Khamis, 3 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Adun Seri Muda Akan Didakwa Dibawah Akta Hasutan

Posted: 02 Feb 2011 11:31 PM PST

ADUN Seri Muda ditahan di bawah Akta Hasutan
03/02/2011 12:54pm

SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.

Shuhaimi perlu hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini untuk didakwa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan penahanan dan pembebasan Shuhaimi. - Utusan

Akhirnya Yb Shuhaimie , adun Seri Muda (gambar) akan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam pada hari isnin ,7 februari minggu depan di bawah akta hasutan.Saya menelefon pegawai pejabat dun Seri Muda untuk mendapat kepastian berita.Pihak pejabat dun memberitahu beliau tidak ditahan hari ini seperti yang didakwa utusan meloya, sebaliknya Yb Shuhaimie datang ke IPD Shah Alam untuk menyerah diri .

Ramai-ramai hadir ke mahkamah sesyen Shah Alam Isnin 7 feb untuk bagi sokongan kepada Yb Shuhaimie.

Misai Merah

Umno kena selamatkan anak PAS di Mesir

Posted: 02 Feb 2011 07:10 PM PST

Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.

Akhirnya orang Umno yang dikatakan jahiliah juga yang tolong, mana dia pemimpin Pas? kenapa tak pergi tolong orang-orang mereka ?

Betullah apa yang dikatakan oleh blogger Celah Gelegar. TM sokong 100%.

Ramai pelajar kita di sana adalah anak orang PAS. Pelajar tajaan kerajaan BN tak ramai mana pun.

Bila huru hara berlaku barulah orang Pas menangis tak berlagu mohon kerajaan zalim BN membawa balik anak mereka. Begitu mudah mereka mengatakan itu adalah tanggungjawab kerajaan untuk membawa pulang.


Tokok lagi bahawa pesawat tentera dan kapal tentera bukan milik Umno tetapi milik rakyat.

Amboi , bukan main sedap mulut bila nak benda kerajaan. Ingatlah sikit dalam ceramah, bukan main celupar hentam kerajaan, kononnya 50 tahun kerajaan menzalimi rakyat, menindas rakyat dan sebagainya.

Kalau kerajaan menindas rakyat tak adalah orang Pas terima bantuan melalui E-Kaseh. Tak adalah subsidi gas masak dan petrol, tak adalah bantuan JKM dan beratus-ratus lagi bantuan.

Baru-baru ini apabila bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dinilai berdasarkan E-Kasih, ramailah pelajar sekolah tak dapat makan free. Maka melompatlah ibubapa dan juga pengusaaha kantin. Maklumlah sebelum ini ramai orang beberut-rebut nak masuk tender kantin kerana ia adalah lubuk buat duit cara mudah.

Tak tau apa nak cakap dengan orang Pas bangang ni. Cakap saja berdegar-degar tetapi tak ada tindakan.

Sumber - Blogger Pencacai umno

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Posted: 02 Feb 2011 06:57 PM PST

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24


Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : "..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Rusuhan Mesir Harus Jadi Iktibar - TGNA

Posted: 02 Feb 2011 04:25 AM PST

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi peringatan kepada pimpinan seluruh dunia supaya mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat Mesir.

Ujarnya, pergolakan yang berlaku di Mesir harus dijadikan pengajaran supaya pemimpin tidak perlu bermegah dengan kemenangan kerana ia akan memberikan kesan buruk jika rakyat dizalimi.

Harakah.daily net semalam melaporkan, Menteri Besar Kelantan itu sebagai berkata, kezaliman rejim Hosni Mubarak terbukti dengan kemenangan besar beliau yang dicemari dengan penyelewengan setiap kali pilihanraya.


Katanya, kemenangan mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

"Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.

"Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini," ujarnya.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku memberikan satu mesej yang jelas kepada mereka yang telah menzalimi rakyat kerana rakyat bukan mudah untuk diperkotak-katikkan.

"Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi," ujarnya. - tvs

Semua Rakyat Malaysia Di Mesir Akan Dipindahkan Dalam Masa 4 1/2 Hari

Posted: 02 Feb 2011 04:20 AM PST

Semua penuntut Malaysia di Mesir, yang kini berdepan masalah berikutan protes ganas yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur, dijangka dipindahkan dari negara itu dalam tempoh empat hari setengah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan serius dalam usaha untuk membawa keluar warganegaranya dari Mesir dan telah mengaturkan untuk menerbangkan mereka dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi.

Selain tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir hari ini, katanya pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang juga dijadual berlepas ke Kaherah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang hari ini.


Antara yang turut serta dalam penerbangan AirAsia itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Ismee Ismail dan Ketua Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dalam misi membantu membawa pulang pelajar Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.

"Pesawat itu juga akan membawa barangan makanan untuk pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita di sini.

Anifah berkata sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747, yang boleh membawa 285 penumpang, akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok.

"Kami menjangkakan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang menguruskan visa sementara dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan penuntut berkenaan dipindahkan ke Jeddah.

Katanya terdapat lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir.

Anifah berkata kerajaan Malaysia dan Indonesia turut bekerjasama rapat dalam proses pemindahan itu.

"Sebagai contoh, pesawat MAS atau AirAsia boleh membawa rakyat Indonesia yang terkandas di lapangan terbang jika ada tempat duduk kosong," katanya.

Anifah juga menasihatkan ibu bapa yang anak mereka berada di Mesir supaya bersabar kerana keadaan adalah terkawal dan memberi jaminan yang kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk melindungi mereka.

- Bernama

Akhirnya Mubarak Akur Kuasa Rakyat

Posted: 02 Feb 2011 04:09 AM PST

Presiden Hosni Mubarak malam tadi mengumumkan beliau akan berundur dalam masa beberapa bulan lagi sebaik penggantinya dipilih, tindakan yang disifatkan boleh meredakan ketegangan yang semakin memuncak memintanya meletakkan jawatan sekarang.

Pengumuman itu dibuat pemimpin yang sudah berkuasa lebih 30 tahun itu di tengah ketegangan yang menyaksikan lebih satu juta rakyatnya mengadakan tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah itu, awal semalam.

Di ibu negara, Kaherah iaitu di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan yang berkumpul dan menguasai dataran itu sejak seminggu lalu bersorak meraikan pengumuman Mubarak yang disiarkan stesen televisyen.


Namun sebaik ucapan pemimpin yang berusia 82 tahun itu selesai, ramai yang sangsi sama ada peralihan kuasa itu berlarutan berbulan-bulan lagi sedangkan pembangkang mahu Mubarak segera meninggalkan jawatannya bagi mengelak Mesir dilanda krisis penentangan lebih buruk.

"Keluar, keluar", demikian teriakan sebahagaian penunjuk perasaan yang mahu Mubarak yang kini memasuki pemerintahan penggal kelimanya supaya segera berundur.
Tampil dengan tenang dengan memakai kot dan bertali leher, Mubarak berkata: "Saya berkata dengan ikhlas dan prihatin dengan keadaan yang berlaku sekarang bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden.

"Masanya sudah cukup untuk saya berkhidmat untuk negara dan rakyat.

"Saya kini berhasrat untuk menyelesaikan tugas saya untuk negara dengan memastikan proses peralihan ini berlangsung dalam keadaan aman dan lancar," katanya. - sinar

Tiada ulasan: