Jumaat, 14 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


MELETOP: Rosmah rupanya ada pejabat khas sendiri di JPM, bertindak mendahului permaisuri Agung?!

Posted: 14 Jan 2011 05:12 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Jika kita sebelum ni hanya mendengar berita Rosmah Mansor banyak menonjol diri dalam program2 kerajaan dan cuba 'mengambil alih' tugas Perdana Menteri Malaysia dalam isu-isu tertentu, hari ini dilaporkan beliau rupanya sudah ada pejabat khasnya sendiri secara 'rasmi' di Jabatan Perdana Menteri..pertama kali dalam sejarah Malaysia..

Membongkar isu panas ini, blogger "edyesdotcom" di dalam blognya mendedahkan:

"Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri."
Sungguh mengejutkan..tidak pernah dalam sejarah bekas2 isteri PM terdahulu melakukan hal sebegini..mendahului permasuri Agong satu hal, persoalan lebih besar, mengapa perlu satu pejabat khas untuk seorang isteri PM?? Mengapa sampai melibatkan satu division? Apa perlunya sebuah pejabat untuk 'menjaga' Rosmah?



Rosmah kejar nama dan glamour??

Tidak cukup dalam negara, nama beliau dijaja sehingga ke rantau dunia..kerana itu jangan terkejut kos untuk menganjurkan First Lady Summit Malaysia anjuran Rosmah menghanguskan sebanyak RM 4.5 Juta wang rakyat..apa hasilnya? selain di'boikot' ketua2 wanita negara maju, ianya tidak mendatangkan faedah kepada rakyat..kalian boleh rujuk di SINI..

Untuk yg terakhirnya, cukuplah isteri seorang Perdana Menteri melibatkan diri secara 'tidak rasmi' sebagaimana lazim isteri2 Perdana Menteri terdahulu..rakyat tak perlukan seorang lagi 'perdana menteri' di sebalik tabir, yg mengawal dan mengurus hal negara melangkaui peranan dan status asalnya..ingat, itu duit rakyat, bukan duit suaminya, Najib Razak..

Untuk pendedahan lebih detail, kalian boleh rujuk kupasan blogger "Edyesdotcom" pada link bawah..


Siri 1- PENDEDAHAN XCLUSIF! FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M!!
Siri 2-
GEMPAR!!! Kaitan F.L.O.M Melalui Datuk Azizah dengan Rosmah dan PERMATA!!

Akhir kalam, kita menuntut supaya Rosmah Mansor termasuk suaminya, Najib Razak menjawab isu ini..sila nafikan pendedahan laman web keadilan.daily jika ianya tidak benar...fikir2kan..wallahua'lam...

Pejabat 'First Lady' di JPM, Rosmah menderhaka

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.



Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini.

Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.

Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan," kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia.






(Terbaru: Rosmah ketika rangka 'lawatan rasmi' tiga hari ke Arab Saudi turut diiringi 10 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) 8 januari lalu..berapa pula kos keseluruhannya?..)

"Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu.

"Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji," kata Fuziah lagi.

Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.


(Rosmah inap hotel di Dubai RM100k semalaman?..duit siapa ni?..Korang baca di SINI...)

Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama.
Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah 'mengangkat' dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta.

Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times. - http://www.keadilandaily.com

Artikel berkaitan:
1. 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno@Presiden Muslim Bloggers Alliance
2. HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Rosmah Mansor BERUNDUR!
3. Lagi blogger Umno hentam Najib-Rosmah: "Najib dayus tidak tahu menjaga isteri"...
4. Koleksi isu/artikel berkaitan Rosmah Mansor (video n pic inside)


Terengganu Darul Karaoke: Penduduk berang, serbu pusat karaoke haram!..(video inside)

Posted: 14 Jan 2011 02:13 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Sebelum kalian meneruskan pembacaan, kalian diwajibkan dahulu membaca dua artikel berkaitan di bawah..


1. GEMPAR 'Terengganu Darul Dadah': Penagih dadah di negeri Terengganu meningkat 1,366.67%!!
2.
20 Pusat Karaoke baru di Terengganu: Kalau di negeri Pakatan Rakyat, dah heboh dah..

Berdasarkan maklumat, pusat2 karaoke haram semakin berleluasa di Terenggau sejak diambil alih pemerintahan Umno/BN..tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri juga bercadang menambah 20 pusat karaoke 'halal' sedang penyakit sosial semakin meruncing di Terengganu..

Banyangkan negeri Terengganu berjaya mengalahkan negeri2 lain sebagai negeri paling TINGGI jumlah penagih dadah di Malaysia..kalah negeri2 pantai Barat..baca laporan berita di atas...fikir2kan..wallahua'lam..


KUALA NERUS - Masyarakat setempat lega dengan serbuan dibuat pihak berkuasa tempatan keatas sebuah pusat 'karaoke haram' di Taman Desa Solehah dekat sini, walaupun merasakan tindakan tersebut agak lambat.

Tindakan pihak berkuasa sepatutnya diambil lebih awal memandangkan pusat hiburan tersebut telah beroperasi 'secara terang-terangan' sejak enam bulan lalu.

Menurut seorang penduduk, kegiatan 'menjolok mata' remaja lelaki dan perempuan yang menjadi pelanggan pusat hiburan itu menjadi buah mulut dan mencetuskan kegelisahan masyarakat setempat.

"Sepatutnya pihak berwajib ambil tindakan lebih awal, (kerana) ia beroperasi secara terang-terang, semua orang tahu dan orang kampung bimbang takut anak-anak remaja mereka akan terjebak sama,"katanya yang mahu dikenali sebagai Pak Joe sahaja.


(Gambar - Imam masjid, kupiah hitam janggut putih, turut bersama dalam serbuan..)

Beliau berkata sekumpulan penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) disertai jamaah masjid serta masyarakat Kampung Padang Air telah menyerbu karaoke haram terbabit, pada jam 10 malam, Sabtu 25 Disember.

Katanya, dalam serbuan tersebut pihak penguatkuasa MBKT telah mengeluarkan amaran dan saman kepada pengendali pusat karaoke terbabit.

Dalam pada itu, skuad buletinonline telah beberapa kali membuat intipan berkaitan 'modus operandi' pusat karaoke haram berkenaan.



Melalui pemerhatian skuad Buletinonline, pusat tersebut didapati memulakan perkhidmatannya selepas waktu solat Isya' sekitar jam 9.00 malam dan ditutup sehingga dinihari.

Kebanyakkan pengunjung pusat haram itu adalah dikalangan remaja yang biasanya datang secara berkumpulan.(Lihat video klip)

Pusat itu juga disyakki menjadi pusat kegiatan tidak bermoral apabila didapati dikalangan empat atau lima orang remaja lelaki yang datang, membawa bersama seorang atau dua remaja perempuan. - BO



Tiada ulasan: