Rabu, 19 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Perkembangan isu arak Selangor: Menteri BN bantah MPSJ, Selangor peruntuk RM10 juta bantu pekerja Muslim!

Posted: 19 Jan 2011 06:25 PM PST



1. Kerajaan negeri Selangor 14 Januari lalu telah berusaha untuk menubuhkan sebuah tabung khas membantu pekerja Islam untuk berhenti bekerja di premis jual arak di seluruh negeri Selangor..ianya salah satu usaha yang murni yang belum pernah terfikir utk dilakukan oleh kerajaan terdahulu (Umno/BN)..lembaga zakat Selangor telah diberi kepercayaan untuk menubuhkan tabung khas ini..baca berita penuh di SINI..

2. Tabung khas ini bukan sahaja telah mendapat reaksi positif dikalangan masyarakat muslim Selangor, malah pemimpin non-muslim dari DAP turut menyatakan sokongannya..Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San antara individu terawal yang menyatakan sokongannya terhadap tabung ini.."Saya mahu jadi yang pertama di Malaysia (menyokong tabung ini)," kata Lau Weng San dalam blognya..baca seterusnya di SINI..



3. Sehingga saat ini, pemimpin2 Umno, Yb Zul Kulim (Yb hipokrit), dan sekutu2nya gagal untuk menjawab isu ini, apatah lagi membantu mengusul cadangan dan bantuan mereka utk menyelesaikan isu ini..mereka hanya galak menghentam dan mengutuk usaha2 pemimpin PAS, PKR dlm membasmi isu ini..

Dipihak mereka, bukan setakat tidak berusaha untuk membuat kawalan, bahkan siap menjamu arak free semasa berkempen dlm pilihan raya kecil DUN Tenang beberapa hari yg lalu..boleh rujuk di SINI..

4. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu telah memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia..boleh lihat bukti kenyataan biadap beliau dlm bentuk video di bawah..



5. TERBARU dari kerajaan negeri Selangor..kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan RM10 juta serta merta bagi membantu pekerja-pekerja Islam yg terbabit dengan urusan penjualan arak di premis hiburan..mereka akan diberi modal dan peluang pekerjaan bagi memulakan pekerjaan baru yg halal...

Satu lagi khabar baik dari Selangor oleh barisan kepimpinannya, yang pastinya mendapat pujian dan penghargaan dari seluruh rakyat Selangor!! (kecuali penyokong fanatik Umno)..tahniah kerajaan negeri Selangor penulis ucapkan!..baca berita penuh di bawah..


6. Untuk yg terakhirnya..entry ini akan sentiasa di kemaskini setiap masa..sila rujuk pada senarai koleksi artikel penulis di sebelah tepi blog ini setiap kali mahu membuat rujukan..kalian juga digalakkan untuk membaca entry penulis tentang koleksi Umno dan Arak pada tajuk, "Koleksi Umno-Arak dulu kini dan selamanya (bukti bergambar)"..fikir2kan..wallahua'lam.

Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 juta

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.



"Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

"Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

"Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

"Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

"Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat," katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.

Cabaran Debat: Laporan Bernama Mengelirukan, Anwar tetap mahu berdebat dengan Najib isu rakyat!

Posted: 19 Jan 2011 05:03 PM PST



Cabaran Debat: Laporan Bernama Mengelirukan

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.




Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM


DI bawah adalah surat rasmi jemputan debat Anwar Ibrahim kepada Najib Razak..sila klik untuk besarkan image..



BN = Barang Naik: Santan naik mendadak 60%, syarikat roti bakal umum kenaikan harga roti seluruh negara!

Posted: 19 Jan 2011 08:41 AM PST



BERITA 1

Santan naik RM2 sekilogram

KUALA LUMPUR: Suri rumah yang ditemui rata-rata merungut apabila harga bahan keperluan utama memasak iaitu santan naik mendadak 60 peratus iaitu daripada RM4.50 kepada RM6.50 sekilogram.

Harga itu mula naik dua minggu lalu kerana bekalan kelapa di pasaran berkurangan lebih 50 peratus hingga menjejaskan pengeluaran santan.



Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan Pasar Besar Gombak mendapati hampir keseluruhan peniaga menjual santan dengan harga RM6 hingga RM6.50 setiap kilogram berbanding sebelum ini sekitar RM4.50 sekilogram.

Suri rumah, Yah Yussuf, 44, berkata kenaikan mendadak itu membebankan belanja dapur isi rumah kerana terpaksa berbelanja besar untuk memasak setiap hari.

"Kenaikan sekitar RM2 tidak wajar kerana memberi tekanan kepada perbelanjaan harian," katanya. - H.metro

BERITA 2

Selepas petrol, harga barangan lain akan naik

PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga beberapa barangan keperluan pengguna baru-baru ini, roti dan tepung gandum dijangka turut menerima tanda harga baru ekoran kesan rantaian dari peningkatan kos pengeluaran bahan makanan itu.

Peningkatan harga tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan kesan kos tambahan ekoran kenaikan kos pengeluaran yang semakin meningkat yang menyebabkan syarikat pengeluar roti tidak dapat mengekalkan harga pasaran yang ada pada masa ini.



Demikian menurut Pengurus Pemasaran Syarikat pengeluar produk roti terkenal, Gardenia Bakeries Sdn Bhd, Cik Azlina Harun ketika dihubungi hari ini.

"Kenaikan harga roti memang tidak dapat dielakkan tetapi bergantung kepada masa. Selama ini pun kita menyerap kenaikan harga gandum, gula, susu dan lain-lain semenjak bulan Oktober lagi. Kami pantau kenaikan harga bahan-bahan ini.

"Kalau ikut keadaan semasa, harga gandum kemungkinan akan naik lagi disebabkan krisis pengeluaran gandum peringkat global yang berlaku sekarang dan ini tentu memberi kesan kepada kenaikan harga roti tidak dapat dielakkan.

"Pihak kami juga khuatir jika pasaran gandum mengalami masalah kami tidak dapat memperolehi gred tepung yang bertepatan dengan piawaian produk kami pada masa akan datang. Jika kami memilih tepung gred lebih rendah tentu menjejaskan mutu produk kami nanti," kata Azlina.

Menurut Azlina lagi, pada masa ini Gardenia Bakeries masih menyerap peningkatan kos pengeluaran syarikat yang bertambah semenjak bulan Oktober tahun lalu gara-gara kesan rantaian kenaikan harga barangan lain yang berkaitan dengan pengeluaran produk syarikat itu.

"Pada masa ini Syarikat kami masih cuba menyerap kenaikan kos pengeluaran kami yang semakin meningkat semenjak Oktober lagi.

Tetapi ia tidak akan terus kekal begitu, kenaikan harga tidak dapat dielakkan," kata beliau.

Disamping itu dalam isu yang sama tanda-tanda awal mula dikesan apabila tinjauan rambang mendapati bekalan roti di beberapa kedai sekitar Petaling Jaya, didapati bekalan roti berkurangan dengan agak ketara daripada sebelumnya.

Roti kurang di pasaran?



Dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini, sehingga jam 6.00 petang, kebanyakan kedai yang menjual roti didapati telah hampir kehabisan stok berbanding lazimnya stok roti masih banyak sehingga pengedar menghantar bekalan baru pada hari berikutnya.

Manakala bekalan roti di beberapa kedai lain termasuk kedai serbaneka 24 jam terkemuka pula didapati telah mula kehabisan stok seawal jam 9.00 malam lagi, sesuatu yang jarang berlaku.

Menurut seorang pekedai di sini, pada masa ini pembekal roti mula mengurangkan jumlah roti yang dibekalkan di kedainya tetapi ianya tidak melibatkan roti gred premium yang berharga lebih tinggi dari gred biasa.

Bagaimanapun, mengulas mengenai perkara ini, Azlina berkata syarikat Gardenia Bakeries tidak mengurangkan pengeluaran roti syarikat itu malahan telah meningkatkan lagi pengeluaran syarikat itu.

"Syarikat kami tidak mengurangkan pengeluaran, sebaliknya pada masa ini ada sedikit pertambahan pengeluaran yang kami buat," katanya lagi.

Sementara itu, syarikat pengeluar tepung tempatan, Bidara Flour Sdn Bhd ketika dihubungi turut tidak menafikan akan berlaku kenaikan harga tepung gandum pada masa akan datang.

Menurut kakitangan Jabatan Pemasaran syarikat itu, Puan Suzie, antara penyumbang keadaan tersebut kerana berlakunya krisis pengeluaran gandum peringkat global pada masa ini.

"Sekarang ini ada krisis global keluaran gandum, jadi harga tepung gandum memang akan naik, cuma belum tahu bila dan adakah ia hanya kepada agen atau melibatkan harga pengguna," jelas beliau.

Menurutnya, tepung gandum keluaran Bidara Flour merupakan antara syarikat pengeluar gandum paling murah yang berada di pasaran walaupun tidak mendapat subsidi dari kerajaan. - FreeMalaysiaToday

AMARAN: Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh penyokong Umno!!

Posted: 19 Jan 2011 01:33 AM PST

Oleh: Pria Malaya

Lagi fitnah berzina terhadap pemimpin2 PAS oleh penyokong (blogger/facebooker) Umno..kini seperti dijangka, calon PAS N.05 Tenang, Cikgu Normala Sudirman menjadi sasaran jahat mereka!




Suara Dari Bumi:
"Normala tinggalkan suami lama kejar Maarof kerana maarof kaya.DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina ingat pas ingat maksiat"

"Tanya cikgu tenang semua tahu cerita ni.,kenapa calon pas jadi tak bermoral ni"

"Jawap le kenapa dia ada hubungan dengan maarof sedangkan masa tu dia masih bini orang"


Terbaru kalian boleh rujuk di SINI..Berita fitnah ini kemudiannya dijaja dan disebarkan oleh beberapa blogger dan facebooker Umno, antaranya..

Pas Beruk:
"TERKINI: BIAR BETUL....
CIKGU MALA ADA MAIN KAYU TIGA SEBELUM KAHWIN??... JGN BUAT FITNAH BRO...
TAKKAN AKU NAK TANYA SENIDIRI DGN MAAROF, YG KAYA TU?
TAKKAN LAH SEBUT PAS SAHAJA, ZINA... SEBUT PAS AJA, MAKSIAT... BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL... BIAR BETUL BRO!!!
TUIH!! "


Dan jangan terkejut selepas ini isu ini akan dijaja ke seluruh ceruk alam maya oleh blogger dan facebooker Umno, terutama menjelang hari pengundian..PRK sebelum ini di Galas menjadi saksi dan bukti betapa fitnah zina ini menjadi bahan kempen mereka siang dan malam..

Amaran buat semua petugas PAS/PR!

Sila perhati muka-muka ini di PRK DUN Tenang..jika boleh, sila cetak dan sebarkan gambar-gambar ini agar petugas2 parti dan pengundi Tenang boleh mengenalpasti tindak tanduk mereka..



Menurut admin facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari':
"Papa Gomo di dapati telah mengekori beberapa petugas PAS serta mengambil gambar dan memasang telinga perbualan petugas PAS PRK Tenang! ~Mereka mungkin tak kenal Papa Gomo! Itu kelemahan mereka...

Namun bagi kita atau petugas2 PR utk PRK Tenang yg kenal beliau, sila ambil perhatian! Sila 'BUAT SESUATU' apabila nampak kelibat si MALAUN ni, lebih2 lagi di Tenang nanti! Khabarnya dia sedang mencari maklumat peribadi calon PAS Tenang.... ~AWAS GOMO AKU KENAL KO! -andak"
Ya, kerana itu pohon kepada petugas2 parti di sana sentiasa berwaspada dengan kehadiran manusia2 ini, terutama Papa Gomo, seorang blogger pemfitnah yang paling biadap dan terkenal dikalangan pemfitnah2 di dalam Umno..

Ternyata terlalu banyak koleksi fitnah beliau, antaranya beliau pernah memfitnah MB Selangor, Khalid Ibrahim adalah penagih arak dan alkohol..kalian boleh rujuk bukti di SINI..




Begitu juga dengan rakan2 beliau dalam team 'Nadi Rakyat'..Jika kalian perhati gambar di atas, di sebelah Papa Gomo adalah rakannya yg bernama Mohd Azmy bin Awang (Azmy Awang Kelana Jaya), seorang facebooker yang kerap memakihamun dan menyebarkan berita palsu dan fitnah..



Selain Papa Gomo dan Azmy Awang, seorang lagi rakan mereka adalah, Syamsul Azrai, yg menggelarkan dirinya sebagai 'Pas Beruk' di dalam facebook..kalian boleh rujuk contoh fitnah beliau di SINI..

Sumber dan pendedahan lanjut (latar belakang) muka-muka pemfitnah ini boleh dirujuk dlm blog "propartiislammalaysia.blogspot.com"..klik di SINI..


Kes fitnah zina ADUN Selising dan Perupok

Untuk pengetahuan pembaca, muka-muka inilah yang mereka dan menjaja fitnah knonnya ADUN PAS Selising dan Perupok telah berzina dan berkhalwat..mereka kononnya mahu mendedahkan bukti bergambar dan video pada awal Januari 2011 jika ADUN Selising berdegil tidak mahu mengaku..



Namun sehingga kini langsung tiada bukti2 sebagaimana yg dijanjikan walaupun ADUN itu telah menafikan sekeras2nya..


Kalian boleh rujuk tulisan penulis mengenai koleksi kes fitnah zina oleh penyokong2 Umno di SINI..cerita fitnah ADUN Selising berzina pula boleh ikuti pada link di bawah..

1. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising! (siri 1)
2. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising...(siri 2)

Akhir kalam..ingat Umno, ingat Fitnah Zina..fikir2kan..wallahua'alm..

NOTIS: Facebooker 'suara dari bumi' adalah penyokong fanatik Umno sebagaimana 'Pas Beruk' dan 'Papa Gomo'..

Jika sesiapa penyokong Umno di sini yg tidak percaya, boleh bertanya sendiri hardcore facebooker pro-Umno utk mengesahkan dakwaan ini..

Berikut adalah hasil kerja beliau yg menjadi sumber blog2 pro-umno..
http://ms-my.facebook.com/album.php?id=100001263412380&aid=3892

Gambar beliau insyaAllah akan didedahkan dlm masa yg terdekat..


[TERKINI] Ponteng Sidang DUN: Speaker ishtihar DUN Pelabuhan Klang kosong!

Posted: 19 Jan 2011 12:09 AM PST



Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.



ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

Nasib Ummi Hafilda: Selepas bapa tidak mengaku anak, abang pula dedah dosa Ummi terhadap adik-beradik!

Posted: 18 Jan 2011 11:19 PM PST



p/s: Korang diwajibkan untuk membaca 2 entry penulis terdahulu mengenai siapa Ummi Hafilda..baca pada tajuk di bawah..

1. Siapa Ummi Hafilda?..jom baca pendedahan di bawah..(pengakuan bapa Ummi)
2.
HOT: Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda..

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.


(Sekadar gambar hiasan: Ummi Hafilda dikatakan bekas pelacur?..baca 3 kisah yang mengaitkan beliau dgn aktiviti haram ini di SINI..)

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

Tiada ulasan: