Khamis, 20 Januari 2011

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Roti Tisu Penang Tertinggi Di Malaysia 2009

Posted: 19 Jan 2011 11:38 PM PST

usinkata;...kalau ini macam projek 100 hari PR senang-senang la nak capai..bayangkan ini baru kejayaan negeri dibawah Pakatan Rakyat..kalau Malaysia dibawah pentadbiran PR..apa pula yang nak tinggi..



Pulau Pinang catat pelaburan tertinggi
RM12,238 juta berbanding RM2,165 juta pada 2009
oleh;Syajaratulhuda dan Mohamad Rosli Sinar Harian

Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia dalam tempoh setahun berbanding tahun lalu dengan kedudkanya di tempat keempat.
Ketua Menteri,Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa,Datuk Seri Mustapa Mohammed iaitu dalam aspek pelaburan bagi sektor pembuatan untuk Malaysia peratusanya meningkat sebanyak 45% iaitu daripada RM32,637 juta kepada RM47,177 juta.


Ini menunjukan Pulau Pinang mencatat sejarah paling besar dalam aspek pelaburan dengan jumlah RM12,238 juta berbanding RM2,165 juta pada tahun 2009 iaitu meningkat 5 kali ganda selain angka pelaburan bagi tahun ini paling besar berbanding jumlah pelaburan sejak 1980.


* Petikan Sinar Harian Edisi Utara U3 Khamis 20 Jan 2011

Tiada ulasan: