Ahad, 23 Januari 2011

SharpShooter

SharpShooter


Video - umno tak peduli Johor sebab kubu kuat - Chegubard

Posted: 22 Jan 2011 10:13 PM PST




Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.

"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.

"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.

Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.

Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.

Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat.

"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.

"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.," jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.

Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anwar terus cabar Najib debat

Posted: 22 Jan 2011 09:43 PM PST



Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

tenang by election 220111 anwar speech 01"Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam," katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.


"Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.

Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab.

"Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh," sindirnya disambut dengan gelak ketawa kira-kira 250 hadirin yang hadir di Felda Tenang.

'Rais, Allah bayar tunai'

Anwar berkata demikian bagi membalas kenyataan Najib yang menggesa Anwar terlebih dahulu 'menyelesaikan masalah peribadinya' khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

Sebelum ini Anwar mengutarakan cadangan debat apabila apabila perdana menteri memperlekeh rancangan reformasi 100 hari Pakatan sekiranya berjaya berkuasa di peringkat pusat.

tenang by election 220111 anwar speech crowdDalam ucapan di Felda tersebut, Anwar turut menyindir Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol, seperti yang 'didedahkan' WikiLeaks.

"Saya tuduh dia? Tidak. Ini (pendedahan) WikiLeaks. Ada siasatan dahulu tetapi siasatannya sekarang ditarik. Itu soal dia.

"Tapi saya nak tunjuk, kamu rasa bagaimana pedihnya bila diaibkan, difitnah, dimalukan di khalayak umum," sindir Anwar.

"Kamu tolong sebarkan, sekarang dengan sendirinya tercampak dan terpalit ke muka kamu," tegasnya Anwar sambil mendakwa sebelum ini Rais didakwa pernah menuduhnya seorang yang "rendah budi pekerti dan akhlaknya".

Sehubungan itu, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri mengingatkan hadirin supaya jangan bersikap takbur dengan orang lain kerana Allah akan membayar "tunai" kepada perbuatannya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mengapa Muhyidin takut negara Islam

Posted: 22 Jan 2011 08:44 PM PST


Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka. NONE

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menyimpan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirmanMuhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya. NONE

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.

Sharpshooter - Alangkah indahnya jika Muhyidin juga berkata, " ya..sebagai orang Islam, saya juga bercita-cita untuk menubuhkan negara Islam". Semoga Allah membuka hatinya..amin.

Ya... benar, satu ketika dulu Karpal pernah berkata "over my dead body" jika nak tubuh negara Islam tetapi terkini semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kapala Batas, Karpal berkata beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekiranya satu perbincangan bersama diadakan.

Keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara.

Mengenai persoalan mengapa, Kelantan dan Kedah yang Menteri Besarnya PAS tetapi hingga kini masih gagal melaksanakan hukum hudud seperti isu yang sering dimainkan oleh umno?

Menolak dan mempersendakan hukum hudud (hukum Al-Qur'an). Tiada penganut ugama lain yang sanggup mempersendakan agama sendiri. Tetapi tidak pada kepimpinan Umno. Mereka memberi amaran akan mengambil tindakan jika Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mereka juga perli, jika hudud terlaksana orang Islam ramai kudung tangan kerana mencuri dan akan habislah batu di jalan raya digunakan merejam penzina. Nak makan sup tangan pergilah Kelantan.

Tetapi, bila bercakap depan penyokong mereka…kenapa kerajaan Kelantan tak laksanakan hukum hudud sedangkan mereka yang memerintah Kelantan. Inilah manusia lidah bercabang di negara kita. Mahathir juga pernah mengatakan, " Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" (Nilam Puri, 3 Mac 1994).

Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Malaysia memang tak boleh laksanakan hukum hudud di Malaysia disebabkan perlembagaan kita sendiri tidak membenarkannya. Hukum hudud juga tidak boleh dilaksanakan di mana-mana negeri dalam negara ini selagi perkara 4 dan perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda.

Satu-satu pindaan dalam perlembagaan boleh dibuat sekiranya mendapat sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat. Maka kalau jika benar anda berhajat sekarang hukum hudud dilaksanakan, anda perlu memastikan 2/3 kerusi parlimen di Dewan Rakyat diisi dari kalangan ahli parlimen yang menyokong pelaksanaan undang-undang hudud. Kalau tidak, rancangan dan cadangan untuk dilaksanakan nanti hanyalah sebuah angan-angan sahaja!

Di Madinah, Nabi Muhammad tak perlu tunggu sampai 53 tahun untuk mendirikan kerajaan Islam. Bahkan disekelilingnya pada masa itu, majoritinya adalah bukan Islam. kenapa boleh pula? Akhirnya keindahan Islam berjaya dipertontonkan kepada orang bukan Islam. Orang bukan Islam pun terima., mengapa umno yang mengaku Islam masih nak berdalih?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: