Selasa, 15 Februari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Bidio n Laporan Projek Langgar Kelantan.

Posted: 15 Feb 2011 08:29 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Ceritanya bermula apabila gua menerima email dari satu peniaga di Kelantan. Beliau meminta gua dan rakan-rakan melanggar kedainya bagi tujuan pengiklanan.  Maka, setelah beberapa perbincangan, gua membentuk satu krew dan memilih Jumaat malam Sabtu, 11 Februari 2011, 10 malam.

Kami sampai di lokasi kira2 jam 9.45 malam. Kami terus dijemput masuk oleh pemilik kedai. Namun, kami memaklumkan, kami masih menunggu satu lagi krew. Sementara itu, kami bersiap dengan kelengkapan.

Sejujurnya kami mentah dalam pengambaran seperti ini. Dan gua memilih untuk menceritakan kepada audien gua, juga dengan jujur apa yang berlaku, sebelum, semasa dan selepas kepada hasil.


Pelanggan yang begitu ramai, sesak  dan sibuknya pemilik kedai membayangkan keistimewaan kepada menu yang ingin dikongsi kepada anda semua. Yakni mee udang dan mee ketamnya. Kami terpaksa mencelah di mana-mana kesempatan ruang yang ada.


Lokasi Kedai.

Kedainya bernama Mee Udang Berek 12. Terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi. 2 kedai bersebelahan dengan Zakini Nasi Kukus.

Jika lu mencari lokasi menggunakan google, lu hanya perlu memilih menu maps, dan menaip Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu. Jika lu dari Airport Pengkalan Chepa, lu hanya perlu ke arah bandar Kota Bharu, dan mencari mercu tanda Hotel New Pacific yang akan berada di sebelah kiri lu.

Kemudiannya, belok ke kiri dan ke kiri lagi untuk simpang pertama yang anda jumpa. Lu akan berada di Jalan Abdul Kadir Adabi. Pandu dengan perlahan, kedai sibuk dan popular ini akan berada di sebelah kiri lu. Lu jangan tanya gua siapa Abdul Kadir Adabi. Jenama Adabi gua kenal la.

Tapi siyes bro.. memang sibuk giler.. mana gua nak settlekan lampu, mana gua nak settlekan tempat, sudut kamera, mana customer yang masuk, suruh bayar, ambil order. Akalaa... gua rasa nak terus order plak mee udang nih, suruh customer plak buat shooting. So, gua n team terpaksa menunggu dan mencelah di waktu2 kesempatan yang ada. Perut gua dan bertechno dah nih.


Owner Restoran.

En Zul menjelaskan, pada mulanya dia bekerja di Singapura dalam bidang yang tiada kaitan dengan makanan. Tetapi, setelah beberapa tahun, keluarganya meminta En Zul mewarisi perniagaan ini. Sejak itu, En Zul tidak menoleh kebelakang lagi dan terus komited mempertahankan dan memajukan warisan milik keluarganya.

Ketika ditanya mengapa En Zul menghighlightkan menu Mee Udang di restorannya, En Zul menjelaskan itulah tradisi milik keluarganya. Walaubagaimanapun, berkembang mengikut kehendak pelanggan, restoran En Zul juga menyediakan makanan panas yang lain.


Malas gua cerita banyak, meh tengok bidio dia.. yeeyeeeaargghhh!!

Tiada ulasan: