Sabtu, 8 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


GEMPAR: Kontrator Melayu minta maaf, tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng!..(video inside)

Posted: 08 Jan 2011 06:43 AM PST



Oleh: Pria Malaya

November tahun lalu kita dikejutkan dengan pengakuan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang a.k.a ADUN Pulau Betong yang mengaku bahawa tanah dan hak Melayu selama ini digadai dibawah pemerintahan terdahulu (Umno/Gerakan)..

Hari ini kita dikejutkan pula dengan keberanian Persatuan Kontraktor Melayu (PKMM) Pulau Pinang yang memohon maaf di atas fitnah dan serangan terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang...syabas diucapkan keatas keberanian mereka..

Ternyata usaha Umno utk menyerang kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng gagal-segagalnya..dakyah kononnya Melayu PP semakin terabai, merempat dan pupus sejak diambil alih kerajaan PP ternyata mitos palsu yg menjengkelkan semata2..

Penulis lampirkan beberapa artikel sebelum ini yang berkaitan dgn isu Melayu Pulau Pinang utk bacaan penyokong fanatik parti rasis Umno di bawah:


1. PANAS: Ahli Umno dakwa UMNO tipu peniaga Melayu, mungkir janji bayar hutang!
2. Debat isu Melayu Pulau Pinang: Ternyata Umno Penang lembab dan pengecut!
3. Isu tanah Melayu Pulau Pinang: Hujah yang gagal disangkal puak gerombolan..
4.
TERBARU: PANAS: Pemimpin Umno Pulau Pinang akhirnya akui Umno punca tanah Melayu PP terhakis!

Untuk yg terakhirnya, insyaAllah, sebagaimana pernah diucapkan Tun M, Umno/BN sukar untuk merampas kembali negeri Pulau Mutiara ini..itu belum dicampur lagi dgn kenyataan Gerakan Penang yang menyerah kalah kepada DAP/PR dalam PRU yg akan datang..klik di SINI..

Akhir kalam..Umno kalah Melayu selamat, Umno lemah, Melayu hebat...fikir2kan..wallahua'lam..


Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.



Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim. - MK



Talibarut Umno terkantoi di Tenang: Laporan polis keatas Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran

Posted: 08 Jan 2011 04:21 AM PST



p/s: Entry ini adalah rentetan dari entry yang terdahulu..klik pada tajuk, "GEMPAR: Rakaman video bukti Pengarah Pendidikan Johor berkempen untuk Umno..laporan polis hari ini!"....

Pengarah pelajaran Johor didakwa kempen untuk BN

PAS Johor membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Dalam laporan polis itu, Mazlan mendakwa Markom telah menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.

"Bagi PAS, tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional.





"Bagi (jawatan berpangkat) DG 54, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Markom turut berkempen di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Tenang.

Dakwanya, bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu.

"Semua pertemuan ini, (guru-guru) diminta menyokong BN," kata Mazlan.

"Kita mempunyai rakaman video bagaimana beliau memberi tekanan kepada guru merayu undi untuk BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang," katanya.


(Bukti rakaman video boleh lihat di SINI..pecat si talibarut umno ini!!..)

Sehubungan itu, katanya, PAS meminta polis menjalankan siasatan dan mendesak supaya Markom dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib.

Ini kerana, katanya, Markom "menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada guru-guru".

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau pegerakkan agensi kerajaan yang berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Sebanyak 20 pemantau telah dilantik yang diletakkan di bawah (pengawasan) saya (sebagai ketua penerangan). Kita sudah mula memantau aktiviti jentera kerajaan.

"Kita guna maklumat (yang diterima) dan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap minggu," katanya.

Tiada ulasan: