shalehudin |
- Menggeletar lutut Umno tengok gambar nih...
- Sembab kata Gobi bijak? Kahkahkah... elok dah la hangpa...
- Kisah dua doktor sembab... kahkahkah...
- Lelong, si perut besar tukang perabih oksijen... wakaka...
- Gemilang, terbilang dan jembalang
- Jahat betoi la Anwar nih...
- Bunuh anak sendiri
| Menggeletar lutut Umno tengok gambar nih... Posted: 29 Jan 2011 08:00 AM PST Kuasa rakyat macam ni lah yang amat ditakuti oleh mana mana diktator didunia nih... kuasa rakyat adalah kuasa mutlak keatas masa depan sesebuah negara. Lihat saja buktinya di Tunisia, bagaimana sikap isteri Presiden yang hipokrit dan berlagak gila kuasa sebagai First Lady negaranya tumpas dan kini terbuang dengan begitu hina sekali. Tapi rakyat Malaysia masih waras rasanya, masih ingin melakukan sebarang perubahan melalui pilihanraya tapi biarlah adil dan telus. Kalau kita dengar apa yang terjadi di Tunisia tuh, bunyinya macam sama ja ngan kemelut yang kita hadapi di negara kita. Kepingan domino dari Tunisia kini merebak ke Mesir, kini tunjuk perasaan besar-besaran masih berterusan di Kaherah selepas perintah berkurung kerajaan sepanjang malam berakhir. Anggota tentera terpaksa memperketatkan kawalan keselamatan selepas insiden keganasan pada Jumaat. Terbaru, Presiden Umno Mesir... Hosni Mubarak telah mengarahkan semua menteri kabinetnya meletak jawatan... tapi dia masih gagah disinggahsana... haha... sebijik perangai Umno Malaysia... |
| Sembab kata Gobi bijak? Kahkahkah... elok dah la hangpa... Posted: 29 Jan 2011 07:12 AM PST Banyak banyak lawak yang Muhyiddin Yassin ni buat, yang ni la yang paling aku tak tahan... kahkahkah... geli perut, geli tapak kaki... geli ketiak... wakaka... Elok sangat dah la, bila TPM Umno tabalkan Gobala sebagai ahli politik yang bijak... kalau tengok perut Gobala ngan Muhyiddin, memang nampak sepadan dan memang bijak bahagian perabih oksijen atas muka bumi ni.... kahkahkah.... Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berbangsa Umno berkata Gobalakrishnan seorang ahli poltik yang bijak dalam melihat kegagalan dalam Pakatan Rakyat. Tindakan Gobi yang keluar PKR hari ni tidak ada kena mengena dengan BN, cuma ikut Muhyiddin dia ni ahli politik yang bijak saja... wakkaa... Kalau dah dia bijak sangat, tarik masuk Umno laa... kahkahkah... ambik balik la kat hangpa, perangai bangang camni pun kata bijak, habih laaa Umno... haha... |
| Kisah dua doktor sembab... kahkahkah... Posted: 29 Jan 2011 04:38 AM PST Sib baik la ada PRK kat Tenang, kalau tidak... jangan harap la muka orang tua tu nak masuk paper... kahkahkah... Sib baik la jugak ada PRK kat Tenang, kalau tidak... jangan harap la dua doktor sembab dari BN ni akan mai check nadi hang... haha... TPM berbangsa Umno bersama calon berbangsa BN sempat jugak berposing ngan Chan Kuai Ying, 96, yang sakit tua ditemani saudaranya, Lwy Yong Sun (kiri) di Kampung Sawah Padi, semalam. Sah sah, dengan gambaq dari Sairien Nafis ni saja, BN gerenti menang ngan majoriti lebih dari 5,000 undi woiii... wakaka... Senang sangat ka nak pekena orang Johor nih.... hihi... |
| Lelong, si perut besar tukang perabih oksijen... wakaka... Posted: 29 Jan 2011 03:17 AM PST Aku ingatkan tongkang mana pecah, nak tidur pun tak boleh. Bising betoi... dah lebih dari kerang diayak. Gegak gempita mengalahkan perang dunia kedua. Rupa rupanya, ada MP nak ber'tukar baju'. Ada MP nak rasa angin baru. Buat bising kot kot ada yang nak ambil pusing, rupa rupanya semua orang buat tak tahu. Ura ura dah lama, cuma hari ni baru sampai seru. Awat tak bagitahu... haha... Aku sokong Gobi ni keluar PKR, ada dalam PKR pun buat perabih beras saja. Berpolitik cara bodoh... pi berkawan ngan Zul Kulim nuh... Kalau dia tak keluar pun akan jadi kekurangan oksijen pulak dalam PKR. Perut besar, sedut oksijen lagi kuat... wakaka... |
| Gemilang, terbilang dan jembalang Posted: 29 Jan 2011 12:15 AM PST DUN Tenang tak dan nak tenang elok lagi, dah mai pulak DUN Merlimau, Melaka. Melaka ni negeri yang bersejarah. Sejarah yang gemilang, terbilang dan jembalang. Sejarah tentang kepahlawanan lima pahlawan Melayu bersaudara yang diketuai oleh Laksamana Tun Tuah telah lama sekali mewarnai buku buku sejarah tanah air. Sejarah tu begitu gah sekali menjulang nama Melaka dipeta dunia. Nasib baik la MIC tak dak lagi time tu, kalau tidak... tentu depa akan berdemo jugak minta sorang putri depa diletakkan ditengah tengah rumah tatkala Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Mana bolehkan, sensitif jugak nih... Hang Li Po ada, Hang Ku Mari tak dak. Selain sejarah Tun Tuah dan kengkawannya, Melaka jugak diwarnai dengan sejarah jembalangnya dimana Melaka pernah ber'Ketua Menteri'kan sorang KM yang gila ber'seksiah' ngan bebudak sunti. Sejarah telah tercipta lagi dimana sehingga kini si mantan KM tu lepas bebas sedangkan sorang sedara Hang Li Po telah meringkuk dipenjara kerana mempertahankan nasib gadis sunti tu. Hampir menenggelamkan warna sejarah ciptaan Tun Tuah di Melaka nih. Kini mata akan tertumpu lagi di Melaka, tapi kali ni di DUN Merlimau. Bukan Tun Tuah mengamuk, tidak ada jugak gadis sunti yang diculik. Tapi, sejarah jugak mungkin akan tercipta, DUN Merlimau bakal menjadi titik tolaknya kejatuhan kerajaan bangsa Umno di Melaka. DUN Merlimau yang bakal mengadakan pilihanraya kecilnya pada 6 Mac sekiranya ada pertandingan sementara penamaan calon pada 26 Feb nih. Aku rasa macam Najib nak tahan ja PRK kat Merlimau nih... haha... Apa pun semua parti politik kena dok bersedia dah la ni... dengar katanya BN dah ready, cuma Pakatan Rakyat saja tak habis lagi bergusti.... |
| Posted: 28 Jan 2011 04:45 PM PST Polis diarah siasat hubungan Anwar - pengganas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa. Dakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut. "Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas. "Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini. "Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius," kata Hishamuddin. Bercakap kepada pemberita di Felda Chemplak selepas solat Jumaat, Hishammuddin juga ditanya jika Anwar akan dipanggil untuk siasatan. "Saya tidak tahu. Awak perlu tanya kepada polis," jawabnya. Menurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar. Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu. Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan". Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN. Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu "ada kalanya" membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda. |
| Posted: 28 Jan 2011 04:18 PM PST Dua anggota polis mengiringi Nuraishah Abdullah, 23, yang masih lemah bagi mendengar sebutan kes bunuh bayi di Mahkamah Majistret Shah Alam, Jumaat. Majistret Zilfinaz Abbas menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes dan membenarkan warga Myanmar itu dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan. - Foto BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan