SharpShooter |
- Gobala letak jawatan
- Merlimau semua mau
- Tanyalah doktor - Cikgu Normala
- Tenang - Arahan Polis Apco tak masuk akal
| Posted: 28 Jan 2011 07:46 PM PST Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan mengumumkanmelepaskan semua jawatannya di dalam Parti Keadilan Rakyat Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru. Berikut adalah petikan pengumuman beliau yang dibuat pada kira-kira 10.40 pagi Sabtu; "Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru." Gobalakrishnan juga pernah menulis dalam Twitternya, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab."* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 28 Jan 2011 04:41 PM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini. Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. "SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan. "SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya. Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan. Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi. "Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi. "Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya. Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010. Seramai 10, 679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos. Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011. "Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas. "Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya. Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Sharpshooter - Merlimau kemungkinan adalah prk terakhir, Pelabuhan Klang dan Kota Seputeh rasanya tidak akan berlaku prk lagi. SPR adalah talian hayat umno dan sebab itu SPR bertindak lebih umno dari umno. Merlimau adalah kerusi PAS bertanding pada PRU 12 tahun 2008. Mengikut perjanjian Pakatan Rakyat, jika berlaku prk, parti mana yang bertanding pada PRU 12, maka parti itulah yang akan bertanding jika berlaku prk. Ianya mungkin akan berubah dalam PRU13. Bila Shamsul Iskandar tawarkan diri untuk bertanding Dun Merlimau, ia mengundang reaksi yang kurang senang di kalangan pimpinan PAS dan ahli PAS. Isu ini hangat dibahaskan dalam facebook seperti dalam facebook Kedah Lanie Teringat kata Mahatma Gandhi "The world has enough for everyone's need but not enough for everyone's greed" ayat inilah yang Anwar gunakan semasa ucapannya pada Kongres di Pulau Pinang dan merupakan ucapan terbaik Anwar dalam kongres sebelum PRU 12. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Tanyalah doktor - Cikgu Normala Posted: 28 Jan 2011 05:38 AM PST Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi. Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti. "Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana sebagai doktor dia lebih profesional dan tahu kenapa surat dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini. Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'. Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini. Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang. Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius. Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi. Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini. Tambah Normala, gambaran 'terlantar' yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat. "Istilah sakit itu bukan terlantar, kita dah jelaskan pagi tadi oleh pihak operasi...Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan. "Setakat ini keadaannya ok insyaAllah, emosinya stabil dan ok. Sepanjang pengetahuannya kata Normala, suaminya itu seorang yang jarang mengambil cuti, selain kerap menghantar pelajar bermain hoki pada setiap Sabtu dan Ahad. Sehubungan itu katanya, apa yang dilaporkan media hanya spekulasi dan berharap media melaporkan dengan tepat. Sharpshooter - Apa maknanya? maknanya walaupun sakit beliau sanggup turun padang bersama isterinya meredah banjir di Tenang demi rakyat dan elak fitnah.Suaminya sanggup menemani isterinya walaupun sakit bukan seperti suami najib bik mama keluar negara tanpa suami, habiskan duit rakyat tidur semalam RM150 ribu. Bik mama Fat Lady Of Malaysia (FLOM) diserang teruk hingga ditarik balik web tersebut dari laman web kerajaan. umno ibarat orang kelemasan, bila umno lemas dalam air, rambut sehelai pun sanggup dipautnya... Esok keluar citer mak bapak adik abang kakak sepupu pak saudara Cikgu Normala la pula untuk tutup isu tanah yang tak mampu umno jawab. Ketenangan umno di Tenang telah diragut oleh seorang wanita...inilah ertinya tangan yang menghayun buaian mampu goncangkan dunia.... Semoga Tenang bakal cipta sejarah... Takbir * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Tenang - Arahan Polis Apco tak masuk akal Posted: 28 Jan 2011 04:18 AM PST Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN". Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi. "Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit. "Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi. "Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak. Khalil turut mempersoal arahan pihak polis itu kerana pengguna jalan raya berhak meletakkan apa-apa bendera pada kenderaan kerana mereka membayar cukai jalan. "Saya persoalkan kenapa kenderaan persendirian tidak dibenarkan meletakkan bendera di keretanya sedangkan mereka sudah membayar cukai jalan dan sebagainya," katanya. Tambahnya, polis hanya mengeluarkan arahan demikian pada musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sahaja namun membiarkan keadaan itu berlaku pada musim perayaan yang lain seperti sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya. "Apakah yang salah dan menganggu kententeraman awam kalau kenderaan pasang bendera dan apa lagi ianya bermusim masa pru dan prk sahaja," katanya. Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan