:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
PROJEK "ISLAM PERTENGAHAN" PROJEK PRU Posted: 28 Feb 2011 12:33 AM PST pada 3 Jun 2010 lepas, aku ada menulis tentang projek Islam wasati [islam pertengahan] yang sedang dirangka oleh Jamil Khir. Maklumat itu didapati dari seorang teman yang bekerja di Putrajaya. ini artikle aku itu; Mungkin kita belum lupa lagi dengan Islam Hadhari yang dicanang oleh Pak Lah Badawi. Seorang kawan yang bekerja di Putrajaya memaklumkan bahawa kini Jamil Khair Baharum sedang merangka satu perancangan bagi menarik pengaruh undi-undi melayu yang beragama Islam dalam PRU akan datang. Jika pada tahun 2004 yang lalu, terdapat idea Islam Hadhari, tetapi kali ini dikhabarkan bahawa akan dilontarkan satu idea yang seiras dengan Islam hadhari, iaitu "Al-Islam al-wasati". Dimaklumkan juga bahawa konsep 1 Malaysia digunakan untuk menarik undi non Muslim, termasuk bangsa selain melayu. Adapun Islam Wasati untuk menarik pengaruh undi-undi melayu. Sekian Wallahu 'Alam Al-Bakistani *** sehari dua ini, kedengaran pula najib mula mengungkap "islam pertengahan". ungkapan setelah melakukan lawatan hormat ke makan Mustafa Kamal Art-Tarturk di Turki baru-baru ini. namun, ia telah dijawab oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, seperti berikut berikut; "Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa "tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam." sekian baca sama: "Al-ISLAM Al-WASATI" DALAM PRU AKAN DATANG? Islam sederhana Umno ditemplak Nik Aziz |
Posted: 27 Feb 2011 10:40 PM PST MUQADDIMAH Islam adalah agama yang memberikan pembelaan kepada mereka yang memerlukan. Disamping itu, ia dapat merapatkan jurang sesama manusia. Yang senang membantu yang susah, yang susah merupakan ruangan bagi yang senang mendapat habuan kebaikan di akhirat kelak. Dalam Islam, hubungan tidak tertumpu antara manusia dengan Allah sahaja [disebut sebagai hablullah, iaitu pertalian antara manusia dengan Allah], malahan antara terpenting dalam hidup ini adalah hubungan antara manusia sesama manusia [disebut juga dengan hablunnas, iaitu pertalian sesama manusia]. Atas asas hubungan sesama manusia itu, menyebabkan al-Quran mempamerkan larangan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Malahan, digelar munafiq kepada orang islam yang melakukan kezaliman dan cenderung kepada kezaliman. Firman Allah; وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ Maksudnya; "apabila diberitahu kepada mereka [munafiq], jangan kamu lakukan kerosakan di atas muka bumi. Mereka menjawab, kami adalah orang yang melakukan pembaik pulih" [Al-Baqarah : 11] sebagai manusia yang baik, kukuh memperkukuhkan sesama manusia atas asas ketaqwaan dan kebaikan merupakan tuntutan. malahan, ia termaktub dalam Al-Quran. Firman Allah; وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ Maksudnya; "bantu membantulah kamu dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan bantu membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan" [Maidah : 2] PELAJAR TERIMA ZAKAT ada sebilangan bertanya tentang hukum memberi zakat kepada pelajar, apakah ia dibenarkan atau tidak? Bagi menjawab persoalan ini, didapati bahawa, Ulama sepakat menyatakan bahawa boleh memberi zakat kepada pelajar yang miskin. Diberikan zakat itu, bukan kerana dia sedang belajar, tetapi kemiskinannya. Adapun semata-mata pelajar itu belajar, bukan kerana kemiskinan; dengan maksud pelajar itu mempunyai kemampuan tenaga untuk mencari harta, tetapi tidak mempunyai kesempatan masa kerana sibuk dengan belajar, ulama berbeda pendapat dalam menentukan kelayakkan pelajar itu menerima zakat atau tidak. Walaubagaimana pun, di sana ada ulama-ulama yang mengharuskan pemberian zakat kepada pelajar. Antara mereka adalah Dr Yusuf Al-qaradhawi dan Ibnu Abidin, seorang ulama dalam mazhab Hanafi. Merujuk kepada fatwa Ibnu 'Abidin dari mazhab Hanafi, beliau berpendapat bahawa pelajar layak menerima zakat kerana mereka termasuk dibawah tafsiran "fi sabilillah" dalam ayat tentang asnaf zakat. Firman Allah; إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ Maksudnya; "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" [at-taubah : 60] Pendapat ini didokong kuat oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Beliau berkata, "pelajar yang menghambakan dirinya dengan belajar, dibenarkan baginya menerima zakat. Sekiranya dia tidak mempunyai masa untuk menghimpunkan diantara mencari harta dan menuntut ilmu, maka ia diberikan zakat mengikut kadar yang dapat membantunya menyempurnakan keperluan hajatnya. Termasuknya adalah, kesibukannya menulis ilmu yang perlu untuk perkembangan dunia dan agama" HUJJAH Antara hujjah-hujjah yang dikemukakan adalah seperti berikut; Pertama; Firman Allah; فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ Maksudnya; "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" [At-Taubah : 122] Belajar agama merupakan tuntutan yang besar. Ini kerana, ia bersifat "taaddiyyah", iaitu melibatkan manfaatnya kepada orang lain. Mengikut logiknya, jika terhadap orang miskin dan faqir yang pemberian zakat kepada mereka itu hanya keuntungan mereka, tanpa dapat dimanfaatkan kepada orang lain pun menyebabkan mereka layak terima zakat, maka terlebih utama pelajar mendapat zakat, kerana belajar itu melibatkan ilmu, sudah pasti ia dapat dimanfaatkan kepada orang lain. kedua; belajar ilmu merupakan jihad. Orang yang belajar mencari hujjah-hujjah yang benar dalam memahamkan manusia dengan kebenaran. Dengan kebenaran itu, akan lahir manusia yang menyatakan kebenaran dihadapan penzalim. Sabda Nabi SAW; أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ أَوْ أَمِيرٍ جَائِرٍ Maksudnya; "jihad yang paling afdhal adalah berkata kebenaran di sisi pemerintah yang zalim" [Abu Daud : 3781] Jadi, pelajar layak menerima zakat, kerana tidak salah jika mereka diketagorikan sebagai "fi sabilillah". PENDAPAT TIDAK BENARKAN Namun begitu, di sana wujud sebilangan ulama yang tidak membenarkan pelajar menerima zakat. Antara Hujjah mereka adalah seperti berikut; Pertama; Sabda Nabi SAW; لَا تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ Maksudnya; "Tidak halal sedekah [zakat] kepada orang kaya" [Abu Daud : 1392] Dijawab bahawa keizinan zakat kepada pelajar ini, bukan dibawah tafsiran orang miskin dan faqir menerusi ayat 60 dari surah at Taubah, tetapi merujuk kepada maksud "fi sabilillah". Kedua; Pelajar tidak termasuk dalam "fi sabilillah" seperti dalam surah at taubah ayat 60. Jika benar pelajar agama layak menerima zakat, sudah pasti telah termaktub dalam asnaf zakat itu adalah pelajar, tetapi ia tidak termaktub. Dijawab hujjah ini dengan mengatakan bahawa pelajar sudah cukup ditafsirkan sebagai salah satu golongan yang berada dibawah maksud "fi sabilillah". Kerana, ciri-cirinya amat nyata seperti dalam ulasan di atas. BERSYARAT setelah melihat kepada segala penghujahan ini, secara asasnya pemberian zakat kepada pelajar adalah dibenarkan dalam syarak. Namun begitu, keizinan itu tidak bersifat mutlak, tetapi bersyarat. Antara syarat-syarat kelayakkan menerima zakat itu, ditetapkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi seperti berikut; Satu, pelajar tersebut mempunyai keputusan yang terbukti dia adalah seorang yang cerdik. Dua, ilmu yang dipelajarinya itu adalah ilmu yang harus, wajib dan sunat. Tiga, ilmu yang dipelajari itu adalah ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Sekian Wallahu 'Alam. Al-Bakistani Jejantas Sg Buloh 28 Feb 2011 * 1.35 petang |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan