Khamis, 6 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Panas: Adun PKR Sri Muda ditahan Polis?

Posted: 06 Jan 2011 07:29 AM PST

Hantu ni yang hebohkan... tapi cakap cakap dari hantu ni bukan boleh pakai sangat... disini...

Gantung Rais

Posted: 06 Jan 2011 04:17 AM PST

Kisah pak menteri merogol amah Indonesianya menjadi panas malah lebih panas lagi setelah menteri terbabit bangkit menafikan keterlibatannya dalam berita panas yang menggemparkan tersebut.

Rais Yatim menafikan pembabitannya dalam kes itu semalam dan mendakwa ia merupakan satu konspirasi terhadap dirinya. Walaubagaimanapun sehingga kini masih tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis berhubung kes itu.

Lantas Wanita Keadilan mahu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim digantung dari tugasnya sehingga semua siasatan membabitkan tuduhan rogol ke atasnya selesai. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata demikian merujuk insiden seorang pembantu rumah warganegara Indonesia yang dirogol majikannya oleh seorang menteri kabinet pada tahun 2007, yang kini dikaitkan dengan menteri berkenaan.

Menurut Zuraida, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdiam diri, memburukkan lagi keadaan kerana orang ramai akan beranggapan kerajaan mengizinkan kejadian sebegitu berlaku di kalangan menteri.

"Saya berasa amat kesal apabila insiden ini seolah dipandang sambil lewa kerajaan Malaysia sedangkan sudah jelas perkara yang berlaku mencemarkan imej dan kredibiti Malaysia. Tindakan PM sendiri yang mengambil jalan mudah dengan berdiam diri seolah 'merestui' jenayah pihak terbabit," kata Zuraida lagi.

"Sebagai sebuah negara yang bersama menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), sikap sambil lewa ini amat bertentangan dengan CEDAW itu sendiri iaitu bertujuan menghapuskan semua bentuk diskriminasi, bukan sahaja terhadap wanita Malaysia semata-mata, tetapi juga merangkumi perlindungan daripada diskriminasi terhadap wanita imigran dan pekerja asing," kata Zuraida.

Zuraida akhir sekali mahu Kemmenterian Pembangunan Wanita, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius dan mendapatkan jawapan kepada jenayah ini bagi menjaga nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kena kat depa, boleh buat derk saja...

Posted: 06 Jan 2011 03:03 AM PST

Penulis blog, Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini. Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.- Malaysiakini

MB Khalid, suka tak rela

Posted: 06 Jan 2011 02:45 AM PST

MB: Hadir tak bermakna rela


Jimadie Shah Othman
Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Katanya, kerajaan negeri juga telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai," katanya.

Menurut Khalid, kerajaan negeri Selangor juga kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam isu tersebut.

"Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

"Justeru, kehadiran seluruh exco kerajaan negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) Darjah kelas Pertama kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor - sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor," katanya.

Menurut Khalid oleh kerana hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Khusrin, kehadiran beliau dan anggota exco tidak bermakna mereka rela dengan tindakan arbitrasi SPA.

"Kita juga telah memberi maklum kepada Sultan bahawa pentadbiran kerajaan negeri akan mengadakan sidang dewan negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.," katanya.

Khalid berkata tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh mereka menderhaka dengan sultan.

"Sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," akhiri kenyataan media itu.

PKR ngan DAP dah mula risau kelaku PAS...

Posted: 05 Jan 2011 08:43 PM PST

Tok sah kata PKR ngan DAP, sesapa pun naik risau tengok kelaku parti Islam cam ni...

Rakyat sokong Pakatan pada PRU yang lalu bukan pasai suka pada Paktan secara membabi buta, tapi majoriti rakyat dah meluat ngan Umno. Kelemahan Umno dalam menakluk majoriti hati rakyat Melayu, India dan Cina adalah kekuatan bagi Pakatan. Pendekatanya, rakyat yang mengundi Pakatan dulu adalah rakyat yang bencikan kerakusan, ketamakan serta penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin pemimpin Umno selama ini.

Jadi sebagai rakyat yang bencikan kelaku Umno, maka sesapa jugak yang berkawan, ingin berkawan dan jugak berpakat dalam gelap dengan Umno dikira musuh bagi rakyat yang bencikan Umno.

Sebab tu lah, pertemuan pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat malah jugak rakan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasm parti Islam itu.

Ramai orang Islam dalam Umno sudah lama menggunakan kaedah tikam belakang dalam politik mereka. Ramai yang takut dan khuatir, kaedah tikam belakang ini akan berjangkit pulak kedalam PAS, maklum lah... nak bersam sama dalam perjuangan politik negara kan... Jangan ingat bila PAS gunakan Islam sebagai landasan perjuangan akan terus menutup mulut pengkritik terhadap apa yang PAS lakukan. Perjuangan Islam perlu bermula dari dalam diri dan organisasi baru boleh tutup mulut orang lain dari mengata kita. Bukan kah setia itu ajaran Islam dan jauhkan diri kita dari prasangka rakan rakan juga dituntut.

Ini adalah tahun kritikal bagi Pakatan... kita tidak mahu kejadian-kejadian menikam dari belakang terjadi. Memang dalam PKR pun berlambak kutu kutu Umno ni, dalam DAP pun ada jugak. Tapi kesemua pak yet Umno dalam PKR dan DAP sudah slowly being chased out and latest by Sdr Gobi, MP for Padang Serai.

Tiada ulasan: