Anak Sungai Derhaka |
- Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak ada Akal
- Najib! perbodoh Ahli UMNO sudahlah..
- Kerajaan Pulau Pinang Sedia 16 Bas Bagi Kurangkan Kesesakan Trafik
- Tuduhan Liwat : 10 DNA lelaki ditemui.. Ini sudah jadi kes liwat beramai-ramai ni..
- Penyelamat Mahathir sudah tiba..
- Cabaran Bodoh buat Pakatan Rakyat dari Ismail Sabri
- My Balik Pulau : Penjelasan Arts-ED (Penerbit Risalah)
- Mahathir terlupa dirinya Menteri KDN ketika Ops Lalang
| Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak ada Akal Posted: 18 Feb 2011 05:44 AM PST Pagi tadi.. Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini menjadikan isu kenaikan harga barangan sebagai bahan untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) menurunkan harga barang di negeri jajahan mereka - sepenuhnya sila baca di SINI Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak Masuk Akal- FOMCA KUALA LUMPUR 18 FEB: Saranan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, mengesa kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barang di negeri yang ditadbir, disifatkan tidak masuk akal oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah.Sha'ani berkata jika benar kerajaan pusat ingin melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pakatan Rakyat, kerajaan pusat seharusnya menyerahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat. "Kalau dia(Ismail Sabri) sarankan mahu Pakatan Rakyat tentukan harga barang, dia perlu serahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat, kalau dia tidak mampu untuk laksanakan bagi sahaja kepada mereka yang boleh buat," katanya. Mengulas isu kenaikan harga barang, Sha'ani menjelaskan ia adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi menerusi pengurangan kos sara hidup dalam perkhidmatan sosial mampu mengurangkan beban yang dipikul rakyat. "Kerajaan sendiri tidak faham bagaimana mahu membantu pengguna dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kenyataan menteri-menteri sebenarnya memperdayakan pengguna. "Kerajaan hanya boleh membantu dengan cara lain seperti mengurangkan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan kepada perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perubatan, perumahan dan pengangkutan awam," jelasnya. Tambahnya lagi, rakyat bukan sahaja dibebani kenaikan harga barang tetapi mereka juga tertekan kerana kegagalan kerajaan dalam memberi gambaran jelas mengapa ia berlaku. "Sebenarnya selama ini kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas bagaimana untuk membantu rakyat dalam menghadapai kenaikan harga barang," jelasnya. TVS |
| Najib! perbodoh Ahli UMNO sudahlah.. Posted: 18 Feb 2011 04:24 AM PST SHAH ALAM : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memperdayakan rakyat dengan penggunaan angka yang tidak realistik pada masa kini.Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat. "Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini. Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini. Bernama hari ini melaporkan, Najib sebagai berkata, negara telah menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus tahun lalu walaupun dalam keadaan ekonomi yang malap. "(Namun) persoalan yang menjadi pertikaian hari ini yang saya hendak katakan pada Najib, ia bukan hanya persoalan angka pertumbuhan. Permasalahan ekonomi yang memerlukan reformasi dan penambahbaikan, jangan pandang kepada satu-satu parameter sahaja. Itu hendak membodohkan rakyat namanya," bidas Dr Dzul. Menurut Dr Dzul lagi, Najib terlebih dahulu harus menjawab tentang persoalan 40 peratus rakyat di negara ini yang masih 'terpenjara' dengan pendapatan kurang daripada RM1,500. Dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi, adakah soal kelangsungan hidup mereka diambilkira dalam kerangka pertumbuhan ekonomi setiap tahun negara, soal Dr Dzul. Malah hutang isi rumah juga semakin meningkat kepada 77.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadikan jumlahnya RM577 bilion. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion). Tidak cukup dengan itu kata Dr Dzul, lebih malang apabila negara kita berada di tangga kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sekitar RM888 bilion bermula tahun 2000-2008. Hal itu kata Dr Dzul menyebabkan dana sebesar itu tidak dapat digunakan bagi tujuan pembangunan negara. "Kata pada Najib, janganlah hendak memperbodohkan rakyat. Kerap menyebutkan tentang ETP (Program Transformasi Ekonomi), ini pada kami, hanyalah sebutan gimik media untuk menyuntik 'feel good factor' pada pilihanraya. Menurut Dr Dzul, masalah ekonomi negara harus dibendung dengan kadar segera jika tidak mahu generasi akan datang hanya mewarisi kemiskinan negara. "Kita sebenarnya mengorbankan kekayaan anak-anak kita. "Pembaziran atau (penggunaan wang) tidak kena kepada keutamaan, subsidi kepada rakyat ditarik, pakar-pakar ekonomi bertanyakan mengapa berlaku sedemikian sementara subsidi kepada IPP diteruskan," tambahnya lagi. TVS |
| Kerajaan Pulau Pinang Sedia 16 Bas Bagi Kurangkan Kesesakan Trafik Posted: 18 Feb 2011 02:16 AM PST PULAU PINANG 18 FEB : Penyediaan 16 buah bas BEST adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diharapkan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jambatan dan jalan pada waktu puncak dan ia dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana tambang bas yang ditaja sepenuhnya untuk tempoh masa 6 bulan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena Lawatan Tapak dan Percubaan Operasi Perkhidmatan BEST hari ini.Menurut Lim dalam kenyataan medianya berkata dalam bajet 2011 yang dibentangkan pada 2 November 2010 dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji untuk mencari inisiatif kreatif dan inovatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan beban kewangan warga Pulau Pinang, khususnya golongan bawah. "Pengguna hanya perlu membayar kos letak kereta sebanyak RM1 sebuah kereta bagi sepanjang hari. Ini membolehkan setiap orang pekerja dan pengguna dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM250 sebulan. Sistem Park & Ride ini dengan 16 buah bas BEST dijangka boleh mengangkut hampir 1,000 pekerja / pengguna. Sesiapa yang bekerja di FIZ Bayan Lepas turut layak menikmati perkhidmatan BEST ini dan sekaligus dijangka dapat mengurangkan hampir 1,000 kenderaan," katanya. Perkhidmatan BEST ini telah dibahagikan kepada 3 laluan iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C. Laluan A telah menumpukan kepada kawasan FIZ 1,2 dan BLIP. Laluan B telah menumpukan kepada kawasan FIZ 3 manakala Laluan C menumpukan kepada kawasan FIZ 4 dan Technoplex. Untuk menentukan masa tiba bas di kilang masing-masing, tiga percubaan perjalanan bas (Test Run) telah diadakan pada 30/11/2010, 01/12/2010 dan 02/12/2010. Dua percubaan perjalanan bas juga diadakan pada 14/02/2011 dan 16/02/2011. Satu jadual masa BEST yang menunjukkan anggaran masa tiba di perhentian bas telah dihasilkan oleh Rapid Penang telah dihantar kepada FREPENCA pada 6 Februari 2011. Tambah Lim lagi, merujuk kepada sebutharga yang dikemukakan oleh Rapid Penang pada 14 Februari 2011, harga bulanan untuk perkhidmatan satu bas shuttle BEST adalah berjumlah RM11,000. "Sehubungan dengan itu, kos operasi untuk 16 buah bas shuttle Bridge Express Shuttle Transit (BEST) yang berjumlah RM176,000 sebulan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar Rapid Penang boleh menawarkan harga yang lebih rendah sebanyak RM150,000 sebagai tanggungjawab korporat social (CSR) mereka," katanya. TVS |
| Tuduhan Liwat : 10 DNA lelaki ditemui.. Ini sudah jadi kes liwat beramai-ramai ni.. Posted: 17 Feb 2011 10:56 PM PST KUALA LUMPUR 18 FEB : Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki. "Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki," kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh. Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah. Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan. Justeru, Karpal meminta mahkamah menolak laporan Elektropherogram yang dibentangkan semalam berdasarkan keterangan Dr Seah Dr Seah turut mengakui tidak menjalankan ujian perbandingan profil DNA laporan tersebut dengan kapas pengesat DNA milik Saiful. Seorang lagi peguambela Ram Karpal berjaya menimbulkan keraguan umum apabila soalan beliau mendapati Dr Seah tidak arif dalam penggunaan perisian Gene Mapper. Perisian ini digunakan untuk mendapatkan keputusan laporan elektrophenograf yang dibentangkan semalam. Perbicaraan bersambung jam tiga petang ini. TVS |
| Penyelamat Mahathir sudah tiba.. Posted: 17 Feb 2011 08:14 PM PST KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar menjelaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang (Ops Lalang) sekitar 1987 adalah atas arahan beliau, bukan kerajaan yang diketuai Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mohd Hanif juga mengakui beliau adalah individu yang menghalang cadangan kerajaan untuk memansuhkan ISA. Tegas beliau, arahan itu dibuat atas kapasitinya sebagai ketua polis negara yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara. "Sebagai ketua polis, saya nasihatkan timbalan beliau, Tun Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri) tangkap 104 tahanan (Ops Lalang), bukan dia (Dr Mahathir) yang arah, saya sebagai ketua polis arah, saya bertanggungjawab dan tidak tunduk pada dia. "Saya tunduk kepada undang-undang, ini peranan, kuasa dan kewajipan saya, Tun Dr Mahathir memang tidak suka guna ISA," katanya pada sesi soal jawab forum bertajuk 'Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020' di Bangunan Parlimen, di sini, semalam. Mohd Hanif yang berkhidmat sebagai ketua polis negara selama 20 tahun sehingga 1994 berkata, Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya ISA dimansuhkan. "Anwar kata boleh mansuhkan ISA, Tun Mahathir pun setuju, tapi saya minta mereka timbangkan cadangan itu kerana membabitkan soal keselamatan negara," katanya. Sementara itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Prof Dr Chandra Muzafafr yang juga bekas tahanan ISA turut mempertahankan tindakan Dr Mahathir dalam Ops Lalang dengan berkata, ia tidak ada kaitan dengan negarawan itu. "Berdasarkan pengalaman saya, saya ditahan di Pulau Pinang dan dibawa ke Kuala Lumpur di mana saya berjumpa Tun Hanif, semasa saya berjumpa Tun Hanif beliau berkata ia adalah operasi polis dan beliau begitu konsisten," katanya. Berita Harian Online |
| Cabaran Bodoh buat Pakatan Rakyat dari Ismail Sabri Posted: 17 Feb 2011 07:09 PM PST AYER KEROH - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini menjadikan isu kenaikan harga barangan sebagai bahan untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) dicabar melaksanakan janji menurunkan harga barang di negeri jajahan mereka. Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Pas sendiri pernah berjanji akan menurunkan harga barangan jika menang pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. "Nyata PR hanya berjanji kosong kerana mereka ada empat negeri yang dikuasai tetapi kenapa harga barang tidak turun di negeri terbabit. "Mereka tahu kenaikan harga barangan adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi masih berjanji dengan rakyat akan menurunkan harga malah menuduh kerajaan kejam kerana terus membiarkan kenaikan harga barang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Pasar Raya Besar Mydin, di sini, semalam. Hadir sama, timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Timbalan Setiausaha KPDNKK, Datuk Daud Tahir dan Pengurus Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin. Mydin menjadi pemborong pertama menyahut seruan penurunan harga barangan bagi 2011 dengan menawarkan penurunan harga 10 hingga 30 peratus untuk 200 barangannya, bermula semalam. Ismail berkata, kementeriannya turut mengedarkan risalah untuk memaklumkan kepada pengguna, termasuk pengundi di DUN Merlimau, bagi memperjelaskan isu kenaikan harga barangan dan subsidi yang ditanggung kerajaan. "Kenaikan harga barang sememangnya tidak dapat dielak dengan perincian yang cukup jelas. "Ia juga bagi menepis fitnah pembangkang yang menjadikan kenaikan harga ini sebagai salah satu senjata untuk meraih undi dan menabur janji kosong kepada pengundi sedangkan ia mustahil dilakukan," katanya. Menurutnya, peniaga dan peruncit juga diminta bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menjayakan kempen menurunkan harga barangan bagi meringankan beban pengguna. "Selain peranan pengguna, kerajaan sentiasa prihatin dengan keluhan masyarakat mengenai kenaikan harga barang yang banyak memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana," katanya. Ismail berkata, selain mengawal empat barangan iaitu gandum, minyak, beras dan gula, kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana ia dipengaruhi 'cuaca' global. "Kenaikan harga gula, kelapa, bawang dan minyak masak adalah disebabkan bencana alam yang berlaku di negara yang menjadi pengeksport utama barangan keperluan itu. "Fenomena banjir di India, China, kebakaran di ladang gandum di Rusia, selain musim melawas kelapa di Indonesia menjadi antara sebab kenapa produk dari negara ini mengalami kenaikan harga," katanya. Menurutnya, pengimport pula tiada pilihan, selain menjual dengan harga tinggi berikutan kekurangan bekalan barangan berkenaan dan dijangka masalah itu berterusan dalam tempoh masa yang panjang. "Pada masa sama, kerajaan sentiasa melakukan usaha kawalan harga barangan terpilih terutama pada musim perayaan agar peniaga tidak menaikkan harga barangan sesuka hati," katanya. Ismail juga mengingatkan peniaga di Merlimau tidak mengambil kesempatan menaikkan harga. Sinar Harian |
| My Balik Pulau : Penjelasan Arts-ED (Penerbit Risalah) Posted: 17 Feb 2011 05:15 PM PST "Arts-ED ingin menjelaskan bahawa risalah myBalikPulau TIDAK bertujuan untuk mengubah sejarah. Kami TIDAK PERNAH dan TIDAK BERNIAT untuk menjadikan risalah ini setaraf dengan buku sejarah." Risalah kami "Balik Pulau ku" (myBalikPulau) merupakan risalah berita untuk masyarakat yang diterbitkan dengan hanya satu tujuan: untuk melibatkan warga tua dan muda serta masyarakat tempatan untuk berkongsi ingatan, pengalaman dan kisah-kisah lalu dan legenda.Arts-ED ingin menjelaskan bahawa risalah myBalikPulau TIDAK bertujuan untuk mengubah sejarah. Kami TIDAK PERNAH dan TIDAK BERNIAT untuk menjadikan risalah ini setaraf dengan buku sejarah. Risalah ini hanya bertujuan untuk membentangkan sejarah lisan turun-temurun seperti yang diceritakan oleh penduduk tempatan di Balik Pulau. Risalah ini juga membentangkan sumber-sumber tulisan dalam terbitan buku yang dijumpai semasa kerja penyelidikan dijalankan. Informasi yang tidak dapat diperolehi pada masa tersebut jelasnya tidak dapat dibentangkan. Sejarah lisan merupai pandangan dari individu-individu yang berminat serta sudi berkongsi cerita-cerita mereka. Dalam proses penerbitan risalah ini, langkah-langkah telah diambil untuk melibatkan ahli masyarakat dari pelbagai kaum. Dalam proses ini, ada di antara mereka yang amat berbesar-hati untuk berkongsi pengalaman, manakala ada pihak yang enggan berkongsi. Justeru, risalah ini hanya mengandungi pengalaman daripada mereka yang berkongsi. Sejarah lisan merupakan refleksi ingatan, pengalaman serta cerita yang diturunkan dari generasi ke generasi. Ia merupakan artikulasi pandangan si pencerita tersebut. Arts-Ed berpegang kepada penglibatan sosial dan percaya setiap individu berhak untuk menceritakan sejarah serta pengalaman mereka dari satu generasi kepada generasi yang lain. Sumber sejarah Balik Pulau yang digunakan dalam risalah myBalikPulau: 1. Asal-Usul Penghuni Semasa penerbitan risalah myBalikPulau, penolong penyelidik ARTS-ED hanya menjumpai sejarah lisan yang diterbitkan oleh Pentadbiran Pejabat Daerah dan Barat Daya dan Tanah, Daerah Barat Daya. Dalam terbitan tersebut didapati sebuah artikal bertajuk "Sejarah Penghijrahan Penduduk-Penduduk Awal Balik Pulau" oleh Ruhana Ahmad. Daripada cerita-cerita lisan yang dikutip daripada penduduk di Balik Pulau, beliau membuat rumusan yang berikutan: "Hampir keseluruhan penduduk-penduduk asal yang ditemui di sekitar Balik Pulau mengakui bahawa asal-usul keturunan mereka ialah dari Pattani, Satul, Yala, Kedah dan Perlis". (pp. 14) 2. Penghijrahan/Pelarian Beramai-ramai Informasi tentang penghijrahan beramai-ramai pada zaman 1820-an dalam risalah myBalikPulau didapati daripada sejarah yang diterbitkan di buku-buku tersebut: i) Haji Buyong Adil. (1980). Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia (pp. 53-71) ii) Andaya, B. W. and L.Y. Andaya (1982). A History of Malaysia. London: Macmillan Press. (pp. 116-118) 3. Informasi berkenaan dengan kejadian sejarah, biografi tokoh dan bangunan dikumpul khasnya dari penduduk tempatan Balik Pulau, dan dari penerbitan yang dikeluarkan oleh institusi tertentu. Baru-baru ini dalam Februari 2011, selepas penerbitan dan pengelilingan risalah myBalikPulau, Arts-ED telah diberitahu tentang sumber sejarah lisan yang baru. Arts-ED sangat berdedikasi untuk mengumpul sejarah lisan dan mengalu-alukan informasi baru dan percayai bahawa ianya patut disebar kepada orang ramai dan ditambah kepada sumber koleksi sejarah lisan. Penerbitan tersebut ialah Vaughan, J.D. "Notes on the Malays of Pinang and Province Wellesley". Journal of the Indian Archipelago & Eastern Asia, new series, 2, 1858: 115-175. (http://books.google.com.my) Artikel Vaughan diterjemah dalam satu laporan kajian USM 2006 bertajuk "Sejarah Awal Pulau Pinang", diperolehi online (http://eprints.usm.my/4843/1/Sejarah_Awal_Pulau_Pinang.pdf) "Dengan dasar sedemikian, permintaan untuk membuka tanah terus diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Orang Melayu yang datang bersama-sama Francis Light dari Kedah diberikan tanah percuma di kawasan Datok Keramat, mungkin kerana pengaruh Datok Setia dari Kuala Muda yang memiliki tanah di kawasan tersebut sejak awal lagi. Kapten Scott diberikan kawasan di Gelugor dan membuka tanah untuk penanaman lada hitam di kawasan tersebut. Seorang saudagar Inggeris bernama Bacon membuka Ayer Itam. Beberapa orang Melayu juga disebut membuka beberapa kampong di bahagian barat daya. Pah Kechil dari Batu Bara (Indonesia) bersama-sama Jamaluddin dan nakhoda Che Salleh dari Lingga membuka Permatang Damar Laut, Nakhoda Seedin dari Deli dan Panglima Long dari Setul membuka Teluk Kumbar, dan Lebai Tampak dari Deli membuka Balik Pulau (pp.38-39)" Artikel asal oleh Vaughan, J.D: Vaughan membuat sesuatu transkripsi sejarah lisan yang diceritakan oleh anak kepada penghuni Melayu awal yang bernama Haji Mahomed Salleh atau Haji Brunie. Di dalam transkripsi awal sejarah lisan tersebut hanya terdapat satu ayat sahaja yang merujuk kepada Balik Pulau, yang menyatakan bahawa DUA orang terlibat dalam pembukaan tanah di Balik Pulau: "The Malays that came over with Light got free grants of land and they cleared the jungle where Datu Cramat now stands. Seven years after the English came, a person name Danbie Chand cleared the land about Batu Lanchang. Two years after a Captain Scott cleared the land at Glughore; he was assisted by a man named Mahomed Prie of Sungora. Nacodah Intan cleared Batu Uban. A year after an European named Raboo(?) assisted by a Malay named Hakim Tudoh cleared Sunghie Nibong. A Malay named Loh Munu cleared Sunghie Kluang. Haji Mahomad Salleh three years after this, or about twelve after coming to Pinang, settled at Bayan Lepas with a man named Long Syed…(cont.) Nacodah Seedin, a native of Delhi, and Panglima Long of Sittool first settled at Tellok Commber. Tukong Ko of Purlis and Lebbi Tampak of Delhie, cleared Bali Pulo. (pp.174 -175)" *Kenyataan media oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (ARTS-ED). |
| Mahathir terlupa dirinya Menteri KDN ketika Ops Lalang Posted: 17 Feb 2011 09:35 AM PST Chang Teck Peng Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya. Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh.
Namun demikian, sifat Mahathir ini semakin luntur dalam tempoh lapan tahun selepas beliau bersara. Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalamDoctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Sejumlah 106 orang, termasuk ahli politik, pejuang pendidikan Cina, pencinta alam dan pekerja agama ditahan dalam Operasi Lalang, malah 40 orang antaranya dilanjutkan penahanan dua tahun. Permit akhbar The Star, Watan, Sin Chew Jit Poh dilucutkan, dan hanya kembali beroperasi pada tahun 1988. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Mahathir menafikan bahawa dirinya adalah dalang utama di sebalik operasi penekanan politik ini. Mahathir terlupa Rakyat bukan menuduh sembarangan apabila menuding jari terhadap Mahathir, sebagai dalang "Operasi Lalang". Setelah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Musa Hitam dicantas, Mahathir sebagai PM merangkap jawatan Menteri Dalam Negeri sejak tahun 1986. Jawatan Menteri Dalam Negeri ini hanya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Abdullah Ahmad Badawi, selepas Pilihan Raya Umum tahun 1999.
Jikapun tidak membincangkan realiti hubungan politik pada ketika itu, Mahathir tetap tidak boleh memisahkan diri dari tanggungjawab "Operasi Lalang" seandainya disemak peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). 40 dari 106 orang tahanan dilanjutkan penahanan dua tahun, yang seandainya dirujuk kepada Seksyen 8 (1) ISA - adalah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan agar penahanan dua tahun dikenakan, seandainya pada budi bicara Menteri, tahanan tersebut mengancam keselamatan negara.
Oleh itu, seandainya Mahathir tidak merestui tindakan menindas yang tidak demokratik ini, beliau mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang untuk menghalang, dan bukannya menjurus kepada penangkapan. Pertama, mustahil polis tidak berunding dengan Mahathir sebelum operasi penangkapan yang sebegitu besar dijalankan. Namun, Mahathir tidak membantah, sebaliknya merestuinya. Kedua, selepas penangkapan 106 orang, suasana ketegangan (yang didakwa kerajaan) telah dikawal. Persoalannya, mengapa Mahathir tetap menandatangani arahan untuk melanjutkan penahanan selama dua tahun untuk 40 orang tahanan? Seandainya Mahathir tidak bersetuju dengan penangkapan seawalnya, tetapi terpaksa akur kerana khuatir "berlakunya konflik perkauman" - maka beliau boleh membubuh noktah kepada operasi ini selepas penahanan 60 hari. Beliau tidak perlu menandatangani surat untuk melanjutkan tempoh penahanan - kuasa yang hanya dimiliki Menteri Dalam Negeri, dan bukan polis. Sebagai PM, Mahathir adalah Ketua Eksekutif (kerajaan), maka beliau tidak terelak daripada tanggungjawab politik terhadap semua keputusan dan operasi kuasa eksekutif. Sebagai Menteri Dalam Negeri, Mahathir juga tidak terelak daripada segala tanggungjawab eksekutif terhadap keputusan dan tindakan PDRM. Kita boleh memahami keterbatasannya jikalau Mahathir sekadar Menteri Dalam Negeri - kerana Menteri Dalam Negeri mungkin membantah penangkapan polis, tetapi dihalang PM. Namun, Mahathir adalah PM merangkap Menteri Dalam Negeri - apa lagi alasan yang ingin dikemukakan untuk membela dirinya? Menjadi bahan lawak Bukan kali pertama Mahathir menafikan bahawa dirinya memainkan peranan yang negatif dalam pemerintahannya. Walaupun Mahathir adalah dalang di sebalik "krisis kehakiman 1988", namun beliau tetap berkeras untuk membela dirinya - bahawa bukan dirinya yang memecat Ketua Hakim Negara, Salleh Abas, serta dua orang Hakim Mahkamah Agung yang lain, Wan Suleiman dan George Seah, tetapi tribunal.
Hujah-hujah Mahathir sepanjang lapan tahun yang lalu telah menghakis imejnya sebagai pemimpin dominan yang berkarisma. Seandainya Mahathir memilih untuk mengakui kesalahan politik dirinya, dan menunjukkan keikhlasan dirinya untuk bermuhasabah; atau tetap berpegang bahawa dirinya melakukannya demi kepentingan negara ketika itu, dan berdepan dengan segala tanggungjawab dan kritikan - ia semestinya lebih baik daripada apa yang dilakukan sekarang - enggan meminta maaf, sebaliknya menolak segala-galanya kepada orang lain. Mungkin Mahathir ingin meninggalkan catatan bertulis untuk membersihkan tanggungjawabnya, agar mempertahankan reputasi sejarahnya. Tetapi perhitungannya silap. Tindakan ini sekadar menambah bahan lawak tentang dirinya dalam sejarah. *Chang Teck Peng ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah. Untuk tokoh seperti Mahathir (gambar kiri), mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah. Tokoh seperti Mahathir sering berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, malah amat yakin dengan hujah dirinya - meskipun wacananya itu tidak semestinya diterima umum. Keyakinan ini, dari perspektif yang lain, ditafsirkan sebagai keberanian untuk bertanggungjawab - iaitu memikul tanggungjawab terhadap jasa dan silap yang dilakukan.
Meskipun Mahathir berdepan dengan sekta yang berlainan pada awal zaman pemerintahannya, namun beliau berjaya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kanan) bersama pasukan B-nya, dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam UMNO. Mahathir berjaya mempertahankan kedudukan sebagai PM, Menteri Dalam Negeri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Polis Diraja Malaysia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri - adalah sesuatu yang tidak masuk akal bahawa polis berani mengingkari arahan Mahathir - jika dilihat kepada sifat Mahathir yang diktator.
Menurut ISA, walaupun Seksyen 73 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menangkap tanpa waran sesiapa yang boleh ditahan mengikut Seksyen 8, tetapi Seksyen 73(3) juga menyatakan bahawa tempoh penahanan ini tidak boleh melebihi 60 hari. Malah, jika penahanan melebihi 30 hari, Ketua Polis Negara perlu melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri tentang keadaan penahanan.
Krisis kehakiman 1988 bermula dengan niat Mahathir untuk mengawal kuasa kehakiman. Sebelum tercetusnya "krisis kehakiman", beliau telah bersilat lidah dengan Salleh Abbas (gambar kanan) dalam isu kebebasan badan kehakiman, kemudian dilanjutkan pula kes kelangsungan UMNO/UMNO Baru (UMNO 11). Tribunal yang menjatuhkan kesalahan "misconduct" (salah laku) ke atas Salleh Abas, ditubuhkan atas cadangan Mahathir kepada Yang Di-Pertuan Agung dengan kuasanya sebagai PM. Motifnya cukup jelas. Kini, Mahathir cuba mengasingkan diri daripada tanggungjawab ini - mungkin "muka tebal" tidak cukup untuk menyifatkan kenyataan sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan