shalehudin |
- Selamat berjuang Cikgu Mala...
- Anwar tak dak kerja, Umno yang gabra
- PAS umum calon DUN Tenang malam ini
- Banyak sungguh jasa Rosmah nih...
- Kesian kat gadis sunti anak Pak Ali nih...
- Tragedi bah terburuk
Selamat berjuang Cikgu Mala... Posted: 16 Jan 2011 08:28 AM PST Cikgu Mala (sumber) Pemilihan Normala, 38, seorang guru sekolah menengah diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Labis malam ini. Ini kali pertama PAS menurunkan seorang wanita bertanding dalam pilihan raya kecil sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang adalah yang ke-14 selepas pilihan raya umum ke-12. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor. Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS, dengan kelebihan 2,492 undi. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari. Barisan Nasional akan mengumumkan calonnya Rabu ini. Normala yang mempunyai tiga orang anak difahamkan telah meletakkan jawatan sebagai guru minggu lalu. Suaminya juga seorang guru. Beliau juga merupakan pengerusi lajnah pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat. Turut hadir pada majlis pengumuman calon ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai keputusan memilih wanita sebagai calon kali ini berkata, PAS mahu menganjak senario politik Johor yang lebih ceria dan progresif. |
Anwar tak dak kerja, Umno yang gabra Posted: 15 Jan 2011 11:40 PM PST Haha... tu la, hangpa gantunglah lagi Anwar Ibrahim tu... bila dia dah tak dak kerja, lagi sakan dia melilau pusing satu Malaysia. Kalau dia pusing pusing saja tak pa la jugak, tengok! boleh habis ahli Umno dia sapu. Tiap kali dia jelajah... tiap kali tu lah Umno naik gelabah. Makin surut pulak ahli Umno, kah... kah... kah... Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu. Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman. Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional. Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin (Gambar) |
PAS umum calon DUN Tenang malam ini Posted: 15 Jan 2011 11:19 PM PST PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Tenang di Johor malam ini, kata naib presidennya Salahuddin Ayub. Katanya, pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang. "Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untuk diputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada jam 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS dalam pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita. "Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri.- Malaysiakini |
Banyak sungguh jasa Rosmah nih... Posted: 15 Jan 2011 11:06 PM PST Rosmah terima darjah kebesaran Sarawak KUCHING: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar; daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Penganugerahan darjah kebesaran itu berlangsung dalam majlis ringkas penuh istiadat di Bilik Istiadat, Astana di Petra Jaya. Rosmah adalah penerima tunggal darjah kebesaran itu sempena ulang tahun ke-89 Yang Dipertua Negeri pada 16 Oktober tahun lalu, bagaimanapun beliau tidak dapat menghadiri upacara penganugerahan kerana ada urusan rasmi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan dan ketua kaum menghadiri upacara berkenaan. Rosmah berada di Sarawak untuk mengiringi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Sarawak selama dua hari mulai semalam. - BERNAMA |
Kesian kat gadis sunti anak Pak Ali nih... Posted: 15 Jan 2011 08:14 PM PST Ni duluuuu... tapi la ni dah bertudung jambui ala Umno dah wooo... hahaha... SHAH ALAM 14 JAN: Kemunculan Ummi Hafilda Ali (adik Azmin Ali) yang mahu menyaman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bebarapa lagi tokoh politik dilihat hanya untuk mencari publisiti. Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau yang lebih dikenali sebagai che'GuBard berkata tindakan Ummi yang menyaman pelbagai pihak tetapi tidak menyaman Azmin membuktikan Ummi sendiri tidak konsisten dalam dakwaannya. "Dia saman Annwar, dia saman Kak Wan, dia saman Pas, dia saman Karpal Singh tapi saya tengok benda ini tak konsisten. Dalam isu Pas dia saman Pas, dia kata dia jumpa Mat Sabu, dalam perkara lain dia saman Anwar, saman Wan Azizah sebab mengetahui perkara sebenar tetapi dia tak saman Azmin jadi saya tengok Ummi sediri tidak konsisten," tegas beliau. Beliau yang juga pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata persoalannya bukan berkisar kepada dakwaan Ummi tetapi mengapa perlu muncul pada masa di mana pilihanraya dijangkakan akan diadakan. "Persoalannya macam ini, dia melibatkan banyak pihak, isu saman in sebenarnya semua orang boleh saman sesiapa sahaja tetapi hakikatnya, kenapa sekarang? 'Timing' dan macam mana cara itu dibuat, disensasikan itu lebih penting," jelas beliau lagi. Katanya, tindakan Ummi adalah sebahagian daripada permainan politik dengan Ummi sebagai salah satu daripada alat politik mereka yang berkepentingan dalan kejatuhan Anwar dari medan politik negara. "Kali itu pilihanraya Galas, muncul Rahimi, kali ini Tenang ini pula muncul Ummi Hafilda, ini semua benda biasa dan permainan biasa. Cuma harapan kita ialah rakyat jadi cerdik dan melihat perkara ini yang diulang-ulang merupakan satu pembohongan," kata che'GuBard. Beliau menjelaskan keadaan ini sama seperti semasa kes Fitnah 1 Anwar pada tahun 1998 dan beliau mengesyki 'skrip lama' akan digunakan kembali kerana Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dilihat semakin takut dengan pembangunan Anwar. "Skrip lama akan digunakan balik dan keputusan lama akan terjadi semula. Najib dalam keadaan terkapai-kapai untuk menyudahkan apa yang dia mulakan dalam kes fitnah 2 kali ini. Oleh itu saya cukup berkeyakinan ini semua berlaku kerana dalam keadaan pilihanraya yang terlalu hampir, ketakutan Najib kepada Anwar Ibrahim dan Najib nak menyudahkan skripnya terhadap Annwar Ibrahim," katanya lagi. Chegubard seterusnya berkata Ummi hanya menyampaikan skrip yang diberi kepadanya dan jika dilihat kembali kes Fitnah 1, Ummi merupakan saksi utama tetapi tiada apapun pembuktian dibuat oleh Umi kecuali menarik publisiti dan memanipulasikan pelbagai isu. "Ummi Hafilda boleh muncul kembali dan pemain-pemain lain pun mungkin boleh muncul lagi, dan terus mengukuhkan lagi 'political conspiracy' tapi mereka, mereka boleh kembali, datang, muncul buat sidang media dan sebagainya tetapi seperti yang saya sebut tadi saya rakyat telahpun membuat keputusan," kata beliau. Katanya lagi, rakyat telahpun memberi penghakiman terhadap Anwar dengan memberikan kemenangan besar kepada Pakatan rakyat pimpinan Anwar, yang mana membuktikan bahawa rakyat menolak sebarang pertuduhan yang berniat jahat dan berunsur politik terhadap Anwar. "Ummi Hafilda boleh ulang tayang, lagi kali ketiga dia nak datang ulang tayang pun tak ada masalah, sebab saya yakin rakyat telahpun membuat penghakiman terhadap Anwar," kata beliau lagi. Cuma kali ini selain berdepan mereka kita perlu membuktikan dengan mandat sedikit yang diberikan oleh rakyat kita benar mampu melakukan apa yang kita sering cakapkan./chegubard.blogspot |
Posted: 15 Jan 2011 06:41 PM PST Brazil isytihar tiga hari berkabung tragedi bah terburuk TERESOPOLIS: Brazil hari ini mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara selepas lebih 560 penduduk terkorban akibat banjir dan tanah runtuh terburuk di Rio de Janeiro sejak seminggu lalu. Pekerja kecemasan di zon bencana di Wilayah Serrana, di utara Rio kini bertungkus-lumus bagi mengira mayat dengan lori digunakan untuk mengangkut untuk pengkebumian. Pekerja pengangkutan berkata, mereka bimbang jumlah mayat dijangka bertambah selepas pekerja penyelamat masih meneruskan kerja mencari mangsa di kawasan runtuhan. President Brazil, Dilma Rousseff mengumumkan tiga hari berkabung. Pihak berkuasa Rio de Janeiro berkata, negeri itu akan mengadakan seminggu penuh untuk berkabung bermula esok. Sehingga lewat semalam, angka korban akibat banjir dan tanah runtuh mencecah 558 dengan kawasan teruk terjejas ialah Bandar Teresopolis, Nova Friburgo dan Petropolis. - AFP |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan