wartamaya |
- Beza mangsa rogol dan mangsa liwat
- Bukan Malaysia, tapi Marussia
- Ikan keli gergasi
- Babi yang lahir dengan 2 kaki
- Tahun baru, beribu burung mati serentak
- Tuanku titah perbincangan Selangor-SPA untuk penyelesaian terbaik — Abdul Khalid Ibrahim
- Ada tasik dalam bangunan?
- Biasa?
- Pejabat Khusrin mungkin di pindahkan
- Bagi la can aku duduk kat sini
- Berani kah MAIS arah pengunjung wanita tutup jambul
- Kenapa aku kata BN itu Tong Sampah ...
- Cadangan yang bijak
- Tak ada tulur ... wakakak !!!
- PR tak banyak bagi masalah sebenarnya ...
- Anda pakai talipinggang kulit?
- Ayuh Kelantan, ajar gerombolan ilmu ..
- Rogol amah: Budaya yang makin kronik
- Khusrin: BN Terdesak Sabotaj Kerajaan Selangor
- Pejuang Islam mai dah .. wakaka !!!
- Senjata Gerombolan .. wakakak !!!
| Beza mangsa rogol dan mangsa liwat Posted: 03 Jan 2011 06:05 AM PST Mangsa rogol rayu identiti tidak didedah Tapi mangsa liwat kata .. " gua tak der hal .. boleh tonjol " (Tonjol boleh, laporan kesihatan tak mau kasi) Apparaaaa !!! Pelik ... muakakak !!! |
| Posted: 03 Jan 2011 05:32 AM PST Ganazzzz ..... ! Kereta ni adalah Supercar yang terkenal di Rusia. Di beri nama Marussia B2.Rekaan dalaman yang menarik di lengkapi dengan 4 kamera. Setipa kamera di letak di sisi kenderaan. Imej boleh di lihat menerusi paparan LCD di dalam nya. Mempunyai gear 6 kelajuan automatik. Mencapai kelajuan 100km di dalam masa 3.8 - 4.2 saat. Maksima kelajuan 260km/jam. Berharga 100,000 Euro. ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Posted: 03 Jan 2011 05:02 AM PST ![]() ![]() ![]() ![]() Imej ikan keli gergasi telah berjaya di tangkap ketika sedang cuba untuk memakan sebiji bola keranjang. Menurut kata, Bill, seorang pencen berasal dari Lake Sandalwood di Kansas sedang dia duduk di hadapan botnya, ketika mahu pulang, dia melihat satu objek bola terapung sebesar 20 cm ukur lilit dengan warna yang terang. Menyedari bola itu sedang terapung dengan keadaan yang aneh, dia cuba rapat kepada bola tersebut. Dia terkejut pabila dia menyedari bahawa bola tersebut sedang cuba di telan oleh seekor ikan keli gergasi. Cerita ini di bawa kepada anda kerana dah boring nak cerita pasal politik .. Sekadar nak kongsi bersama .. wakakak !!! |
| Posted: 03 Jan 2011 04:51 AM PST ![]() ![]() Babi ini di beri nama Zhu Jiangqiang, pabila diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia bermaksud, "Kuat semangat". Lahir dengan 2 kaki tanpa kaki belakang. Babi ini menjadi terkenal dan ramai pelawat yang datang untuk melihat. Pemilik babi tersebut tidak sampai hati untuk membunuh disebaliknya mengajar babi tersebut untuk berjalan menggunakan dua kaki. Memeranjatkan, selepas 30 hari, babi tersebut sudah boleh berdikari. Babi itu kini sudah 50kg berat dan ia tidak menghalang ia bergerak ke sana dan kemari. Wakakak !!! |
| Tahun baru, beribu burung mati serentak Posted: 03 Jan 2011 04:41 AM PST Pada malam tahun baru, satu kejadian aneh berlaku di Arkansas, Amerika Syarikat. Beribu burung mati dan jatuh ke bumi. Ada desas-desus mengatakan, burung itu mati kerana letupan bunga api sambutan Tahun Baru 2011. Klik SINI untuk berita lanjut. ---------------------------------------- Satu dunia meletop sambut Tahun Baru |
| Tuanku titah perbincangan Selangor-SPA untuk penyelesaian terbaik — Abdul Khalid Ibrahim Posted: 03 Jan 2011 01:18 AM PST 3 JAN — Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan. DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda. Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut. Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato' Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato' Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar. * Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor MInsider |
| Posted: 03 Jan 2011 01:13 AM PST ![]() [...] Kawasan itu dilindungi oleh Bangunan Berjaya Times Square - tempat ahli korporat mengumpul harta, tempat anak muda mencuci mata. Tetapi di celah-celah kesibukan tersebut terdapat sebuah keluarga merempat yang hidup dikelilingi bahaya. Saya tidak pasti apakah punca mata pencarian keluarga tersebut kerana saya rasa mungkin mereka tidak mahu diwawancara mahupun diambil gambar mereka dari jarak dekat. Namun, sebagai sebuah negara membangun, situasi sebegini tidak seharusnya terjadi. Keluarga ini mengharapkan air hujan sebagai punca air. Mereka memasak, tidur dan tinggal di situ. Di bangunan tersebut juga terdapat sebuah kawasan tadahan air yang kini menjadi tempat "beriadah" untuk kanak-kanak. Mereka ini tidak memikirkan tentang kedaifan keluarga mereka, hanya bersuka-ria. Mereka bermandi-mandian dan berenang-renang tanpa memikirkan faktor keselamatan. Saya pasti pada tahap ketinggian air itu sudah ada haiwan-haiwan bahaya turut sama menginap - ular, biawak yang mungkin membahayakan kanak-kanak tersebut.[ lagi ] |
| Posted: 03 Jan 2011 01:09 AM PST ![]() Mohamed Khusrin Ikrar Tetap Jalankan Tugas SUK SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, akan tetap menjalankan tugasnya seperti biasa walaupun dihalang menghadiri mesyuarat Exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES).[ lagi ] ----------------------- Tetap menjalankan tugas seperti biasa? Wakaka .. ! Biasa mende ... start baru pagi tadi .. biasa ke? |
| Pejabat Khusrin mungkin di pindahkan Posted: 03 Jan 2011 12:12 AM PST |
| Bagi la can aku duduk kat sini Posted: 02 Jan 2011 11:53 PM PST ![]() Alaaa ... sehari je .. Boleh la .. bagi la aku can ... Takkan duduk pun tak bleh .... Orang lain bleh perr .... Takkan aku tak bleh ... Alaaa ... boleh la ... Boleh kan .. ? Boleh kan ....? "No .. you're fired !!!" Jawa cuba nak cakap orang putih .. "Nose not high .. chick push push .. " Wakakak !!! Gerombolan dah ubah Perlembagaan sekarang cuba nak menjilat balik .. Piraaahhhh !! Gi marah Mahafiraun tu .. wakakak !!! Update ! (TERJEMAH DARI SINI) Khusrin menyatakan beliau tidak mempunyai sebarang agenda politik. Kerajaan negeri Selangor telah meletakkan beliau di dalam keadaan serba salah apabila, beliau tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa majlis berkaitan dengan Kerajaan negeri Selangor. Menteri Besar Selangor turut menyatakan bahawa Khusrin tidak akan terlibat dalam sebarang majlis atau aktiviti kerajaan negeri, sehingga masalah ini dapat diselesaikan. Ini bermakna upacara angkat sumpah sebagai Ketua Setiausaha Negeri Selangor turut tidak akan diadakan. |
| Berani kah MAIS arah pengunjung wanita tutup jambul Posted: 02 Jan 2011 10:19 PM PST ![]() MAIS hari ini mengarahkan Nazir masjid Taman Cheras Jaya menyatakan etika berpakaian pengunjung masjid mereka. Ini di lakukan berikutan majlis senamrobik yang melibatkan MP Serdang, YB Teo Nie Ching. Walaubagaimanapun, Utusan Meloya terlebih dahulu menyatakan bahawa pengunjung wanita ke masjid mesti mengenakan pakaian tutup aurat dan bukan pendek dan seksi. Beritanya KAT SINI Gimana dengan jambul? ... wakakaka !!! Ada berani? |
| Kenapa aku kata BN itu Tong Sampah ... Posted: 02 Jan 2011 10:15 PM PST |
| Posted: 02 Jan 2011 09:58 PM PST Pelajar Unisel pro-BN cadang Khoo ganti Rosmah Sambil mendakwa memegang prinsip untuk bebas bersuara dan menyatakan pandangan, idealisme dan hak mereka, kumpulan pelajar itu mahukan tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sebagai canselor.[ lagi ] ------------------------- Aku boleh katakan cadangan ini adalah cadangan yang bijak, tanpa campur tangan politik .. Jelas student kita dah jemu kaedah politik dan bodek dalam pemilihan canselor ... Wakakak !!! Hebat ! |
| Posted: 02 Jan 2011 08:03 PM PST ![]() Debat: Pemuda Umno Larut penakut KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam. Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang. "Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi. "Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat," kata Nazri kepada Harakahdaily. [ lagi ] ----------------------------------- Wakakakakak !!! ha ha ha ha ...... lawak ...kah kah kah ..... Ingat terror sangat ... wakakak !!! |
| PR tak banyak bagi masalah sebenarnya ... Posted: 02 Jan 2011 07:40 PM PST Khusrin daftar masuk, MB mengadap Sultan [..] Beliau juga mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi. "Tiada masalah," katanya sebelum terus menyelinap ke dalam bangunan di Shah Alam itu. Khusrin yang memakai sut kelabu berbelang, kemeja putih dan tali leher masuk ke pejabatnya kira-kira pukul 7 pagi selepas kenderaannya dilihat melalui pintu masuk bangunan SAAS pukul 6.45 pagi. Beliau diiringi dua pengawal keselamatan kerajaan negeri ketika masuk ke pejabatnya. Bagaimanapun, adalah dipercayai beliau masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut sumber dari pejabat menteri besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Khusrin daripada pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu. "Tidak akan berlaku konfrontasi... Sudah tentu, beliau boleh masuk tetapi sama ada beliau akan bekerja untuk kita (kerajaan negeri Selangor) adalah cerita lain," kata sumber itu. Anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dilihat berjaga-jaga di lobi bangunan itu.[ lagi ] -------------------------------------- PR tak biasa lakukan kekerasan Cuma BN jer yang macam tak der akal .. wakakak !!! Baca ini juga ... Be careful, Selangor — N.H. Chan (B. Inggeris) MB Khalid perlu 'cermat' rujuk isu SUK Selangor di mahkamah, kata bekas hakim (B. Malaysia) |
| Anda pakai talipinggang kulit? Posted: 02 Jan 2011 06:06 PM PST "Cantik talipinggang kau", kata kawan. Aku tersengih bangga. "Mahal ke?", tanya nye lagi. "Dak ahh .. cuma RM400 je", aku jawab. "Cabut dulu .. Tinggal je dalam kereta dan lepas tu baru kita masuk masjid", kata nya. "Tak boleh ..nanti suar aku lucut!", aku jawab. "Cuba lipatkan atas seluar tu ..bagi dia ketat sikit", cadangnya. "Wooo .. ok gak!", aku jawab. Dan aku sedikit menggoogle pagi ni dan mencari beberapa artikel. Maka Aku terKLIK DI SINI dan DI SINI
Selepas solat .. Kawan pun berkata, "Bagus juga kalau niaga kulit halal .. boleh masuk ke mana-mana". Itu 3 tahun lepas. Sekarang dia sudah berniaga barangan kulit HALAL, yang siap ada cop "Halal" dan di sahkan "Halal" ... Perghh .. macam-macam. Saje je nak kongsi cerita. Wakakak !!! |
| Ayuh Kelantan, ajar gerombolan ilmu .. Posted: 02 Jan 2011 04:28 PM PST Lagu: Waliband Tajuk Lagu: Mari Sholawat Sholatullah salamullah, 'ala Yasin Habibillah Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah, Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah Daripada kita pacaran Lebih baik kita sholawatan Daripada kita berduaan Nanti bakal di hasut setan Awas jangan dekat-dekatan Kita 'kan belum ada ikatan Daripada dekat-dekatan Mending kita sholawatan Sholatullah salamullah, 'ala Thoha Rasulillah Sholatullah salamullah, 'ala Yasin Habibillah Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah, Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah Bukan aku tak suka padamu Bukan aku tak mau denganmu Tapi aku mau lihat dulu Setebal apa imanmu Sudahlah engkau lupakan Anggap saja kita ta'arufan Sudahlah jangan kau pikirkan Mending kita sholawatan Sholatullah salamullah, 'ala Thoha Rasulillah Sholatullah salamullah, 'ala Yasin Habibillah Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah, Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah ------------------------ Lagu lain Mari tunjukkan mereka yang buta itu dengan hiburan cara Islam. Si bodoh ... perlu di ajar. Tutup mulut mereka yang jahil dengan mengajar ilmu. Kesian kat depa .. yang setakat tahu 'apa itu nasyid' Kredit pada Warta365 ... artikel Konsert waliband di Kelantan Ini waliband .. bukan Inul Gerudi .. Wakakak !!! |
| Rogol amah: Budaya yang makin kronik Posted: 02 Jan 2011 03:59 PM PST ![]() Berlaku di subang, selangor di Arab Saudi .. DI SINI di Jeddah di Kuala Lumpur Ada juga amah yang buat laporan palsu kononnya di di rogol .. cerita DI SINGAPURA Yang pasti .. camana nkorang tengok anjing sedang toet kat tepi jalan tu...Cam tu la perangai diorang .. Tak tau malu sebab nak syok yang ntah berapa minit tu. Rasanya binatang tak buat kerja ni .. Binatang membiang cuma pasangan yang setuju. Tak tau la .. aku tak pernah jadi binatang dan aku tak tau. Tapi kalau tak der pada binatang, bermakna, manusia lebih teruk dari binatang. Adoii .. hancus .. Wakakak !!! |
| Khusrin: BN Terdesak Sabotaj Kerajaan Selangor Posted: 02 Jan 2011 03:37 PM PST SHAH ALAM 2 JAN: Tindakan Putrajaya melantik terus Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri adalah petanda jelas Umno-Barisan Nasional(BN) semakin terdesak untuk mengsabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata jawatan SUK akan membolehkan Khusrin membocorkan maklumat sulit kerajaan negeri kepada Umno sebagaimana yang berlaku dalam kes rampasan kuasa di Perak. Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang ini diwawancara oleh Pakar Undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam program 'Terus Terang' terbitan Tv Selangor, Nizar menceritakan pengalamannya ketika menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Perak setelah menang pada pilihanraya umum 2008. Beberapa bulan selepas menubuhkan kerajaan negeri, Nizar menyedari Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mengambil arahan secara terus daripada Umno. "Setelah tiga empat bulan, perjalanan kerajaan negeri tidak lancar kerana adanya unsur-unsur sabotaj. Contohnya, apa sahaja yang kami lulus atau batalkan dalam mesyuarat mingguan disampaikan ke ibu pejabat Umno di Ipoh," katanya. Nizar berkata Setiasaha Kerajaan Negeri berkenaan bertindak untuk melengkapkan persiapan Umno bagi melancarkan rampasan kuasa. Akibatnya pegawai-pegawai daerah mula mendapat arahan yang berbaur politik daripada SUK Perak. "Apa yang diarah tidak dibuat, apa yang tidak diarah dia buat. Surat-surat yang diterima dari daerah-daerah mendapati ia telah ditandatangi oleh SUK, tetapi bila masa pula kami buat keputusan ini? soalnya. Nizar berharap pengalaman Pakatan Rakyat di Perak akan memberi petunjuk penting kepada kerajaan Selangor dalam berdepan dengan tindakan Putrajaya melantik Khusrin sebagai SUK. Seperti dalam kes Perak, penggerak utama Umno di Selangor adalah juga Datuk Seri Najib Razak sendiri. "Salah seoraang dari prime mover ambil kuasa di Perak ialah Najib, yang menjadi Pengerusi Umno Perak, kini di Selangor. Keduanya, ialah SUK yang menentang Pakatan Rakyat. Ketiga ialah peranan institusi istana seakan-akan sama. Nizar menjelaskan rampasan kuasa di Perak berlaku apabila elemen seperti Ketua Setiausaha Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya dan individu yang rapat dengan Istana bersekongkol. "Pada awal Jun, saya bertemu Raja Muda, menceritakan masalah yang saya hadapi. Saya beritahu kerajaan patik diganggu gugat. Saya jawab kerajaan patik digugat Datuk SUK dan Datuk Seri Anuar Zaini. Dia ini adalah 'major player' dan amat rapat dengan istana. Tuanku dengar dan dia amat memikirkan suasana itu. "Saya terus berjumpa Ketua Setiuasaha Negara, meminta orang nombor dua digantikan dengan individu yang boleh bekerjasama dengan saya. Maka lebih lancar pentadbiran kerajaan negeri. Namun kedua-dua rayuan ini tidak membawa kesan yang diharapkan," jelasnya. Akhirnya perlembagaan Perak dicabul untuk menobatkan Zambry Kadir dari Umno sebagai Menteri Besar walaupun Nizar tidak meletakkan jawatan atau tidak ada sebarang usul di kemukakan di Dewan Undangan Negeri Perak. "Saya cukup-cukup yakin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor harus berhati-hati, bahkan ambil tindakan lebih drastik dari yang kami ambil di Perak," katanya. - TVSelangor |
| Pejuang Islam mai dah .. wakaka !!! Posted: 02 Jan 2011 03:30 PM PST ![]() Dakwa penderhaka sultan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan KUALA LUMPUR 2 Jan. – Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi.[ lagi ] ------------------------- Alamak ... pejuang Islam kopiah sangkut sudah berkata .. Wakakak !!! .... Orang Kedah cerita pasal Orang Selangor ... Dia tau ke pasal sejarah? Dia tau ke pasal kes rogol amah? Wakkakaka !!! |
| Senjata Gerombolan .. wakakak !!! Posted: 02 Jan 2011 03:24 PM PST ![]() 'Tahan Shuhaimi di bawah ISA' SHAH ALAM 2 Jan. - UMNO Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ekoran kenyataan yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini. Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya yang dibimbangi boleh menggugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara.[ lagi ] --------------------------- Wakakak ... !!! Gunakan lah senjata ampuh gerombolan itu .. Gunakan lah senjata British itu ... Kalau bapak British .. anak pun british Hidup ketuanan British .. !!! Wakakak !!! Kenapa waktu gerombolan kurang ajar pada raja tak gunakan ISA? Wakakakak !!! |
| You are subscribed to email updates from wartamaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan