SharpShooter |
- Mamak Penang mengamuk
- Pihak yang menuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf
- Rumah Rocky's Bru dipecah masuk
- Jom pekena Nasi lemak cilibilis
| Posted: 07 Jan 2011 02:31 AM PST ![]() Sekumpulan 70 orang, termasuk ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), mengadakan protes di Komtar, Pulau Pinang berhubung dakwaan seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan rasis. ![]() Mereka mahu setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik memohon maaf kerana didakwa membuat kenyataan rasis. Kumpulan itu menuduh Ng memberitahu seorang pemilik restoran supaya ' Balik India' Ahad lalu. Pada mulanya, mereka dapat naik ke tingkat tiga bangunan Komtar, tempat terletaknya pejabat kerajaan, tetapi beberapa anggota mereka memujuk kumpulan itu supaya menunggu di luar bangunan. Pembantu khas ketua menteri, Ng See Fook kemudiannya menemui kumpulan tersebut. Satu delegasi terdiri daripada lima orang kemudiannya dibenarkan naik ke pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng di tingkat 28 selepas mereka bertegas untuk menemuinya. ![]() Bagaimanapun, kerana Lim tidak ada, maka mereka menemui setiausaha sulitnya, Farida Hani Yaakob, yang menerima nota protes tersebut. Surat itu yang ditandatangani oleh pengerusi Kimma, Farouk V Raju Mohammed, menuntut Ng menarik balik dan memohon maaf kerana didakwa membuat kenyataan rasis itu. Farouk berkata, mereka juga mahu ketua menteri mengambil tindakan disiplin terhadap Ng dalam tempoh tujuh hari. Sharpshooter - Dalam hal ini Adun KOMTAR, YB Ng Wei Aik wajar minta maaf. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Persoalannya sekarang mengapa beliau turut hadir dalam operasi di restoran tersebut. Beliau tidak sepatutnya hadir bersama penguatkuasa. Sharpshooter difahamkan beliau memang ada menyindir "balik India" bahkan beliau turut membantu penguatkuasa mengambil tong gas naik ke atas lori. Semua peristiwa tersebut terakam dalam CCTV. Tahun lalu masalah Bazar Ramadhan di tingkat tiga KOMTAR juga boleh diselesaikan sebelum meletup tetapi entahlah Adun KOMTAR mungkin kurang bijak bertindak. Mujurlah AMK P.Pinang turun 2 hari ke KOMTAR selesaikan masalah tersebut. Beritanya di sini * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Pihak yang menuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf Posted: 06 Jan 2011 07:58 PM PST
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Rumah Rocky's Bru dipecah masuk Posted: 06 Jan 2011 07:21 PM PST Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur. "Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya. Ahirudin berkata, bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah. Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Jom pekena Nasi lemak cilibilis Posted: 06 Jan 2011 07:43 AM PST Sdr Hashim Hj Ismail dahulunya adalah pegawai di Pejabat YB Hj Malik Kassim Adun Batu Maung merangkap Exco Kerajaan Negeri P.Pinang di tingkat 53 KOMTAR.Beliau memang pakar membuat design banner, poster dan menjadi editor majalah YB Hj Malik Kassim. Beliau berkhidmat selama dua tahun dan akhirnya mengambil keputusan nekad untuk berdikari dengan memilih membuka perniagaan Nasi Lemak Cilibilis di Padang Kota Baru atau Gurney Drive. Alhamdulillah perniagaannya begitu maju sekarang. Tak menang tangan dibuatnya. Jadi bila berkunjung ke P.Pinang, jangan lupa pi pekena Nasi Lemak Cilibilis istimewa...memang sedap dan sempoi. Mai beramai ramai ke gerai Nasi Lemak Cilibilis... anda pasti akan teruja dengan kelazatannya... Waktu operasi : 5.00pm - 11.30pm Jom pi pekena Nasi Lemak Cilibilis....anda pasti nak mai lagi... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



KUALA LUMPUR, 6 Jan: Keputusan mahkamah koroner semalam jelas menunjukkan pandangan pihak tertentu khususnya media pro Umno BN bahawa mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri adalah salah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan