Ahad, 27 Februari 2011

Addin

Addin


101 Penyokong HINDRAF Di Bebaskan

Posted: 27 Feb 2011 07:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Feb - Seramai 101 orang, yang ditahan polis kerana menyertai demonstrasi haram membantah novel 'Interlok' di sini, Ahad dibebaskan secara berperingkat. Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman, berkata mereka dibebaskan setelah polis selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.

Bagaimanapun, katanya siasatan ke atas lapan orang lagi, dipercayai pemimpin kanan HINDRAF dan Hak Asasi Manusia (HRP), masih diteruskan. "Pihak polis kini melengkapkan siasatan dan akan membebaskan mereka sebaik sahaja siasatan selesai," katanya dalam kenyataan. Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan antara 18 dan 66 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu di sini sejak 8 pagi./Bernama

PRK Kerdau : Nilai Kencing Najib Kini RM 10Juta..

Posted: 27 Feb 2011 02:45 AM PST

Najib kencing rakyat Kerdau pulak!!wakaka!! dulu kat Merlimau kini di Kerdau..Malaun hina Yusuf Qardawi dan Ikhwanul Muslimin ni patut campak jauh-jauh pada pilihanraya kecil ni dan PRU 13 akan datang...Seelok-eloknya campak kat Mongolia..wakaka!!

Inilah kencing yang ditinggalkan oleh Najib yang kononnya bernilai RM 10 Juta..wakaka!!


PM Lulus Peruntukan Hampir RM10 Juta Bagi Pembangunan Di DUN Kerdau-Bernama

TEMERLOH, 27 Feb- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di sini. Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa kesemua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.  "Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di sini.  Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.

Sementara itu, Najib juga mengajak rakyat untuk melihat keretakan yang dialami pembangkang yang sebelum ini mendakwa kononnya gabungan PAS-DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersepakat. Katanya, adalah tidak wajar untuk mempercayai pembangkang kerana mereka ini bukan satu parti yang kukuh untuk mentadbir negara dengan baik.

"Parti pembangkang ini, dia main sandiwara politik. Dia tak ada satu ikatan ideologi yang konkrit sebenarnya. Tengok sahajalah mereka nak tubuh kabinet bayangan pun sampai sekarang pun tak boleh tubuh.

"Dia (pembangkang) tak berani nak beri jawatan antara dia. Siapa nak jadi Menteri Kewangan, siapa nak jadi Menteri Pelajaran, (dan) dalam pembangkang pun tak ada kesepakatan. Mereka ini satu sahaja, nak jatuhkan Barisan Nasional (BN)," katanya.

PRK Kerdau : UMNO Ambil Alih Sementara Masjid

Posted: 27 Feb 2011 01:25 AM PST


Temerloh, 27 Feb - Agama Islam Pahang (Jaip) mengambil alih semua pentadbiran masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kerdau daripada ahli jawatankuasa yang dilantik secara sah oleh anak-anak kariah.Jaip dkatakan telah menghantar Pegawai Agama Islam Daerah ke setiap masjid dalam Dun Kerdau sebagai pegawai sementara masjid di situ.

Sementara itu, Harakahdaily turut mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut daripada Imam Masjid Desa Purun, salah sebuah masjid dalam Dun Kerdau, Ustaz Ahmad Nafiri Md Fauzi. Kata beliau, AJK masjidnya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai JAIP bagaimanapun tidak ada sebarang arahan rasmi (bertulis) dikeluarkan.

"Saya diberitahu pegawai itu juga mengarahkan semua program kuliah yang telah (oleh AJK asal masjid) di atur dibatalkan," kata beliau. Ditanya sehingga bila arahan tersebut, Ahmad Nafiri berkata beliau tidak diberitahu tetapi tidak menolak kemungkinan sehingga berakhir pilihan raya. 

Dalam Dun Kerdau terdapat 22 buah masjid, antaranya Masjid Bandar Kerdau, Masjid Seri Ketumbit, Masjid Jengka 22, Masjid Jengka 23, Masjid Jengka 25, Masjid Rumpun Makmur, Masjid Teluk Sentang dan Masjid Kampung Desa Purun.Di Masjid Rumpun Makmur, hasrat beberapa AJK masjid itu untuk meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat, kelmarin turut tidak kesampaian ekoran perkembangan itu. 

Bagaimanapun mereka berjaya meminta Nik Aziz membaca doa dan menyampaikan tazkirah ringkas sejurus selepas sembahyang Jumaat selesai (gambar). PAS dijangka akan memberi respons berkenaan perkembangan tersebut dalam sidang media sebelum tengah hari ini. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohammad dalam reaksi awalnya turut menyelar tindakan itu dengan menyifatkan merampas hak AJK yang dilantik oleh anak-anak kariah.

"Sepatutnya JAIP beri kepercayaan lah kepada AJK masjid-masjid tersebut menguruskan masjid mereka, kalau betulpun hendak ambilalih sementara berbincanglah dahulu dengan AJK untuk mendengar pandangan mereka, bukan dengan keluar arahan seperti sahaja," ujar beliau./Harakahdaily

Addin:

Memang JAIP yang ambil alih...tapi atas arahan siapa..kalu bukan UMNOngok...wakaka!!Terdesak punya UMNOngok...dah nampak bayang-bayang kehancuran dan kepupusan ke??

PRK Merlimau : Gambar Dan Video Sekitar Penamaan Calon

Posted: 26 Feb 2011 10:44 PM PST

Mat Sabu di turut bersama di penamaan calon

Program PERKOSA


Semangat Pakatan Rakyat






SB,cuba perhatikan betul2..ada CCTV kat cermin depan

CCTV SB pencacai UMNO











Bob Lokman turut menghangatkan penamaan calon



2 ekor SB sedang mengintip..






Petugas mengedarkan air minuman...



Addin  Jr





Tiada ulasan: