Ahad, 20 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Semangat Rakyat Dorongan Untuk Meneruskan Perjuangan, kata Anwar

Posted: 20 Feb 2011 01:10 AM PST

SEBERANG PERAI 20 FEB : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keyakinan terhadap semangat rakyat Malaysia menjadi pendorong untuk beliau meneruskan perjuangan membela mereka yang tertindas meskipun berdepan dengan perbicaraan fitnah dan serangan peribadi yang berterusan dari Umno dan media arus perdana.

Berucap kepada lebih 10,000 di sini malam tadi, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau tetap akan mendokong perjuangan itu dan tidak akan 'lari' walaupun berhadapan dengan jentera kerajaan dan Umno yang cukup besar.

"Tak perlu gaduh, saya tak lari. Kalau saya nak lari tahun 1998 saya dah lari dah. Ini datang pilihanraya akan datang saya nak tengok siapa yang lari. Datuk Najib tak perlu risau macam saya cakap dulu nak lantik dia jadi Duta Besar Malaysia ke Mongolia." kata Anwar disambut tepukan dan sorakan gemuruh hadirin di Padang Awam Taman Gemilang Seberang Jaya.


Anwar berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan terus mengangkat konsep keadilan yang dituntut oleh Islam demi memberi pembelaan kepada semula lapisan rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Sambutan hangat kepada ceramah perdana Anwar menzahirkan sokongan mantap akar umbi terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau saban hari mengharungi asakan pemimpin-pemimpin Umno serta media kawalan pemerintah dalam cubaan untuk menghakis sokongan terhadap beliau.

Anwar juga berdepan dengan perbicaraan liwat untuk kali kedua yang sekali lagi diwarnai dengan keterangan-keterangan bercanggah oleh doktor pakar dan pengadu serta kekangan mendapatkan dokumen.

Pendakwaraya juga enggan memanggil Najib Razak sebagai saksi yang menemui Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau melontar tuduhan fitnah itu terhadap Anwar pada tahun 2008.

Namun bagi Anwar, semua permasalahan yang dihadapinya tidak menghalang beliau untuk terus bergerak ke seluruh pelusuk negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat atas keperluan menamatkan era pemerintahan BN yang disalut dengan kronisme dan rasuah di bawah kepimpinan Najib.

Hubungan antara kaum sejak dua tahun lalu, juga dilaporkan semakin terjejas dengan Najib memberi ruang kepada pertubuhan-pertubuhan seperti Perkasa dan akhbar Utusan Malaysia membakar sentimen perkauman dengan memutuarbelitkan isu-isu tertentu demi menarik sokongan orang Melayu terhadap Umno.

Badan kehakiman kembali tercalar dan Peguam Negara serta polis sekali lagi dijadikan 'aparatus' untuk menzalimi rakyat sebagaimana yang terbukti dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan tahanan-tahanan dalam lokap polis.

Merujuk kepada pendakwaan yang dihadapinya sendiri, Anwar dengan sinis mengatakan beliau tidak akan lari walaupun menghadapi pendakwaan fitnah dan pemimpin Umno mahu menghumbannya kembali ke penjara.

"Apa macam drama ini? Kalau di dunia lain, dah lama kes seperti ini dibuang. Saya nak beritahu Najib dan Rosmah jangan takbur. Ikut undang-undang. Jangan aniaya orang," katanya.

Anwar berkata beliau bersyukur rakyat dan masyarakat antarabangsa menolak fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan media arus perdana,

Kita kena ingat, penghayatan begitu rupa. Saya minggu lalu bercakap di A.S disambut baik. TV 3 tak keluar, tak apa..Macam TV Mesir. sebab itu saya nak ingatkan, Utusan pun jangan sombong dan takbur sangat," katanya. - tvs

Pemimpin Umno Ikuti Ceramah Anwar, Pencacai Tunggu Apa Lagi??

Posted: 19 Feb 2011 10:43 PM PST

Akhirnya.. kenalkah anda siapa dia dan dua orang lagi yang bersamanya itu??

Jika pemimpin UMNO sendiri telah mula terbuka hati mereka untuk mendekatkan diri dengan Pakatan Rakyat Pulau Pinang,mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin dari PKR yang lain dan duduk bersila dihadapan pentas bersama ribuan rakyat .. mengapa pencacai UMNO masih berdegil menolak Pakatan Rakyat??

Baca di sini

Blogger Umno Gila Babi Bila Ramai Artis Sertai Pas

Posted: 19 Feb 2011 10:30 PM PST


Astro Jangan Jadi BUTA..!!! Rais Yatim Tolong...!! Artis Masuk PAS, Kenapa Masih Diberikan Keistimewaan...??

Sudah tiba waktunya, pihak pihak yang terlibat dengan bidang penyiaran memandang isu artis menyokong pembangkang sebagai satu perkara penting... Kenapa kita harus memberikan mereka ruang dan peluang untuk mengumpul kekayaan dengan pelbagai kerja dan kontrak sekiranya boleh diberikan keutamaan kepada artis artis lain yang tidak mahu "menentang" kerajaan...??

Baca di sini

 Siapa akan tinggalkan negara

Posted: 19 Feb 2011 10:24 PM PST

Siapa yang akan lari meninggalkan negara selepas pilhan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini.

Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia.


"Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu.

"Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya.

Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin.

Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997.

Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap.

Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah.

Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya.

"Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.

Hadir sama dalam ceramah anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin, Adun Batu Maung, Abdul Malik Kasim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf. - hrkh

Umno Kedah Mimpi Di Siang Hari.. Hahaha

Posted: 19 Feb 2011 05:49 AM PST

BN Kedah Mampu Menang Lebih Dua Pertiga Kerusi - Ahmad Bashah

ALOR SETAR, 19 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kedah berkemampuan untuk memperoleh kemenangan lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekaligus merampas semula pentadbiran kerajaan negeri yang kini diterajui PAS.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sasaran itu tidak mustahil pada PRU ke-13 kali ini memandangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita yakin boleh mencapai sasaran lebih 31 daripada 36 kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Motivasi dan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita UMNO Kedah, di sini.


Lebih 500 ketua wanita peringkat cawangan di negeri itu menyertai kursus tersebut.

Ketika ini, PAS menguasai 16 kerusi DUN Kedah diikuti BN dengan 14, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 3 dan DAP (1) dan dua wakil rakyat Bebas, yang sebelum ini merupakan anggota DUN PKR.

Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata persiapan jentera pilihan raya negeri telah digerakkan sejak bulan lepas dan bilik gerakan bagi peti-peti undi akan dibuka bulan depan.

Beliau turut mensasarkan untuk menarik lebih 100,000 pengundi baru menyertai UMNO dan sekarang ini lebih 30,000 pengundi baru telah mendaftar sebagai ahli parti.

-- BERNAMA

Umno Kedah Pasti Kecut Telor Dengan Gambar Ini

Posted: 19 Feb 2011 04:29 AM PST

Himpunan 30K: Gambar2 Terkini - Oleh: Sedaka Sejahtera











Bob Lokman Tengah Berapi Memberi Ucapan Semangat Kepada Para Pejuang PAS

Paklong sedang mendendangkan lagu Selagi Ada Rindu

Rosmah terima Anugerah Tanggungjawab Sosial

Posted: 19 Feb 2011 04:06 AM PST

Bandaraya Ankara akan menyampaikan anugerah berprestij Turki, 'Anugerah Tanggungjawab Sosial', kepada isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, pada Selasa ini bagi kerja-kerja kemasyarakatannya.

Datuk Bandar Ankara, Melih Gokcheh berkata penyertaan aktif dan berterusan Rosmah dalam aktiviti sosial amat dikagumi oleh Greater Ankara Municipality.

"Kehadirannya dalam menghulurkan bantuan serta cuba melakarkan senyuman kepada golongan yang menghadapi masalah sosial, ekonomi, persekitaran dan kesihatan bukan sahaja penting dalam membentuk keseimbangan sosial tetapi juga menghasilkan manfaat sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.


Gokchek berkata "ini menjadi sumber inspirasi kepada kerja-kerja kami" di mana selain menunaikan tanggungjawab pengurusan perbandaran, kami juga setia menyediakan perkhidmatan sosial kepada setiap segmen masyarakat khususnya wanita, kanak-kanak, remaja, kurang upaya dan warga berusia.

Katanya penyampaian anugerah tersebut sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Ankara dari 4 hingga 6 Mac ini, akan diberikan kepada Rosmah lebih awal oleh kerana beliau akan mengiringi suaminya dalam rangka lawatan rasmi ke Turki mulai Isnin ini.

Gokchek menyifatkan usaha-usaha Rosmah yang tidak ternilai itu, yang juga Yang di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), dalam menyentuh hati rakyat yang memerlukan bantuan, dikagumi penghuni bandaraya itu.

Katanya perbandaran itu juga turut melaksanakan pelbagai aktiviti sosial untuk golongan wanita dan remaja di mana program kelab wanita ditubuhkan di 15 daerah yang memberi manfaat kepada 165,000 orang.

Kelab tersebut ditubuhkan bagi memastikan kemandirian wanita daripada segi psikologi, sosial dan ekonomi selain menyediakan ilmu kemahiran supaya mereka dapat memainkan peranan berkesan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat, katanya.

Datuk Bandar Ankara itu juga berkata bandar raya itu telah menganjurkan Kursus Latihan Vokasional Untuk Suri Rumah (Belmek) dan Kursus Teknikal Vokasional (Beltek) bagi membolehkan mereka menceburi profesion baru.

Rosmah, yang aktif dalam kerja amal termasuk program Pertama Negara, turut menerima 'Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa' daripada Majlis Perniagaan Bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat, pada April tahun lepas.

Anugerah itu adalah sebagai tanda pengikitirafan Rosmah terhadap pelbagai kerja amal dan sambutan menghargai hubungan penting antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

--Bernama

Tiada ulasan: