Isnin, 28 Februari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Malaysia Darul India.

Posted: 28 Feb 2011 08:30 AM PST

Lampu hijau 45,000 pekerja asing

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini semalam.

Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan. - Kosmo

Gua : Paling cantet, semua ada Kad Pengenalan time mengundi. Kedaulatan negara ditangan India.

MCA tipu UMNO, UMNO tipu Melayu, Melayu bodoh sampai ke mampos.

Posted: 28 Feb 2011 08:27 AM PST

Oleh : Manjung Mari

Salam sejahtera,,
Inilah realiti dan hakikat sebenarnya... MCA tipu UMNO, manakala UMNO pulak tipu melayu... betui ka...
.



Apek ni suspek pertama tuduhan yang dikenakan tuduhan menipu kabinet......



BEKAS Menteri Pengangkutan,Tan Sri Dr. Chan Kong Choy (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di Putrajaya, 28 Feb. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN


Yang ini tipu perdana menteri Pak Lah..,

Cuma aku nak kita sama-sama berfikir,,, kenapalah bodoh sangat Pak Lah sampai boleh kena tipu, di mana penasihat-penasihatnya, EPU (Unit Perancang Ekonomi), setpol, depa ni buat kerja apa sampai Pak lah boleh tertipu, atau pun depa ni pun sama-sama bodo juga dan kena tipu...

Atau Ghani Patail yang tipu rakyat Malaysia, dengan membuat tuduhan Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. i

Duit rakyat habis berbillion-billion mereka sesama mereka faraidkan, jadi tak hairan Ling Leong Sik dan Chan Kong Choi yang jadi mangsa hanyalah sekadar untuk menutup mata, konon pentadbiran 1malaysia telus... .

Anak pemimpin pusat UMNO masuk DAP.

Posted: 27 Feb 2011 09:04 PM PST

SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

"Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum," katanya.

Baru gua faham kenapa mak gua marah.

Posted: 27 Feb 2011 04:29 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Tahu dan faham jauh bezanya bai. Sekadar tahu tak bermakna faham. Tapi kalau faham, jauh terasa dari tahu. Pergh... macam ayat Mama Juwie la plak.

Mase kekecik dulu, gua n akak gua selalu 'bergayut' (berdiri atas besi bawah pintu pagar). Pastu zoom! main tutup-buka. Pergh... rasa macam main funfair gua cakap lu. Time tu dah rasa cukup gedebe dah. Aksi tahap stuntman omputeh.

Tapi kalau nampak kek Cikgu Ton (mak gua).... mau tak cukup tanah gua lari. Berat tu hukuman bergayut kat pagar. Bawah sket dari hukum neraka kalau lawan ulama antarabangsa jer.

Selama ni gua cetak baju guna meja kayu bai. Haha. Aneh giler. Kalau kena nak fit design yang lebih dari 2 warna, mampos sket la. Skang, alhamdulillah. Gua dah mampu buat meja besi. Insyaallah, lepas ni masalah untuk fit-kan warna akan mudah.

Tapi mahal woo besi... seb baik buat sendiri tu. Baru gua faham kenapa mak gua marah gua jadikan pintu pagar rumah gua as funfair dulu.

Tiada ulasan: