13 AM PST Memang Terasa Berlaku Kelesuan Di Pihak Pakatan Rakyat SAHABAT saya Norizan Sharif telah post satu catatan kecil yang penting untuk direnungi oleh semua pihak khasnya parti Pakatan Rakyat. Catatan beliau di sini, menunjukkan sokongan atau pun kemarihan di laman soaisal Fb dan blog sokongan terhadap Pakatan Rakyat berkurangan. Norizan memberi runjukkan khas kepada kedua pilihan raya kecil yang berlangsung kini. Beliau membuat perbandingan dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Kuala Terengganu, Terengganu. Katanya ternyata kemeriah dan sokongan menerusi laman sosial kini berpihak kepada UBN. Laman-laman sosial yang menyokong UBN lebih bersemangat dan sepakat dalam membuat kecaman dan serangan terhadap Pakatan Rakyat. Serangan mereka juga berangkaian seolah diolahkan begitu profesional sekali. Tentu orang Pakatan Rakyat terutamanya para penagih blog Pas akan marah bila kenyataan ini didedahkan. Mereka tidak senang dengan fakta yang berlaku. Dalam pada itu mereka akan tuduh bahawa bloger UBN diupah dan sebagainya. Tidak dinafikan kalau itu berlaku? Tetapi pokoknya di sini itulah realiti bahawa bloger Pakatan Rakyat sudah malas untuk menulis dan dan kreatif membuat laporan. Ada juga yang sudah hilang kerajinan dan keletihan manakala bloger Pakatan jadi lebih bersemangat. Tentunya kalau upah dan imbuhan yang dihulurkan, besar lagi bersemangatlah jadinya. Saya setuju dengan apa yang berlaku kini seperti mana diselidiki Norizan itu. Saya rasa ada beberapa sebab kenapa kesungguhan dan kerajinan bloger pakatan itu sudah hilang. Kalau perasaan saya sudah menulis dalam cacatan baru-baru ini dibawah tajuk, ah lupa... selaklah sendiri (saya juga ditimpa sindrom malas, tetapi aia tidak ada kena mengena dengan persoalan dikatakan itu). Dalam catatan itu saya sudah mendedahkan kenapa itu berlaku dan di mana kesilapannya. Saya kira Pakatan Rakyat gagal melayani para bloger yang menyokong mereka. Mereka tidak memberi satu layanan dan peraian yang bermakna kepada para bloger. Pakatan selamanya mengira bloger akan bekerja dengan penuh keikhlasan. Mengharap kepada keikhlasan rasanya tidak begitu tepat lagi apa lagi kalau bloger nampak yang pemimpin PR diri ada yang tidak ikhlas, dan hanya suka memerah susu dan perah kepala untuk dapat santan saja. Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh bloger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya bloger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit. Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para bloger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu saja. Ada juga himpunan yang diraikan oleh Nik Aziz tetapi sayangnya kesempatan itu tidak digunakan untuk memikir bagaimana menggerakkan bloger menjadi agen dan propagandis Pakatan yang baik. Pertemuan setakat makan, bersalam dan bergambar dengan pemimpin itu saja, lepas balik masing-masing hanya pos dalam wall Fb saja tetapi tidak ada yang mengulas dan memperpanjangkan ke dalam blog. Kelemahan bloger atau laman sosial Pakatan itu rakyat itu seperti mana kata Norizan itu ialah kerana ia tidak diurus ataupun dipandu secara sistemetik dan setengah menulis ukut perasaan dan jari saja. Inilah kelemahan Pakatan Rakyat menyebabkan apa yang disuarakan Norizan Sharif itu berlaku. Tititk di sinis sebab saya juga agak malas untuk menyatakan sesutau yang tidak mahu didengari! [wm.kl.6:20 pm 27/02/11] |
| Posted: 26 Feb 2011 04:32 AM PST Kecam Yusuf Al Qardhawi Najib Tidak Cerdik TIMBALAN Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa begitu kesal dan terkilan dengan kenyataan Peradna Menteri, Najib Razak yang menuduh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai parti ekstremis dan terlibat dengan keganasan. Najib dikatakan telah membuat kenyataan itu yang disiarkan dalam laman web National Review Online.Sehubungan itu Nasharudin meminta Najib menarik balik tuduhan berkenaan yang dianggap sebagai kenyataan yang tidak cerdik. Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikirimkan ke email saya baru sekejap tadi; Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama' terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis. Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema "Penglibatan dan Bukan Penguasaan" disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir. Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir. Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat. Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku. Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir. Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.Sempena majlis sambutan Ma'al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya. Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera. Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran. Disediakan oleh NASHARUDIN MAT ISA, Timbalan PresidenParti Islam SeMalaysia [wm.kl.8:30 pm 26/02/11] |
| You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan