SharpShooter |
- Yb Shuhaimi lompat tidak benar
- Anwar, Azizah, Karpal dan Mat Sabu disaman 700 juta
- Beranikah rosmah najib terima cabaran debat?
| Yb Shuhaimi lompat tidak benar Posted: 11 Jan 2011 09:14 PM PST Khabar angin mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei, yang kini berhadapan dengan serangan Umno-BN kononnya telah menghina Sultan Selangor, adalah palsu dan fitnah, kata PKR Kota Raja hari ini. Naib Ketua PKR Kota Raja, Kamarudzaman Sanusi berkata, khabar angin mengatakan Shuhaimi mahu meletakkan jawatan tidak benar sama sekali dan tidak akan berbuat demikian. Beliau percaya khabar angin itu dibuat musuh-musuh politik yang cuba mahu menjatuhkan imej Shuhaimi sebagai wakil rakyat. Khabar angin Shuhaimi mahu meletakkan jawatan disebarkan melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS) bermula sejak pagi tadi. Khabar angin itu menyebabkan pemberita dan jurugambar berkumpul di pejabatnya sejak 10 pagi tadi. Khabar angin mengenainya juga diperkatakan sejak awal minggu ini. "Ini bukan satu sidang media yang terancang, satu SMS kata YB Shuhaimi mahu meletakkan jawatan selaku Adun (Sri Muda). "Saya nak sebut SMS itu adalah palsu, berniat jahat dan dilakukan musuh-musuh tertentu yang berkepentingan," kata Kamarudzaman pada sidang media di pejabat Adun Sri Muda, Kota Kemuning di sini. SMS yang disebarkan awal pagi tadi berbunyi: "Sidang media YB Shuhaimi Adun Sri Muda akan umum peletakan jawatan sebagai Adun jam 10 pagi 12 Januari (hari ini). Kamarudzaman menegaskan Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua PKR Kota Raja tidak akan meletakkan jawatan walaupun berhadapan dengan tekanan dan serangan Umno-BN. "SMS yang diterima adalah palsu, adalah satu yang mustahil YB Shuhaimi mahu letakkan jawatan. "Ini (SMS) bukan daripada YB Shuhaimi, beliau tak akan meletakkan jawatan. Ketika dihubungi YB Shuhaimi juga menafikan... beliau menafikan. "Saya percaya beliau juga ada dapat 'copy' itu (SMS), saya percaya ini adalah permainan politik jahat," katanya. Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bukti siapa "dalang" yang menyebarkan SMS berunsur fitnah itu. "Kami tak ada bukti, mungkin ia dilakukan musuh politik. Sejak YB Shuhaimi jadi wakil rakyat, ini kali pertama dapat SMS kata beliau nal letak jawatan, kalau lompat parti pula dah banyak. "YB Shuhaimi tidak akan lompat parti, sudah tentu saya kata tidak...kalau saya mati hidup semula pun saya tidak akan percaya," katanya. Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen daripada Shuhaimi masih belum berhasil. Tambah Kamarudzaman, Shuhaimi akan memberi keterangan kepada polis di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor petang ini berhubung tulisan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pelantikan Datuk Mohd Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Sebanyak 25 laporan polis telah dibuat terhadap Shuhaimi berhubung isu itu. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Anwar, Azizah, Karpal dan Mat Sabu disaman 700 juta Posted: 11 Jan 2011 04:07 PM PST
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu. Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar. "Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan. "Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya. Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar. "Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula," tegasnya. Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR. "Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat. "Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan," katanya. Sharpshooter - Kenapa tidak saman Azmin Ali sekali, jika Wan Azizah juga disaman kerana kononnya beliau tahu perkara sebenar, Azmin juga pasti lebih tahu perkara sebenar. Samanlah semua mengapa ada saman terpilih? Adakah Azmin akan menjadi saksi kakaknya? Dunia politik di Malaysia semakin menggila hingga sanggup membunuh. Kes Teoh Beng Hock sebagai contoh, dunia ketawa dengan Malaysia sebab yang peliknya beliau mati tidak tahu samada dibunuh atau bunuh diri. Habis tu beliau mati sebab apa? Mengapa hakim tidak putuskan beliau mati sebab malaikat maut telah ambil nyawa Teoh Beng Hock kan mudah tidak payah bersusah payah bicara dan siasat. Kes Altantuya juga mati dalam keadaan menyayat hati ditembak kemudian beliau diletupkan dalam keadaan mengandung. Yang anehnya 2 orang polis bangang yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya tetapi siapa yang arah mereka membunuh Altantuya? Adakah Najib atau suami puakanya Rosmah? Dua kes pembunuhan besar ini melibatkan politik Malaysia. Kerana kuasa dan kedudukan, ahli politik sudah hilang pertimbangan hingga sanggup membunuh. Mujurlah ahli politik yang melompat menjadi katak dan senatak tidak ada pula yang mati dibunuh, kalau ada selepas ini pasti tidak ada ahli politik yang berani lompat sebab takut kena bunuh. Saman fitnah ahli politik kini juga semakin menggila, semua berjuta ringgit dan yang sedihnya ramai rakyat masih menanggung derita dan masih ada rakyat yang berumah berbumbungkan angkasa dan berlantaikan bumi tidak ada siapa yang peduli. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Beranikah rosmah najib terima cabaran debat? Posted: 11 Jan 2011 04:09 AM PST Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berdebat secara terbuka berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang menurut Putrajaya akan memufliskan negara. Ketua pembangkang itu berkata, program 100 Hari Pakatan Rakyat itu hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun berbanding RM51 bilion yang 'dirampas' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu kroninya. "Biar rakyat buat keputusan berdasarkan fakta, Perdana Menteri cabar kita dan tuduh kita," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. "Beliau (Najib) yang beri ulasan terbuka ini adalah pendekatan yang tidak bertanggungjawab," kata Anwar yang mengulangi agar Najib tampil secara berani sebagai ketua kerajaan untuk mempertahankan hujahnya dan "beri ruang kepada kita untuk pertahankan hujah kita." Semalam Najib membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab. Beliau berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya. "Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti. "Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," kata Najib semalam. Pada 19 Disember lalu, Pakatan Rakyat (PR) menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari "kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan 10 program", antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol. Lain-lain inisitif ialah: — Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat — Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang — Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan — Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar — Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda — Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus — Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman — Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah Dalam ulasannya hari ini, Anwar berkata adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sentiasa mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan Rakyat serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat. "Memandang isu ini terdesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara kami syorkan diadakan debat terbuka. "Kalah ikut bahasa lunak kita undang beliau sebab beliau yang cabar dan pertikaikan kenyataan kita untuk bincang secara terbuka," kata beliau sambil menambah, "sebagai tokoh negara, sewajarnya beliau terima." Beliau berkata, program yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS dan DAP itu membantu menyelamatkan negara daripada muflis. Tambah Anwar, kenyataan Najib kononnya program 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan tidak berkemampuan adalah tidak tepat dan cuba berselindung di sebalik penguasaan media. "Tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat, ia lebih dari cukup untuk melaksanakan janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanya satu pertiga dari jumlah diselamatkan. "Maka alasan Perdana Menteri menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji semula, Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno-BN terus berhutang," kata beliau. Kata Anwar, Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno-BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didukung Umno-BN. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19 bilion setahun. "Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat keterisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang. "Oleh itu Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno-BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu ia mampu dilaksanakan," katanya. Beliau juga menegaskan tindakan pertama Pakatan Rakyat melalui program 100 hari ini adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di semua peringkat. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan