Addin |
- UMNO BN Tak Sokong Kebangkitan Rakyat Mesir
- Bekas MB Johor Meninggal Dunia
- UMNO Lancarkan Projek Gula-Gulakan Rakyat Merlimau
| UMNO BN Tak Sokong Kebangkitan Rakyat Mesir Posted: 03 Feb 2011 07:39 AM PST KUALA LUMPUR, 3 Feb : Jika benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap mendahulukan rakyat, beliau hendaklah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir menuntut presiden mereka berundur, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Jangan cakap sahaja mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi bersikap buta dan pekak kepada aspirasi dan tuntutan rakyat seperti yang dicerminkan oleh rakyat Mesir yang bangkit beramai-ramai itu. "Jangan hanya sedap pada slogan sahaja, sedangkan apa yang berlaku ialah rakyatlah yang terlebih dahulu menanggung kesusahan," katanya.Mahfuz juga melihat apa yang berlaku di Mesir itu berpunca dari sikap Presiden Hosni Mubarak yang menjadi boneka Israel dan Yahudi Zionis. "Sebab itulah kita bimbang negara ini juga akhirnya akan menjadi boneka dan porak peranda seperti Mesir dengan sikap kerajaan Najib yang begitu mesra Zionis termasuk melantik firma Zionis seperti Apco Worldwide untuk menjadi rakannya dalam melaksanakan pemerintahan negara ini. "Itu belum lagi diambilkira hubungan dagang dengan Israel yang seolah-olah dirahsiakan sehinggalah perkara itu menjadi isu baru-baru ini," katanya. Mahfuz percaya, kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) akhirnya akan menghadapi nasib yang sama di tangan rakyat negara ini kerana kegelisahan sebahagian besar rakyat negara ini hakikatnya sama dengan kegelisahan rakyat Mesir. "Sama seperti apa yang berlaku di Mesir, rakyat Malaysia juga mahukan demokrasi yang sebenarnya serta keadilan dan pembebasan dalam kehidupan ekonomi mereka bahkan rakyat Malaysia juga berhadapan dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang dilihat sama seperti Leila Trabelsi iaitu isteri Zine el Abidine Ben Ali, bekas presiden Tunisia yang dihalau oleh kebangkitan rakyat negara itu baru-baru ini. "Rakyat Malaysia juga sedang berhadapan dengan tekanan kenaikan harga barang yang berterusan termasuk kenaikan harga minyak sehingga kadar penerimaan terhadap Najib jatuh merudum dalam tinjauan pendapat baru-baru ini. "Rakyat Malaysia juga berhadapan dengan pengagihan kekayaan negara yang tidak seimbang dan kerajaan pula memberatkan lagi bebanan rakyat termasuk generasi akan datang dengan hutang negara ekoran perlaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikritik oleh orang-orang Umno sendiri sebagai tidak berpijak di bumi nyata," katanya. Dari sudut demokrasi dan hak asasi pula pula, kata Mahfuz, Human Rights Watch (HRW) sendiri menyifatkan kerajaan Najib hanya bercakap kosong sahaja dalam soal hak asasi manusia. Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib juga sedang berusaha untuk menyekat kebebasan termasuk melalui cadangan untuk mengadakan kawalan siber," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan kerajaan Najib semakin kasar menyekat suara rakyat. Mengulas perkembangan di Mesir, Mahfuz meminta Mubarak berundur kerana kedegilannya untuk terus berkuasa mendatangkan masalah kepada masyarakat dunia. "Harga minyak dilaporkan akan naik berikutan perkembangan di Mesir dan para pelajar di seluruh dunia pula terkandas di negara itu," katanya./Harakahdaily |
| Bekas MB Johor Meninggal Dunia Posted: 03 Feb 2011 02:37 AM PST KUALA LUMPUR, 3 Feb - Bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ajib Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara kira-kira 3.25 petang hari Khamis akibat sakit jantung. Abdul Ajib, 64, menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986.Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, dan empat anak./Bernama |
| UMNO Lancarkan Projek Gula-Gulakan Rakyat Merlimau Posted: 02 Feb 2011 09:34 PM PST ![]() UMNO akan lancarkan program gula-gulakan rakyat Merlimau pada 19 Feb nanti. Najib akan turun ke Merlimau untuk lancarkan program gula-gulakan rakyat Merlimau antaranya ialah merasmikan pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, yang dibangunkan dengan anggaran kos RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Melaka. Najib juga dijadual melakukan pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Merlimau, melakukan tinjauan di Pekan Merlimau dan pada sebelah malamnya menghadiri jamuan rakyat serta jamuan Tahun Baru Cina di pekan itu. Seperti kebiasaan, UMNO akan melancarkan pelbagai projek sempena pilihanraya kecil untuk meng'gula-gulakan rakyat untuk meraih sokongan. Rakyat akan ditaburkan dengan pelbagai projek pembangunan yang belum tentu bila dilaksanakan. Seperti di PRK Manek Urai, janji untuk membina jambatan untuk jambatan dua lorong dianggarkan bernilai RM7 hingga RM10 juta itu diumumkan Muhyiddin Yassin sehingga kini belum tertunai. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan