Sabtu, 12 Februari 2011

Addin

Addin


PRK Merlimau : Pakatan Rakyat Mampu Buat Kejutan

Posted: 12 Feb 2011 10:53 AM PST

Kehadiran di ceramah anjuran UMNO
Jikalau dilihat kehadiran orang ramai ke Ceramah Perdana Pakatan Rakyat sebentar tadi, rata-rata orang yang hadir mengatakan PAS mampu buat kejutan pada PRK DUN Merlimau. Kemungkinan disebabkan kehadiran  menjangkau sasaran awal. Tambahan pula, UMNO BN telah membuat onar dengan mengadakan ceramah berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat. 

Namun kehadiran bagi ceramah UMNO BN amat mengaibkan kerana hanya sekitar 60 orang yang hadir. Di pentas ceramah Pakatan Rakyat dijangkakan kehadiran melebihi 2,000 orang. Ceramah Perdana itu telah diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz , Lim Kit Siang (DAP) dan Saifuddin Nasution (PKR). Meskipun, hasrat Pakatan  Rakyat untuk merampas kerusi DUN Merlimau di Melaka pada pilihan raya kecil 6 Mac nanti dikatakan bermimpi di siang hari bagi sesetengah pemerhati.
Kehadiran di ceramah Pakatan Rakyat

Pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka menggempur Merlimau. DUN Merlimau di huni sebahagian besar daripada kira-kira 10,471 pengundi terdiri daripada 64.69 peratus pengundi Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus India manakala selebihnya kaum lain 0.04 peratus.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian UMNO BN sebelumnya. Ini bermakna satu kejayaan bagi PAS di negeri tradisi UMNO BN. Sekiranya gerak kerja jentera pilihanraya Pakatan Rakyat mampu menerobos ke kubu-kubu kuat UMNO BN, nescaya 1 lagi 'tsunami politik' akan membadai persisir Selat Melaka. 

Pelajar Tanggung Sendiri Tambang Balik Ke Mesir

Posted: 12 Feb 2011 02:36 AM PST

Kuala Lumpur, 12 Feb – Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun. Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.

"Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja."Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya. Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu terserah pada budi bicara mereka," jelasnya ketika dihubungi di sini semalam./Kosmo

Addin:

Terbukti slogan 'Rakyat Didahulukan' sekadar retorik semata-mata, maknanya selepas ini kepada pelajar-pelajar Malaysia yang ingin balik ke Mesir tanggunglah sendiri tambang balik . Kita maklum, rata-rata pelajar kita terutamanya dalam aliran agama dikalangan keluarga berpendapatan sederhana. Apa salahnya, jika kerajaan yang prihatin memberi subsidi tambang bagi meringinkan bebanan mereka.

MerliMau Mau PAS : (Gambar) Kuliah Subuh Tuan Guru Nik Aziz Di Kubu Ali Rustam

Posted: 11 Feb 2011 08:21 PM PST

Tuan Guru Nik Aziz ketika memberi kuliah
Alhamdullillah, pada pagi tadi di Markas PAS Paya Dalam, buat julung-julung kalinya Tuan Guru Nik Aziz memberi kuliah subuh kepada jemaah di sekitar Paya Dalam terletak di Parlimen Bukit Katil, Melaka. Kuliah Subuh ini diadakan ekoran program turun padang Tuan Guru Nik Aziz ke DUN Merlimau. Jemaah yang hadir pada sesi kuliah subuh tadi ramai hingga memenuhi keseluruhan ruang di dalam markas.

Para jemaah yang hadir
Dalam kuliahnya Tuan Guru Nik Aziz menyeru supaya jemaah tidak lalai dalam mendirikan solat. Ini kerana sesiapa yang mendirikan solat dalam keadaan lalai akan masuk neraka. Lalai yang dimaksudkan ialah melewat-lewatkan dalam mendirikan solat serta tidak khusyuk. 

Tuan Guru Nik Aziz juga menjelaskan, Al-Quran adalah kayu ukur iaitu panduan hidup seluruh umat manusia. Walaupun terdapat pelbagi idea dan pendapat namun Al-Quran patut perlu diutamakan. Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W, baginda telah berpesan bahawa umat manusia tidak akan sesat selagi mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.

Tuan Guru Nik Aziz menekankan bahawa, segala urusan dunia termasuklah berpolitik perlulah berpandukan Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Jika tidak, Allah S.W.T menjanjikan seksaan yang pedih pada mereka yang ingkar. 
Tuan Guru bersalaman dengan para jemaah
Tuan Guru juga menyeru semua untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya  pahala sebelum bertemu dengan Allah S.W.T. Pahala hanya boleh diperolehi dari Allah S.W.T. dengan berbuat 'amal makruf, nahi mungkar'. Di akhir kuliahnya, Tuan Guru menyarankan semua yang hadir menjaga solat dengan sebaiknya supaya diterima oleh Allah S.W.T, kerana solat adalah perkara yang pertama dihisab di akhirat kelak. Jikalau solat melepasi hisab yang pertama nescaya yang lain akan menuruti.
Seperti kebiasaan gangguan dari pihak luar pasti ada di dalam program anjuran PAS. Addin dapati beberapa kenderaan yang mencurigakan mundar mundir di hadapan markas termasuklah kereta peronda Polis dari Tiang Dua. Teringat kata-kata para alim, 'golongan baik dan jahat sampai kiamat pun tidak boleh bersama'..

Tiada ulasan: