Isnin, 28 Februari 2011

AdlyZahari

AdlyZahari


PALESTINA

Posted: 01 Jun 2010 05:53 AM PDT

  • Dunia dikala ini mengutuk tindakan kejam Israel membunuh sukarelawan ke Gaza.
  • Biar apapun alasan Israel , siri-siri pembunuhan mereka kepada ummat manusia tidak boleh dimaafkan.
  • Dunia akan terus menceritakan dari satu generasi kepada satu generasi tentang kekejaman Israel.
  • Israel tidak akan hidup aman, mereka pasti akan dapat dihalau dari bumi jajahan mereka, sehingga Baitul Maqdis dikembalikan ketangan ummat Islam.
  • Hari ini anak-anak dibandar besar Jakarta terus melaungkan ungkapan "AllahuAkbar" dan bebaskan Palestina.
  • Hari ini sudah masuk hari hari ketiga, unjuk rasa (demonstrasi) berlansung dikota Jakarta ini.
  • Para pelajar dari seluruh universiti di Jakarta dari jam 10 pagi sehingga jam 4 petang berterusan melakukan demontrasi dibandaraya Jakarta.
  • Semalam kami terlepas bersama mereka di hadapan kedutaan Amerika.
  • Hari ini kami sempat bersama mereka berdemontrasi di pusat bandar Jakarta.

  • Kesusahan Palestina adalah kesusahan kita.

  • Air Mata Palestina adalah air mata kita.

  • Darah warga Palestina adalah darah kita.

  • Kerana kita sering diajar bahawa ummat Islam adalah bersaudara.
  • Kesusahan, air mata dan darah yang tumpah di Palestina adalah kesusahan, air mata dan darah kita.
  • Kesedaran golongan pelajar di Indonesia sering menjadi idola pelajar-pelajar di Malaysia.
  • Kuliah, usrah, tamrin dan rehlah semuanya digabungkan dalam wadah unjuk rasa.
  • Dimana mereka berdemontrasi mereka akhiri dengan solat berjamaah dan solat jenazah untuk teman-teman yang syahid di Palestina.
  • Esok mereka akan terus berdemontrasi di kota Jakarta.
  • Hidup Palestina, jahanam Israel.







DACING TIPU!

Posted: 17 May 2010 05:25 PM PDT

  • Dacing tipu, itulah slogan yang dilaungkan rakyat sibu bagi menyambut kemenangan mereka mengalahkan BN.
  • Akhirnya majoriti penduduk Sibu sedar bahawa mereka sudah berpuluh tahun ditipu pemimpin sendiri.
  • Isu utama yang dibawa BN adalah isu Negara Islam. Undi DAP = Undi PAS = Negara Islam.

  • Contoh propaganda BN dengan menggunakan isu Mee Kampua . Makanan popular masyarakat Sibu yang dihidangkan bersama daging babi. Banting bagi menunjukkan bahawa rakyat Sibu bakal terlepas menikmati hidangan ini sekiranya mee tersebut diletakkan "dipinggan PAS".
  • Tertarik saya mendengar hujah yang dikemukakan oleh Hj Mohamad Sabu dikala menjawab isu tersebut, beliau menyatakan dalam satu ceramah bersama kaum cina " Kalau orang Sibu tidak boleh makan babi di Sibu, mereka boleh makan babi di Kelantan " diikuti dengan derai tawa hadirin dan tepukan gemuruh mereka.
  • Politik jahat BN akhirnya dapat ditewaskan dengan undi Rakyat. Rakyat Sarawak sebenarnya memerlukan pemimpin, bukannya Raja Brook !!! Dacing Tipu !!!

EYE ON MALAYSIA

Posted: 29 Apr 2010 05:18 PM PDT

  • Kerajaan Negeri Melaka gagal mendapatkan Eye On Malaysia.
  • Setelah tawaran pembelian RM10 juta ditolak oleh pihak penjual.
  • Habis hangus RM15 juta yang wang rakyat yang telah dibelanjakan.
  • Wang rakyat didahulukan, eye on malaysia tak tercapai juga !

Tiada ulasan: