Isnin, 24 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Pokok? Pokok taik kucing luu...

Posted: 24 Jan 2011 04:18 AM PST

Inilah perangai Umno Barisan Nasional, jenih buat kerja tak pakai akai. Dah terhantuk baru terngadah. Dah kena tarik telinga ngan Harussani kot baru nak kelam kabut tarik balik isu yang paling bangang pernah aku jumpa iaitu isu calon Pakatan bersalam. Apa punya jenih orang yang BN ambik jadi pemimpin tah laa...

Muhyiddin dalam nada yang masih ego dan bongkak telah menggesa MCA jangan memainkan lagi isu calon Pas bersalam nih kerana dikhuatirkan akan memudaratkan calon BN pada PRK kali ni. Muhyiddin turut menegaskan bahawa beliau juga tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan".

Pokok? Pokok taik kucing luu... wakaka... yang sebenarnya dia bimbang kebodohan Soi Lek akan merosakkan sokongan rakyat pada BN. Wakakak !!!


********************************

Muhyiddin minta MCA henti main isu salam

Abdul Rahim Sabri
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu BN khususnya MCA mengekploitasi isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Malah, Muhyiddin turut menegaskan bahawa beliau juga tidak mahu isu ini dipanjangkan kerana "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan".

"BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu.

"Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," katanya dalam satu sidang media di Tenang.

Saman... jangan tak saman... kahkahkah...

Posted: 24 Jan 2011 02:00 AM PST

Didakwa fitnah Cikgu Mala, PAS mahu saman anak Soi Lek

Normala Sudirman dengan gaya sendiri menjawab soalan pemberita pada sidang media sempena kempen hari ketiga hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 24 Jan — PAS Johor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong kerana didawka telah memfitnah calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Laporan akhbar harian China Press hari ini memetik Chua, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebagai berkata Normala ada bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak" ketika berkempen.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, pihaknya akan menyaman Chua kerana telah membuat tuduhan yang tidak berasas.

Selain itu, Dzulkefly memberi tempoh 24 jam kepada Chua untuk membuktikan tuduhan tersebut.

"Tuduhan itu adalah satu pembohongan, dalam masa 24 jam kita minta Tee Yong untuk buktikan nombor kedai, tempat dan masa kejadian itu berlaku.

"Kalau gagal kita akan hantar surat peguam dan memfailkan saman fitnah di mahkamah.

"Calon kita tidak lakukan perkara itu, jadi kita minta Chua Tee Yong buktikan kepada kita," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa Chua supaya meminta maaf kepada Normala kerana telah membuat tuduhan palsu.

"Chua Tee Yong kata Normala pergi ke sebuah kedai kopi dan jumpa dengan bos kedai itu kenapa jual arak?

"Ini adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh Chua Tee Yong, saya dah maklumkan kepada PAS dan Normala sendiri menafikan perkara itu," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu percaya tuduhan yang dibuat Chua itu adalah kerana mahu menakut-nakutkan pengundi-pengundi bukan Melayu di kawasan Tenang.

"Ini adalah untuk takutkan pengundi Cina, ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, dia (Chua) perlu minta maaf kepada Normala," katanya.

Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula berkata tuduhan itu dibuat kerana mahu menimbulkan keresahan di kalangan pengundi bukan Melayu khususnya orang Cina.

"Cikgu Mala (Normala) telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya.

Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi kelmarin dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Hari pengundian adalah Ahad ini.

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Umno memang biadap... wakaka...

Posted: 24 Jan 2011 12:20 AM PST

MB Selangor: Umno biadap rampas kuasa istana, bukannya Pakatan


SHAH ALAM, 24 Jan — Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat hari ini secara terbuka menuduh kerajaan pusat dan negeri pimpinan Umno-BN yang telah melakukan pindaan secara senyap-senyap dan "bersikap biadap" kira-kira 18 tahun lalu tanpa mendapatkan perkenan istana terlebih dahulu.

Oleh itu kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar, berdiri) tuduhan Umno bahawa Pakatan Rakyat membelakangi Sultan dalam pindaan perlembagaan hari ini tidak masuk akal dan tidak munasabah sama sekali.

"Saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?" kata beliau pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.

Justeru kata beliau, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.

"Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana.

"Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula," katanya sambil berkata, "apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu."

Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008, ini kali pertama DUN membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri untuk kembali ke kedudukan sebelum 1993.

Perkara 52(1) yang asal berbunyi, "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi, "maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan pelantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan."

Syor pindaan dibawa hari ini ialah "Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Bertolak daripada itu, kata Khalid, memandangkan kedaulatan Raja-raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menyatakan dulu perkara yang sebenar.

"Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-raja sejak awal 1980-an lagi.

"Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja," katanya.

Kata Khalid, Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi, "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja.

"Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-raja," katanya.

Kata Khalid, antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5) di mana peruntukan asal berbunyi, "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatangani."

"Peruntukan pindaan pula adalah rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab rang undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas rang undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani rang Undang-undang tersebut dan rang undang-undang itu, berkuat kuasa sebagai undang-undang," katanya.

Katanya, begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1) iaitu kalau perdana menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini, maka beliau boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut.

"Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

"Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-raja, Umno pada ketika itu membuat 'road show' ke seluruh negara mengutuk Raja-raja," katanya.

Kata Khalid, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi iaitu Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri digugurkan dan kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987.

"Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Baru.

Bagaimanapun, katanya, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila ia tersungkur 39-0 di Kelantan pada pilihan raya umum 1990.

"Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-raja.

"Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda," kata Khalid dalam usul pembentangan panjang lebar mengimbas perkembangan politik negara sejak tiga dekad lalu.

Namun begitu, jelas Khalid, Umno memaksa Raja-raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992".

"Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat," katanya.

Hubungan tegang Umno dengan Raja-raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-raja dan keistimewaan imuniti dan membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas.

Katanya, ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena-mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu, termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri Selangor.

"Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993.

"Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?" katanya.

Khalid juga memetik kenyataan Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu, menurutnya telah memungkiri janji tersebut.

"Tun Mahathir ketika itu menyatakan, 'kelulusan (pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-raja, Majlis Raja-raja perlu memberi persetujuan'.

"Kata beliau lagi, 'di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat'," kata Khalid.

Khalid seterusnya berkata, pada 1994 Dr Mahathir memungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 dipinda di luar pengetahuan Raja-raja.

"Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan rang undang-undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali.

"Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) — adalah sebuah rang undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan," katanya.

Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

"Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa 'tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja'.

"Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-raja.

"Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan, khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Khalid seterusnya menambah, meskipun diketahui bahawa Dr Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang "kita daripada berasa aneh" kerana hari ini bekas perdana menteri itu tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza.

"Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi.

"Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik," kata menteri besar dari PKR ini.- TMI

Sah: UBN dah tak dak arah...

Posted: 23 Jan 2011 11:45 PM PST

Aku nampak Umno dan Barisan Nasional dalam keadaan bertahan sekarang ni kat Tenang. Nampak sangat yang depa dalam keadaan yang amat tak tenang...

Sampaikan kes yang kecik pun sengaja dibesar besarkan, yang tak dak nak diada adakan. Habis lah Umno kali ni... haha...

**********************************

 
PAS nafi calonnya tanya 'kenapa jual arak'

PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina - China Press - yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

"Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini.

Sehubungan itu, Salahudin yang juga bekas ketua pemuda PAS Pusat mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS Normala (kiri) bercakap sedemikian.

"Itu tidak benar sama sekali,"tegas Salahudin.

Mengulas mengenai kejadian provokasi seperti membakar bendera, pengedaran risalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kumpulan bermotor membuat bising di tengah malam, Salahudin berkata semua perkara tersebut bukan daripada PAS.

Macam tak percaya Harussani ni berani... hihi...

Posted: 23 Jan 2011 09:48 PM PST

Walaupun aku sedikit geli dengan Harussani ni, tapi kali ni aku angkat kopiah jugak la kat dia kerana berani tegur si pelakon porno yang mengetuai MCA sekarang ni berkenaan keceluparannya menghina Islam sebagai agama rasmi.

Tapi, awat yang lain lain pimpinan Umno diam? Kenapa tak berani nak bersuaralangsung, takut tak boleh nak cari makan? Padahal apa yang dicakapkan pelakon porno itu soal tuntutanIslam ... Takkan la kot, Umno rela mengenepikan tuntutan Islam demi survivalpolitik?

Nampak jugak la ada gaya Mufti si Harussani nih... tapi, apakah Datuk akan jugamenegur kalau ianya dilakukan UMNO?


**********************************


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang.

"Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

"Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

"Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam," kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Gempa lagi...

Posted: 23 Jan 2011 07:43 PM PST

Gambar hiasan... aku jumpa tang mana tah... wakaka...

Gempa 5.8 magnitud landa Fiji

WELLINGTON: Gempa berukuran 5.8 magnitud melanda Kepulauan Fiji awal hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bawan laut itu berlaku di 138 kilometer di utara Nuku Alofa, di kedalaman 202 kilometer jam 7.15 pagi waktu tempatan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii juga tidak mengeluarkan amaran tsunami. - AFP

Tahniah Chong Wei

Posted: 23 Jan 2011 04:00 PM PST

Juara... Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei (kanan) bersama saingannya pemain Indonesia, Taufik Hidayat selepas dikalungkan pingat kemenangan pada Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia Siri Super 2011 peringkat akhir di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini, Ahad. Pemain negara itu menjuarai kejohanan tersebut dengan kedudukan mata 21-8 dan 21-17. Beliau membawa pulang pingat dan wang tunai berjumlah USD 30,000.00. - foto Bernama

Tiada ulasan: