WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Amaran PAS: Jangan guna isu negara Islam ‘pecah perintah’ Pakatan
- PRU-13 SEMAKIN HAMPIR, BN SUDAH BERSEDIA?
- DUN Tenang : Fitnah Mula Dirancang..
- MELAYU MUDAH LUPA..PM LUPA LAWAT ORANG KUAT UMNO MENINGAL
- UTUSAN ULAS KATA NAJIB...RAKYAT MAHU NAJIB BERDEBAT
- INI DIA KRONI BESAR...KHIR TOYO
- KAMI TIDAK MAHU PM PENAKUT
| Amaran PAS: Jangan guna isu negara Islam ‘pecah perintah’ Pakatan Posted: 18 Jan 2011 08:07 PM PST Amaran PAS: Jangan guna isu negara Islam 'pecah perintah' Pakatan January 19, 2011
Pakatan Rakyat meluluskan Dasar Bersama ketika konvensyen pertama pada Disember 2009 dan keluar dengan Buku Jingga pada pertemuan tahunan mereka bulan lalu. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti Islam itu akan sentiasa "mengidamkan" pemerintahan sebuah negara Islam. "Meskipun atas keinginan kami untuk terus memperjuangkan sebuah pemerintahan negara Islam, izinkan ia jadi impian kami sampai kiamat. "Tiada halangan, DAP juga tidak dihalang untuk berimpian, kita punyai cita-cita yang tersendiri atas perjuangan PAS. "Ini adalah permuafakatan yang kita capai dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Jangan jadikan ia (negara Islam) cara pecah perintah kami (Pakatan Rakyat)," katanya ketika Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di sini malam tadi. Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, PAS lebih selesa bekerjasama DAP dan PKR daripada Umno-Barisan Nasional (BN). "Kami PAS bekerjasama untuk menegakkan keadilan menentang kezaliman bersama rakan DAP dan PKR. "Kami ingin bekerjasama dengan sesiapa termasuk DAP walaupun mereka bukan Islam. "Tapi demi keadilan kami bekerjasama dengan DAP daripada mana-mana pihak yang enggan menegakkan keadilan," katanya. Isu negara Islam selama ini menjadi "duri dalam daging" dalam Pakatan Rakyat namun Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh ketika Konvensyen Pakatan Rakyat bersedia berbincang dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menyelesaikannya. Ia juga menjadi modal serangan ke atas PAS yang membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP. Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat turut disertai Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. Program anjuran Dewan Pemuda PAS pusat itu dihadiri kira-kira 100 orang. Tambah Dzulkefly, negara yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan muflis sekiranya gagal menguruskan urus tadbir negara dengan baik. Beliau berkata kerajaan kini berdepan dengan peperangan untuk mengatasi "hutang dunia". "Negara bertanggungjawab untuk mengatasi hutang negara, yang berjaya adalah negara yang mampu uruskan hutangnya. "Apabila kita perkenalkan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Perdana Menteri takut dan mula menakut-nakutkan kalau Pakatan Rakyat memerintah negara akan muflis. "Mereka (BN) guna kaedah untuk menakutkan rakyat tapi bukan mudah kerana rakyat sudah celik maklumat," katanya sambil menambah, hutang terkumpul negara seluruh dunia berjumlah RM246 trilion dan ia bertambah setiap tahun. "Seperti kita maklum hutang negara sudah melebihi 50 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun kira-kira RM250 bilion buat pertama kali dalam sejarah," tambah Dzulkefly. Pua berkata melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat negara boleh mengambil alih konsensi lebuh raya tanpa memufliskan negara. "Mereka (BN) kata pengambilan ambil alih lebuh raya akan memufliskan negara tapi tidak sebaliknya kita boleh membantu rakyat. "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat mementingkan rakyat bukan membebankan," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. Sementara itu, Rafizi berkata, 10 inisiatif dalam program itu diambil untuk ringankan beban rakyat yang dibebankan dengan kadar pendapatan yang rendah. "Sebab kita buat itu adalah untuk membantu rakyat mengurangkan kos, yang jadi masalah BN menekan rakyat di bawah. "Kita akan tingkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat melalui program 100 Hari Pakatan Rakyat ini," katanya. Pada 19 Disember lalu, Pakatan Rakyat menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13. Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari "kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan 10 program", antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol. Lain-lain inisiatif ialah: — Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat — Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang — Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan — Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar — Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda — Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus — Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman — Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah
| |||||
| PRU-13 SEMAKIN HAMPIR, BN SUDAH BERSEDIA? Posted: 18 Jan 2011 08:04 PM PST January 18, 2011
| |||||
| DUN Tenang : Fitnah Mula Dirancang.. Posted: 18 Jan 2011 08:01 PM PST DUN Tenang : Fitnah Mula Dirancang..?
| |||||
| MELAYU MUDAH LUPA..PM LUPA LAWAT ORANG KUAT UMNO MENINGAL Posted: 18 Jan 2011 07:37 PM PST
| |||||
| UTUSAN ULAS KATA NAJIB...RAKYAT MAHU NAJIB BERDEBAT Posted: 18 Jan 2011 03:21 PM PST RAKYAT MINTA NAJIB BERDEBAT Rata-rata rakyat yang diremui mahukan Najib berdebat dengan ketua pembangkang kerana menurut mereka ucapan Najib itu seolah-olah beliau tahu banyak perkara sebagai PM.Oleh itu rakyat mahukan Najib berdebat dengan ketua pembangkang sebagaimana yang dilakukan di kebanykkan negara Aia yang lain apabila Perdana Menteri atau pemimpin negara berdebat dengan ketua pembangkang. Selain mahukan Najib yang mengaku tahu segalanya dalam ucapan beliau di Tenang, rakyat juga mahukan beliau mendedahkan apa yang beliau tahu, mengenai ekonomi dan juga hal-hal lain yang membolehkan Anwar demam sebagaimana yang beliau ucapkan. Rakyat juga mahu PM sebagai ketua negara berani berdebat secara terbuka keran ini bukan sahaja menjadikan suburnya media demokrasi, akan tetapi membuktikan bahawa ianya adalah sesautu yang menarik untuk rakyat mengetahui dasar-dasar yang sedang kerajaan PMK jalankan kerana di dapati kenaikan harga barangan semakin menjadi-jadi. Oleh itu RAKYAT SEKALI LAGI MENDESAK AGAR NAJIB HADIR UNTUK BERDEBAT... Berdebatlah Najib, apa guna bercakap besar Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 19 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya. Berita penuh... LABIS 18 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat.... Berita Penuh | |||||
| INI DIA KRONI BESAR...KHIR TOYO Posted: 18 Jan 2011 02:57 PM PST Nak lihat profil syarikat..lihat di sini.. http://www.majuliagroup.com/ Majulia Sdn Bhd (138650-V) No 38, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia Tel: 03-5510 0740/0936 Fax: 03-5510 1205/2788 Board of Directors
Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor. Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni. Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan. Projek rundingan terus Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta. Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta. Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta. Bantu siasatan Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan. Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi. | |||||
| Posted: 18 Jan 2011 04:38 AM PST |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 19 Jan — PAS menegaskan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara Islam tetap menjadi impian parti itu buat selama-lamanya walaupun tidak termaktub dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Abaikan informasi ini sekiranya anda merasakan ianya cuma satu andaian sahaja. Tetapi maklumat yang diperolehi, menyatakan sebaliknya.
LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.


KUALA LUMPUR, 18 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pelawaan kedua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan