Sabtu, 15 Januari 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LAGI SKANDAL PUTERI UMNO SABAH?

Posted: 15 Jan 2011 05:01 AM PST




SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang.

Seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.

"Kami tidak mahu Skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga," ujar Puteri UMNO berkenaan.

Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.

Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.

Oleh: PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS)

Tokoh Umno Akan Sertai PKR Di Pahang

Posted: 15 Jan 2011 04:52 AM PST


PKR Pahang mungkin akan menerima kedatangan seorang ahli baru tidak lama lagi apabila tokoh Umno negeri berkenaan sedang menimbangkan untuk menyertai PKR. Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.
Kemasukan tokoh berkenaan akan diumumkan dalam satu majlis khas sempena lawatan penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim ke negeri Pantai Timur berkenaan.

Penyertaan tokoh bergelar Datuk itu kelak menyuntik semangat kepada PKR Pahang dan dalam masa sama ia memberi kesan kepada Umno.

Tokoh berkenaan yang rapat dengan pemimpin Umno veteran di Kuala Lumpur katanya membuat pilihan itu kerana kecewa dengan apa yang berlaku di dalam Umno hari ini yang sudah hilang sifat origanlitinya.

Selain dari tokoh itu katanya ada beberapa tokoh veteran Umno yang cukup dikenali akan sama mengikut jejak lanagkah tokoh berkenan. Ini termasuklah dua hingga tiga orang pemimpin peringkat bahagian.

Katanya perkara ini sudah pun ke pengetahuan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Adnan Yaacob dan arahan memujuk tokoh berkenaan agar terus bersama Umno sedang dilakukan.


PILIHANRAYA KECIL KEMUNGKINAN DI SELANGOR

Posted: 15 Jan 2011 04:30 AM PST


Menurt akhbar Sin Chew, ADUN yang belot dan kemudiannya menjadi ADUN Bebas telah gagal hadir selama 6 bulan dan artikel 29 kerajaan selangor menegaskan bahawa sekiranya seseorang ADUN gagal untuk hadir selama 6 bulan maka ianya boleh dijalankan pilihanraya kecil.

Badrul Hisham Shahrin yang menjadi ADUN tersebut dan bertanding di bawah tiket PKR dan kemudiannya belot dan menjadi adun bebas ,didapati telah melanggar konstitusi kerajaan selangor.

Tan Cheng Kim Speker Selangor menjelaskan bahawa beliau baru sahaja menerima berita ini dan beliau belum mengetahui dari mana rumour tersebut muncul.

Tiada ulasan: