Rabu, 5 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Lelaki Tua Bertanduk

Posted: 05 Jan 2011 09:37 AM PST

CHINA - Huang Yuanfan, 84, berkata ketumbuhan ganjil ini bermula sejak dua tahun lalu sebagai satu bonjolan kecil, tetapi ianya semakin lama semakin membesar.

Lelaki tua ini berkata: 'Saya cuba membuangnya malah memotongnya tetapi tidak ada perubahan. Malahan tanduk ini semakin membesar.'

Tanduk di belakang kepala Yuanfan kini mencecah tiga inci dan tidak menunjukkan tanda-tanda pertumbuhannya akan berhenti.

Dia menambah: 'Doktor-doktor turut menyatakan mereka tidak tahu apa yang menyebabkan kewujudannya, walaupun mereka membuangnya ia tetap akan tumbuh kembali. Sekarang saya boleh menyembunyikannya dengan topi tetapi jika ia semakin panjang pasti ia akan keluar ke atas.'



Sumber : www.metro.co.uk

Anak Shah Iran Bunuh Diri

Posted: 05 Jan 2011 06:29 AM PST

BOSTON - Putera bungsu shah terakhir Iran dilaporkan membunuh diri di Boston kerana tidak tahan menanggung kesedihan setelah ditinggalkan ayahnya. Dia juga agak tertekan dengan pergolakan yang terjadi di tanah air-nya.

"Hari ini dengan rasa sedih yang mendalam kami ingin menyampaikan khabar dukacita di atas kematian kerabat kami Pangeran Ali Reza Pahlavi," demikian disampaikan putera sulung, Reza Pahlavi, dalam laman web peribadi miliknya seperti dilaporkan AFP pada Rabu (5/1/2011).


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz9TR8I0VkNKSQp9kwc4tXS0ZOai9YzlKG7wt4RvEehgdkAuRxUsLVoFkGObywqlsD90Jffb8BVl5sOKKGHXySg9g9c0paQKabMeUoIri4hlRDY-P3c5gxR-4IeZOIaXtJBsaNpoumIu4z/s1600/1.jpg
Ali Reza Pahlavi (kiri).


Dia mengatakan saudaranya yang berusia 44 tahun sebenarnya sedang menuntut ilmu di Universiti Harvard, dan kelihatan sangat runsing memikirkan apa yang terjadi di negara asalnya.

"Seperti jutaan pemuda Iran yang lain, dia merasa sangat terganggu dengan apa yang sedang menimpa tanah air tercintanya. Keadaan itu diperburukkan lagi dengan beban yang harus dipikulnya akibat kehilangan ayah dan saudara perempuannya pada usia yang sangat muda," ujarnya lagi.

"Dia telah berjuang bertahun-tahun mengatasi kesedihannya, namun dia akhirnya menyerah. Pada malam 4 Januari 2011 di kediamannya di Boston, dia memutuskan untuk mengakhiri hidupnya. Keluarga dan teman-temannya sangat sedih dengan pemergiannya," lanjut abangnya lagi.

Pihak polis belum dapat memberikan sebarang pengesahan rasmi berkaitan kematiannya.

Namun seorang anggota polis sempat memberi penjelasan, "saya dapat mengesahkan seorang lelaki dewasa yang berusia 40an ditemui meninggal dunia di 141 West Newton Street di Boston. Dia meninggal akibat luka ditembak. Penyiasatan sedang dijalankan, namun pastinya ia bukan kes pembunuhan."

Tiada ulasan: