shalehudin |
- Heret saja ke Mahkamah
- Ada menteri terkencing dalam seluar...
- Betapa busuknya perut Umno...
- Tanya kangkung ni, ahli Umno mana...
| Posted: 01 Jan 2011 04:26 AM PST Aku sokong saranan Prof Aziz Bari yang mengusulkan MB Selangor cabar kemelut SUK ni di mahkamah. Undang-undang, sebagaimana termaktub adalah memihak MB Khalid dan pentadbiran Pakatan Selangor. Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota 'ex-officio' Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan. Tapi baginda Sultan perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar. Tapi dalam soal SUK Selangor ni, pertimbangan Sultan terhadap nasihat dari ketua kerajaan negeri ni langsung tak dak. Proses pemilihan itu memerlukan JPA Negeri kemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan MB sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan. Dengar katanya juga, Karpal sedang menguruskan nasihat perundangan kepada Menteri Besar Selangor. Kalau mahu mengelak kontroversi yang berterusan, kemungkinan jalan terbaik bagi MB Khalid ialah membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat bagaimana hakim-hakim akan menari kelak, sama ada mereka ada akrobatik perundangan baru untuk tunjuk kepada kita. Krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana. Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu. Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan. Tahniah Umno dan tahniah pada pihak istana yang rela dipergunakan oleh parti parti politik tertentu. |
| Ada menteri terkencing dalam seluar... Posted: 01 Jan 2011 02:34 AM PST Siapa "terkencing dalam seluar" baca berita ini? Oleh Tok Pepijat Bekas Presiden Zionis Moshe Katsav didapati bersalah oleh Mahkamah Agung Zionis atas tuduhan merogol keatas 3 orang pembantu wanitanya. Atas kesalahan itu boleh di hukum maksimum 16 tahun. Katsav juga dituduh memberi keterangan penuh penipuan oleh Panel Hakim Mahkamah Agung itu.Bekas Presiden Zionis itu yang menjadi menjawat jawatan Presiden Zionis selama 7 tahun (2000-2007). Katsav didakwa merogol oleh 3 pembantunya ketika masih menjawat jawatan Presiden tahun 2006. Barangkali ada Menteri Kabinet kita "terkencing dalam seluar" membaca laporan ini. Dalam celakanya Kerajaan Zionis ianya masih mengamalkan ketelusan. Tiada orang "kebal" dari undang-undang walaupun Presiden! Berbeza dengan kita. Bunuh dengan C4, Rasuah berbilion-bilion, rogol amah, raba meraba. Semuanya bebas. Sebab apa? Ada imuniti. Ada kekebalan. Alangkah berbezanya kita dengan Kerajaan Zionis walaupun kita guna APCO dan 1Malaysia ciptaan Zionis! |
| Posted: 31 Dec 2010 10:04 PM PST Bersatu kerana benar, berpecah kerana benar oleh Subky Latif PAS hari ini bersatu dengan DAP dan PKR. Itulah realpolitik masa ini dan masa mendatang. Realpolitik ini tidak pernah diperkenan Tun Dr. Mahathir sebelum wujud Pakatan Rakyat lagi dan sejak beliau masih Perdana Menteri dan Presiden Umno. Apa yang dikatakan tsunami politik Mac 2008 itu adalah gambaran realiti realpolitik itu dan tidak perkenan Dr. Mahathir itu ada asas dan sebabnya. Sebabnya ia adalah ancaman politiknya dan politik Barisan Nasional termasuk Umno. Maka reaksi Umno ialah memperleceh penyertaan PAS dalam muafakat Pakatan Rakyat itu dengan mengatakan konon PAS diperkuda dan diperalat DAP dan PKR. Lalu mereka menggambarkan publik amat wajar Umno dan PAS bersatu belaka. Pintu penyatuan itu kononnya dibuka lapang ketika PAS dan DAP memadu muafakat politik yang real itu. Saranan Dr. Mahathir itu masuk ke kepala setengah budayawan dan pejuang bahasa yang terpesona dengan ketuanan Melayu hingga ada yang menulis betapa PAS perlu tegak sendiri. Pejuang bahasa dan budayawan pun memuji Umno setinggi langit hingga lupa apa Mahathir buat terbahap Bahasa Melayu dan pengajaran yang bercempera sekarang. Digambarkan juga tentang adanya profasional Melayu dan ahli bijak pandai Melayu yang menyintai kedua PAS dan Umno amat keciwa d engan PAS yang dikatakan diperkuda DAP dan tidak tertarik dengan berpadu dengan Umno. Mungkin juga ramai orang Melayu berfikiran begitu dan termakan dengan pelemah Umno itu, tetapi rata-rata pendukung PAS yang juga tebal Melayunya apa lagilah pegangan Islamnya, menerima pakai realpolitik yang direnangi PAS sekarang. Dengan realpolitik itu PAS merasa menjadi Menteri Besar di Perak, memerintah Kedah, bersama mentadbirkan Selangor dan tidak pernah memperoleh 20 kerusi di Parlimen melainkan setelah bekerjasama dengan DAP dalam PRU 1999 dan PRU 2008. PAS pernah bersendirian paling tinggi MPnya 13 orang tahun 1959. Lepas itu ia turun naik bahkan pernah ada satu saja tahun 1986. Sejak menjana politik baru sudah dua kali dapat lebih dari 20 kerusi, bahkan dalam tahun 1999 ia dapat lebih banyak dari DAP. Bahkan dalam politik baru ini geger atau gegar juga kuasa di Putrajaya, suatu yang tidak pernah terbayang sejak pengalaman pilihan raya bermula tahun 1955. PAS pernah tegak sendiri sejak mula. Ketika pengundi Melayu melebihi 85 peratus dan Tanah Melayu penuh dengan kawasan dominan Melayu, pengundi Melayu yang dibantu oleh pengundi Cina tidak mengundi PAS. Apabila peluang itu PAS tidak dapat raih dalam tahun 1955, maka lima tahun kemudian peluang itu bertambah payah apa lagi bilangan pengundi bukan Melayu bertambah mendadak. Tiap-tiap lima tahun peluang kian payah. Tetapi PAS mesti ada. Jika PAS tidak ada di dunia, nescaya bertambah teruklah Melayu dan Islam di bawa Umno. Berjaga-jaga sedikit Umno kerana bimbang PAS akan kuat. Tetapi apakah PAS terus begitu diperlakulan oleh Umno ibarat tikus dipermian kucing sebelum kecing mekakannya? Membiarkan Umno memerintah rakus telah menjahanamkan negara, orang Melayu dan segala saki baki milik Melayu. Lagi dibenarkan ia berkuasa, sama seperti membiarkan tikus membaiki labu dan membiarkan nasi menjadi bubur. Bersatu itu benar. Orang-orang yng mengasaskan PAS juga mulanya bersatu dalam Umno. Tetapi sejak dari mula tidak nahi munkar iaitu tidak mencegah kemungkaran. Ia bercadang menaja judi loteri bagi menjada dananya dan ia menggalakkan pesta hiburan yang ada judi. Lalu penentang maksiat itu membentuk PAS. Ia seolah-olah membuka perpecahan. Tetapi berpecahkan dengan Umno yang pro maksiat itu adalah benar juga. Itulah namanya bersatu kerana Allah dan berpecah kerana Allah. Sejak itu Umno tidak pernah sukakan PAS dan jauh sekali untuk bercakap demi kepentingan ummah. Semua orang PAS dalam jawatankuasa masjid dan surau dibuang oleh pengaruh kuasa Umno. Bila Umno sayang pada PAS? Bila ia terdesak seperti 13 Mei, 1969. Ia cari PAS. Bila ia berpecah dengan penyokong Tengku Razaleigh tahun 1987 dan bila ia berpecah dengan penyokong Anwar tahun 1997. Masa 13 Mei itu Tun Razak menghantar menteri Tan Sri Hamzah Abu Samah mengambil Dato Asri dengan helikopter. Umno mengajak PAS berpakat. Dato Asri pun bersetuju. Dalam PRU 1974 berpuluh kerusi dimenangi BN tanpa bertanding kerana PAS bersatu dengan Umno dalam BN. Lepas Umno merasa ia sudah pulih ia tendang PAS dan rampas Kelantan dari PAS. PAS lumpuh selumpuh-lumpuhnya, mengambil masa bertahun untuk pulih hingga Dato Asri, Yang Dipertua Agung PAS terpaksa diketepikan dari parti. Ia berbaik dengan PAS rupanya hendak menelan PAS. Umno menggunakan polis bagi menyekat PAS bermuafakat dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Apa hak polis bertanya PAS, mana lebih baik PAS bekerja dengan Teak A atau bekerjasama dengan Team B Umno? Minatnya pada PAS masa itu takut PAS dan Team B boleh mengalahkan Umno. Demikian juga bila penyokong Anwar membentuk kumpulan cuba bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Umno. Tiba-tiba aktivis Umno di kampung dan kota bercakap orang Umno sedia menyokong PAS tetapi tidak sedia menyokong bekas Umno yang membela Anwar. Masa itu Umno berkata lebih elok PAS tegak sendiri. Yang Umno tiba-tiba rasa sayang pada PAS mengapa? Natijah PAS berkawan dengan Ku Li, Kelantan hilang semula dari Umno. Gara-gara PAS berbaik dengan penyokong Anwar dan DAP, PAS berkuasa di Terengganu, beroleh hampir 30 kerusi di Parlimen, ia dapat banyak kerusi di Kedah, ada kerusi di Pahang, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Bersatu untuk kepentingan ummah itu adalah benar. Justeru itu Dato Asri membawa PAS berbaik dengan Umno dan Anwar Ibrahim terjun dalam Umno. Tetapi Dato Asri dan Anwar yang ada jasa pada Umno telah dikhianati oleh Umno. Maka bagaimana PAS dapat memikirkan bersatu dengan Umno itu benar? Semua seruan supaya PAS meninggalkan DAP, bahkan berkawanlah dengan Umno adalah andaian yang tidak benar. Ia hanya melanjutkan lobi dan pelemah Umno. Pada masa ini berpecah dengan Umno itu adalah benar. Berkawan dengan DAP belum tentu tidak benar. Cubalah mempercaya DAP dan PKR itu seperti Rasulullah SAW bertahaluf dengan Yahudi dan Nasaro di Madinah dan berdamai dengan musyrikin Mekah di Hidaibiyah. * Subky Latif adalah pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, pada tahun 1978. |
| Tanya kangkung ni, ahli Umno mana... Posted: 31 Dec 2010 08:00 PM PST Mangkok punya kangkung, tak sehaluan kepala bana apa pulak dahhh... kita cerita bab undang2, dia bawak pasai tak sehaluan... Kerajaan Selangor sekarang ni pertikai undang undang hutan mana yang kerajaan Najib ikut dalam isu perlantikan KSU negeri yang baru. Kerajaan Pakatan Selangor sekarang ni pertikai kenapa pandangan kerajaan yang dipilih suara terbanyak rakyat Selangor ni diketepikan Najib dalam isu perlantikan jawatan yang amat penting ni. Yang hang pi sembang soal haluan haluan ni apa hal? Nak haluan apa lagi, kita kena profesional sikit dalam menjalankan tugas. Walaupun kerajaan negeri tak sehaluan dengan kerajaan pusat, kerja mesti diteruskan tapi biarlah ikut peraturan dan undang undang. Jangan buat sesuatu dengan niat tak elok, perut busuk dan ada udang disebalik mee.... piiirrrahhh... Perangai hangpa semua layak di... "khhiaakkk pptuuuiiihh.." kan Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui oleh kerajaan negeri itu kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas mereka. Berintergriti dan profesional? wakaka... memang banyak sangat contoh intergriti si Khusrin ni, dia memang profesional pun... Akai tarak pakai punya orang... memang kangkung jenih yang ada mata tutup, ada telinga pekak... Ni bukan budaya perkhidmatan awam dah, ni budaya bodek Umno yang diamalkan selama ini... |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan