AKU INGIN BEBAS |
BANTUAN SEGERA PRK: DOAKAN SETIAP TAHUN WAKIL RAKYAT MATI Posted: 28 Feb 2011 02:27 AM PST JASIN, 28 Feb: Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian. Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak. Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya. Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu. Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka. "Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu. "Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya. Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya. "Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita. "Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya. Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang. "Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan? "Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya. Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi. "Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis. |
UMNO PUNCA ANAK KHIR JOHARI PILIH DAP Posted: 27 Feb 2011 07:42 PM PST SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng. Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad. "Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian. Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan. "Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya. Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO. "Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum," katanya. Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO menyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi. "DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO," katanya. Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang' kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar. "Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya," katanya. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan