Anak Sungai Derhaka |
- Mengapa Malaysia perlu diselamatkan dari UMNO?
- PERCAYAKAH Anda?
- PERKASA mempertahankan UMNO di Merlimau
- Taib Mahmud success story (Kronisma)
- 2Malaysia sudah datang..
- Umno didakwa terlibat dengan Selangor Terkini.
- Sampel diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat
- Harga petrol mungkin naik.
| Mengapa Malaysia perlu diselamatkan dari UMNO? Posted: 22 Feb 2011 08:06 AM PST Ini secebis dari sebab mengapa PAS/PR mesti mengambil peranan menjelaskan kepada rakyat mengapa orang Melayu khususnya bahkan negara akan terus ketinggalan, andainya PAS/Pakatan Rakyat tidak dedahkan lantas segera menyelamatkan negara.Kerana pengabaian dan pengkhianatan terhadap Melayulah maka PAS/PR terpaksa mendepani kebejatan pengurusan kewangan pembangunan tempang ini. Umno mendodoikan Melayu dengan Ketuanan Melayu-Umno tetapi sebenarnya memperkayakan segelintir kroni dan memangsakan rakyat teramai khususnya orang Melayu. Menurut Prof Dr Mohammed Arif, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selepas 3 dekad perlaksanaan DEB dan penyelewangannya, 75% daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah paras RM2,000 sebulan ialah kaum bumiputera. Sementara itu terdapat 40% dari rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan isi-rumah kurang dari RM1500 sebulan. Tegasnya, Melayu kaum yang menjuarai kelompok berpendapatan rendah. PM Najib sendiri mengakui bahawa dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan untuk kaum Bumiputera, pegangan saham itu menjunam kepada hanya RM2 bilion kerana kelompok yang diberikan saham ini menjualnya ke pasaran saham (The Sun, 30 Jun 2009: PM Frees Up Economy). Dalam ucapan yang sama Najib mendedahkan bahawa yang menerima saham bumiputera ini bukanlah orang Melayu biasa tetapi Datuk Sri dan Tan Sri kata beliau. Inilah secebis kisah tentang kebanggaan pegangan 30% ekuiti Melayu yang diperjuangkan Umno sekian lamanya, yang antara lainnya menjadi punca mengapa ekuiti Melayu itu berada pada tahap 19%. Melayu manakah yang kaya-raya serta kelompok jutawan-bilionair dan bagaimana kekayaan mereka itu mereka perolehi? Kepupusan tanah rezab Melayu, contoh pengkhianatan Umno kepada orang Melayu berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 hektar pada tahun 1995. 9 ribu hektar tanah rezab Melayu ditukar menjadi di Selangor ditukar menjadi bukan tanah rezab Melayu. Apakah nasib 39000 penduduk di Kampong Baru ketika Rancangan Pembangunan KL 2020 dilaksanakan? Hutang awam (kerajaan Pusat) telah meningkatkan ke paras 53.7% KDNK atau RM362 bilion, sementara hutang isi-rumah bagi menunjukkan tahap 'stress' kepada rakyat awam telah sampai ke peringkat 76.6 % (RM 466 bilion) KDNK (2010) berbanding 63.9% KDNK tahun lalu (2009), yang tertinggi di Asia. Bagaimana pula dengan hutang tak berbaya (NPL) dalam waktu terdekat nanti? Peratus Melayu dan golongan bawah 35 tahun? Defisit Belanjawan telah memasukki tahun ke 13 dan dianggarkan akan terus melebar tahun 2011 (5.6-6%) sekaligus menjadi risiko tentang penarafan negara dan risiko kebankrapan seperti negara Greece dan Ireland. Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli dan pendapatan boleh berbelanja rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat. Gaji purata bagi pekerja Malaysia hanya menokok sebanyak 2.6% antara 2000-2010 berbanding gaji purata seluruh dunia yang meningkat pada kadar 3.2% (Sumber Bank Dunia). Rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga kos barangan keperluan harian akibat inflasi samada dari luar (inflasi diimpot) mahu pun akibat dari tekanan inflasi akibat penarikan semula subsidi atas bahan bakar petrol dan diesel, gula dan gas. Akan tatapi subsidi RM9 bilion kekal kepada Penjana Tenaga Bebas, IPP. Paling mutakhir laporan Global Investment Integrity (GFI, 2000-2009) melaporkan sebanyak RM888 bilion mengalir keluar secara haram (illicit outflow) dan Malaysia duduk ditangga ke-5 teratas dalam pengaliran dana secara haram ini sekaligus menafikan negara menggunakan wang ini untuk pembangunan dan pelaburan untuk rakyat. Sedikit waktu dahulu The Star melaporkan bahawa negara mengalami kebocoran sistem penghantaran akibat rasuah dan pengurusan timpang dan tiris sebanyak RM28 bilion setahun mengikut Laporan Ketua Audit Negara. Pembabitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Umno samada yang masih memegang jawatan mahupun telah menjadi mantan, tetap mengesahkan kritikan kami bahawa Umno sememang sarat dengan amalan rasuah seperti yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir. Senarai semakin panjang dan jumlah semakin meningkat pada setiap perlakuan. Begitu juga hal-hal projek terbengkalai ada-ada sahaja penglibatan orang politik yang memangsakan rakyat lemah. Dakwaan terhadap pimpinan tertingginya bersabitan komisyen perolehan kapal selam scorpene masih lagi dalam siasatan di Mahkamah Perancis. Apakah ini juga termasuk dalam statistik GFI? Pembangunan ekonomi negara dalam kerangka pemikiran PAS (dan Pakatan) akan dipacu secara mampan dengan sentiasa menjadikan pengembangan ekonomi berteraskan-rakyat atau 'people-centric development' dan tidak sekadar projek mega yang mengutamakan kroni dan pihak tertentu atau 'crony-centric'. by Dr. Dzul |
| Posted: 22 Feb 2011 03:44 AM PST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," kata Datuk Ismail Sabri Yaakob K'jaan cari opsyen elak petrol RON 95 naik lagi Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat. "Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi. "Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di Kuala Lumpur, hari ini. Hadir sama Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom. Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak. "Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik). Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lalu. "Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaikkannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan. "...Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu," katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut. Petrol RON95 telah diperkenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.90 seliter. Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) antara Mohd Zain dengan wakil daripada lima konsultan yang menjadi pelaksana projek tersebut. Bernama |
| PERKASA mempertahankan UMNO di Merlimau Posted: 22 Feb 2011 02:12 AM PST PETALING JAYA: PAS Melaka membantah kehadiran Perkasa yang dilaporkan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Merlimau, 6 Mac ini.Ketua Penegeran PAS Melaka, Kamaruddin SIdek berkata, Perkasa tidak sepatutnya dibenarkan berkempen di Merlimau kerana ia bukan parti politik. "Rakyat Melaka tidak senang dengan kehadiran Perkasa di Merlimau. Keadaan mungkin menjadi semakin kacau dengan kehadiran Perkasa. "Selalunya kalau Umno lawan PAS, keadaan menjadi tegang. Kehadiran Perkasa akan menyebabkan keadaan menjadi semakin panas," katanya. Pilihanraya kecil Merlimau akan diadakan pada 6 Mac depan ekoran kematianya Datuk Mohd Hidsir Abu Hassan akaibat serangan jantung. Menurut Kamaruddin, Perkasa telah membuka bilik gerakan mereka d Merlimau dengan memasang kain rentang di sekitar premis berkenaan. "Mengapa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengambil tindakan ke atas Perkasa? SPR tidak buat apa-apa. "NGO tidak perlu datang ke Merlimau, mereka tidak kena mengena dengan pilihanraya. "Saya mendapat tahu mereka berkempen untu BN khusus untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu. "Kononnya untuk menampung kekurangan 21 peratus pengundi Cina yang menyebelahi pembangkang," tambahnya. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini hari penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari mengundi. Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung Januari lalu. Sementara itu PAS membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan negeri menggunakan Politeknik Merlimau sebagai tempat berkempen untuk pilihanraya Merlimau. Laporan itu dibuat Yang DiPertua PAS Jasin Mejar (B) Jasme Tompang di balai polis Merlimau kira-kira jam 10 pagi tadi. Kamaruddin berkata, pihaknya mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perkara tersebut. "Kerajaan negeri menggunakan Politeknik Melaka sebagai salah satu tempat mereka berkempen bagi pilihanraya kecil Merlimau. "Perjumpaan dengan guru-guru tahmir telah diadakan di poliklinik tersebut. Begitu juga dengan perjumpaan dengan pelajar Melaka yang baru balik dari Mesir. "Kementerian Pengajian Tinggi pula tidak mengambil sebarang tindakan walaupun Poliklinik Melaka di bawah bidang kuasa mereka," katanya ketika dihubungi hari ini. Free Malaysia Today |
| Taib Mahmud success story (Kronisma) Posted: 22 Feb 2011 01:40 AM PST |
| Posted: 22 Feb 2011 12:34 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Feb: Kerana tidak berpuashati dengan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak, seorang pereka grafik membuka satu laman web khas untuk melawannya. Menurut Ariff Junaidi dalam satu kenyataannya, beliau telah melancarkan satu laman web di http://www.2malaysia.org semalam bagi menyampaikan hasratnya itu. "Sebelum ini saya telah mempromosikan 2Malaysia menerusi laman Facebook, http://www.facebook.com/2malaysia," kata Ariff dalam kenyataannya. Ariff berkata, beliau mendapat inspirasi daripada kempen parodi politik luar negara seperti MyDavidCameron dan berhasrat melancarkan 2Malaysia untuk menunjukkan hipokritnya kerajaan dalam kempen 1Malaysia mereka. Tiga poster kini disediakan mengikut tema 1Malaysia iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. "Saya berhasrat orang ramai boleh turut serta dengan menghantar poster rekaan mereka mengikut tema 2Malaysia kepada saya menerusi laman web dan Facebook saya. "Saya yakin orang ramai juga muak dengan propaganda Kerajaan," kata Ariff dalam kenyataannya kepada Harakadaily. Menurut Ariff, dia bukan ahli mana-mana parti tetapi kecewa melihat perbezaan antara apa yang Najib katakan dan apa yang berlaku dalam realiti. "Sebagai seorang pereka grafik, ini antara apa yang saya mampu lakukan," katanya. Antara poster awal yang dimasukkan Ariff dalam laman itu adalah poster runtuhnya bangunan Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu yang Ariff lakarkan ia sebagai 'pencapaian diutamakan'. Turut dimuatkan Ariff dalam laman 2Malaysia beliau adalah parodi kepada 1Malaysia Najib dengan peranan yang dimainkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia. Harakahdaily |
| Umno didakwa terlibat dengan Selangor Terkini. Posted: 22 Feb 2011 12:22 AM PST SHAH ALAM: Umno Selangor didakwa terlibat dalam penerbitan dan penyebaran akhbar Selangor Terkini yang menyalahi undang-undang ekoran menggunakan logo rasmi Kerajaan Negeri tanpa kebenaran.Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata bukti baru yang diperoleh apabila kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang Abdul Shukor Idrus diedarkan bersama-sama akhbar itu pada Sabtu lalu ketika sambutan Maulidur Rasul. Selain menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran,akhbar itu juga didakwa menabur fitnah dan cuba mengaburi pemikiran rakyat dengan bertindak menghentam pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Faekah berkata pihaknya akan menyerahkan bukti baru itu kepada polis hari ini. "Kami desak Kementerian Dalam Negeri, kerajaan, polis untuk siasat lebih terperinci dakwaan bahawa Umno Selangor terlibat. "Malah penggunaan logo rasmi tanpa kebenaran adalah kesalahan serius kerana tidak menghormati undang-undang dan Sultan Selangor. Inilah penderhakaan sebenar," katanya dalam sidang media di bangunan SUK hari ini. Ketika ditanya dalang utama disebalik akhbar itu, beliau berkata "Datuk Noh Omar sebahagian daripada Umno Selangor." Faekah berkata akhbar itu juga tidak mempunyai lesen penerbitan. Pada 17 Januari lalu kerajaan Negeri melalui seorang pegawai kanan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam terhadap akhbar berkenaan. Namun menurut Faekah,pihaknya masih tidak menerima maklumat mengenai perkembangan terkini hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat. Menurut Faekah, pihaknya sedia memberi bantuan kepada polis dengan mendapat khidmat penyiasat persendirian bagi mencari dalang disebalik penerbitan akhbar terbabit. Sementara itu,ketika ditanya mengenai rombakan exo Faekah berkata beliau tidak mengetahui berhubung hal itu. "Jika ada mesti perbincangan itu dibuat dengan exco. Saya kurang pasti kerana saya bukan dalam exco," katanya. Free Malaysia Today |
| Sampel diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat Posted: 21 Feb 2011 07:57 PM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terus digemparkan dengan keterangan pakar Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong, sekaligus menyaksikan pendakwaan 'ala sarkas' dan tidak masuk akal. Apa yang lebih memeranjatkan hari ini, mahkamah diberitahu bahawa dua sampel DNA diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat. Sampel tersebut bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008. Sesi soal balas terhadap Ketua Unit Jenayah Berat dari Jabatan Kimia itu masuk hari ketiga hari ini di mana beliau terus diasak dengan pelbagai soalan dari peguam bela Anwar. Semalam, mahkamah dikejutkan dengan pendedahan peguam bela, Ram Karpal Singh bahawa pihaknya mendapati terdapat dua lagi DNA ditemui pada tubuh Saiful, selain tiga DNA yang dikesan Dr Seah. Berikut kronologi perbicaraan yang bermula sejak pukul 8.44 pagi di hadapan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah. 11.08- Mahkamah berhenti rehat dan disambung semula pada pukul 11.30 pagi. 9.51 pagi – Sankara menegaskan kepada mahkamah bahawa Dr Seah langsung tidak perasan perbezaan tarikh yang tidak masuk akal tersebut sehingga ke hari ini. "Awak tak perasaan sehingga saya beritahu sekarang!" kata Sankara. 9. 48 pagi – Sankara menjelaskan tarikh laporan polis 28 Jun 2008 tetapi tarikh sampel 26 Jun 2008. Sankara bertanya dalam keadaan begini apakah yang perlu dibuat. "Apakah tugas anda (apabila perkara begini berlaku)?" tanya Sankara. "Kami tidak perlu menolak sampel itu," kata Dr Seah. Sankara terus menekan Dr Seah kerana tidak menjawab dengan terus terang dan mengulangi soalannya kembali. Dr Seah memberi jawapan yang sama. Sankara terus bertanya dan DPP Noorin mencelah mengatakan saksi sudah menjawab.Sankara meminta beliau duduk. "Awak bukan saksi. Awak nak jadi saksi?" kata Sankara. Sankara seterusnya berkata berdasarkan standard antarabangsa apabila terdapat perbezaan begitu ketara, sampel diambil sebelum laporan polis dibuat, ia sepatutnya ditolak. "Berdasarkan standard antarabangsa awak sepatutnya sudah menolak sampel tersebut!" tegas Sankara. "Saya tidak bersetuju," balas Dr Seah. 9.36 pagi – Sankara memberi sampel DNA B4 yang diambil di kawasan tubuh Saifuldan meminta Dr Seah memeriksa tarikhnya. Dr Seah berkata tarikhnya 26 June 2008. Sankara memberi sampel B5 yang diambil dari kawasan dub** dan meminta Dr Seah memeriksa tarikhnya. Dr Seah berkata tarikhnya 26 June 2008. 9.32 pagi – Apabila Sankara bertanya samada ia amalan yang baik untuk mengambil gambar bukti, Dr Seah mengelak menjawab ya atau tidak sebaliknya mengatakan ia merupakan amalan yang tidak berkredibiliti. Setelah diasak berulangkali oleh Sankara, Dr Seah masih tidak memberikan jawapan yang pasti. Akhirnya, selepas ditegur Hakim Zabidin, Dr Seah sekadar menjawab ia mungkin amalan yang baik. Hakim Zabidin berkata ia boleh diambil sebagai Dr Seah bersetuju dengan kenyataan Sankara. 9.22 pagi – Apabila Sankara bertanya bagaimana sampel didaftar apabila diterima- samada terdapat borang proforma diguna- Dr Seah berkata ia didaftar secara elektronik,menggunakan sistem LIMS (Link Information Management System). Sankara bertanya samada salinan borang tersebut boleh dicetak, Dr Seah berkata ia tidak boleh dicetak. Selepas ditanya berulang-kali oleh Sankara, Dr Seah berkata ia boleh dicetak oleh pentadbir sistem LIMS. 9.15 pagi – Sankara bertanya prosedur langkah demi langkah yang dilakukan apabila makmal Jabatan Kimia menerima sampel untuk dianalisis. Apabila Dr Seah kelihatan teragak-agak menjawab, Sankara berkata beliau sepatutnya boleh menjawab dengan lancar kerana ia dilakukan sepanjang masa di makmal tersebut. 9.03 pagi – Ram Karpal masuk semula. 8.59 pagi – Ram Karpal Singh keluar daripada mahkamah sebentar 8.54 am – Menurut Dr Seah, kali terakhir makmal tersebut diperiksa adalah pada tahun 2005 dan ia diaudit setiap tahun. 8.50 am – Soal balas Sankara berkisar sekitar kemudahan makmal Jabatan Kimia Malaysia. 8.44 am – Mahkamah bersidang. Giliran Sankara menyoal balas pakar kimia Dr Seah Lay Hong. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7379 |
| Posted: 21 Feb 2011 05:23 PM PST Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini. Tak apa.. naiklah, paling baik dinaikkan selepas kedua-dua PRK berakhir jika UMNO/BN menang untuk dijadikan hadiah kemenangan buat rakyat yang terus menyokong UMNO/BN.. Harga petrol mungkin naik? KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya. "Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia. "Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini. Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu. Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95. Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini. Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan. Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global. "Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau. Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab. Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat. Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu. "Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain. "Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau. Lidah Rasmi UMNO |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan