Ahad, 13 Februari 2011

Ajijoi

Ajijoi


Setelah 40 tahun menunggu, Sekolah Tamil bakal dapat premis kerana PRK Merlimau

Posted: 13 Feb 2011 03:15 AM PST

Sepertimana tradisi yang diamalkan kerajaan BN, sesuatu kawasan yang bakal menghadapi pilihanraya kecil akan menjadi tumpuan panas dan utama kerajaan dalam menangani malah memberikan apa sahaja yang dipinta oleh rakyat disitu...walaupun setelah berjanji lebih 40 tahun lamanya.

Diwaktu-waktu begini, bukan sahaja adun dan ahli parlimen, malahan Perdana Menteri dan Timbalannya juga akan berulang-alik kesini untuk memberikan 'perkhidmatan 1Malaysia' kepada 'rakyat yang didahulukan'.

Jika bukan kerana wakil rakyatnya meninggal dunia, mungkin pekan Merlimau hanyalah sebuah pekan biasa yang hilang daripada radar para pemimpin yang begitu sibuk menguruskan (baca: kuruskan) harta negara.

Penamaan calon di Dun Merlimau belum diadakan, tetapi pak menteri telah mula sibuk turun naik ke sana bagi kesejahteraan rakyat yang telah lama mereka 'terlupakan'.

Premis SRJK (T) Merlimau... 40 tahun menunggu
Setelah lebih dua dekad dijanjikan, SRJK (T) Merlimau - yang kini menumpang di kawasan sebuah sekolah menengah - mungkin bakal mendapat premisnya sendiri.

muhyiddin yasinNamun, kehadiran Menteri Pelajaran sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
di upacara pecah tanah projek tersebut esok, pun mungkin masih belum mencukupi untuk menyakinkan penduduk di situ.

Ketika ditemui Malaysiakini yang meninjau kawasan pilihan raya itu minggu lalu, seorang pengundi Ramachandran, 60, berkata janji yang sama telah dibuat sejak empat pilihan raya umum yang lalu.

"Mereka sekarang mengukur tempat itu, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas pilihan raya kecil nanti," kata Ramachandran yang tinggal di Merlimau hampir sepanjang hidupnya.

Seorang lagi penduduk, Durairaj juga sudah biasa mendengar janji tersebut. Dia dan adik-beradiknya belajar di sekolah itu kira-kira dua dekad yang lalu.

"Saya adalah murid di situ, sama seperti kakak dan adik saya.
Sekarang anak-anak saya pula belajar di situ. Kami mendengar janji ini berkali-kali.

"Di tapak tanah pertama terdapat sebuah kuil di atasnya. Mereka merobohkan kuil tersebut dan berkata mereka akan bina sekolah Tamil di situ, tapi sekarang ada bangunan lain di tanah itu, "kata Durairaj yang kini dalam usia 30-an.

Penduduk lain yang ditemui Malaysiakini, apabila ditanya mengenai sekolah tersebut, menceritakan perkara yang sama.

merlimau, melaka townSambil menuding ke arah sebuah bangunan Tenaga Nasional Berhad, Padmanathan, 47, berkata tanah yang dimaksudkan oleh Durairaj itu "dijanjikan" untuk dijadikan tapak sekolah Tamil kira-kira "20 hingga 25 tahun yang lalu".

Ketika ditemui di bilik operasi BN Merlimau, lelaki yang menyifatkan dirinya ahli setia MIC berkata, ia tidak menjadi kenyataan kerana "tidak ada yang mengambil inisiatif".

-malaysiakini

Fitnah yang belum tenang dari Tenang

Posted: 13 Feb 2011 02:36 AM PST

Fitnah para blogger Umno semakin menggila. Sasarannya bukan sahaja parti PAS dan juga pimpinan khususnya Tuan Guru Nik Aziz, malah agama Islam itu sendiri dijadikan bahan untuk mereka-reka isu sensasi.

Fitnah Papa Gomo mengenai sembahyang dua imam yang terjadi semasa pilihanraya kecil di Dun Tenang bulan lepas, telah mengheret pihak Istana Johor untuk turut serta memberikan komen. Sultan Johor, Sultan Ibrahim dikatakan murka apabila perbuatan sembahyang dua imam itu berlaku dinegeri Tuanku.

Fitnah itu direka cipta hanyalah melalui melihat gambar-gambar yang disiarkan disebuah laman web tanpa bersandarkan kejadian yang sebenar. Kejahilan blogger Umno mengenai solat telah menambahkan lagi kekeliruan dikalangan pelayar blog-blog mereka.

Solat Jamak dan Qasar bagi musafir mungkin belum dipelajari kerana masih menghadam kitab haid dan nifas agaknya.

Gambar diatas merungkai keadaan yang sebenarnya serta menguatkan lagi tentang kejahilan para blogger Umno begitu membahayakan dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.

Kini agama Islam di Malaysia bukan sahaja diperlekehkan oleh MCA, Gerakan dan Umno, malah para blogger Umno begitu aktif menyalahtafsirkan isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam.

Dimana peranan Jakim? Mengapa perlu berdiam diri? Kerana mereka berada di BARISAN yang sama?

Alfatihah Adun Kerdau: Pilihanraya kecil berjangkit ke Pahang

Posted: 12 Feb 2011 06:47 PM PST


Negara kita kini mengalami wabak pilihanraya kecil yang menelan belanja jutaan ringgit dalam melaksanakannya. Projek-projek yang digelar sebagai 'mee segera' juga memburukkan lagi angka perbelanjaan kerajaan dalam meraih undi secara 'perkhidmatan kepada masyarakat' yang mana selama ini 'dipejamkan sebelah mata' oleh wakil rakyat tempat tersebut.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila beranggapan bahawa pembangunan dan 'durian runtuh' akan bertandang ketempat mereka seandainya wakil rakyat ditempat tersebut meninggal dunia. Perkara ini telah diperlihatkan secara jelas dengan tindakan kerajaan yang hanya akan bertindak dan bergiat aktif dalam memastikan segala keperluan dan kemahuan rakyat ditempat-tempat tersebut dipenuhi dengan segera hanya semata-mata ingin menunjukkan sikap 'baik dan prihatin' kerajaan terhadap rakyat. Rakyat didahulukan, kata Najib. Dan ada yang berjenaka bila menambah slogan tersebut dengan 'apabila wakil rakyat kita mati'.

Senario ini juga perlu diambil iktibar dengan mengira faktor usia dan kesihatan didalam memilih seseorang calon bagi pilihanraya. Tugasan sebagai wakil rakyat memerlukan komitmen yang begitu tinggi dalam kecerdasan minda dan juga kesihatan tubuh badan. Sudah tiba masanya apabila calon-calon muda dipertimbangkan secara serius didalam pemilihan calon-calon.

Pemimpin-pemimpin pelapis samada daripada pihak BN, PAS, PKR dan DAP perlu diberikan peluang seluas-luasnya untuk memimpin dan membawa negara ketahap yang lebih baik dan selari dengan peredaran zaman sekarang. Dunia digital memerlukan perubahan. Sampai bila negara kita hendak 'dibekukan' tanpa pemikiran dan kuasa pemuda dalam meneraju negara.

ADUN Kerdau meninggal dunia

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONEAllahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

azlanSementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.

Dikebumikan esok

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.

Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

12 wakil rakyat meninggal dunia

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

azlanSejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.

Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.

Simposium Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi

Posted: 12 Feb 2011 06:19 PM PST

KUALA LUMPUR 12 Februari: Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah-gunakan oleh orang Melayu bagi mendapatkan kekayaan segera tetapi mempertahankan agar program kontroversial itu diteruskan.

new economic policy nepKetika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan Melayu berkenaan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

"Saya malu, saya sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orangMelayu, hari ini kita bukan sahaja (akan) mendapat 30 peratus kekayaan negara tetapi lebih daripada itu.

"Kita selalu membuat apa yang membinasakan usaha kerajaan untuk majukan Melayu," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.

Namun di sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian, termasuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.













Ahli Parlimen Bagan Pinang dan Pengerusi Felda, Isa Samad berkata semuanya akan berjalan lancar selagi Umno dan PAS bersatu untuk melindungi kepentingan dan hak Melayu, tidak perlunya wujud dua parti Melayu.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali menyatakan kebimbangan pihak PAS dalam menangani kepentingan dan hak Melayu. Salah satu perkara yang dinyatakannya adalah kegagalan DEB mencapai objektifnya.


Ibrahim Ali menghentam para pelajar yang mendapat bantuan kewangan, tetapi apabila habis belajar dan bekerja, enggan membayar kembali pinjaman mereka.

-Malaysiakini

Pemuda PAS berhimpun dalam persediaan untuk menggantikan Umno

Posted: 12 Feb 2011 05:46 PM PST

Pemuda PAS perlu bersiap sedia apabila PAS menyingkirkan Umno sebagai parti utama Melayu.

KUALA LUMPUR, 13 Feb - Pemuda PAS berharap dapat mengumpulkan 30,000 ahli Sabtu depan untuk menyiapkan dan isyarat kesediaannya untuk mengambil alih dari UMNO sebagai parti Melayu yang dominan dalam pilihan raya umum berikutnya.

Ketua Pemudanya, Nasrudin Tantawi Hasan mengatakan perhimpunan "Masa untuk Berubah: Sedia TUKAR PAS UMNO" (Masa untuk Perubahan: PAS bersedia untuk menggantikan UMNO) akan diadakan di Kedah untuk menghuraikan khusus "tugas, peraturan-peraturan dan perintah" untuk menggarap apa yang gerakan pemuda percaya akan munculnya kebangkitan pemuda dalam pilihanraya yang akan datang.

"Perhimpunan ini akan berlangsung hanya seminggu selepas dunia melihat generasi muda di Mesir bangkit untuk menjatuhkan rejim Hosni Mubarak yang berkuasa selama 30 tahun," kata Nasrudin, merujuk kepada Presiden Mesir yang mengundurkan diri pada Jumaat.

"Saya percaya semangat dan kesedaran yang sama akan sampai kepada pemuda negara kita yang akan muncul menggantikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama 50 tahun dan memberikan mandat kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya umum seterusnya," ia menambahkan.

Pimpinan utama parti termasuk pemimpin spiritual Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Presiden Abdul Hadi Awang akan menghadiri perhimpunan ini di mana Nasrudin dijadualkan untuk memberikan ucaptama kepada ahli Pemuda PAS mengenai "tugas perjuangan kita serta peraturan dan ketenteraman awam khas untuk menghadapi gelombang peningkatan pemuda menuju memenangi pilihanraya umum 13. "

Acara ini akan menjadi kunci harapan kepada PR dalam sebuah pilihan raya yang berspekulasi dipanggil tahun ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memandangkan Pakatan sangat bergantung pada mesin pilihan raya PAS untuk menjangkau pengundi Melayu yang membentuk dua-pertiga pemilih.

Pakatan pembangkang telah mengalami kehilangan sokongan Melayu sejak pilihanraya kecil di Manek Urai pada Julai 2009 dan PAS, yang bertanggung jawab untuk memenangi suara Melayu, telah meningkatkan usaha untuk mengalih sokongan daripada UMNO.

Ianya juga akan mengadakan konvensyen pada minggu hadapan untuk menghuraikan jaminan terhadap Melayu sekiranya PR mengambil alih kuasa di Persekutuan, termasuk rancangan untuk meningkatkan pendapatan mereka yang kurang daripada RM1, 500 sebulan, 73 peratus di antaranya adalah Bumiputera.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti akan membuat pendirian yang teguh terhadap isu-isu seperti Islam serta kedudukan politik dan ekonomi Melayu ke "daerah-daerah yang ditandingi, yang UMNO mengatakan adalah milik mereka."

Najib, yang juga ketua BN, bertemu dengan ketua bahagian UMNO semalam di dalam siri perbincangan dengan para pemimpin BN nasional yang dilihat sebagai persiapan untuk pilihanraya yang semakin hampir.

Dalam beberapa minggu ini, beliau juga telah bertemu dengan wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli Parlimen di Sarawak, di mana pilihanraya negeri perlu diadakan sebelum Julai.

Najib dikatakan menunggu projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi, yang bertujuan untuk melipatgandakan pendapatan per kapita pada tahun 2020, untuk mula mendapatkan tarikan ekonomi sebelum membubarkan parlimen.

~ diterjemahkan dari The Malaysia Insider

Diskusi Mesir: Kebangkitan dari Tunisia

Posted: 12 Feb 2011 04:40 PM PST

Harakahdaily dengan kerjasama Lajnah Antarabangsa PAS telah menganjurkan Diskusi Ilmiah apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia pada 8 Februari 2011.

Diskusi yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut ini membincangkan secara ilmiah apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Mesir dan Tunisia sekarang.

Beberapa ahli penal berpengalaman dalam pergolakan antarabangsa telah membentangkan pandangan mereka dalam diskusi ini.






Forum Penapisan Internet

Posted: 12 Feb 2011 04:28 PM PST

Pada 9 Februari 2011 yang lalu, sebuah forum mengenai implikasi terhadap penapisan internet termasuk media online yang akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui pindaan terhadap Akta Percetakan dan Penerbitan telah diadakan.

Forum tersebut telah dianjurkan oleh CIJ (Centre for Independant Journalism) Malaysia.




PAS komited kukuhkan usaha kerjasama antara kaum bersama Pakatan Rakyat

Posted: 12 Feb 2011 04:20 PM PST

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa PAS akan sentiasa komitmen dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia dan Perak khususnya.

Beliau menyatakan, perjuangan melalui landasan dimensi baru seperti Pakatan Rakyat adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa,pemimpin dan pendokong pakatan Rakyat tidak akan larut dengan kempen dan idea-idea perkauman sempit yang kian dikumandangkan oleh UMNO menjelang pilihanraya akan datang. Idea yang menghalang kelancaran persefahaman antara kaum dan agama dalam komponen Pakatan Rakyat perlu diketepikan.

Malah menurut beliau juga, pegangan kaum Muslim (ahli PAS) berkenaan konsep Agama Islam yang hanya diiktiraf oleh Allah (In Addin Indallah Al Islam) adalah perkara 'tetap' yang menjadi tulang belakang aqidah dan tidak akan merosakkan saranan agama untuk berinteraksi dan memakmurkan bumi ini secara adil dan mengajak ke arah kebaikan. Perinsip aqidah adalah teras agama dan ia bukan alasan untuk umat Islam menolak toleransi antara agama dalam negara ini.

Beliau menyatakan bahawa, PAS akan mengenepikan sikap perkauman dan ketuanan bangsa yang digunakan umno selama ini dalam menghalang masyarakat bukan melayu melihat Islam sebagai suatu agama yang indah dan baik.

Menurut beliau lagi, pertautan kerja erat antara kaum dalam Pakatan Rakyat adalah perlu untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Perak khususnya

Selain itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP ) yang terdiri dari masyarakat bukan Islam di dalam dewan ini akan menyemarakkan lagi agenda penerangan kepada kaum bukan islam dan menimbulkan kesedaran kepada kaum melayu betapa tegarnya sikap kaum bukan Melayu terhadap agenda perubahan kerajaan yang lebih baik, jelas beliau.

Justeru beliau mengingatkan agar Jentera PAS Perak sentiasa bekerja atas kesepaduan kerja antara kaum serta mengeratkan hubungan dengan parti Pakatan Rakyat yang lain untuk menghadapi jentera BN PRU-13 akan datang serta mengambil resolusi Konvensyen PR di Pulau Pinang sebagai landasan kefahaman kerja bagi mencipta kemenangan buat rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

Tiada ulasan: