Jumaat, 7 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Tragedi 1Malaysia!

Posted: 06 Jan 2011 08:47 PM PST

Saya baru sahaja mendengar beberapa buah lagu Beyond, sebuah kumpulan yang sangat terkenal sekitar 1980/90 di Hong Kong. Ia adalah sebuah kumpulan band Cina kegemaran saya dengan masa lampau yang berwarna-warni. Tetapi satu tragedi telah berlaku pada 1993 apabila penyanyi utamanya jatuh pentas setinggi 3 meter dan menyebabkan kematiannya.

Negara kita mempunyai suatu masa lampau yang berwarna-warni di bawah kepimpinan Tunku sehingga Tun Hussein Onn. Kemudian tragedi mula melanda negara kita apabila Mahathir mendapat kuasa dan membubarkan hampir setiap institusi di negara ini yang pernah dihargai, contohnya isntitusi kehakiman.

Badawi selepas itu terus tidur semasa pentadbirannya. Najib kemudiannya mengambil alih dan keluar bersama slogan 1Malaysianya yang diinspirasikan oleh APCO. Jadi, apa sebenarnya 1Malaysia dan apakah pencapaiannya setakat ini?

Terus-terang, pencapaiannya agak banyak. Najib perlu menukarkan situasi hampir tewas kepada kembali mencapai kemenangan selepas hilang 5 negeri kepada PR dan memecahkan monopoli 2/3 BN.

Pertama sekali, ia dapat memecahkan pengundi India selepas Tsunami 2008. Orang-orang India ialah kunci politik di kebanyakan pusat undi terutama di negeri-negeri utara/tengah semenanjung. Mereka bersatu untuk menjatuhkan BN di bawah pengaruh pergerakan HINDRAF.

Jika kumpulan minoriti ini tidak dipecahkan risiko besar 2008 pasti akan berulang kembali. Maka, lahirlah Parti Makkal Sakhti dan beberapa parti serpihan orang India yang lain. Hindraf sendiri telah hilang hala tujunya dan dilihat menjadi lebih banyak anti PR berbanding BN sendiri.

Saya dapat merasakan pengundi India turut kehilangan arah dan akan berpaling kembali kepada BN. Jadi, jika anda fikirkan 1Malaysia bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia, fikir semula. Ia berada di hadapan untuk mencapai matlamat politiknya demi menyatukan keseluruhan warga Malaysia di bawah 1BN melalui 1Malaysia.

Bagaimana dengan pengundi Melayu? Kelihatan seolah-olah mereka telah kembali kepada BN pergi berdasarkan keputusan pilihan raya kecil terkini. Najib merasakan jurang antara dirinya dengan pengundi Melayu dapat dirapatkan tetapi dia mengetahui dia tidak boleh melakukannya sendirian.

Dia melakukannya dengan menjadikan Perkasa sebagai alat dan akhbar Utusan sebagai jurucakapnya. Dua kumpulan ini telah berada di saf hadapan dalam memperjuangkan ketuanan Melayu tidak kira siang dan malam. Dan sesetengah daripada mereka terpengaruh terutama daripada golongan kontraktor-kontraktor.

Tambahan lagi, dua kumpulan ini begitu kuat dan lantang di dalam terma-terma yang tidak menentu menyatakan bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa mereka di tanah air sendiri jika PR mendapat kuasa. Mesej ini diulang-ulang hampir setiap hari dan ia menampakkan kesannya juga.

Saya tidak boleh katakan pengundi Melayu akan kembali semula ke dalam kumpulan itu tetapi apa yang pasti ialah mereka pulang kembali berada di bawah UMNO Najib. Saya rasakan bagi permulaan 1Malaysia Najib ini menampakkan beberapa keputusan yang diingini.

Mahathir telah menyatakan dengan pasti bahawa kunci politik sebenar ialah pengundi Melayu kalau mereka dapat disatukan. Dan inilah apa yang 1Malaysia telah lakukan dengan senyap tetapi berkesan.

Bagaimana dengan pengundi Cina? Begini, mereka lebih praktikal dan tetap berpegang untuk membuat perubahan. Inilah satu kumpulan yang Najib tidak berupaya lakukan banyak kemajuan dalam soal sokongan politik.

MCA tidak banyak membantu dalam merapatykan jurang sokongan untuk BN pada keseluruhannya. Dan saya rasa inilah sebabnya mengapa 1Malaysia begitu penting kepada Najib kerana beliau tidak hanya boleh bergantung pada rakan-rakan sejawat BN untuk melakukan kerja dengan baik.

Jadi, apakah perancangan 1Malaysia Najib untuk masyarakat Cina? Terus-terang, saya tidak ada satu petunjuk pun dan berharap seseorang di luar sana boleh memberitahu saya.

Sabah & Sarawak? Ya, mereka telah pun menjadi 1Malaysia di bawah 1BN dan menjadi "deposit tetap untuk BN" jadi apa perlunya untuk pergi dan merosakkannya.

Malah, Sabah telah pergi selangkah kehadapan. Mereka bukan lagi 1Malaysia tetapi 1Asia disebabkan mereka "mempunyai" pelbagai warganegara asing yang ramai daripada Indonesia, Filipina, Pakistan, Semenanjung dan lain-lain.

Jadi apa yang telah kami pelajari dari sini. Ada beberapa perkara:-

- 1Malaysia ialah satu alat politik / perangkap untuk mencapai matlamat 1BN di Malaysia.
- kaedah 1Malaysia ialah "pecah dan perintah" pengundi Malaysia untuk mencapai pemerintahan BN. Membahagikan kuasa-kuasa politik dan kawal yang lain.
- alat 1Malaysia ialah Perkasa dan akhbar Utusan sebagai jurucakap mereka. Mengapa anda fikir Najib begitu senyap dan tidak mengambil apa-apa langkah atau tindakan terhadap kedua-dua kumpulan ini?

Kini kerajaan Selangor menghadapi "pecah dan perintah" ini? Pedulikan? Mereka hanya perlu teruskan dengan mengharamkan idea 1Malaysia ini / slogan / simbol dan macam-macam lagi.

1Malaysia ialah sebuah perangkap yang akan menjurus kematian Pakatan dan saya boleh bayangkan Najib sedang ketawa sekarang.

1Malaysia berada di hadapan untuk Najib melaksanakan strateginya menyatukan Malaysia di bawah kuasanya. Jika strategi ini berjaya pasti ini suatu Tragedi untuk semua rakyat Malaysia!

Ingat 1Malaysia = peraturan 1BN (baca: Pecah dan perintah)


Sumber : The Tragedy of 1Malaysia!

Tiada ulasan: