Isnin, 10 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JANJI 100 HARI PR - NAJIB PANIK DAN GELABAH

Posted: 10 Jan 2011 10:00 PM PST

Pelan 100 Hari: Najib Panik- Dr Hatta

Ditulis oleh Mohd Fazli Othman
10/01/2011


SHAH ALAM 10 JAN: Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata jawapan Perdana Menteri mula tersasar kerana terlalu panik apabila rakyat mulai menyedari kelebihan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang mula sampai ke telinga masyarakat.

"Selepas tiga minggu kita umumkan rancangan seratus hari itu, Barisan Nasional(BN) kelam kabut untuk mencari jawapan dan nampaknya hari ini baru keluar jawapannya dengan mengatakan tindakan ini tindakan populis, menghancurkan negara dan menyamakan dengan Greece.

"Itu adalah satu pandangan terdesak daripada seorang yang bergelar Perdana Menteri," katanya.

Ujar Dr Hatta, Najib panik kerana apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat merupakan janji yang boleh dikotakan dengan beberapa sumber daripada IPP berjumlah RM28 bilion akan ditarik balik bagi menangani isu-isu yang dijanjikan dalam 'Buku Jingga' tersebut.

"Walaubagaimanapun, janji seratus hari ini bukan hanya kebendaan semata-mata, sebahagiannya adalah untuk menghapuskan ISA yang boleh kita buat dengan keazaman politik yang tinggi di kalangan Pakatan Rakyat. Ini tidak memerlukan kos.

"Begitu juga untuk FELDA misalnya mengambilalih FELDA Plantation dijadikan sebahagian daripada program pembangunan kedua FELDA. Ini tidak jadi masalah besar...ini bukan tindakan melingkupkan ekonomi negara," katanya kepada Tv Selangor.

Dalam pada itu, Dr Hatta merasakan tanggapan Najib negara muflis mungkin disebabkan Pakatan Rakyat menjanjikan pembayaran gaji atau elaun tambahan kepada guru-guru iaitu RM500 seorang yang dianggar sebanyak RM2 hingga RM3 bilion setahun.

Katanya, kalau inilah menyebabkan ekonomi negara bankrap, saya rasa penganalisis ekonomi Najib amat-amat ketinggalan serta tidak memberikan nasihat yang baik kepada Perdana Menteri.

"Najib sebenarnya terdesak untuk memberikan satu jawapan kerana janji kita dalam program seratus hari ini telah sampai ke masyarakat yang mula menyedari kelebihan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu./TVNews

HALAU BALIK INDIA, RUPANYA MAMAK INI MENIPU DAN BAKAL KENA SAMAN

Posted: 10 Jan 2011 08:00 PM PST

'Balik India': Tiada bukti, tiada permohonan maaf

Susan Loone
Jan 10, 11

ADUN Komtar, Ng Wei Aik berkata tiada permohonan maaf akan diberikan atas dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ke atas seorang pemilik restoran India Muslim kerana dakwaan itu tidak berasas.

NONEPengerusi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Faruk V Raju Mohamed mendakwa Ng mengeluarkan kata-kata "Tutup kedai, pergi balik India" kepada pemilik restoran Syed Kassali Mohamed Aliyar, Ahad lalu.

Ng, bagaimanapun menafikan beliau berbuat demikian.

Rakaman video yang didakwa sebagai bukti bahawa Ng berbuat demikian juga gagal mengaitkan beliau mengeluarkan kenyataan rasis itu. Justeru, katanya, soal memohon maaf tidak timbul.

NONESebaliknya, setiausaha politik kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menuntut Kimma dan pihak yang menuduhnya membuat permohonan maaf.

"Isu ini dimainkan sejak minggu lalu. Sudah tiba masa untuk menutupnya. Kita tidak mahu buang masa melayan perkara yang tidak berlaku," kata Ng kepada wartawan semalam.

Ng juga memberikan Faruk dan pemilik restoran itu, Syed Kassali Mohamed Aliyar tempoh seminggu untuk membuat permohonan maaf atau mereka akan menghadapi tindakan undang-undang kerana cuba memfitnahnya./Malaysiakini

KELEMAHAN SAYA ADALAH TERLALU TOLERAN - DS ANWAR

Posted: 10 Jan 2011 05:00 PM PST

Lompat parti satu demi satu

Wawancara kemudian dilanjutkan kepada isu "keluar parti". Meskipun isu ini agak lama, malah mungkin boleh dianggap "basi", tetapi MerdekaReview cuba mengeluarkan sesuatu yang mungkin terpendam dalam hati Anwar Ibrahim.

Beliau pada mulanya mempertikaikan istilah "orang rapat" yang digunakan wartawan, walaupun tidak berniat untuk menafikan bahawa mereka yang meninggalkan perjuangan itu adalah antara kawannya. "Orang yang ditafsir sebagai rapat dalam parti, itu orang yang paling banyak yang dicari. Dia (UMNO) tak akan cari... Kalau dia dapat umpamanya Ketua Cabang Pokok Sena, dia tidak...valuable. Dan offer tidak semahal itu," jelasnya.

Bagaimana perasaannya, apabila seorang demi seorang meninggalkannya? "Ya, tidak menyenangkan. Tiada sesiapa yang akan gembira dengan benda ini. Tapi saya realistik. Kalau kamu memandang kepada sejarah, kamu melihatlah sejarah semua pergerakan di serata dunia... Adakah ini masalah yang sebenarnya, apabila orang keluar, parti habis?"

Beliau mengambil contoh PAS, yang pernah menyaksikan sejarah bagaimana bekas Presidennya Asri Muda meninggalkan partinya, sebelum UMNO yang menyaksikan hampir semua Presiden Parti pernah meninggalkan wadah parti itu, termasuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan sebagainya.

MerdekaReview mengambil contoh Mohd Ezam Mohd Nor (gambar kiri), yang pernah bekerja sebagai Setiausaha Politik Anwar Ibrahim sebelum beliau dipecat selaku Timbalan Perdana Menteri. Ezam antara pejuang yang paling terserlah pada zaman Reformasi, sehingga ditahan di bawah ISA dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

"I knew him, selepas saya dibebaskan... Tapi intention dia, dia kata, 'erm... you know, we have to survive. Then, kalau kamu (Anwar) nak jadi Perdana Menteri, mesti jalan UMNO'. Itu dia punya pendirian, konsisten," kata Anwar, yang tidak terkejut apabila Ezam kembali ke pangkuan UMNO pada Mei 2008, selepas tsunami politik.

Apakah faktor di sebalik fenomena keluar parti, selain "habuan" yang dikatakan itu?

"Kamu dah struggle lama, kadang-kala susah, pressure, duit tak ada, macam-macam. So saya tak tahu apa yang sebenarnya. Tapi saya tengok, masalah hutang, kena charge mahkamah, ada hukum. Kemudian kalau kamu masuk saja, terus... semua settle! Sangat menarik dalam negara ini...," sindirnya.

Apakah beliau terasa sedih apabila kawan dan orang di sisinya meninggalkannya seorang demi seorang?

"Terasa? Yes. Tapi kadang-kadang dalam perjuangan, ia juga membantu. Pertamanya, bahawa kita pilih calon mesti yang betul-betul krediber dan wibawa. Itu pengajaran. Yang keduanya, kemungkinan ini proses pembersihan. Lebih baik sekarang. You menang besok, yang tak layak pun minta jadi menteri, bergaduh juga. Kadang-kadang kamu perlu terimanya."

"Kamu cukup tabah untuk berdepan dengannya?" aju wartawan, "Ya, kamu perlu begitu," jawabnya. Malah dengan nada ringan beliau mempersalahkan dirinya, "Boleh jadi juga kelemahan saya tentang sistem. Cara saya tu, saya lebih toleran. Kalau setengah orang, kalau ikutnya sebulan pertama dah pecatlah Zul (Zulkifli Noordin) tu, saya tangguh enam bulan..." (Bahagian kedua, bersambung)

Bahagian pertama: Prinsip Raja Berperlembagaan Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB

*Wawancara ini dijalankan oleh Chan Wei See (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina), Lim Hong Siang (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia) dan Ong Vic Kee (Wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina), di pejabat Anwar Ibrahim pada 6 Januari 2011.

ADA RAKAMAN, MAHU PUTAR BELIT APA LAGI?

Posted: 10 Jan 2011 01:13 PM PST

Putar belit permohonan maaf, Fadzill dibidas

Susan Loone
Jan 10, 11

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) dibidas oleh kerajaan negeri kerana memutar-belitkan kata-katanya berhubung permohonan maaf kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

NONEPengerusi, jawatankuasa perdagangan dalam negeri, pengguna dan agama, Abdul Malik Abul Kassim (kiri) berkata presiden persatuan itu, Datuk Muhamad Fadzill Hassan menggunakan media bagi memutar-belitkan kata-katanya dengan berkata ia hanya dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain dengan kerajaan negeri.

Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung kemudiannya menunjukkan kepada wartawan rakaman audio yang dengan jelas menunjukkan Fadzill memang membuat permohonan maaf dengan menarik semula kenyataan awalnya ke atas kerajaan negeri.


Cakap tak serupa bikin

"Ini menunjukkan dengan jelas jenis orang ini," katanya.

Ditanya, tindakan yang bakal diambil ke atas Fadzill jika beliau tetap dengan ulasannya, Lim yang juga hadir pada sidang media di Komtar itu berkata adalah sukar berurusan dengan orang yang "cakap tak serupa bikin."

NONEKatanya, dengan berbuat demikian, Fadzill menunjukkan bahawa permohonan maafnya itu tidak ikhlas.

"Mungkin dirinya sendiri keliru... mungkin juga dia disalah-petik oleh akhbar," katanya.

"Kita akan biarkan beliau membuat keputusan dan menjelaskannya.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," kata Lim sambil menambah bahawa Abdul Malik akan menghubungi timbalan Fadzill untuk perbincangan lanjut.

Ahad lalu, Bernama melaporkan permohonan maaf PKMMPP pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini

NONE"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.

"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," Fadzill dipetik berkata kepada pemberita.

Cerita sebaliknya

Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri, PKMMPP seringkali mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan pimpinan Lim dengan dakwaan kontraktor Melayu seringkali dinafikan projek.

NONENamun perangkaan yang dikeluarkan kerajaan negeri menunjukkan cerita yang sebaliknya.

Sepanjang tahun 2008 hingga 2010, 18 projek melibatkan Jabatan Parit dan Saliran diperolehi oleh kontraktor Melayu dengan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor Melayu dan hanya satu kepada bukan Melayu./Malaysiakini

BUAT RAKAN BLOGGER, JANGAN BERHENTI DAN BOSAN MENULIS

Posted: 10 Jan 2011 10:11 AM PST

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SEDIKIT nasihatku buat seorang rakan Blogger yang ku minati tulisannya. Beliau bukan penulis setaraf penulis seperti Mohd Sayuti Omar, Syed Hussin Al-Attas, Us Subki Latif, Termizi Md Jam atau beberapa penulis politik terkenal yang lain, tetapi penulisannya jauh lebih baik dari Awang Selamat Utusan Meloya tu.

Tidak manis untuk aku sebutkan namanya di sini kerana itu amanahnya pada aku. Macam Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Hadi yang amanah terhadap perjumpaan beliau di Istana baru-baru ini. Rakan Blogger aku ini seperti mengeluh menyuarakan hasratnya untuk berehat dari menulis. Aku tidak pasti samada beliau akan berehat sebentar atau berehat untuk selamanya. Daripada apa yang beliau sebut, seolah-olah blognya akan ditutup terus, Wallahu Aklam.

Aku meminati tulisannya kerana beliau seorang yang peka terhadap sebarang `sentuhan, kritikan, serangan mahupun apa jua pandangan orang lain terhadap pemimpin dan jemaah partinya. Beliau seolah-olah menjadi jurucakap atau tukang jawab bagi pemimpin parti. Beliau ada mengeluh terpaksa berbuat demikian kerana terdapatnya pemimpin di dalam partinya agak lembab untuk bertindak apabila melihat sesuatu yang tidak betul diperkatakan terhadap parti bahkan pemimpin itu sendiri.

Ini yang aku hormat padanya. Aku sendiri kerap mendapat `serangan' dari beliau apabila tulisan aku dianggap tidak betul atau mengelirukan. Bagi aku, lebih baik banyak menerima kritikan daripada menerima pujian kerana kita boleh belajar banyak perkara. Tetapi kritikan dan teguran itu biarlah ikhlas untuk memperbaiki sesama kita. Bukan serang membabi buta, maki hamun, anggap orang lain sebagai penulis upahan, melabelkan seseorang dengan anjing sehingga sanggup pamirkan foto orang lain ke dalam blog semata-mata ingin melepaskan dendam. Ada penulis blog yang berperangai begitu yang tidak berani berhujah. Tetapi, rakan aku ini tidak bersikap sedemikian cuma kadangkala agak `panas' juga tulisannya kerana mengikut rentak yang dimainkan.

Aku mengharapkan agar rakan aku ini terus menulis dan memeriahkan lagi media alternatif yang kita semua tahu ini lah senjata PR bagi menghadapi musuh. Jika diguna dengan betul senjata tidak akan makan tuan, tetapi jika sebaliknya kita seperti memberikan senjata kepada pihak musuh. Ada ketikanya kita hanya mampu menulis untuk menyemarakkan perjuangan kita bersama. Semoga rakan ku itu berfikir kembali..../wfauzdin.blogspot.com

PRESIDEN PAS TETAP MENOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO, MAKA HENTIKAN PRASANGKA TIDAK BAIK

Posted: 10 Jan 2011 04:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APA lagi yang mahu kita dengar dari mulut Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz? Kedua-dua mereka telah memberi ikrar bahawa PAS di dalam keadaan susah dan senang tetap akan bersama dengan PR. Inilah yang ditegaskan oleh pimpinan utama PAS di hadapan lebih kurang 30 ribu rakyat di Stadium Melawati, Selangor malam tadi. Baca di sini.

Justeru itu, jangan lagi ada yang mencuba untuk `melanggar Hj Hadi' bagi menimbulkan persepsi atau salah faham di kalangan kita. Tidak perlu `dilanggar', Presiden PAS memberikan jaminan ini. Jaminannya bahawa PAS tetap akan bersama PR tetapi bukan jaminan PAS tidak boleh bertemu muka dengan Umno. Ada beza di situ.

Apa salahnya pemimpin PAS bertemu muka dengan pemimpin Umno? DS Anwar juga kerap kali berbincang dan bertemu muka dengan pimpinan Umno di Parlimen. Masakan kita mahu pimpinan kita menjadi `katak di bawah tempurung'. Mungkin benar sejarah lalu sedikit sebanyak meragukan kita untuk menerima jaminan ini, tetapi sampai bila kita ingin meraguinya? PAS terbukti berdisiplin, sebab itulah jika ada sebarang usaha ke arah yang kita khuatir berlaku seperti Kerajaan Perpaduan Umno-PAS itu pastinya akan gagal kerana disiplin PAS yang berjaya mengawal parti tersebut. Kuatnya disiplin PAS ini mendapat pujian daripada YB Karpal Singh seorang tokoh berpengaruh di dalam DAP.

Usahlah kita bersusah payah untuk menyelami sampai ke dalam hati dan niat pemimpin PAS ini. Ketahuilah, kebanyakan was-was atau keraguan itu adalah permainan Syaitan, maka jauhilah sifat sedemikian. Oleh yang demikian, lebih baik bagi kita bersangka baik dan menyerahkan Nawaitu setiap pemimpin kita kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Tugas kita, tentukan bahawa Umno dapat dihancurkan seberapa segera. /wfauzdin.blogspot.com

Video Ceramah Anwar Di Stdm Melawati Malam Tadi - Anwar Sedia Debat Atas Isu Apco Dan Derhaka Kepada Raja, Beranikah Najib?

Posted: 10 Jan 2011 12:35 AM PST




Tiada ulasan: