Pulakdah! |
- Nilai Kereta Ahmadinejad USD 1 juta!
- Khusrin Dihalang Hadiri Semua Mesyuarat Negeri
- Khusrin Bergaya Di Pejabat Baru
| Nilai Kereta Ahmadinejad USD 1 juta! Posted: 03 Jan 2011 08:22 AM PST IRAN - Baru sebulan diumumkan kereta lama Peugeot 504 buatan tahun 1977 milik presiden Iran, Mahmoud Ahamdinejad untuk dilelong, sudah pun menerima tawaran daripada seorang individu dengan nilai USD 1 juta (RM 3,045,260). Berita ini dipetik dari laporan berita AFP, Sabtu (1/1/2011) lalu. Seorang individu dari sebuah negara Arab yang dirahsiakan namanya, menjadi satu-satunya peminat kereta lama tersebut hingga mencecah angka USD 1 juta. Pemerintah Iran berkata akan menunggu sehingga bulan hadapan untuk mencari pembeli dengan tawaran harga tertinggi. Lelong ini sudah dimulai sejak penghujung November 2010 lalu. Wang hasil lelong tersebut akan disumbangkan untuk kegiatan sosial, iaitu untuk membantu projek pembangunan rumah bagi keluarga yang tidak berkemampuan atau dikenali sebagai program Mehr. Ahmadinejad sehingga saat ini sedang berusaha keras untuk menghilangkan persepsi bahawa Iran adalah negara miskin. Ketika ia terpilih menjadi Presiden Iran pada 2005, Ahmadinejad dikenali sebagai Presiden yang sederhana. Ia hanya memiliki rumah yang biasa sahaja, memiliki dua akaun dari dua bank yang berbeda, dan satu unit kereta Peugeot yang akan dilelongnya itu. Meskipun keadaan kereta Peugeot 504 milik Ahmadinejad sememangnya tidak 100% sempurna, ia pasti akan terjual dalam nilai jutaan ringgit. |
| Khusrin Dihalang Hadiri Semua Mesyuarat Negeri Posted: 03 Jan 2011 05:15 AM PST ![]() SHAH ALAM — Kerajaan Selangor telah mengambil satu langkah yang amat menyukarkan bagi Datuk Mohd Khusrin Munawi apabila mengharamkannya daripada menghadiri semua mesyuarat rasmi yang penting. MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan pada hari ini bahawa pentadbirannya akan menulis satu surat rasmi kepada Perkhidmatan Awam untuk membincangkan calon bagi menggantikan jawatan perkhidmatan awam tertinggi di negeri itu. Dia turut mengesahkan sehingga sebarang keputusan akhir dicapai, kerajaan tidak akan mengadakan atau terlibat dalam mana-mana "majlis meraikan" perlantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru. "Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato' Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," Kata Khalid kepada wartawan hari ini. MB Selangor juga berkata bahawa dia tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Khusrin pada satu majlis di istana 6 Januari ini. Khusrin mengesahkan hari ini yang dia memulakan tugas-tugas rasminya walaupun satu pertikaian sedang berlaku di antara Putrajaya dan Shah Alam berkaitan pelantikannya. Pada hari pertama Khusrin di tempat kerja dia mengakui "tiada masalah" setakat ini , dan kerajaan Selangor tidak membantah ketika dia melaporkan diri untuk tugas. Terjemahan : Selangor MB says Khusrin banned from all important state meetings |
| Khusrin Bergaya Di Pejabat Baru Posted: 02 Jan 2011 09:44 PM PST |
| You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan