Ahad, 23 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Undi Calon Yang FIT bukan FAT!

Posted: 23 Jan 2011 11:29 AM PST

Kepada pengundi di TENANG, buatlah pilihan dengan bijak. Adakah anda mahu mengundi seorang lagi SI GEMUK sebagai ADUN anda semata-mata untuk melihat dia mati kerana cintanya kepada NASI LEMAK? Lihat saja lelaki gemuk ini. Dia kelihatan letih dan tidak bermaya. Senyu pun macam tak larat gua tengok. Lihatlah buyung TEH TARIK yang dia bawa ke sana ke mari! Dayyum!

Sekarang lihat pula kepada calon PAS untuk perbandingan. Dia kelihatan sihat dan penuh bertenaga. Pasti dia tidak semput dan termengah-mengah setiap 6 minit.





Wahai pengundi TENANG, anda mesti mengetuai dan menunjukkan kepada semua parti politik bahawa kita sebagai RAKYAT mahukan hanya ADUN yang sihat mulai hari ini dan akan datang. Jangan lagi berikan undi anda kepada calon GEMUK. Calon yang sihat memberikan perkhidmatan kepada rakyat lebih baik!

UNDI UNTUK FITNESS BUKAN FATNESS

Anwar Cabar Najib Debat Isu Peribadi

Posted: 22 Jan 2011 07:50 PM PST

Oleh Adib Zalkapli, Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak daripada membuat serangan peribadi terhadap beliau semasa berkempen di Tenang, sambil menyatakan beliau juga tidak akan teragak-agak untuk membahaskan hal-hal peribadi berkaitan dengan perdana menteri.

Dalam perhimpunan umum pertamanya untuk Pakatan Rakyat (PR) sejak bermula kempen di Tenang semalam, Anwar berkata Najib tidak memberi sebarang balasan terhadap jemputannya untuk membahaskan isu-isu ekonomi tetapi lebih berminat kepada hal peribadi.

"Bila kita pertama kali melancarkan Buku Jingga (agenda pembaharuan PR), dia mengatakan ia tidak bertanggungjawab jadi saya mencabarnya untuk diadakan sebuah perdebatan," menurut Anwar semalam.

"Saya mencabarnya untuk berdebat mengenai ekonomi, tetapi dia membalas dengan isu-isu peribadi," katanya pada satu ceramah berhampiran pusat bandar di sini.

Awal bulan ini, Anwar mencabar Najib untuk mengadakan perbahasan umum selepas senarai janji-janji PR yang dilancarkan pada konvensyen keduanya bulan lepas diperlekehkan.

Antara reformasi dijanjikan oleh PR selepas 100 hari menawan Putrajaya, ialah untuk melaksanakan satu elaun khas bulanan sebanyak RM500 untuk guru-guru.



PR juga berjanji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menghapuskan sistem tol dengan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan badan kerajaan lain untuk mengambil alih aset-aset lebuh raya dari pemegang-pemegang konsesi, serta menawarkan akses Internet tanpa wayar (wayarles) kepada penduduk di kawasan bandar dan separa bandar.

Anwar berkata ia hanya akan menelan perbelanjaan negara RM19.2 bilion untuk melaksanakan rancangan pembaharuan PR, sama dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.

Cabaran Anwar untuk berdebat kemudiannya digambarkan oleh Najib sebagai membuang masa dan berkata mantan timbalan perdana menteri itu akan "demam" jika dia mendedahkan segala-galanya.

Najib berkata dia tidak takut dengan cabarannya dan mengingatkan dia dan kementeriannya mempunyai semua maklumat ke atas Anwar, yang sedang menghadapi satu tuduhan liwat kedua.

Tetapi Anwar berkata hari ini dia juga sanggup mendedahkan hal peribadi Najib jika dia mahu mendebatkan perkara itu.

"Jika dia mahu untuk berdebat isu-isu peribadi, kami boleh bercerita isu-isu peribadinya. Saya telah dibogelkan sebelum ini, tetapi sebagai seorang mangsa saya mempunyai hak mempertahankan diri saya," berkata Anwar, merujuk kepada penangkapan sebelumnya.

"Datuk Najib, biar saya mengingatkan (dia) untuk kali yang terakhir, jika dia menimbulkan isu-isu peribadi sekali lagi saya juga bersedia untuk membahaskan isu-isu peribadinya, tetapi sebagai seorang ahli politik bertanggungjawab, saya tidak mahu. Mari tumpukan kepada isu-isu ekonomi," dia menambah.

Tiada ulasan: