Jumaat, 28 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Inilah Lelaki Paling Malang Di Dunia

Posted: 28 Jan 2011 09:58 AM PST

Dia sepatutnya memegang gelaran 'lelaki paling malang di dunia', dan anda boleh mengagaknya kerana - John Wade Agan telah dibawa ke hospital SEKALI LAGI selepas dia di panah petir semasa menggunakan telefon talian tetap di rumahnya di Florida.

Lelaki berusia 47 tahun ini telah dibawa ke Tampa General Hospital , dan berkata dia hanya sedar ketika dikelilingi paramedik dengan stokingnya berlubang kerana terbakar.
Perkara terakhir yang dia ingat ialah ia sedang bersandar pada sinki logam, ketika ribut yang kuat di luar rumahnya dan ia sedang menggunakan telefon.

Agan telah menjadi tajuk-tajuk utama sebelum ini kerana nasib malangnya yang luar biasa. Dalam satu kejadian empat tahun lalu dia dirompak dengan senapang semasa memandu teksi dan dikunci dalam but.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzICPeIYuWSXNrAG-mc-k7PcTGokb4UhBdR1MuHNiNYUg5QTW1oZepUPBzWq7MCdhpr-tMDV0-xL3iPT3eD3iaC1CzgDA3pI4XfnPb2MTDSHq5UahNtCEdxuvHjHKrgJRFD3yvTUWbAtf5/s1600/1.jpg
Kilat - pasti bukan sesuatu yang digemari John Wade Agan.

Dia juga pernah tercedera ditikam di dadanya dengan pisau seorang penjual daging pada tahun 2008 , dan yang terbaru pada 2009, dia telah dipatuk oleh dua ekor ular pada masa yang sama.

Walaupun ramai pakar mempersoalkan sama ada semua kejadian kecederaannya itu benar - terutama kejadian dipatuk ular dan sekarang dipanah petir - dia tetap yakin dengan dakwaannya.

Beberapa pakar mendakwa Agan hanya sekadar mencari perhatian, walaupun sehingga membahayakan diri (dalam cara-cara paling aneh dan munasabah) supaya menerima ubat-ubatan.

Tetapi peristiwa kali ini turut disaksikan oleh anak perempuannya, Misty yang mengesahkan dakwaan bapanya kerana ketika dia berada di rumah apabila bapanya tiba-tiba jatuh selepas satu pancaran kilat dari langit.
'Saya tidak peduli apa orang kata. Pilih sebarang hari dalam seminggu, saya sanggup mengambil ujian pengesan bohong (lie detector)' tambah Agan seperti yang dilaporkan dalam St Petersburg Times.

PRK Tenang : Senarai Serangan BN kepada Cikgu Mala

Posted: 28 Jan 2011 12:14 AM PST

Sejak hari penamaan calon, Cikgu Mala atau Normala Sudirman, calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Tenang telah menjadi perhatian, dicemuh dan dibuli semata-mata kerana menjadi seorang calon untuk menentang BN.

Ia bermula apabila suaminya diberi notis 24 jam untuk berpindah ke sebuah sekolah di Johor Bahru yang beratus batu jauhnya atas alasan dia 'tidak mampu mengawal isterinya'. Setelah banyak menerima bantahan, pemindahan itu akhirnya dibatalkan.

Kemudian, timbul pula isu dia tidak bersalaman atau menggunakan sarung tangan untuk bersalaman dengan penduduk di dalam kawasan Tenang. MCA menggunakan semua jenis taktik untuk mencemarkan namanya semata-mata kerana dia patuhi kepada ajaran agama Islam bahawa seorang perempuan itu hanya boleh bersentuhan dengan lelaki di kalangan ahli keluarganya saja (muhrim). Apabila semakin persatuan-persatuan agama bangkit dan menyuarakan kebimbangan, UMNO, yang senyap membisu akhirnya bersuara menentang MCA kerana UMNO sedar mereka boleh kehilangan sokongan daripada pengundi Melayu. Bagaimanapun MCA tidak pedulikan nasihat UMNO dan masih meneruskan serangan-serangan mereka. Dan akhbar METRO turut terlibat dalam penghinaan kepada Islam melalui sebuah karikatur yang dilukis oleh Juragan. Semoga Allah mengampuni dosa mereka.



Kemudian isu arak pula dibesarkan. Dilaporkan kononnya Cikgu Mala telah memberitahu seorang pekedai Cina bahawa mereka tidak dibenarkan menjual atau minum arak. Bila PAS memberi kata dua kepada anak lelaki presiden MCA untuk mendedahkan siapa orang itu dan dimana kedainya, MCA mengelak untuk dedahkan dan akhirnya perkara tenggelam begitu saja.

Kemudian isu KFC, CIKGU MALA telah berkata dia tidak makan ayam KFC kerana ia tidak halal. Ini menyebabkan isu perkahwinan terdahulunya dengan seseorang pekerja KFC tersingkap, UMNO / penulis-penulis blog BN terus mengambil peluang untuk mencemarkan reputasinya. Malangnya strategi ini juga tidak menjadi.

Isu selanjutnya melibatkan suaminya, guru ini mengambil cuti sakit kerana masalah 'kemurungan'. Timbul suara-suara sumbang yang menyuruh Cikgu Mala supaya menarik diri dari bertanding dan menumpukan kepada menjaga kesihatan suaminya.

Sejak hujan lebat melanda di kawasan Tenang dengan kawasan-kawasan tertentu mengalami banjir, BN mendakwa jika Cikgu Mala terpilih maka masalah banjir di sini akan selesai. Wakil-wakil yang dipilih UMNO dan menjadi wakil kawasan ini sejak 53 tahun telah gagal atau tidak mampu menyelesaikan masalah ini, walaupun semasa setiap kali musim pilihanraya para pengundi dan penduduk di Tenang telah dijanjikan bermacam-macam. Mungkin Cikgu Mala boleh menekankan dia akan cuba untuk melihat masalah ini.

Malam semalam satu pendedahan mengejutkan didedahkan UMNO bahawa satu surat dari majlis tempatan diedar kepada peneroka-peneroka Felda Tenang bahawa mereka boleh menuntut hadiah RM300 tunai hari ini. UMNO mendakwa ia telah dilakukan oleh PAS. Ini kerana PAS itu tidak mampu meyakinkan peneroka-peneroka Felda untuk mengundi calon mereka walaupun Cikgu Mala terkenal dikalangan peneroka.

Lihatlah senario peristiwa-peristiwa ini, kelihatan UMNO / BN yang begitu yakin selepas penamaan calon kini seakan bimbang bahawa mereka akan kehilangan kerusi DUN Tenang ini kepada PAS (Pembangkang) walaupun UMNO / BN telah mendabik dada bahawa mereka akan menang dengan majoriti lebih besar daripada 5,000 undi.

Undi Cina nampaknya akan diberikan kepada pembangkang walaupun selepas MCA menawarkan RM100 untuk memakai kemeja-T 1Malaysia selama 2 jam, biarpun selepas kontrovesi isu bersalaman dengan sarung dan isu arak.

Apa yang lebih dirisaukan peneroka-peneroka Felda, yang merupakan deposit tetap UMNO juga diragui akan mengundi pembangkang.

UMNO / BN sekarang dalam keadaan serba salah dan sedang menggunakan semua muslihatnya untuk memperdayakan para pengundi Tenang demi untuk memenangi pilihan raya kecil ini dengan seberapa mahal sekalipun.

Satu lagi cabaran UMNO ialah dalam menghadapi masalah dalaman apabila orang luar dipilih sebagai calon mereka walaupun bahagian UMNO Tenang telah mencadangkan beberapa pemimpin bahagian sebagai pilihan ideal calon mereka. Berkemungkinan ahli UMNO sendiri mungkin menentang UMNO / BN untuk menunjukkan isyarat kemarahan mereka kerana tidak memilih calon pilihan mereka. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor telah menenangkan ahli-ahli mereka dengan alasan calon pilihan kali ini adalah calon 'winnable'. Calon yang mampu menang. Biarpun pelbagai dakwaan calon BN dilaporkan mempunyai satu kes mahkamah yang masih berjalan kerana 'memanipulasi dan menipu' seorang pemilik tanah dengan melelong tanahnya kepada pihak ketiga sedangkan sebagai penjawat perkhidmatan awam dia bertanggungjawab di atas perkara seperti ini. Calon BN terlebih dahulu berbohong mengatakan perkara itu bukan kerana pertolongannya.

Satu lagi faktor ialah UMNO pernah menyatakan bahawa mereka TIDAK PERLUKAN undi orang India dan Cina untuk menang. Ini akan balik menentang mereka.

Kini keadaan masih 50:50 dengan keadaan Pembangkang mendapat bola tanggung. Ahad ini kita akan tahu siapa yang dipilih oleh para pengundi Tenang untuk mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri?

Senjata Mainan 3 Inci Ancam Keselamatan

Posted: 27 Jan 2011 05:07 PM PST

GATWICK, LONDON - Seorang Pegawai penerbangan mengarahkan sepasangan pelancong yang membawa permainan askar lengkap bersama senjata untuk membuang senapang berukuran tiga inci - kerana ia mengancam keselamatan.

Ken Lloyd tergamam apabila beliau diberitahu bahawa dia tidak boleh masuk ke dalam kapal terbang bersama dengan permainan model askar berukuran 9 inci kerana ia membawa 'senjata api'.

Pelancong dari Kanada dan isterinya itu telah membeli sebuah permainan, satu replika tentera yang memegang senapang SA80, semasa lawatan ke Royal Signals Museum di Blandford Camp, Dorset. Tetapi apabila beg tangannya melalui mesin pengimbas di Gatwick Airpot, tanda kenangan yang berharga £135 (RM650) itu mencetuskan amaran keselamatan pada mesin pengimbas.

Diharamkan: Pasangan ini tidak dibenar membawa replika askar ini dan senapangnya menaiki kapal terbang di Gatwick Airport.


Kecil: Replika senapang ini perlu dihantar ke Kanada menggunakan pos.


Pegawai-pegawai itu memberitahu sebarang bentuk senjata tidak dapat di bawa ke dalam kapal terbang dan En Lloyd terpaksa mencabut senjata ini dari model dan diposkan ke rumahnya di Ontario.

Katanya: 'Sebaik saja senapang kecil SA80 ini dikeluarkan dari kotak, pegawai keselamatan terus menghubungi penyelianya. SA80 tidak boleh lepas. Isteri saya meminta mereka melakukan "pemeriksaan realiti", dan menjelaskan bagaimana model permainan setinggi 9 inci bersama senjata ini boleh mengancam keselamatan.'

Bagaimanapun penyelia itu yakin mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan menegaskan bahawa "senjata api" tetap "senjata api" dan ia tidak boleh melaluinya.

Adam Forty, kurator Royal Signals Museum berkata: 'Pihak Muzium tentera juga memahami soal perlunya mengambil langkah keselamatan dengan sangat serius, terutama di pangkalan-pangkalan tentera dan lapangan-lapangan terbang, tetapi kali ini ia kelihatan agak keterlaluan. Nasib baik kami tidak menjual kepada Mrs Lloyd sebuah permainan replika kereta kebal.'

Pemeriksaan keselamatan di Gatwick Airport yang mencetuskan rasa lucu dengan kendalian penyelia keselamatan yang tidak masuk akal.

Seorang jurucakap Gatwick Airport berkata: 'Barangan senjata api dan barangan yang serupa dengan senjata api adalah dilarang. Terdapat banyak sebab lain mengapa sesuatu barangan tidak melepasi kawalan keselamatan, seperti barangan yang besar dan tidak dapat dimuatkan pada lokar atas pesawat.'


Sumber : Daily Mail

Tiada ulasan: