SharpShooter |
- Chegubard vs anak yatim kematu
- Surat terbuka kepada Mahfuz
- Ribut dalam cawan Pakatan Rakyat
- Adun Komtar bergaduh pula dengan mamak Penang
- Ke mana akhirnya laporan pendedahan mantan Ketua CID
| Chegubard vs anak yatim kematu Posted: 05 Jan 2011 07:34 PM PST Teruskan pejuangan Chegubard..rakyat hakim negara.... Penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berhubung dakwaan rogol yang membelit dirinya adalah tindak balas biasa yang akan dilakukan oleh setiap individu. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Tv Selangor petang ini berkata, Rais berhak membuat penafian namun ia harus disusuli dengan tindakan bagi membuktikan penafian itu berasas. "Persoalan dia hendak nafi atau tidak, itu persoalan lain. Itu terpulang pada dia. Baguslah dia nafi. Selama ini dia senyap sahaja dan tidak nafi. Najib pun nafi dia tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Masuk dalam mahkamah, penagih dadah pun sanggup bersumpah tidak mengambil dadah, itu benda biasa," ujar Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Pagi tadi, Badrul tampil membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Rais yang didakwa merogol pembantu rumahnya. Menurutnya beliau, pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar apatah lagi ia melibatkan seorang Menteri Kabinet. Malah apa yang lebih merunsingkan katanya, hubungan Malaysia dan Indonesia yang mudah terbakar sentimennya mutakhir ini, harus segera dipulihkan.
Dakwaan merogol yang melibatkan bekas Menteri Kehakiman dan Undang-undang ini dikatakan berlaku pada 2007 dan ia didedahkan semula oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia. Ketika memegang jawatan itu, Rais pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu. Diminta mengulas kenyataan Rais bahawa dakwaan rogol itu sengaja dimainkan oleh bloger dan pembangkang, Badrul berkata, Rais harus terlebih dahulu membersihkan imejnya yang tercemar berikutan tersebarnya laporan yang mengaitkan beliau dengan skandal terbabit. "Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu. Selain tindakan polis, Badrul juga turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menggantung Rais sebagai anggota Kabinet sehingga siasatan dilakukan. "Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu. Selain tindakan polis, Badrul juga turut mendesak Perdana Menteri, * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 05 Jan 2011 06:19 PM PST Surat terbuka kepada Mahfuz Buat Saudara Mahfuz Omar, bekas pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd dan ahli parlimen Pokok Sena yang telah lama saya kenali, dari setor Lapangan Terbang Bayan Lepas hinggalah berjaya menjadi ahli parlimen dan naib presiden PAS. Ramai yang kagum atas perjalanan dan pencapaian karier politik saudara. Saudara bijak menempatkan diri di celah-celah ruang yang muncul dari pergerakan politik semasa, walaupun ruang dan peluang itu bukan dicipta dari cetusan idea, kerja keras atau keberanian saudara. Saudara berjaya spin momentum politik untuk menempatkan nama, hingga saudara diberi jolokan "poligame" – politik + gambar + media. Tak kira apa isu yang dicetuskan atau tercetus, saudara akan mencelah sebagai hero. Poligame telah melonjak karier politik saudara selama ini, tetapi saudara juga membuat kesilapan dan poligame itu akan memakan diri saudara. Kemunculan saudara berpoligame dalam isu perletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd yang terlibat dalam pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal memakan diri. Tindakan saudara itu hanya berasaskan emosi dan perspektif sempit sehingga mencemarkan maruah kerajaan negeri yang sedang dipetahankan oleh ahli dan pimpinan PAS yang lain di Kedah. Hal ini tidak boleh diterima sebagai mempertahankan prinsip, tetapi satu tindakan bodoh yang memberi kesan buruk kepada maruah kerajaan dan parti. Nampaknya ada kepentingan lain yang saudara 'sandarkan' pada kalimah 'prinsip' yang membuatkan saudara cuba berlagak sebagai hero membakar 'rumah tangga' saudara sendiri. Ternyata kedangkalan ilmu dan pengalaman dalam pengurusan syarikat berprofil tinggi serta projek-projek besar membutakan mata hati saudara untuk memandang kerajaan negeri Kedah sebagai taman yang lebih besar dan lebih penting untuk dipelihara. Keutamaan Kedah Saudara perlu ingat bahawa ilmu dan kemahiran pengurusan syarikat tidak mungkin diperolehi melalui poligame, tetapi poligame saudara bisa menghakis kepercayaan dan memporakperandakan 'rumah tangga' saudara. Saudara Mahfuz, izinkan saya membetulkan perspektif dan 'prinsip' yang kononnya saudara cuba pertahankan dalam isu Insaniah supaya saudara dapat belajar sesuatu yang real dalam dunia perniagaan, berbanding khayalan syok sendiri dalam politik poligame. Saudara dilantik sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) – sebuah anak syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang menguruskan pembinaan kampus baru Insaniah. KSSB dilantik sebagai kontraktor utama projek itu bukan melalui tender terbuka, tetapi kerana KSSB adalah anak syarikat BDB. Dalam isu yang saudara poligamekan kini, saudara seolah-olah gagal faham beberapa perkara pokok yang menjadi aulawiyat (keutamaan) dalam kerajaan Kedah. Aulawiyat ini diletakkan oleh parti yang membentuk kerajaan, yang turut disertai oleh saudara sebagai timbalan peserujaya PAS Kedah. 1. Pendidikan tinggi untuk melahirkan rakyat berilmu/ berkemahiran melalui Insaniah adalah pemacu utama pembangunan Kedah kini dan di masa depan. Kedah perlukan rakyat yang terpelajar dan mampu bersaing di pasaran untuk menjamin masa depan sosio-ekonomi dan sosio-politik negeri ini. Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan 'tong kosong'. Kedah perlukan rakyat dan pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah. Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Ustaz Azizan Razak meletakkan pendidikan senarai teratas untuk membaiki taraf hidup rakyat. Ia boleh dicapai melalui pengukuhan institusi pendidikan seperti Insaniah, maka kampus baru untuk menampung 20,000 pelajar pada satu-satu masa dibina disamping menambah program-program baru di Insaniah. Agenda ini didokong dan disokong oleh semua pimpinan parti yang membentuk Kerajaan sekarang, kecuali saudara yang selesa dengan poligame. 2. BDB adalah listed company yang sahamnya dipegang oleh PKNK sebanyak 54% dan selebihnya oleh pemegang saham bebas. Pengurusan BDB perlu memelihara kepentingan pemegang saham dan krebiliti syarikat dalam melaksanakan sebarang urusan yang membabitkan prestasi syarikat. 3. Pemilik projek ialah Insaniah, bukan BDB dan bukan Kedah Sato. BDB dan Kedah Sato hanyalah kontraktor dan sub-kontraktor. 4. Pembinaan kampus ini adalah 'bayi' kerajaan negeri. Kerajaan telah berjanji kepada rakyat untuk siapkan kampus baru Insaniah pada 2012 dan memulakan sesi pengajian pada 2013. Ini janji kerajaan kepada rakyat. Dengan apa cara sekalipun, janji ini mesti ditunaikan kerana rakyat meletakkan harapan pada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan. 5. Pembiayaan projek melalui pinjaman Bank Islam menghadapi masalah teknikal sehingga BDB terpaksa memperuntukan modal permulaan lebih RM30 juta untuk memenuhi kehendak kerajaan supaya kampus siap pada masa yang dijanjikan. 6. Kerja-kerja yang diserahkan kepada Kedah Sato sebagai sub-konttaktor (yang juga tidak melalui tender terbuka) tidak pernah ditamatkan. Hanya fasa dua dan tiga yang menelan kos RM180 juta daripada RM330 juta kos keseluruhan terlibat dengan perlantikan sub-kontraktor baru. 7. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, BDB berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menyiapkan kehendak pelanggan yang menekankan projek tersebut perlu siap pada 2012 – hanya dua tahun dari sekarang. Tidak hadir Saudara patut tahu bahawa keseluruhan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari Bank Islam yang hanya dapat menyelesaikan aspek teknikal pembiayaan projek ini pada akhir November 2010. Oleh kerana itu, BDB terpaksa mencari sebuah syarikat alternatif yang berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan modal sendiri dan syarikat yang berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan ialah IJM. Mereka dilantik secara rundingan bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pembiayaan awal mereka sendiri bernilai sekitar RM180 juta. Selain itu, IJM juga menawarkan (in-return) kerja-kerja membekalkan bahan batuan dan pembinaan jalan kepada BDB dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mana IJM adalah kontraktornya. Ini adalah perkongsian bijak dalam dunia perniagaan. Saudara, BDB tidak meninggalkan kontraktor bumiputra. Banyak yang diserahkan kepada kontraktor Melayu/ bumiputra, malah IJM juga membuat komitmen untuk membuat tawaran kepada kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja yang sesuai. Saudara, Langkah membuat rundingan dengan IJM tidak dibuat semberono. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah BDB dan Kedah Sato sendiri. Diberitakan bahawa semua lembaga pengarah Kedah Sato yang terdiri daripada ahli-ahli dalam bidang perniagaan bersetuju kecuali saudara yang berlatar belakangkan poligame, malah saudara tidak hadir. Muncul di gerai pulut udang Tindakan saudara meletak jawatan atas alasan prinsip mempertahankan kaedah tender terbuka sebenarnya dibayangi faktor-faktor lain. Kebanyakan faktor itu muncul di gerai pulut udang Stadium Darulaman tempat saudara mengutip idea dan pandangan bagi meneruskan karier politik saudara. Saudara juga mungkin teruja dengan rayuan tauke-tauke besar ynag mengidamkan projek dalam pembinaan Insaniah. Sepatutnya dari awal lagi saudara menentang pelantikan Kedah Sato Sdn Bhd yang juga mendapat kontrak pembinaan melalui rundingan, bukan tander terbuka. Saudara, Masalah saudara ialah politik poligame telah membawa saudara menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur berbanding Kedah. Politik sebenar saudara hanya berlegar di Pokok Sena. Saudara tidak peduli tentang politik negeri Kedah dan PAS Kedah walaupun saudara adalah timbalan Pesuruhjaya. Malah, saya yakin saudara tidak pernah menjelajah kompleks PAS di Batu 9 termasuk bangunan DAYA sepanjang saudara menjadi TPJ. Bakar kelambu Saudara juga tidak pernah melawat tapak projek di Kuala Ketil, sejak majlis pecah tanah hingga kini. Saudara hanya hadir mesyuarat bulanan, datang lewat dan balik awal. Saudara tidak berupaya menyelami susah payah sahabat pimpinan yang lain. Malah saudara langsung tidak peduli apa yang sedang ditanggung oleh pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, exco kerajaan dan wakil-wakil rakyat di Kedah. Poligame telah mengheret saudara ke medan yang mendapat liputan wartawan, lensa kamera dan TV. Dunia glamor itu menenggelamkan fokus sebenar saudara dalam PAS. Saudara tidak peduli lagi kesan yang bakal menimpa sahabat dan pimpinan negeri akibat poligame kegemaran saudara itu. Inilah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh saudara tanpa disedari. Orang sedang tersenyum sumbing melihat gelagat yang terpamer dari poligame itu. Sekian sahaja lontaran paling ikhlas buat saudara dari saya yang memerhatikan gelagat politik pemimpin-pemimpin politik sejak puluhan tahun. Pesanan akhir saya, jangan bakar kelambu untuk menghalau nyamuk. Selamat maju jaya dalam karier politik saudara dan mencapai target saudara dalam kerier itu. Saya akan terus memerhati. - Dari Sungai Petani Kedah. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Ribut dalam cawan Pakatan Rakyat Posted: 05 Jan 2011 06:06 PM PST Pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam Keadilan dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasm parti Islam itu. "Sebagai ahli Parlimen dan sebahagian daripada Pakatan, saya merasakan bahawa mereka harus berunding dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Keadilan dan juga DAP. "Mengapa mereka (PAS) harus pergi (hadir pertemuan itu)? Bagi Keadilan, secara jujur kami tiada petunjuk mengenai perkara ini, dan saya tidak fikir pemimpin-pemimpin kanan parti juga tahu mengenainya jika tidak dilaporkan oleh media," kata Ahli Parlimen Keadilan dari Kapar S. Manikavasagam Manikavasagam berkata, PAS juga perlu "menghormati" anggota komponen Pakatan Rakyat dan tindakan pemimpin-pemimpin parti Islam itu boleh menjejaskan perikatan pembangkang itu dalam pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini. "Ini adalah tahun kritikal bagi Pakatan... kita tidak mahu kejadian-kejadian menikam dari belakang atau mengumpat, kita perlu bersama dalam hal ini. "Sesetengah ahli Parlimen Pakatan macam saya adalah orang kecil, jadi kami tidak tahu apa yang perlu di peringkat atasan... tetapi pemimpin-pemimpin atasan juga tidak tahu. PAS perlu menghormati anggota-anggota lain dalam Pakatan," kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan ini. Justeru kata beliau, PAS perlu mendedahkan butiran hasil perbincangan itu. "Bagi tahu kami. Apakah kami bukan anggota yang sama taraf (dalam Pakatan)? Orang ramai, penyokong kami juga ingin tahu... jika ia pertemuan antara pemimpin-pemimpin kanan BN dan Pakatan, kesemua wakil ketiga-tiga parti (dalam Pakatan) harus pergi (hadir sama)," kata Manikavasagam. Dalam laporan terbaru semalam, The Malaysian Insider melaporkan, pemimpin-pemimpin Umno dan PAS terpaksa mengakhiri perundingan 'perpaduan Melayu' di Istana Terengganu pada 24 Disember lalu selepas pertemuan mereka mula menyentuh isu penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam. The Malaysian Insider difahamkan seorang pemimpin Umno pada pertemuan itu bercakap mengenai keperluan perpaduan orang Melayu atas alasan bukan Melayu mengambil kesempatan dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan membuat pelbagai permintaan termasuk menuntut penggunaan kalimah "Allah" — merujuk kepada langkah Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan itu dalam akhbar versi Bahasa Malaysia mereka. Bagaimanapun difahamkan bahawa pada peringkat itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah dengan menyebut bahawa ayahanda Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah juga pernah menggunakan kalimah "Allah" walaupun dia merupakan bukan Islam. "Kemudian perbincangan mereka berakhir apabila Agong meminta diri dan Nik Aziz juga meminta diri (keluar daripada perbincangan), dengan mengatakan sakit belakang," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Kelmarin, Nik Aziz enggan mengumumkan butiran perkara yang disentuh dalam pertemuan tersebut dengan berkata, beliau menghadiri pertemuan di Istana Terengganu di sini atas undangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan isu politik. Kata beliau, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Abdullah ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas. "Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku," katanya. Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik. "Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu," katanya. Begitu juga pendirian Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mahu PAS menjelaskan "perundingan perpaduan Melayu." "Satu kenyataan daripada PAS untuk menjelaskan isu ini adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan," kata wakil rakyat ini. "Biar PAS keluarkan kenyataan rasmi untuk mengulangi kedudukan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat," katanya lagi. Bagaimanapun Loke yakin PAS akan kekal setia dalam Pakatan Rakyat. "Ramai pemimpin dalam PAS terkenal sebagai penyokong kuat Pakatan seperti Mat Sabu, Nik Aziz, (Datuk) Husam (Musa) and Salahuddin Ayub. Malam tadi, dalam satu ceramah, Mat Sabu secara terbuka mengulangi bahawa beliau akan memastikan PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata beliau yang nama sebenarnya Mohamad Sabu. Mohamad Sabu dan Husam merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat manakala Salahuddin pula salah seorang daripada tiga naib presiden. Bagaimanpun Naib Presiden Keadilan Chua Tian Chang menyifatkan pertemuan Umno dan PAS itu sebagai perkembangan biasa. "Saya tidak melihat ia sebagai satu perkara besar," kata beliau sambil menambah, sebagai pembangkang, jika seseorang menjemput kami, mengapa pula tidak mengadakan pertemuan dengan mereka. "Saya merasakan bahawa persoalan yang perlu ditanya ialah mengapa Najib mahu bertemu dengan PAS?" kata Chua kepada The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Batu ini berkata, adalah sesuatu yang normal bagi pemimpin-pemimpin Pakatan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatan mereka dari BN secara "sulit" untuk membincangkan perkara-perkara tertentu. "Ada juga mereka dari Pakatan Rakyat yang bertemu dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein diam-diam berhubung isu Suara Keadilan. Saya tidak melihat pertemuan ini satu petanda bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua yakin PAS akan kekal dalam perikatan pembangkang itu. "Ia dilaporkan sebagai perundingan perpaduan. Tidak pula dilaporkan PAS berminat dengannya," kata Pua lagi. Ahli Parlimen ini menambah, undangan Umno kepada PAS itu menunjukkan parti pemerintah kerajaan pusat itu dan juga teras dalam BN tidak ikhlas dalam mengamalkan konsep 1 Malaysia. "Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Umno tidak jujur dengan slogan 1 Malaysia atau matlamat mereka hanya tentang soal perpaduan Melayu Islam dan bukannya perpaduan rakyat Malaysia," kata Pua. Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan mengulas sehingga PAS mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan 24 Disember itu. "Sebelum saya komen, kita tunggu dulu satu laporan daripada PAS apa sebenarnya pertemuan itu terlebih dahulu," kata Lim yang juga wakil rakyat kawasan Parlimen Ipoh Timur. Sharpshooter - Semoga ribut dalam cawan ini berakhir dengan tenang di Tenang, Johor. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Adun Komtar bergaduh pula dengan mamak Penang Posted: 05 Jan 2011 05:30 PM PST PULAU PINANG 5 Jan. - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memandang serius tindakan ala samseng, kasar, biadab serta membangkitkan isu perkauman yang didakwa dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik terhadap pengusaha serta pekerjanya semasa operasi penyitaan di premis itu, Ahad lalu. Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, tindakan Setiausaha DAP negeri itu jelas telah mengguris hati kaum India Muslim kerana ia secara tidak langsung mampu menggugat perpaduan antara kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama. Kata beliau, soal hak, kedudukan agama dan budaya sesuatu kaum di negara ini sememangnya telah termaktub dalam Perlembagaan dan ia perlu dihormati semua pihak dan tidak wajar dipertikaikan. "Kami sangat kecewa dengan tindakannya itu. Sepatutnya sebagai seorang manusia dan wakil rakyat, dia kena berlembut dan jangan bangkitkan isu sensitif seperti itu. Ia sudah keterlaluan. "Justeru, Kimma dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Prisma) serta pengusaha kedai sedang berbincang untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya dan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai pengajaran kepada mereka," kata Faruk ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam. Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan. Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan. Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang lain ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu. Wei Aik juga didakwa telah mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pengusaha restoran berkenaan, Syed Kassali Mohamed Aliyar, 42. Bagaimanapun, Faruk berkata, pihaknya memberi peluang Wei Aik dan kerajaan DAP Pulau Pinang meminta maaf terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat. "Kalau mereka enggan, kita tidak teragak-agak untuk mogok dan menyaman mereka. Segala bukti yang diperlukan seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian semuanya ada dalam simpanan kami. "Dengan bukti yang ada, dia (Wei Aik) tidak boleh lagi berbohong dan menafikan tindakan yang telah dilakukannya," kata Faruk. Sementara itu, Syed Kassali berkata, sejak insiden kekecohan itu, perniagaannya semakin merosot apabila ramai pelanggan enggan datang ke situ lagi kerana takut. "Mungkin mereka masih trauma dengan apa yang terjadi. Saya tidak sangka jadi kambing hitam dalam perkara ini. Saya tolong orang yang kemalangan, tapi ini balasan yang saya dapat. "Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana yang paling penting, kami hanya mahu cari makan," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Ke mana akhirnya laporan pendedahan mantan Ketua CID Posted: 05 Jan 2011 03:12 PM PST Seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998 telah dipalsukan. Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan demikian sepintas lalu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun pagi ini. Salinan surat berkenaan dihantar kepada media hari ini.Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Mat Zain berkata beliau telah menjelaskan perkara itu dalam suratnya bertarikh 27 Disember tahun lalu kepada ketua polis negara. Surat sepanjang 13 halaman itu juga telah dihantar kepada perdana menteri dan juga kepada Idrus sendiri, kata Mat Zain dalam surat berkenaan. "Dalam surat saya itu juga, saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah bertindih. Berdasarkan keterangan dalam inkuiri oleh Suruhanjaya Diraja ke atas insiden itu, Rahim kemudiannya didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan. Mat Zain berkata, tujuan utama surat berkenaan adalah untuk memberitahu Idrus bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan yang mengelirukan di Parlimen berhubung dakwaan tersebut. "Saya percaya Datuk turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta dan/atau maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau mengelirukan dan/atau telah dipesongkan. "Saya juga percaya Datuk turut sedar bahawa peguam negara sama ada sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin atau YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam parlimen," kata Mat Zain lagi. SURAT RAYUAN TERBUKA Mat Zain bin Ibrahim 5 hb.Januari 2011
Kepada; Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun, Peguam Cara Negara Malaysia, (Solicitor General of Malaysia) Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan. Block C3,Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62152 Putrajaya.
YBhg.Datuk,
Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998.
Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat. 2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga. 2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut. 2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama.
3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu; 3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan; 3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu. 3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang. 4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang. 4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan. 5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah; 5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009. "Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto."
5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup. 6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah; 6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu. 6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan. 6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong. 6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya. (i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut. 6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC). (i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong. (ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu; a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4). b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi. c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986. 6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama. 6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan. 6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya. 6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari. 6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan. YBhg.Datuk, 7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini. 7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis. 7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya. 8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan. 8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini. 9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998. 9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu. 10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan. Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru. Terima kasih. Yang benar, (Mat Zain bin Ibrahim) 5hb.Januari 2011. ( Nota:Surat Asal telah diakui terima oleh Pejabat Peguam Cara Negara @ 0850 pagi 5.1.2011) Kita mahu pihak lain telus dan bertindak terhadap laporan pendedahan sebenar yang menguntungkan kita tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak telus dan tidak bertindak bila ada laporan pendedahan sebenar yang merugikan kita. Di mana sikap kita? adakah kita juga seperti bahasa mudahnya 2x5. Adakah kita lebih utamakan parti atau diri kita atau kita lebih utamakan prinsip dan ketelusan. Kita diajar oleh Nabi Muhammad SAW bertindak tegas atas prinsip bukan bertindak ke atas dakwaan terpilih yang menguntungkan kita. Semoga kita kembali ke landasan sebenar perjuangan bukan sekadar retorik semata-mata. Teringat peribahasa "ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekornya bergelumang tahi." * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Salinan surat berkenaan dihantar kepada media hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan