SharpShooter |
- Video khas calon PAS Tenang
- Rosmah berjaya melemahkan najib
- Bantulah anak yatim piatu malang ini.
- Calon muslimat PAS buat wanita umno tidak tenang
- Tinggal sehelai sepinggang
Posted: 16 Jan 2011 06:48 PM PST Video khas calon Pas mewakili Dun Tenang * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Rosmah berjaya melemahkan najib Posted: 16 Jan 2011 05:54 PM PST Malaysia dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap diharungi kontroversi yang tidak putus-putus. Jika era PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama. Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM Malaysia apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau. Memetik lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat keadilan daily.com, edyesdotcom dan beberapa blog lain, Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division. Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh Pegawai Khasnya Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain. Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan. Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang. Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta. Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib. Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam satu entri lama di awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Sementara itu, FMT pula dalam satu temu bual bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim sekitar Oktober tahun lalu, dengan nada sinis Teng turut mencadangkan agar Rosmah bertanding dalam pilihan raya itu nanti. Selain itu keputusan Najib meletakkan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini juga 'dibaca' sebagai tindakan bagi membolehkan Rosmah lebih berperanan jauh dalam hal ehwal yang membabitkan kementerian tersebut. Status Sharizat yang hanya sebagai Senator yang bukanlah dipilih rakyat sebaliknya dilantik PM telah memaksa Sharizat hanya bertindak sebagai timbalan atau penasihat kepada Rosmah. Malahan Rosmah turut diberikan kuasa untuk mengendalikan program Permata yang sepatutnya lebih relevan diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Baru-baru ini, ketika Rosmah di Arab Saudi, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud Royal Suite, Intercontinental Hotel di sana sekaligus seolah membelakangkan Muhyiddin. Bagi kebanyakan penyokong PR, Rosmah dianggap menghina Islam apabila menjadi penaung Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo, Monaco yang memperagakan 'busana muslim' memaparkan nama Nabi Muhammad dalam keadaan terbalik dan mendedahkan aurat wanita. RM100,000 satu malam bilik hotel Sementara itu dalam satu ceramah di Taman Bolton, Gombak Isnin lalu, Timbalan PKR, Azmin Ali mendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,000 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam. Kontroversi tidak putus melibatkan Rosmah juga mungkin menambah rumitkan Najib apabila kos perbelanjaan isterinya itu ke luar negara dikatakan mempunyai signifikan terhadap peningkatan 40 peratus peruntukkan perbelanjaan lawatan JPM ke luar negara seperti yang diumumkan dalam parlimen tahun lalu. Keputusan Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada keputusan-keputusan Najib yang menyentuh isterinya itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihatnya termasuk syarikat penasihat komunikasinya yang penuh kontroversi itu atau pun terpaksa menolak nasihat tersebut bagi memberi laluan kepada isterinya itu * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Bantulah anak yatim piatu malang ini. Posted: 16 Jan 2011 05:27 PM PST Bantulah Adik Hairuman Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. "Salam sejahtera, di sini kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU. Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit, adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yang tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan... Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman. Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya. Di sini saya sertakan bukti mengenai adik hairuman. Di sini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 0183807867 -Maryuni Bt Miskon No Akaun :162030632448 Maybank Alamat: no 28 Jalan Desa Mawar 2/11, Seksyen 2,Taman Desa Mawar 45500 Tanjong Karang,Selangor * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Calon muslimat PAS buat wanita umno tidak tenang Posted: 16 Jan 2011 05:06 PM PST Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini. Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti. Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra. Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak. Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997. Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis. Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat. Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang. Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita - yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka. Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan. Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno. Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini. Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini. Semoga kejutan akan berlaku di Dun Tenang, tidak mustahil PAS boleh menang di Tenang...takbir * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 16 Jan 2011 04:22 PM PST BUKIT TENGAH –Kg Tok Panjang - "Ketika sedang menonton televisyen, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat seperti bom, setelah ditinjau di luar, alangkah terkejutnya mendapati rumah jiran sedang terbakar," kata Norizan A Rahman, 47, saksi kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah jirannya, di Kampung Tok Panjang, dekat sini, lewat malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah tiga bilik yang didiami mereka musnah sama sekali. Lebih malang, kejadian berlaku ketika mereka tiada di rumah. Norizan ketika ditemui berkata, api dikatakan muncul dari bahagian bilik tidur dan marak hanya dalam masa hanya beberapa saat. Menurutnya, penduduk cuba memadamkan api bagi mengelakkan ia terus merebak ke rumah sebelah. Bagaimanapun, usaha mereka untuk menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam rumah gagal ekoran api yang terlalu marak. "Dalam keadaan kelam-kabut itu, penduduk hanya sempat mengalihkan dua buah motosikal yang diletakkan di hadapan rumah, manakala yang lain tidak dapat diselamatkan. "Kejadian in benar-benar mengejutkan kami kerana bunyi letupan itu sangat kuat hingga menggegarkan rumah kami," katanya. Sementara itu, mangsa, Ramli Shaari,51, berkata, mereka sekeluarga pulang ke kampung sebelah isteri di Tanjung Piandang, Perak bagi menghadiri upacara pengkebumian ibu mertuanya yang meninggal dunia. Menurutnya, dia bergegas pulang dari Tanjung Piandang selepas dimaklumkan jiran kira-kira jam 11.25 malam mengatakan rumahnya sedang terbakar. "Saya tidak menyangka kejadian buruk ini menimpa kami sekeluarga kerana sebelum keluar rumah pada jam 4.30 petang, saya memastikan semua suis dalam rumah ditutup. Malah, tiada suis yang rosak kerana semua sudah diganti baru. "Semua perkakasan di dalam rumah, dua buah komputer riba, satu komputer, tiga televisyen dokumen penting termasuk wang tunai RM5,000 hangus. Saya bercadang untuk memasukkan duit itu ke dalam bank pada Isnin nanti memandangkan Sabtu Ahad adalah hari cuti, tetapi apakan daya," katanya yang menganggarkan jumlah kerugian mencecah RM60,000. Dia yang bekerja sebagai pemandu forklift berkata, mereka sekeluarga menumpang di rumah jiran buat sementara waktu sebelum sebarang keputusan lain diambil. Katanya apa yang berlaku sudah ditakdirkan, dan mereka reda dengan kejadian yang menimpa. Sementara itu Adun Bukit Tengah YB Ong Chin Wen segera turun padang untuk menziarahi mangsa kebakaran dan memberi sumbangan segera RM500.00 dahulu bagi meringankan beban mangsa. YB Ong juga telah mengarahkan Jabatan Kebajikan dan Pejabat Daerah untuk meninjau dan memberi bantuan segera. Sebanyak RM5,000.00 bantuan mangsa kebakaran akan diberikan kepada mangsa dalam masa terdekat. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan