Ahad, 13 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Projek Mee Segera Di Merlimau adalah satu kesalahan

Posted: 13 Feb 2011 02:00 PM PST




MELAKA: Projek ‘mee segera’ yang giat dijalankan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kata Presiden Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

Merujuk kepada pilihan raya kecil 6 Mac depan, beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) mengadakan ‘projek mee segera’ adalah kempen politik atas nama pembangunan fizikal dan infrastruktur.

“Jika benar wujud elemen ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan tegas. Selepas beberapa kali pilihan raya kecil (PRK), begitu banyak aduan dan SPR perlu bersikap adil,” katanya.

“Begitu juga di Merlimau, apabila kita dengar aduan ada pihak menggunakan sekolah sebagai tempat berkempen. Ini membuktikan SPR bersikap berat sebelah.

“Jika ada kakitangan kerajaan dibenar menyertai kempen untuk pihak tertentu, maka semua pihak termasuk guru harus dibenar turut serta berkempen,” katanya kepada KeadilanDaily.com.

Syed Ibrahim berkata, SPR harus menjadikan pilihan raya kecil sebagai medan untuk menguji kaedah baru bagi tujuan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Dalam masa terdekat, ada dua pilihan raya kecil iaitu Merlimau dan Kerdau. Jadi, ini masanya SPR memprakti, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan penggunaan kod hologram pada peti undi.

“Selain tujuan keselamatan, ia adalah proses penambahbaikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada SPR. Banyak negara dunia ketiga sudah pelakukan perkara sama,” katanya.


batuvskayu

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KONON-KONON RAKYAT DIDAHULUKAN

Posted: 13 Feb 2011 04:00 AM PST



BILA ADUN MENINGGAL KENA BUAT PILIHANRAYA
BILA BUAT PILIHANRAYA MENTERI KENA TURUN KEMPEN
BILA MENTERI TURUN KENA REPAIR JALAN BAGI CANTIK

TANG MANA YANG KATA RAKYAT DIDAHULUKAN?
MENTERI NAK TURUN BARU NAK REPAIR JALAN,
JALAN YANG BERLUBANG DAN TAK BERLUBANG SEMUA DI REPAIR.
DEPA REPAIR BUKAN UNTUK RAKYAT
BILA MENTERI DAH BALIK LANTAK PI LA KAT HANGPA
NAK PATAH SPORT RIM KA APA KA
APA ADA HAL




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ANIS... hanya mahu teman seks.

Posted: 12 Feb 2011 11:58 PM PST


Anis

KUALA LUMPUR: Mereka bukan wanita simpanan atau kekasih siapapun. Sebaliknya, golongan ini sekadar inginkan lelaki sebagai teman asmara atau 'sex buddy' untuk memenuhi nafsu serakah.

Itulah cara hidup ala Barat yang menjadi sebahagian gaya hidup wanita di negara ini. Golongan ini biasanya duduk sebumbung bersama lelaki pilihan mereka tanpa ikatan perkahwinan sah.

Wanita berkenaan hanya memilih lelaki yang sama-sama tidak inginkan komitmen, tidak mahu bercinta dan berkahwin secara formal. Seks hanya untuk memenuhi naluri dan nafsu.

Gaya hidup bebas dan tidak bermoral ini didedahkan kepada Metro Ahad (MA) daripada sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Aliza, 26, dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.


ALIZA... rakan serumah Anis.


Menurut Aliza, dia tinggal serumah dengan Anis, 32, janda berasal dari Sabah yang memilih teman seks untuk memenuhi tuntutan batin.

Katanya, teman asmara Anis dikenali sebagai Rizal, kakitangan swasta yang tinggal di selatan tanah air, dan mereka bertemu seminggu hingga dua minggu dalam tempoh tertentu untuk bersama.

"Anis pernah beritahu saya, dia serik dengan kegagalan dalam perkahwinannya sebelum ini. Sebab itu apabila berkenalan dengan Rizal, dia tidak mahu berkahwin dan lebih senang dengan cara hidup sekarang.

"Saya pernah persoalkan sampai bila mereka mahu hidup begitu? Anis menegaskan dia tidak bersedia untuk bersuami semula kerana sibuk dengan komitmen perniagaan. Rizal juga berpendirian sama dan tidak ingin berkahwin," katanya.

Mengenai perkenalannya dengan Anis, Aliza berkata, mereka tinggal bersama sejak 2008. Namun, Anis jarang ada di rumah kerana sibuk dengan perniagaan kosmetik yang diusahakannya bersama sebuah syarikat pemasaran bertingkat (MLM).

"Yang saya tahu, bila Anis ada di rumah, Rizal pun ada bersama. Pernah juga Anis beritahu, dia akan tinggal bersama Rizal jika tidak berada di Kuala Lumpur," katanya.

Bagi membuktikan kebenaran dakwaan Aliza, wartawan MA cuba memujuk Aliza untuk bertemu Anis. Tanpa mendedahkan identiti sebenar, wartawan sempat bersua dengan Anis bersama Aliza di sebuah restoran berhampiran kediaman mereka di Jalan Bukit Bintang.

Ikuti perbualan ringkas antara Anis dan wartawan:

Wartawan (W): Kenapa Anis tidak mahu berkahwin?

Anis (A): Saya tak kisah apa orang cakap. Lagi baik begini, saya dengan hidup saya, Rizal dengan hidupnya.

W: Bukankah lebih bagus kalau berkahwin, masing-masing boleh bagi komitmen?

A: Laa... saya buat begini pun sebab tidak mahu apa-apa komitmen. Lagipun, saya sibuk dengan kerja, itu saja sudah cukup.

W: Rizal tidak kisah, tidakkah dia sayang kamu?

A: Dari awal lagi saya ingatkan dia (Rizal), jika pilih saya sebagai pasangan, lupakan soal sayang dan jangan fikir hendak kahwin. Saya tidak perlukan semua itu. Dapat 'tidur' dengan saya sudah cukup, saya tidak mahu lebih daripada itu.

W: Kenapa Anis pilih hidup macam ini?

A: Amboi... banyak tanya pula? Saya serik dengan perkahwinan pertama. Saya masih ingin berkerjaya dan tidak mahu memikirkan soal rumah tangga. Saya hanya perlukan Rizal untuk temankan saya.

Sepanjang berbual dengan Anis, dia lebih banyak cuba memujuk wartawan menyertai perniagaan MLM yang diusahakannya.

Apabila wartawan cuba mengutarakan lagi beberapa pertanyaan mengenai cara hidupnya, dia hanya mengatakan tiada apa yang perlu dihairankan.

"Ramai rakan saya yang begini. Kami cuma mahu hidup bebas tanpa kongkongan lelaki.

"Perkahwinan bagi saya membebankan. Namun saya tidak nafikan saya perlukan sentuhan lelaki, jadi inilah cara terbaik untuk memilih pasangan, tidak perlu berkahwin tetapi saya dapat apa yang saya kehendaki," katanya.

Sementara itu di lokasi berlainan, Aliza sempat memperkenalkan wartawan MA dengan seorang pengurus syarikat swasta di Kuala Lumpur yang menjalani hidup sama seperti Anis.

Wanita berkenaan hanya dikenali sebagai Nita, 33, dan tujuh tahun hidup sebumbung bersama teman lelakinya.

Ketika ditanya mengapa dia memilih hidup begitu, jawapan sama diberi iaitu mereka tidak mahukan komitmen perkahwinan.

"Saya bayar kereta, belanja makan dan perbelanjaan lain dengan wang sendiri. Teman lelaki saya pun sama.

"Saya bebas untuk berbuat apa saja, kami tidak perlukan apa-apa ikatan. Yang penting, saya ada teman untuk 'bersama'," katanya.

Sempat juga wartawan menyindir gaya hidup bebas ala Barat yang mereka jalani itu bagaikan hidup orang tidak beragama dan tidak sesuai dengan budaya orang Melayu.

Nita hanya tersenyum dan dengan selamba berkata, dia tidak kisah pandangan masyarakat terhadap apa dilakukannya.

"Saya ada wang dan kerjaya bagus. Kenapa saya perlu ambil peduli apa orang cakap, apa yang saya buat adalah hak individu.

"Kahwin pun tidak menjamin apa-apa, lihat sekarang pun ramai pasangan asyik bercerai berai. Lagi bagus begini, sekurang-kurangnya saya dan teman lelaki tidak terikat dan bebas dengan apa yang kami ingin lakukan," katanya.

HM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Hosni Mubarak Adalah Pemimpin Dua Dalam Satu

Posted: 12 Feb 2011 08:00 PM PST

Anti-government protesters, and Egyptian soldiers on top of their vehicles, make traditional Muslim Friday prayers at the continuing demonstration in Tahrir Square in downtown Cairo, Egypt Friday, Feb. 11, 2011.

 




Berita terkini, rejim Hosni Mubarak terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Presiden Mesir yang dipegangnya selama 30 tahun. Beliau diganti oleh timbalannya iaitu Naib Presiden Omar Suleiman yang amat disukai oleh rejim Israel dan AS.





Hosni Mubarak diberitakan telah lari ke bandar peranginan Sharm el Sheikh yang berhampiran dengan negara haram Israel. Beliau dan keluarganya diiringi oleh Panglima Tentera setelah tidak berjaya menenangkan rakyat Mesir dari terus melancarkan demonstrasi.




Beliau yang memerintah secara kuku besi mengambil alih jawatan Presiden Mesir setelah Presiden Anwar Saadat ditembak mati dalam satu penghimpunan oleh rakyatnya sendiri yang tidak berpuas hati atas sokongannya kepada negara haram Yahudi, Israel Laknatullah.





Semasa memegang jawatan Presiden Mesir selama 30 tahun, beliau telah menangkap, memenjara dan membunuh para penentangnya yang kebanyaknya daripada pergerakan Islam yang diketuai oleh Ikhwan Muslimin. 





Jika bekas rakan sejawatannya dari Tunisia, iaitu Presiden Zein el-Abidin  yang digulingkan oleh rakyatnya diberi gelaran Diktator abad moden kerana jenayah yang di lakukannya maka Hosni Mubarak layak diberi gelaran 'Firaun' abad moden.





Jenayah rejim Hosni Mubarak dan rejim Zein el-Abidin terlalu banyak terutamanya terhadap Islam dan umatnya. Beliau seolah-olah ingin membuktikan kepada sekutunya iaitu rejim Israel dan rejim AS betapa bencinya terhadap Islam dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan tindakannya itu disenangi oleh rejim Israel dan rejim AS.




Jika tidak kerana revolusi oleh rakyatnya, pasti mereka tidak mengetahui akan kekayaan luar biasa Hosni Mubarak dan keluarganya. Walaupun rakyat Mesir sudah mengetahui akan kekayaannya, tetapi mereka langsung tidak menyangka yang Hosni Mubarak dan keluarganya memiliki harta sebanyak USD 70 bilion (RM 220 bilion).


Anti-government protesters, and Egyptian Army soldiers on top of their vehicles, make traditional Muslim Friday prayers at the continuing demonstration in Tahrir Square in downtown Cairo, Egypt, Friday, Feb. 11, 2011.





Inilah Qarun laknatullah abad moden yang menjadikan Hosni Mubarak dua dalam satu, iaitu beliaulah Firaun dan beliau juga adalah Qarun. Persamaan mereka ialah, mereka sama-sama memerintah Mesir dan mengumpul harta pun di bumi Mesir. Berita terbaru selepas beliau meletak jawatan dan lari ke Sharm el Sheikh, bank-bank di Swiss telah membekukan aset beliau dan keluarganya.





Walau pun beliau meletak jawatan dan melantik timbalannya, Omar Suleiman sebagai pengganti beliau ini masih tidak memuaskan hati rakyat Mesir. Apa yang rakyat  Mesir mahukan ialah, tiada lagi saki baki dari era rejim Hosni Mubarak didalam kerajaan.





Apa yang hendak diperkatakan ialah persamaan bagi negara-negara yang pernah dijajah oleh para penjajah yang  meninggalkan anak-anak didik mereka untuk mentadbir negara selelum memberi kemerdekaan kepada negara-negara tersebut.





Apa yang pasti, anak-anak didik mereka akan memerintah negara lebih zalim daripada yang dilakukan oleh negara yang menjajah. Ini tidak berkecuali dengan negara kita, One Malaysia dengan bermacam-macam akta dikuatkuasakan seperti akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi  yang mana ia terang-terang mencabuli kebebasan bersuara.





Tentang kekayaan pula, mereka akan mengaut sebanyak mungkin kekayaan negara untuk memenuhi tembolok mereka, keluarga mereka dan kroni-kroni mereka. mereka menyangka yang mereka akan memerintah negara kini, dahulu dan selama-lamanya.





Mereka tidak pernah mengambil iktibar daripada kerajaan-kerajaan yang telah digulingkan oleh rakyat mereka sendiri seperti Romania, Filipina, Indonesia yang mana setiap kali penggal pemerintahan hampir tamat, mereka akan melakukan apa sahaja dalam usaha mengekalkan pemerintah mereka.





Pilihan raya yang diadakan hanya sebagai syarat sahaja untuk mengaburi dunia dan rakyat bagi menunjukkan betapa demonskrasinya pemerintahan mereka. Kita lihat bagaimana Marcos, Suharto, Zein el Abidin dan Hosni Mubarak mengekalkan kuasa mereka dengan sokongan rakyat hampir 100 peratus. 





Tetapi dari mana pula datangnya berjuta-juta rakyat yang menentang pemerintahan mereka?.Adakah dari lubang kubur, atau pun dari lubang cacing!!!!!. Kerana itulah apabila berlaku demonstrasi di ibu kota baru-baru ini, kerajaan One Malaysia cukup-cukup takut sehinggakan mereka mengarahkan pihak berkuasa bertindak menggunakan kekerasan terhadap para demonstrasi. Sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sebelum kejatuhan rejim Tunisia dan rejim Mesir. Jika ada pun hanyalah provokasi dari pihak pemerintah sendiri.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2sYkC9bbQU1445wZKookvrmV1ljrEU88QVhXJmJ5O5CBkYPbFMdMDcRHLGt4GRThrnrvIePmKN2_43R843uo1aLMc7ID17oofRiPjfWOlnEwQ1L037YqASTtCnDjo1j0DhIWQLZRhqdYp/s1600/ganas4.jpg


http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/kena%20tendang.jpg001.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDiqGBUbcr8pOoBXeq-Z9HEM8muoQmc-5NaeUu345yS7qtA9Nu2rCxDLn9sDW-Dt_VMM9UEf_iF_uSWsyEhGOZ0hRmfRFNZqnKHspoqpGBYbzclGh55Kq8rn1d6MTGN48egSpLGDdqtoxL/s200/polis.jpg




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZtpbJw_B9dnV3afVfYttDgMhZatUdvPETUfdQngYI3v-8pHpgNSUEv-NU3FacZTXuFBdUU0X1bb3L3NiydYMi53klldpL__vpxTwGLjL2t2USS-r26IWOblLKiPmC15ztODXX-LqmwkXB/s1600/fru.bmp





Apakah di One Malaysia juga akan berlaku demonstrasi seperti negara-negara yang pernah dijajah!!!!!!


Tepuk dada, tanya Najib n Rosmah.....!!!!


ruzanah



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lawak Ahad: Pak Pandir Tanam Rambutan

Posted: 12 Feb 2011 05:00 PM PST



Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya

"Ada apa yang menarik ni Pandir?"

Pak Pandir pun kata..

"Tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe."

"Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami... "

"5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakannya kat sini... "

"Dengan apa Pak Pandir tandakan?" tanya wartawan....

"Dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir."


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: