Pulakdah! |
| Pembantu Terakhir Hitler Yang Masih Hidup Posted: 26 Jan 2011 09:06 AM PST Selepas lebih daripada 65 tahun sejak Perang Dunia ke-2, pengawal peribadi Adolf Hitler terakhir yang masih hidup akhirnya berkata bahawa dia tidak mampu lagi membalas ribuan surat peminat yang diterima dari seluruh dunia, disebabkan oleh usianya yang semakin lanjut. Rochus Misch, 93 tahun sekarang terpaksa menggunakan bantuan walking frame untuk bergerak di dalam pangsapurinya. Dia memberitahu tabloid Berliner Kurier bahawa, dengan jumlah surat yang banyak diterimanya untuk meminta autograf, ia berkata "tidak mungkin lagi" mampu membalasnya disebabkan faktor umurnya. "Ia (surat-surat itu) datang dari Korea, dari Knoxville, Tennessee, dari Finland dan Iceland -- dan tidak ada satupun menyebut kata-kata yang buruk," kata Misch, yang dipercayai menjadi lelaki terakhir yang pernah melihat Hitler dan pimpinan tertinggi Nazi yang lain. ![]() Sebelum ini Misch membalas surat-surat peminatnya dengan autograf bersama salinan-salinan gambar dirinya sewqktu perang dengan berpakaian lengkap seragam SS. Namun kini surat-surat peminat yang baru diterima, termasuk bungkusan dan pakej-pakej, bertimbun di dalam rumah pangsanya yang terletak di selatan Berlin. Misch juga berkhidmat pernah berkhidmat sebagai telefonis dan utusan Hitler. Memoirnya, "The Last Witness," telah dicetak pada 2008 di Jerman dan sekarang di dalam kerja-kerja pembikinan untuk difilemkan. Sumber : Reuters |
| PRK Tenang : 5 Hari Sebelum Mengundi Posted: 25 Jan 2011 09:03 PM PST Malam 24hb hari tu aku ada di sekitar Labis untuk melihat kemeriahan PRK Dun Tenang. Perbandingan daripada PRK yang aku pernah pergi sebelum ini seperti PRK Hulu Selangor, PRK Gua Musang boleh la dikatakan PRK Tenang memang Tenang. Ya, mungkin terlalu awal untuk menilai. Biasanya malam kemuncak sebelum pengundi semua penceramah otai kedua-dua parti akan turun. SIAPA PALING KUAT Selepas pusing-pusing sekitar Labis, akhirnya aku dan Anwar (Ketua AMK Muar) buat keputusan ke Felda Cempelak kerana dari senarai ceramah malam itu, Hj Mohamad Sabu di jangka akan berceramah di Cempelak. Siapa tak kenal Mat Sabu?. Penceramah yang berkemampuan menarik hadirin paling ramai (terutamanya penduduk Cina) selain Anwar Ibrahim adalah Abang Mat. Baru-baru ini Chegu Bard juga menjadi sebutan dikalangan penduduk. Sampai saja di sana, penduduk yang keluar mendengar ceramah sekitar 100 orang. Tak ramai. Benda pertama aku nampak sebaik turun dari kereta adalah lokasi ceramah yang 'amat strategik'. Sama macam kes di Gua Musang. Pentas ceramah PAS dengan Bilik Gerakan BN dalam sepuluh langkah saja jaraknya. Kalau di Gua Musang semasa PAS berceramah, Bilik Gerakan BN memasang lagu '1Malaysia' nyanyian Roy dengan kuat. Situasi di Felda Cempelak Bilik Gerakan BN memasang Video Klip isu Dun Perak, sambil menayangkan peristiwa ADUN PR menghalang cubaan Polis untuk mengheret Speaker sah Sivakumar. Juga audionya dipasang dengan kuat sedangkan budak-budak BN yang dengar hanya 4 orang. Tapi bezanya, lepas seorang penceramah PAS (aku tak kenal siapa) menegur bahawa tindakan mengganggu ketika orang sedang berucap adalah 'tidak beradab' dan bukan tindakan 'orang Islam', barulah audionya diperlahankan. Berbanding di Gua Musang, memang lebih brutal. Kedua-dua pihak tak mahu mengalah, sampai polis & SB jadi pening!. ...walaupun yang dengar tidak sampai 10 orang. Kalau perasan speaker tu sengaja dihalakan ke arah pentas ceramah PAS walhal sepatutnya dihalakan ke arah 3 orang 'pendengar setia' dibawah khemah itu. JUMPA DENGAN SB PERAK Sambil menunggu Abang Mat datang, aku minum di kedai berdekatan. (atau lebih tepat warong bergerak). Biasanya Abang Mat datang berceramah sejam saja. Sempat la juga nampak Dr Hatta Ramli datang dan salam dengan penduduk setempat. Tapi masa tu aku dah agak Abg Mat mesti tak datang sebab dah pukul 11.00 mlm. Kalau Dr Hatta ceramah, berapa lama pula Abg Mat nak ceramah?. Penduduk yang datang ke tapak ceramah pun tak sampai 100 orang. Sedang minum dengan Anwar datang sorang SB dari Perak (member sekolah Anwar AMK Muar). Fuh! SB Perak pun terima arahan untuk jaga Dun Tenang, apa tak cukup SB dari Johor. Tapi bagus juga dapat kenal SB Perak ni. Dapat tahu cerita sebenar semasa peristiwa krisis Dun Perak. Ya, dia adalah antara salah sorang SB yang ada dalam Dewan Dun Perak semasa kerusi Speaker Perak dirampas daripada Sivakumar dan diberikan kepada Ganesan. Dan cerita yang dibawa ADUN Perak kononnya ada SB yang membawa pistol di dalam Dewan yang mulia itu memang benar. Sebab dia sendiri bawa pistol semasa itu. Tidak sampai 100 orang yang hadir mendengar ceramah PAS malam itu. Namun selepas jam 11.30 malam kehadiran orang ramai semakin ramai melebihi 100 orang. Selepas penceramah ini menegur perbuatan Bilik Gerakan BN sebagai 'tidak beradab' barulah tiada lagi gangguan sepanjang program ceramah ini berlangsung sehingga 12.00 mlm. Macam-macam hal dibualkan sambil menunggu Abang Mat yang akhirnya tidak juga sampai sehingga 12.00 mlm. Dari cerita setiap rumah kedai yang mendapat tawaran untuk disewa petugas PAS atau PR mendapat RM10,000 dari BN semata-mata untuk mengelakkan daripada petugas PAS mendapat tempat. Sehinggalah ke cerita tapak persendirian Cina yang asalnya hendak disewa Polis namun lebih rela disewakan kepada PAS kerana tidak sanggup ditipu kerana kebiasaannya sebelum pilihanraya memang janji hendak bayar, tapi selepas pilihanraya hilang macam tu saja. Macam kes di Bagan Pinang. Ramai pemilik rumah kedai yang disewa untuk dijadikan Bilik Gerakan BN ternganga kerana tidak dibayar sewanya selepas pilihanraya. Namun yang nyata memang banyak duit kerajaan laburkan untuk PRK Tenang ini. Hadiah cabutan bertuah bukan setakat hamper bodoh, tapi dari barangan elektrik sehinggalah sebuah motosikal. Mengenai penggunaan Helikopter pula seperti dilaporkan edyes sebenarnya bukan setakat kali ini saja tetapi setiap kali pilihanraya. Muhyiddin akan guna Heli kerajaan atas jawatan TPM, MB Ghani Othman atau Hisyamuddin pun nak guna Heli juga. Helikopter Datuk Lim, tauke Danga Bay memang selalu digunakan Hisyamuddin sejak PRK Kuala Terengganu. Jadi kalau disentuh penggunaan duit yang banyak memang BN pening kepala. Itu sebabnya bila Merlimau pun ada PRK mereka dah mula sakit kepala nak cari duit!. |
| Posted: 19 Jan 2011 03:05 PM PST |
| You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan