Isnin, 31 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Tahniah... tahniah... tahniah... haha...

Posted: 31 Jan 2011 08:02 AM PST

Tahniah pada penyokong penyokong berani mati BN kerana hasil dokongan andalah minyak RON97 naik lagi 10 sen menjadikannya RM2.50 serkarang.... haha...

Tahniah jugak pada pengundi pengundi BN yang dengan undian korang jugak lah, konfom lepaih kenaikan harga minyak petrol RON97 ni... barang barang lain jugak akan turut dinaikkan sekali... haha...

Tahniah yang tidak terhingga jugaklah pada pecacai pecacai bangsa BN ni kerana hasil dari cacaian korang jugaklah nanti gaji kita orang akan jadi bertambah kecik dan tak cukup utnuk anak bini makan... haha...

Dengan kenaikan itu, maka hampir lengkap lah usaha kita untuk menghirup udara segar dalam sebuah negara maju... sebab semua negara maju, barang depa tak dak dah yang murah murah... haha...

Tahniah... tahniah... tahniah... haha... tahniah pada pengundi pengundi Tenang kerana anda telah dikurniakan dengan kenaikan harga barangan keperluan kelak hasil dari kemnenangan yang diberi pada BN pada Ahad lepas... haha...

Dah mula dipindahkan

Posted: 31 Jan 2011 06:25 AM PST

500 pelajar M'sia mula dipindahkan di Mesir

Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Muhammad Husaini Saleh berkata arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Jan lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah, berkata perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia)

Menurutnya pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan," katanya.

Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.- Bernama

Check tengok, berapa nombor ahli dia... wakaka...

Posted: 31 Jan 2011 04:58 AM PST

Sapa dia ni? Dia adalah Jurutera perunding, Wan Manan Wan Ali (kiri) yang dikambing hitamkan oleh pihak berkuasa atas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kat Gong Badak, Terengganu.

Boleh ka sesapa tolong check tengok berapa nombor keahlian Umno dia ni dan dimana cawangannya... haha...

Nasib kau lah labuuu.... mesti ada yang tak kena ngan mamat nih. Mustahil, bukan pasai tak bayar yuran ahli Umno sebab yuran keahlian aku sendiri pun dah 25 tahun tak berbayar tapi sampai sekarang masih ahli Umno, dah lebih 25 tahun dah beb... kahkahkah... ada orang tolong bayarkan. Nak tipu Umno pusat yang keahlian depa masih ramai dicawangan dan bahagian... kahkahkah...

Mesti mamat ni makan tak pernah yang cukup, selalu mintak lebih kot, sebab tu perlu dikorbankan... kalau tidak takkan senang senang nak di hantarkan ke tapak korban camni... hahaha...

Hari ni Wan Manan, 51 mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja berkaitan Stadium tersebut.- Foto Bernama.

Pakat muntah biru la kita... wakaka...

Posted: 31 Jan 2011 03:00 AM PST

Boleh muntah biru la dua tiga hari ni, bengang telinga dengar Umno dok perli... haha... satu dunia dah tau, Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya malah dengan majoriti lebih tinggi daripada PRU ke 12 yang lalu.

Satu dunia hairan dan tercengang cengang, bukan kerana tak percaya BN menang di Tenang. BN memang wajib menang di Tenang kerana ia adalah kubu BN sejak dulu kala lagi... Umno karat la katakan... Tapi menghairankan kerana BN menang dengan majoriti yang lebih baik dari sebelumnya, ini yang aneh dan ajaib tuh... haha...

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar. Tapi orang Melayu masih bersetuju dan bangga sesangatnya memangkah BN.

Nampak sangat pengundi pengundi Melayu di Johor khasnya telah memangkah menggunakan sentimen dari kenyataan...

Bagaimanapun tahniah pada pengundi Cina yang masih berani berubah dan masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini dan ini agak memanaskan katil BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek yang pasti tak cukup tidur.

Sebab kenapa Malaysia tak akan ikut Tunisia

Posted: 31 Jan 2011 12:30 AM PST

Ramai yang bertanya, adakah Malaysia akan menjadi seperti Mesir dan Tunisia?

Jawapannya TIDAK. Ni aku nak bagitau, Melayu dalam negara Malaysia ni tidak akan turut serta berdemo menuntut pada perletakan jawatan kabinet Najib yang ada sekarang ni sepertimana kebangkitan rakyat di beberapa negara umat Islam seperti Tunisia, Mesir dan Jordan. Apa yang berlaku pada jirannya terdekatnya Indonesia pun belum tentu akan merebak dan berjangkit ke Malaysia, apa tah lagi laa jauh di Timur Tengah nu.

Melayu Malaysia bukan macam Arab Tunisia atau Jawa di Indon. Melayu Malaysia tetap dengan semangat Melayu jatinya. Setia tidak berbelah bagi walaupun bini dan nyawa sebagai galang ganti. Pakat pakat tengok balik cerita Hang Tuah dulu tu sudah lah... itu cukup menggambarkan sikap sebenar Melayu yang ada di Malaysia, setia kita amat tebal dan jitu tak berlagu.

Dan yang terbaru bukti betapa kesetiaan yang cukup menebal dalam jiwa kita ialah keputusan pilihanraya kecil kat Tenang yang keputusannya semua orang tau kelmarin, BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti lebih baik daripada PRU ke12 lepas. Bayangkan Melayu memangkah BN dalam keadaan banjir diparas pinggang, sedangkan ramai tahu... faktor utama pada banjir menggejut tersebut sebahagiannya adalah kelemahan peringkat kerajaan tempatan yang lalai dalam memantau dan menyelenggara bandar.

Tak setia gila lagi ka lagu tu... majoriti lebih beb... kahklahkahkah....

Jadi pada hari ni, aku dengan bangganya nak bagitau kat Umno, hangpa boleh tidur lena laa... jangan takut, rakyat tetap akan pilih hangpa jugak laa PRU ke 13 nanti... konfom... haha...

Pakatan kalah di Tenang pasai dia ni lompat parti... kahkahkah...

Posted: 30 Jan 2011 10:17 PM PST

Kahkahkah.... aku tengok muka Gobala pun aku dah nak tergelak... haha...

Gobalakrishnan dah mengisytiharkan keluar daripada PKR (Parti Kian Runtuh... wkakaa) dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuat kuasa serta-merta. Dia belah dari PKR pasai dia kata fed-up... kahkahkah...

Kahkahkah... Hang kira fed-up hang saja, fed-up kami sebagai pendokong keadilan sejagat ni hang tak kira...

Tapi dia ni orang kuat ooo... dia ni orang cerdik ooo, sebab tu Muihyiddin pun kata dia ni berpolitik cara bijak. Disebabkan dia lompat parti la Pas kalah di Tenang... kahkahakh... Disebabkan dia lompat parti lah, banjir besar melanda Tenang.... kahkahkah... Disebabkan dia lompat parti jugak la, BN dapat peningkatan undi Melayu di Tenang... kahkahkah...

Boleh jalan laa ngan hang punya fed-up...

Biar bah paras pinggang, asalkan BN kasi menang... kahkahkah...

Posted: 30 Jan 2011 07:30 PM PST

Semua tau, kejayaan besar BN di Tenang adalah kerana kejayaan logistiknya membawa keluar seramai mungkin para penyokong karatnya dari Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Biar bah paras pinggang, asalkan BN kasi menang.

Bot polis, bot dari tentera dan dari Pertahanan Awan serta juga Bomba berebut rebut bawa manusia, bukan untuk selamatkan depa dari banjir... tapi untuk dibawa ke pusat pengundian. Tapi kawasan pengundi Cina, hangpa merangkak pi la sendiri... haha...

Sebab tu ada peningkatan peratus pengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina. Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Lagi satu sebelum aku terlupa, aku juga nak ucapkan terima kasih pada pak cik dan mak cik felda. Terima kasih pasai ketuanan Melayu Umno berjaya menutup terus mata hangpa dari melihat kebobrokan penyalahgunaan nama bangsa yang telah dilakukan Umno. Terima kasih tak terhingga jugak pasai hangpa tolak mentah mentah parti Pas yang cuba memberi satu tawaran yang lebih baik berlandaskan Islam dalam pemerintahan.

Lemah sangat la Anwar kalau yang ni pun tak boleh jangka... kahkahkah...

Posted: 30 Jan 2011 05:00 PM PST

Apa la punya bahlol wartawan Bernama nih, tengok la jugak berita camana nak buboh. Ada ka berita yang Anwar sudah jangka Gobala akan keluar parti pun pi jadi satu berita kat depa.

Bangang sangat ka Anwar tu sampai tak tau Gobala bising bising selama ni tu pasai kurang kasih sayang. Kalau dah kena penyakit kurang kasih sayang, keluar parti saja ubatnya... takkan yang tu pun Anwar tak tau. Kalau dah yang tu pun tak tau, lebih baik tok sah jadi pemimpin lah... kahkahkah...

Sebab tu la, bagi aku berita Bernama ni bukan berita yang bernilai tapi berita semak dan sendal dari wartawan yang segan kerja. Kerja utama mereka hanya nak melingkupkan imej dan kredibiliti pakatan pembangkang saja.

Yang dah keluar parti biar pi kat dia la, bukan berkudis pun... hidup  kita biar kita yang teruskan... biar dia perabih oksijen kat tempat lain pulak, biar dia buat politik bodo dia kat dalam parti lain yang bodo macam dia pulak....

Tiada ulasan: