Sabtu, 12 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Persiapan PRU: Najib jumpa ketua bahagian Umno

Posted: 11 Feb 2011 08:29 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini memulakan pertemuan secara tertutup dengan ketua-ketua bahagian Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Beliau yang tiba tepat jam 8.30 pagidijangka meluangkan kira-kira 30 minit dengan beberapa kumpulan daripada setiap negeri yang membabitkan 121 ketua bahagian.

Mereka yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno, ahli parlimen, timbalan menteri dan menteri dikecualikan dalam pertemuan ini.

Sebelum ini, Najib berjumpa dengan ketua bahagian parti komponen BN ketika melawat Sarawak baru-baru ini dan beliau dijangka mengadakan pertemuan yang serupa di Sabah.


Bulan lalu, perjumpaan yang sama juga dianjurkan untuk ahli parlimen BN yang juga diadakan di ibupejabat Umno di PWTC.

Meskipun pelbagai pihak melihat tindakan Najib itu ada kaitannya kemungkinan parlimen dibubarkan supaya pilihan raya umum diadakan tetapi pengerusi BN itu telah menafikannya.

Sebaliknya, kata Najib, perjumpaan itu sebahagian daripada rancangan 'transformasi politik'.

Namun keghairahan mengaitkan perjumpaan itu pilihan raya umum terus berlarutan dengan beberapa pemimpin akar umbi Umno berkata najib memberi tumpuan khusus kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Secara kebetulan, ketua-ketua bahagian dari negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan mendahului perjumpaan dengan Najib.

Cantas mencantas

Pengerusi perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perdana menteri mengingatkan beberapa bahagian di Kedah supaya "mengurangkan isu dalaman" termasuk "cantas-mencantas".

Katanya, isu dalaman itu berlaku pada satu atau dua bahagian di negeri itu.

"Perdana Menteri meminta bahagian (bermasalah) untuk menyelesaikan masalah. Jika tidak selesai, padah akan diberikan oleh beliau," katanya.

Ahmad Bashah memberi contoh, bahagian Sungai Petani yang berlakunya insiden cantas mencantas.

Malah, katanya Najib yang juga presiden Umno sempena sambutan Thaipusam baru-baru ini secara khusus meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.

"Beliau (Najib) minta kurangkan isu dalaman dan penyelesaian sudah bermula dengan mengadakan majlis pertemuan...Kita (perhubungan) negeri pun membantu menyelesaikan masalah," katanya.

"Gerakan Anti Ali"

Dilaporkan beberapa bulan lalu, kepimpinan bahagian dan akar umbi itu telah hilang keyakinan dengan ketua jawatan bahagian itu Ali Yahya sehingga mereka menubuhkan kumpulan "Gerakan Anti Ali" (GAA) bagi menentang kepimpinan beliau.

Ditanya bahagian lain yang menghadapi masalah dalaman, Ahmad Bashah yang juga ketua Umno bahagian Alor Setar enggan mendedahkannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 14 ketua bahagian di Kedah memberi komitmen untuk menyelesaikan semua masalah demi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pertemuan tersebut berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 8.30 pagi tadi.

Pada pertemuan itu juga, Ahmad Bashah berkata ketua-ketua bahagian memberi komitmen bahawa peratus keyakinan untuk menawan kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat "memang ada".

Katanya antara yang disarankan oleh perdana menteri adalah supaya kepimpinan Umno bahagian merapati pengundi muda

"Pengundi 21 tahun ke atas, perdana menteri minta kita temui dan rapati mereka.

"Perkara ini sangat mendapat perhatian oleh perdana menteri," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Bashah berkata Umno Kedah telah menyediakan pelbagai program untuk tujuan tersebut termasuk telah menyediakan senarai pengundi 21 tahun yang menjadi sasaran untuk ditarik menyertai Umno.

"Kita telah mengenalpasti seramai 170 ribu pengundi 21 tahun ke atas. Kalau separuh menyokong kita, kita akan menawan kembali negeri Kedah," katanya.

Perancangan Jahat Anwar Dan Azmin - Kenapa Sekarang Baru Timbul? Nak Buat Lawak Bodoh Ker??

Posted: 11 Feb 2011 06:21 PM PST

AZMIN JADI PM, ANWAR JADI PRESIDEN JIKA PR MEMERINTAH ? GILA KE BETINA NI?

UMI Hafilda bte (?) kini telah menggantikan Ezam `raja sesumpah' bagi meneruskan agenda menjatuhkan DS Anwar. Bahkan, tugas Umi betina yang semakin meningkat umur tetapi belum kahwin (Nikah ?) itu lebih hebat dari Ezam raja sesumpah kerana beliau juga turut bertungkus lumus untuk mengaibkan Azmin Ali kekanda kandung (jika Azmin mahu mengaku `adik') beliau sendiri.

Terbaru, dalam satu ceramahnya di Jalan Kebun, Selangor, betina ini mendakwa Azmin pernah memberitahu Almarhum Ali (yakni Ayah Azmin) bahawa perancangan Anwar apabila berjaya mengambilalih Putrajaya adalah untuk menjadi Presiden negara ini, manakala Azmin akan menjadi PM. Anda jangan ketawa dahulu, mari kita ulas sedikit kebodohan betina ini.


Pertamanya, mengapa betina ini mendakwa Azmin pernah memberitahu Almarhum Ali ? Benar atau tidak, kita tidak boleh pastikan kerana Almarhum kini telah tiada untuk menjadi saksi. Adakah memang sengaja betina ini menyebut nama Almarhum agar tiada siapa boleh mendapatkan pengesahan dari orang yang sudah meninggal dunia? Mungkin, betina ini mengharapkan agar beliau boleh dijadikan saksi untuk menceritakan apa yang Azmin sebut kepada ayahnya itu.

Masalahnya, siapa yang bodoh mahu menjadikan betina ini sebagai saksi? Orang yang di`buang' dari waris Almarhum Ali dan Arwah sendiri dikatakan amat marah dengan betina ini yang suka membuat cerita fitnah, boleh dijadikan saksi bagi pihak Almarhum? Mana mungkin. Lainlah jika beliau adalah seorang anak yang baik dan mendapat pujian daripada ayahnya. Sebaliknya, Almarhum sendiri `membuang' beliau, mana mungkin cakap beliau boleh diterima khususnya yang melibatkan Almarhum yang kini telah tiada.

Keduanya, kita diberitahu bahawa ayah Azmin, Almarhum Ali pernah mengeluarkan surat menceritakan tentang siapa itu Umi Hafilda. Dan di sini. Pendedahan tentang betina itu pun ada dikeluarkan di di sini. Peliknya mengapa betina ini tidak sibuk mahu saman Baginda yang mendakwa pernah `menidurinya'? Mengapa yang sibuk mahu disamannya adalah DS Anwar, Azmin, Karpal Singh bahkan PAS juga? Mungkin kerana mereka ini semua adalah pemimpin politik Pembangkang, sedangkan Baginda tiada apa-apa kepentingan di dalam politik.

Rengkasnya, masih adakah manusia yang berakal mahu menerima cerita betina seperti ini? Jika ayahnya sendiri mengecop beliau sedemikian rupa, adik beradiknya seperti Azmin dan Azwan Ali juga mengecopnya sedemikian, adakah kita sanggup diperbodohkan oleh betina yang gila glamour ini? Fikirkan lah./wfauzdin.blogspot.com

Oleh: WFAUZDIN NS

Tahniah Untuk Rakyat Mesir

Posted: 11 Feb 2011 06:15 PM PST

Mubarak berundur, PAS ucap tahniah pada rakyat Mesir

KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

"Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir," ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.


Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.

Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.

"Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square," ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim

Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.

Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.

"Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat," ujarnya.

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.

Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Sya.. Cair Kalbu Gua...

Posted: 11 Feb 2011 08:56 AM PST

Hosni Mubarak Akhirnya Akur Dengan Desakan Rakyat Dan Lari Bersama Keluarga

Posted: 11 Feb 2011 08:39 AM PST

Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.


Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.

Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.

Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.

Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan "Mesir meledak."

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: "Pergi, pergi. pergi."

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan "Mesir akan meletup" kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.- Mi

Siapa Kata Hanya Penjaja Melayu di Usir di Pulau Pinang?

Posted: 11 Feb 2011 06:50 AM PST

Selama ini kita sering melihat UMNO cuba untuk menjadi juara dalam mengutarakan sebarang isu berkaitan Melayu yang boleh memperlihatkan UMNO sebagai prihatin tentang nasib Melayu.

UMNO menyalahkan pihak Kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dengan mengatakan hanya gerai peniaga Melayu yang dirobohkan tetapi gerai peniaga Cina dibiarkan..

Hanya UMNO yang berpendapat begitu.. sebenarnya undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MPSP atau MPPP tidak mengenal warna kulit..

Penjaja yang menjalankan perniagaan di Pusat Penjaja Taman Seri Rambai di Jalan Binjai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah diberikan notis Pindah atau Keluar dari kawasan perniagaan mereka oleh MPSP kerana didakwa telah menjalankan Perniagaan tanpa lesen yang sah.

Notis yang memberikan tempoh dua hari untuk mengosongkan premis itu telah diserahkan oleh pihak MPSP pada 06 Ogos 2010 jam 5.35 Petang.

Peniaga-peniaga disitu mendakwa tiada sesiapapun dari Kerajaan Negeri yang datang membantu mereka dan mereka akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meminta bantuan.

Kesemua peniaga-peniaga yang terlibat adalah dari kaum Tiong Hua, mereka diarah berpindah dalam masa DUA HARI kerana berniaga tanpa lesen..



DAP dipersalahkan.. dalam isu ini..biasalah.. kerja MCA.

MCA telah dilihat cuba untuk menjuarai isu ini dengan mengapi-apikan lagi peniaga yang sedia panas, sama seperti UMNO yang cuba menjuarai isu gerai-gerai peniaga kecil Melayu yang berniaga tanpa lesen ataupun mendirikan gerai mereka diatas tanah kerajaan.

Tak pindah.. kami angkut..

Akur kepada undang-undang, mereka memindahkan..

Jadi… Siapa kata hanya Peniaga Melayu dan Gerai milik peniaga Melayu di robohkan oleh MPSP atau MPPP di Pulau Pinang?




Sumber : Di SINI

Komen Hangit Pembaca Blog Gua Khas Untuk Pencacai & Melayu Pulau Pinang

Posted: 11 Feb 2011 05:04 AM PST

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Hello brother pendengar yang baik tapi memiliki mata yang buruk. Yang kau takut PAS diperbodohkan DAP apasal? DAP dok penipu PAS di mana?

Yang UMNO dicucukhidung dan diheret ke sana ke sini oleh Gerakan sejak zaman berzaman di Pulau Pinang apa ceritanya?

Kalau tak kenapa UMNO yang menang banyak kerusi di Pulau Pinang boleh serah kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang pada Gerakan.

Orang Melayu miskin di Pulau Pinang takkan terjadi sekelip mata selepas Pakatan Rakyat memerintah? Takkan masa Gerakan orang Melayu kaya rayakah? Kalau tak apasal Sultan Brunei terkejut tengok kemiskinan orang Melayu masa dia melawat Pulau Pinang masa BN masih memerintah?


Apa UMNO buat bila kerajaan BN Pulau Pinang dengan cara halus menghalau orang-orang Melayu ke seberang melalui pembangunan hartanah yang tak mampu dimiliki orang Melayu? Apa yang hampa buat? Ada hampa peduli pada mereka? Haram, hampa mai bila ada pilihanraya, siap tulis surat yang kononnya dihantar oleh Perdana Menteri supaya terus menyokong BN. Makcik aku yang tak habis sekolah, hampa boleh tipu la. Tapi graduan Mesir yang hampa bawak balik bertimbun-timbun tu belum tentu akan sokong kau walaupun UMNO sediakan tambang balik Mesir secara free untuk mereka sambung belajar nanti.

Lani sapa yang bodoh? PAS yang tak pernah menyokong BN, atau UMNO yang mempercayai Gerakan di Pulau Pinang?

Hoooi Melayu Pulau Pinang, belum mangkit lagikah? Hari dah mereloq, masih dok mamun lagi ka? UMNO dok mohong hampa sampai hampa kena pi hambat kera di Kulim dan Sungai Petani hampa tak sedaq lagi ka?

Terlampau banyak makan kari kepala ikan kot? Sampai otak jadi lembab? Tak pa mai sini nak bagi petua kalau otak lembab. Hang pi kedai beli kismis warna merah,... makan, Amal hari-hari, tapi jangan pepak dan telan bijik pulak, InsyaAllah kuranglah otak lembab tu. Samalah juga macam hampa terminum air yang ada semut.

Jangan lupa makan kismis... tak dak duit nak beli, suruh UMNO Pulau Pinang belanja makan kismis. Tapi rasa mustahil, duit warga emas lagikan mereka rembat, inikan pula belanja makan kismis, belanja makan angin bolehlah kot. Bodoh punya UMNO.

2011 Februari 11 21:00

Sekurang-Kurangnya Tok Guru Tidak Menipu..

Posted: 11 Feb 2011 04:31 AM PST

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.

Mursyidul Am PAS itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid, kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.

"Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.


Nik Abdul Aziz seterusnya meminta jawatankuasa masjid agar menyediakan peruntukan khas bagi memastikan tandas dan bilik air di masjid-masjid di negeri itu sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada jemaah dan pengunjung.

Beliau turut meminta umat Islam menjimatkan peruntukan untuk sambutan seperti Maulidur Rasul dan menyumbangkan sebahagian daripadanya ke masjid bagi tujuan penyelenggaraan tandas.

"Masalahnya sekarang tiada peruntukan khusus untuk membayar gaji kakitangan untuk menjaga kebersihan tandas di masjid, menyebabkan masalah kekotoran tandas masjid tidak dapat diatasi sejak sekian lama," katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini pernah meluahkan kekecewaannya berhubung tahap kesedaran masyarakat Kelantan yang masih rendah dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka.

Usaha Untuk 'Membunuh' Demokrasi Di IPTA

Posted: 11 Feb 2011 04:15 AM PST

Politik Kampus - UM Guna Guard @ Pengawal Keselamatan Ugut Mahasiswa

Posted: 11 Feb 2011 01:44 AM PST

Sidang media kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) yang dijadual jam 11 pagi tadi 'diganggu' oleh pihak keselamatan kampus itu selama 15 minit apabila kumpulan berkenaan diminta bersurai.

Sebelum sidang media itu berlangsung, seorang pegawai keselamatan menghampiri sekumpulan kira-kira 20 mahasiswa yang berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa UM supaya beredar atau butiran peribadi mereka akan diambil.

"Saya minta kepada semua bersurai. Kalau tidak bersurai, saya akan hantar nama kamu ke HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tolong fikir masa depan (kamu) dan emak ayah kamu di rumah," kata pegawai berkenaan.


Sejurus selepas itu, kelihatan lima daripada sepuluh pegawai keselamatan mula butiran peribadi mahasiswa yang masih tidak bergerak. Mereka diberikan kerjasama yang baik dengan masing-masing menunjukkan kad pelajar.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar berkenaan berkeras meneruskan sidang media walaupun dilarang.

Ekoran itu berlangsung 'pujuk-memujuk' antara beberapa aktivis pro-M dengan pasukan keselamatan memandangkan pihak media telah hadir untuk membuat liputan.

Di saat itu, jumlah mahasiswa bertambah kepada 40 orang.

'Semua naik ke atas!'

Keadaan menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

Kumpulan pro-M yang akan menghadapai pilihan rayanya pada 21 Februari ini bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.

Malah, seorang aktivisnya Mohd Izzuddin Hilmi dengan muka merah padam bertempik: "Semua naik ke atas (Gazebo)!".

Sambil menaiki tangga Gazebo, kumpulan berkenaan bertempik "Student Power" dan "Bangkit Mahasiswa" beberapa kali.

Tidak lama selepas itu, bunyi siren daripada kereta peronda keselamatan itu dihentikan dan pelajar berkenaan meneruskan sidang media berkenaan.

Dalam sidang media itu dalam penuh kepayahan selepas itu, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhammad Hasan mengkritik insiden itu sebagai "kematian demokrasi di kampus".

"Ia sebagai usaha untuk menutup kebebasan bersuara. Nak buat sidang media, disekat, malah nombor kad matrik diambil," katanya dalam sidang media selama 10 minit selepas dihentikan oleh pengawal keselamatan sekali lagi.

Tiada ulasan: