Rabu, 5 Januari 2011

SharpShooter

SharpShooter


Ribut dalam cawan masih belum reda rupanya...

Posted: 05 Jan 2011 01:59 AM PST

Kenyataan Bersama Ketua-Ketua Cabang di Sabah

Kami amat terkilan diatas kelewatan perlantikan PPN Sabah memandangkan kemungkinan PRU13 akan diadakan pada awal tahun ini. Kami telahpun menyatakan pendirian kami kepada YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung Parti dalam pertemuan dipejabat MPN bulan lepas tentang isu ini.

2. Kami juga amat kecewa dengan kepimpinan Sdra Ahmad Tamrin sejak beliau dilantik PPN lebih setahun yang lalu. PKR Sabah bergerak tanpa halatuju dan gagal menangani atau menyatakan pendirian tentang beberapa isu pokok yang melanda negeri ini seperti masaalah tanah adat, pemberian sijil anak negeri dan lain-lain. Pergerakan parti adalah amat lembab, tanpa perancangan rapi dan tiada usaha dibuat untuk persediaan menghadapi PRU13. Cabang Libaran sendiri adalah diantaran cabang yang "hidup segan mati tak mau". Keahlian cabang itu amat rendah dan sayap Wanita dan AMKnya tiada pergerakan.

3. Selaku nakhoda, Sdra Ahmad Tamrin sepatutnya merangka dan mengatur strateji agar PKR kekal menjadi tonggak gerakan pembangkang di negeri ini. Dewasa ini, PKR Negeri agak ketinggalan dari segi gerakan jika dibandingkan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mau pun parti pembangkang lain. Mujurlah ada gerakan dibuat oleh beberapa Cabang diperingkat akar umbi. Sekiranya keadaan ini berterusan, PKR Sabah akan dicatit dalam sejarah politik negeri ini sebagai sebuah parti yang gagal memenafaatkan aspirasi rakyat. Kita tidak harus membiarkan masa depan anak cucu kita terjejas semata-mata oleh kelemahan kepimpinan politik.

4. Dengan ini, kami 15 ketua-ketua dan pemangku-pemangku ketua Cabang sebulat suara menyeru kepada YBHG Dato Seri Presiden agar Hj Ansari Abdullah dilantik sebagai PPN Sabah. Ada juga beberapa Ketua-ketua Cabang yang member sokongan secara lisan kerana tidak mahu mengoris perasaan Sdra Tamrin. Kami yakin Hj Ansari boleh mengerakan parti ini bersama dengan rakan-rakan yang lain dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU13 dengan jayanya.

5. Masa sudah tiba untuk PKR bergerak secara teratur dan berkesan. Beliau adalah yang terbaik diantara kami ketua-ketua Cabang yang ada pada hari ini. Hj Ansari mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik, berpengalaman, berwawasan dan taat setia kepada perjuangan dan parti sejak 1999 lagi.

6. Kita mestilah teguh dan "focus" dalam gerakerja dan tidak terumbang-ambing mengikut arus dan tanpa halatuju seperti sekarang ini. Semasa pilihanraya kecil Batu Sapi, Sdra Tamrin telah gagal menjalani ujian kesetiaan kepada parti apabila beliau menghilangkan diri dan gagal membantu calun Pakatan Rakyat. Begitu juga Cabang Libaran. Selaku nakhoda, Sdra Tamrin sepatutnya mencontohi Datin Saidatul Badru yang bertungkus lumus semasa PRK Likas walaupun tidak terpilih sebagai calun.

7. Kami ketua-ketua Cabang KDM dalam PKR juga mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa kami bersama pemimpin lain dan akar umbi akan tetap berada dalam parti PKR, walaupun Dr Jeffrey Kitingan telah mengambil keputusan untuk keluar parti dan bergerak melalui sebuah NGO. Kami juga yakin pemimpin dan ahli-ahli dari suku yang lain akan terus taat setia kepada perjuangan dan matlamat parti.

8. Esok Setiausaha Agung akan datang sekali lagi untuk berbincang dengan kami dan kami berharap agar janji otonomi yang dinyatakan oleh Ketua Umum YB Dato Seri Anwar Ibrahim dikotakan. Suara majoriti harus diambil kira dalam proses melantik PPN Sabah.

(Anthony Mandiau)

PKR SARAWAK: KAMI ANAK TIRI ANWAR IBRAHIM

Ramai sekali teman-teman berkongsi rasa kesal dengan apa yang berlaku kepada PKR. Akibat dari pemilihan parti tempohari sampai hari ini, PKR tidak henti-henti dengan dilanda berbagai-bagai masalah dan kontroversi. Banyak sudah anggota PKR di bawahan ini sudah hilang kepercayaan kepada barisan pimpinan. Ada antara mereka yang semakin kurang aktif malahan ada yang merancang mahu keluar ikut SNAP dan DAP. Sudah pasti perkembangan ini merisaukan jika PKR Pusat merasakan bahawa PKR Sarawak penting.

Pilihanraya Negeri Sarawak sudah semakin dekat. Pilihanraya ini amat penting untuk rakyat Sarawak yang selama ini diperbodohkan oleh Taib Mahmud. Pilihanraya ini sangat penting untuk rakyat di Sarawak yang mahu melihat Taib dan kroni-kroninya tumbang. Pilihanraya ini adalah harapan dan penantian rakyat Sarawak tidak kira bangsa Iban atau Cina atau Melayu.

Sebagai ahli PKR saya ada hak mahu menegur pemimpin atasan, khususnya Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat Sarawak seperti anak tiri beliau. Ramai ahli PKR Sarawak kesal apabila Ketua Umum tidak menjaga sensitiviti PKR Sarawak. Semua pemimpin PKR Sarawak kalah dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Tidak ada seorang pun dari PKR Sarawak yang menang dalam peringkat tertinggi iaitu MPP. Seumpama ahli PKR tidak mengiktiraf pemimpin Sarawak untuk dimenangkan dalam MPP. Saya berkongsi pendapat dengan ramai ahli di Sarawak yang merasakan bahawa ini semua adalah disebabkan tidak ada usaha kepimpinan Dato' Seri membawa pimpinan Sarawak (Suara Sarawak) ke peringkat MPP pusat. 12 pemimpin Sarawak menawarkan diri jadi calon, tetapi tidak ada seorang pun yang dipilih.

Keikhlasan perjuangan PKR di Sarawak nampaknya tidak serius. Sehingga hari ini selepas lebih satu bulan MPP ditubuhkan, Pengerusi PKR Sarawak masih belum dilantik. Untuk pengetahuan Dato' Seri Anwar, pilihanraya Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. PKR Sarawak masih belum ada ketua. PKR Sarawak masih tidak tahu siapa pemimpin. Pilihanraya semakin tiba dan jentera parti belum ada. Bagaimana PKR mahu menang kalau sampai hari ini tidak dilantik ketua?

Propaganda BN cuba menghasut rakyat Sarawak supaya jangan percaya PKR. PKR adalah parti semenanjung. Bila difikirkan ada betulnya kata-kata "PKR ialah parti Semenanjung". Semenanjung dahulu kemudian Sarawak dan Sabah.

Ahli PKR di Sarawak risau apabila sehingga hari ini masih belum apa-apa penerangan tentang persediaan menghadapi pilihanraya Sarawak. Sehingga hari ini tidak ada latihan dan persiapan PKR sebagai sebuah parti yang mahu melawan Taib Mahmud di Sarawak. Sehingga hari ini masih tiada lagi bajet pilihanraya yang turun kepada cabang-cabang untuk bergerak.

Janji Dato' Seri Anwar Ibrahim tahun lalu bahawa ahli parlimen PKR akan diarahkan bergilir-gilir setiap bulan datang ke Sarawak tidak menjadi kenyataan. Tidak nampak batang hidung YB-YB ahli parlimen PKR dari semenanjung datang Sarawak apatah lagi bertanya bagaimana persiapan PKR di Sarawak melawan rejim Taib. Pemimpin Kuala Lumpur datang minta undi, bikin janji baru, kemudian pulang ke Kuala Lumpur.

Jadi, bagi pihak ahli PKR Sarawak saya menegur kepimpinan Dato' Seri Anwar dan ingin menyatakan akibat kelewatan melantik Ketua Negeri, PKR Sarawak berpuak-puak, berdendam sesama sendiri, berlawan sesama sendiri sampai hari ini.

Apa yang dikesali ahli bawahan parti, kelewatan ini bukan kali pertama. Tahun lalu (2009) perkara yang sama juga berlaku. Isunya juga sama - perlantikan jawatan Ketua PKR Sarawak digantung oleh pusat dan pengumuman Ketua PKR Sarawak ditangguh-tangguhkan.

Persiapan pilihanraya di Sarawak bukan seperti di Semenanjung. Kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri amat besar dan kemudahan jalanraya amat terhad. Soalnya sekarang di mana PKR Sarawak? Ada atau tiada? Serius atau tidak?

ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568

Sharpshooter - Jangan hanya pandai menyerang umno dan b-end sahaja, masalah dalam parti sendiri juga kena diselesaikan segera. Jangan biarkan masalah ini berpanjangan. Jangan ambil mudah dan terkena penyakit sindrom "NAFI" seperti Rais Yatim.


Masalah aduan penipuan pemilihan juga sudah terang lagi bersuluh....telah disapu bawah karpet..

Teringat ucapan popular mantan Presiden Amerika

" You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time..."

Abraham Lincoln
,
16th president of US (1809 - 1865)



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Chegubard buat laporan polis terhadap Rais Yatim

Posted: 05 Jan 2011 12:41 AM PST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Kabinet pusat berhubung kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia kira-kira empat tahun lalu.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan menteri berkenaan dalam kejadian tersebut namun banyak perkara yang membuktikan pemimpin Umno itu terlibat.

"Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

"Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di beberapa blog

"Setelah carian lanjut dibuat saya memperoleh dokumen lengkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SAMM hari ini membuat laporan polis tersebut di Ibu pejabat Polis Seremban 2.

Menurut Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan "Chegubard", laporan polis itu dibuat bagi mendesak pihak polis supaya membuka kertas siasatan bagi menyiasat kebenaran dakwaan yang mengaitkan menteri itu.

"Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM (Polis Diraja Malaysia) membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini," katanya.

Sejak tiga siri pendedahan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, rangkaian bloger terus memperdebat dan mencari siapa menteri yang didedah oleh laporan WikiLeaks itu.

Pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita dan NGO pekerja Indonesia, Migrant Care, antara yang awal tampil dengan perincian berhubung dakwaan ini.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

Laporan lanjut di sini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Rais Yatim - tidak cukup sekadar nafi..saman jer

Posted: 05 Jan 2011 12:12 AM PST

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.

"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh bloger di Internet ataupun entiti politik," katanya dalam satu kenyataan.

Rais menyifatkan perkara itu sebagai "tuduhan liar" terhadapnya sejak akhir-akhir ini di blog dan oleh parti pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat.

Sharpshooter - Tidak cukup sekadar menafikan tetapi saman sajalah jika itu benar-benar fitnah, anak yatim tidak perlu takut, kamu ada kuasa, kamu ada mahkamah kanggaro, kamu ada hakim jakun, jadi saman jer lah.

Raja Petra juga pernah menuduh Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh tetapi Rosmah juga tidak berani menyaman Raja Petra hingga kini. Mereka tahu jika dibawa ke mahkamah, banyak perkara lagi akan terbongkar.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Najib Rosmah beri hadiah istimewa kepada blogger edyesdotcom

Posted: 04 Jan 2011 05:47 PM PST

Blogger edyesdotcom ketika dihubungi berkata beliau begitu terharu dengan pemberian hadiah istimewa Najib Rosmah kepadanya sempena hari lahir beliau yang ke 30 hari ini.

Edyes yang merupakan blogger penyokong tegar Chegubard, berkata " sey tidak mungkin melupakan hadiah istimewa dari Najib Rosmah sempena genap umurnya 30 tahun iaitu minyak naik harga....hehehe..."

Kepada sesiapa yang menyambut hari lahir hari ini, sharpshooter ucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur, murah rezeki dan jangan lupa hadiah istimewa dari Najib Rosmah petrol naik...opps bukan naik tapi penyelarasan harga...sokong jangan tak sokong..hehehe

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

azlan Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

YB Ong berjaya selesaikan masalah rakyat

Posted: 04 Jan 2011 05:08 AM PST


BUKIT TENGAH– Lebih 100 penduduk Kampung Tok Panjang, di sini, mengadakan protes secara aman menuntut hak mereka dalam penggunaan jalan keluar masuk dari kampung ke jalan utama.

Ketidakpuasan hati timbul apabila jalan yang telah digunakan sejak lebih 150 tahun itu akan dijadikan jalan sehala yang didakwa berpunca selepas wujudnya sebuah restoran berhampiran jalan tersebut.

Seorang penduduk, M. Manimaran, 39, berkata, penduduk sering menghadapi masalah sejak restoran berkenaan beroperasi kira-kira lima tahun lalu.

Menurutnya, sikap pelanggan restoran yang memakir kenderaan sesuka hati di tepi jalan menyebabkan penduduk sukar untuk keluar masuk dari kampung ke jalan utama.

"Semenjak restoran ini beroperasi, banyak perkara buruk telah berlaku, terutama aliran trafik. Kebiasaannya, masalah akan timbul pada waktu puncak iaitu 7 petang ketika ramai pelanggan berpusu-pusu untuk makan di restoran berkenaan.

"Ia menyebabkan kesesakan teruk di sini kerana mereka memakir kenderaan di merata tempat hingga pernah berlaku kemalangan kecil di sini antara penduduk dan juga pelanggan restoran," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Khairul Ishak, 30, mendakwa perkara berkenaan telah pun dipanjangkan kepada MPSP kira-kira dua minggu lalu, namun, sehingga kini masih tiada sebarang respon diterima.
Dia berkata, MPSP dilihat mengamalkan 'double-standard' dengan membiarkan pengusaha restoran melakukan sesuka hati mereka dan menolak kepentingan penduduk.

"Sebenarnya, jalan ini telah cuba dijadikan sebagai jalan sehala sejak setahun lalu, namun gagal setelah desakan demi desakan dibuat penduduk. Akan tetapi, sejak dua bulan kebelakangan ini, ia muncul semula.

"Ada pihak yang bertindak berani membuat garisan di jalan ini dan meletakkan anak panah besar menunjukkan jalan ini sebagai jalan sehala. Kami percaya garisan ini dibuat pada waktu kerana tiba-tiba sahaja sudah ada garisan jalan sehala di laluan ini," katanya.

Dalam pada itu, pada perkembangan sama, Khairul turut mempersoalkan tentang status tapak letak kereta yang dibina di bawah jambatan yang didakwa untuk kegunaan pelanggan, namun tidak diketahui siapa yang meluluskan permohonan tersebut.

Begitupun, dia berkata, pelanggan restoran berkenaan dilihat tidak memakir kenderaan mereka di bawah jambatan itu, sebaliknya memakir di bahu jalan.

Katanya, keadaan tersebut dikhuatiri akan menimbulkan perbalahan yang lebih teruk, malah dibimbangi akan mengancam keselamatan penduduk kerana beberapa kemalangan kecil pernah berlaku di sana.

"Di sini, kami ingin mengetahui apakah hak kami sebagai penduduk kampung yang telah menggunakan jalan ini sejak 150 tahun lalu, sedangkan restoran ini hanya baru beroperasi lima tahun lalu

"Kami mahu ADUN memberikan penjelasan berhubung keputusan MPSP yang mahu menjadikan laluan ini sebagai jalan sehala," katanya.

"Kami mahu MPSP siasat perkara ini dan beri penjelasan kepada kami, kenapa perkara ini berlaku sedangkan MPSP tidak pernah beri makluman kepada kami sebagai penduduk berhubung perkara ini," katanya.

Sementara itu, ADUN, Ong Chin Wen yang berada di lokasi memberitahu bahawa keputusan untuk menjadikan jalan tersebut sebagai jalan sehala telah diputuskan oleh jawatankuasa kecil MPSP dan ia di luar bidang kuasa beliau.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan membawa pendirian penduduk itu untuk perhatian majlis dan akan bertemu semula dengan mereka selepas keputusan dicapai.

"Saya sedia maklum mengenai isu ini, dan sebagai wakil rakyat saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu penduduk demi kebaikan bersama.

Saya akan membawa isu ini kepada majlis dan akan memberikan jawapannya dalam masa terdekat ini," katanya.

Begitupun, mengenai persoalan penduduk samada pendirian mereka akan diambil kira sebelum Jawatankuasa kecil MPSP membuat keputusan, beliau memberitahu akan mendapatkan maklumat lengkap mengenainya secepat mungkin dan akan memberikan jawapannya selewat-lewatnya hari ini.

Keesokkannya Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkata mereka menangguh sementara untuk menjadikan jalan keluar masuk Kampung Tok Panjang, dekat sini, sebagai jalan sehala selepas ia mendapat bantahan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen berkata, keputusan itu dicapai selepas beliau mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Bahagian Kejuruteraan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), 28 Disember 2010 lalu.

Menurutnya, agenda mengenainya akan dimasukkan ke dalam mesyuarat bulanan MPSP selewat-lewatnya penghujung bulan ini, sebelum sebarang keputusan rasmi dicapai.

"Sebenarnya, jalan sehala ini pernah dilaksanakan sekitar tahun 2006 atau 2007 lalu, tetapi, dihentikan selepas penduduk membuat bantahan. Malah, ketika itu, bukan penduduk kampung sahaja yang terlibat, tetapi, juga penduduk Taman Kerjasama.

"Selain itu, pemilik restoran yang didakwa menjadi punca jalan tersebut dijadikan jalan sehala juga tidak benar kerana beliau sendiri ada berjumpa dengan saya dan menghalang jalan ini dijadikan jalan sehala.

"Saya berharap isu ini tidak akan timbul lagi dan berharap penduduk dapat menerima apa jua keputusan yang diberikan nanti. Sebagai ADUN, saya telah melaksanakan tugas untuk membantu penduduk sebaik mungkin, namun, keputusan di tangan MPSP kerana ia di bawah bidang kuasa mereka," katanya.

YB Ong Chin Wen dalam pada itu berkata, segala papan tanda dan juga garisan sehala yang dibuat di jalan menuju ke kampung tersebut akan dihitamkan semula dan penduduk boleh menggunakan jalan tersebut sebagai jalan dua hala seperti biasa selagi keputusan mengenainya belum diperoleh. Justeru, beliau berharap agar penduduk dapat bersabar dan tidak lagi mengadakan bantahan, kerana setiap apa yang dilakukan adalah demi kebaikan bersama.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: