WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Kisah Azahar dan tanah Mansor dilelong
- SPR TOLAK KEKOSONGAN DUN SELANGOR?
- SPESIS NYAMUK DI LEPASKAN DI BENTONG
- HISHAM RAIS:MENYEDARKAN SOI LEK
- MAK AIII ..KAT TENANG PUN ADA UNDI POS???
- Isu tanah: PAS gesa calon BN Azahar tarik diri
| Kisah Azahar dan tanah Mansor dilelong Posted: 26 Jan 2011 07:49 AM PST KL TODAY
Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan. Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut. En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan. Saya mohon penjelasan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah : 1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor? 2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran? 3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar? 4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku? 5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit? 6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor? 7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor? 8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang? Maklumat daripada: Suhaizan Bin Kaiat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat |
| SPR TOLAK KEKOSONGAN DUN SELANGOR? Posted: 26 Jan 2011 07:24 AM PST SUARA PAKATAN DAILY Akhirnya kerusi DUN Pelabuhan kelang diisytihar kosong oleh Speaker Dewan Negeri Teng Chang Khim berikutan ADUNnya gagal hadir ke persidangan DUN berbulan lamanya. Cuma rakyat berdoa janganlah SPR buat hal lagi macam di Perak dan Kedah dalam isu ini. Kerana ikut telunjuk dan arahan 'pihak atasan' maka SPR enggan menguruskan pilihanraya kecil untuk Changkat Jering, Jelapang dan Behrang di Perak dan kemudian di DUN KOta Siputeh, Kedah. Alasan mereka tidak perlu diadakan PRK kerana bal..bla..bla.. Speaker mendapati ADUN Pelabuhan Kelang gagal menghadiri sidang dalam masa 6 bulan maka menurut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor maka boleh gugur ADUN tersebut. Demi menjalankan undang-undang dan keadilan maka Dato Speaker telah mengisytiharkan kekosongan tersebut dan akan dimaklumkan kepada SPR kalau-kalau mereka (SPR) mahu mengadakan PRK dan menguruskannya. TENANG setenang PAS dan Pakatan Rakyat InsyaAllah calon PAS yang bersifat keibuan dan muslimah akan dapat memikat dan meyakinkan pengundi dalam DUN Tenang untuk menghantar suara kaum wanita ke dalam DUN Johor untuk menyuarakan hak wanita dan juga mengawasi gerak-geri Umno-Bn di sana. Insiden penukaran suami calon PAS itu amat memalukan perkhidmatan awam dan perguruan kerana sekonyong-konyong suami beliau yang juga seorang guru mahu didiskriminasikan gara-gara berada dalam parti yang berlainan dengan pemerintah negeri Johor. Moga pengundi di Tenang akan menghakimi Pengarah Pelajaran Johor yang berpolitik dan menurut telunjuk politik rimba dan semberono. ZAID Berahim dan gerombolannya Tak habis-habis lagi ceritera si Zaid ini mula dalam Umno sampai berhenti, kemudian dalam PKR sehingga bengong dibuatnya Anwar dan rakan-rakan, diberi calon Hulu Selangor tetapi isu arak dan todi menumpaskannya. Dipertahankan dengan penuh insaf dan ikhlas akhirnya Zaid membalasnya dengan meninggalkan parti. Kerana berwang dan ada banyak material tidak mustahil juga di belakang ada sokongan 'geng lama' maka ianya dipandang seolah-olah boleh gantikan BN tetapi PR tidak perlu bimbang rasanya tak kemana puak-puak macam ini akhirnya tidur juga. Selangorkini (kerajaan negeri) lawan Selangor Terkini (umno) Dah lama dah Umno terbit macam-macam bagi mengelirukan rakyat Selangor dan rakyat Malaysia kerana cemburukan dan dengki kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan perpaduan parti-parti dalam Pakatan. Bila Umno terbit benda haram boleh pulak, tak dok tangkap dan rampas tapi bila hak belah sini nak terbit itu dan ini macam-macam akta dan undang-undang bagi menyekat usaha PR itu. Tetapi kita yakin rakyat sekarang dah celik dan faham serta amat tahu apa yang sedang berlaku terutama tentang PM Najib dan BN yang sedang tenat dan menunggu talkin itu. Moga Selangorkini terus mantap menyebarluaskan maklumat untuk diketahui rakyat, yaitu mana-mana berita yang digelapkan dan tidak disiarkan di TV-TV tiga suku Umno. |
| SPESIS NYAMUK DI LEPASKAN DI BENTONG Posted: 26 Jan 2011 07:09 AM PST
|
| HISHAM RAIS:MENYEDARKAN SOI LEK Posted: 26 Jan 2011 07:07 AM PST Kalau tidak ada pilihan raya kecil di Tenang, tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidur dua minggu lebih awal , sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia. Pagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.Yong Peng, seperti Taiping, bermakna "wilayah aman damai" dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan di antara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera - seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Ahmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong.Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang wadar Melayu - yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si wadar ini telah membawa aku ke satu kawasan di sebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang di mana Mat Indera mati digantung British. Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti di pertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima, di sini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal. Mungkin aku tersalah kedai. Kawat berduri Sesampainya ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil - bukan seperti gerila Mat Indera - tetapi oleh perempuan yang seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan dan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini, berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas. Hampir tiga kilometer kami berjalan menuju ke arah di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan berkumpul. Aku rasakan kami seperti dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang di sana-sini. Ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau lebih tepat lagi seperti filem Hollywood tentang perang dunia kedua. Setiap lima kaki di sepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan, ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata. Aku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini memberi tekanan kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan yang setiap kali ada pilihan raya kecil, mereka akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan ini datang tanpa diajak dan tanpa diberi duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sesiapa sahaja yang berniat jahat. Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan PAS. Di sini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi di mana aku ternampak muka anak-anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali kedua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus-putus dan bertali arus. Ponco hijau Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi, tiba-tiba ada suara yang kuat melaungkan "Allahu Akbar". Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan sedang berarak mengiringi calon. Sebaris di belakang aku ialah Cikgu Mala yang memakai ponco hijau ala Clint Eastwood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraida Kamaruddin dan ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau. Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cikgu Mala. Nah, memang cun! Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk. Aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik, isi dan bentuk wajib sama kukuh. Tak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.Kini jalan raya tidak lagi penuh dengan orang berpusu-pusu. Maka dengan jelas aku dapat melihat, di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjuangan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju kemeja-T Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan hot aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju kemeja-T dengan muka Cikgu Mala. Debat kisah peribadi pun tiada halangan Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari di mana Cikgu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampung Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cikgu Mala pasti akan ke sana. Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.Akhirnya aku sampai juga. Kampung ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang-benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampung Melayu tradisional - kampung jalan mati kalau mengikut peta Google. Ini bukan Bukit Bintang. Jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Di sana-sini dalam ceramahnnya, Anwar membuat lucu. Dalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar. Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.Normala Sudirman - yang berbaju hijau ponco ala Clint Eastwood - mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka, tetapi tentang realpolitik. Cikgu Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir, inilah pemuka-pemuka baru dalam PAS yang bukan heboh-heboh tentang api neraka, tetapi heboh tentang api eletrik yang harganya naik. Cikgu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampung Sawah Baru ini adalah tempat kelima yang dikunjunginya. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation. Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cikgu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginilah juga caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampung ke satu kampung untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cikgu Mala berkempen mahu menyedarkan Dr Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada generasi muda. |
| MAK AIII ..KAT TENANG PUN ADA UNDI POS??? Posted: 25 Jan 2011 11:13 PM PST KERAJAAN POS AKN DIBENTUKMalaysia adalah antara negara yang banyak mengunakan undi pos sebagai satu kaedah untuk menyelamatkan kerajaan yang ada.Jika dahulunya kerajaan Suharto dilihat sebagai sebuah kerajaan yang banyak mengunakan berbagai intrument termasuk undi pos, kini kerajaan tersebut telah luput. Malaysia akan terus menggunakan undi pos selagi ianya di fikirkan releven bagi mengunakannya sementara SPR dilihat berkompromi dalam usaha menhalalkan tindakan tersebut. DUN Tenang: SPR edar kertas undi pos hari ini January 26, 2011
LABIS, 26 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengedarkan 119 kertas undi pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang pada Ahad ini. Penolong Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Mohd Farid Kassim berkata daripada jumlah itu, sebanyak 101 kertas undi dikeluarkan kepada petugas SPR, 17 kepada polis dan satu kertas undi kepada seorang pengundi yang berada di Hong Kong. Petugas SPR terbabit akan mengundi di pejabat Majlis Daerah Labis manakala anggota polis di Balai Polis Labis, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mohd Farid berkata satu kertas undi untuk pengundi yang berada di luar negara telah diserahkan kepada pejabat pos untuk dihantar kepada pengundi tersebut. Beliau berkata kesemua kertas undi pos berkenaan perlu dikembalikan semula kepada SPR sebelum pukul 5 petang Ahad ini. Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38. Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lepas. Jumlah pengundi adalah 14,753 orang. — Bernama |
| Isu tanah: PAS gesa calon BN Azahar tarik diri Posted: 25 Jan 2011 10:29 PM PST January 26, 2011 ![]() Kes Azahar akan didengar pada 7 Februari. — gambar fail
Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata Mohd Azahar perlu berbuat demikian kerana akibat kecuaian dan kelalaian beliau ketika menguruskan hal tanah di daerah Segamat lapan tahun lalu. Tempoh untuk menarik diri sudah pun berakhir. Mohd Azahar ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Akibat kecuaian dan kelalaian Mohd Azahar dalam menguruskan tanah di kawasan itu seorang penduduk di Segamat telah menjadi mangsa sehingga menyebabkan tanah tersebut dilelong kepada pihak ketiga. Bagaimanapun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Mohd Azahar. Menurut Salahuddin, saman tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang telah membeli tanah seluas lapan ekar yang berharga RM70,000. Pendengaran kes tersebut ditetapkan 7 Februari ini di Mahkamah Tinggi Muar. Mohd Azahar semalam berkata perkara tersebut telah selesai dan berkata beliau hanya bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan. "Bagaimanakan calon Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut sudah selesai sedangkan akibat kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan pembeli (tanah itu) yang membeli secara tidak sah menyaman calon Umno-BN, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan negeri Johor sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta. "Bagaimanakah calon Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan ke atas keempat-empat defendan, calon Umno-BN dinamakan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar. "Bagaimanakah calon Umno-BN menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan ke atas calon Umno-BN dan tiga yang lain pada 7 Februari ini," kata Salahuddin pada sidang media di sini. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Pagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.
Ahmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong.
Aku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.
Tak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.
Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.
Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

LABIS, 26 Jan — PAS menggesa calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim agar menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Tenang atas alasan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit itu berhadapan tindakan saman — berkaitan isu tanah — yang akan didengar bulan depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan