Khamis, 27 Januari 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


TENANG bersama ketenangan tazkirah Tok Guru Nik Aziz

Posted: 27 Jan 2011 07:33 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

Meskipun hujan dan banjir melanda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, ia sedikitpun tidak membatas dan 'melumpuhkan' pergerakan kempen Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam usia yang lewat senja, raut wajah tuannya tidak diterjemahkan untuk menampakkan beliau 'kurang berdaya' untuk bergerak bagi membantu kempen calon PAS, Normala Sudirman di sini.

Kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan oleh pengundi dan penyokong PAS di sini hatta dari tempat lain.Meskipun ceramah diadakan ketika hujan lebat, wajah lewat usia Tuan Guru terus mendapat perhatian masyarakat serta menjadi fokus lensa kamera.

Tidak kira tua mahupun muda, semuanya mahu mengenali Menteri Besar Kelantan ini yang sudah lebih 20 tahun mentadbir Kelantan tanpa ada sedikitpun sengketa keagamaan ataupun perbezaan fahaman bangsa.

Siri-siri ceramah dan kuliahnya di sini cukup banyak memfokuskan soal
'kehidupan selepas kematian' soal pembalasan selepas dibangunkan di Padang Mahsyar nanti.

Kupasan 'kisah kematian' kali ini diulangi secara konsisten dimana sahaja beliau berkempen, malah dalam Tazkirah Dhuhanya di Dataran

Mala, Tok Guru sekali lagi mengungkap soal 'hari pembalasan'.Ramai yang sebak dan terkedu dengan tazkirahnya.

Tidak ketinggalan, Tok Guru turut menceritakan bagaimana Kelantan mula-mula ditadbirnya.Beliau menyatakan di awal pemerintahannya, beliau mengarahkan semua wang kerajaan negeri tidak lagi disimpan dalam akaun bank yang menjalankan sistem riba.

Ini kerana Islam sangat jelas memerangi segala bentuk perniagaan yang
berteraskan riba yang menindas, katanya.Beliau menambah, sebaik ada pihak yang memprotes tindakan itu terutamanya bank-bank konvensional,
beliau memanggil wakil-wakil bank bertemu dengannya.

Setelah mendengar penjelasannya, akhirnya kebanyakan bank di Kelantan mula akur dan menjalankan sistem perbankkan Islam dengan ada juga alternatif konvensional pada awal perubahan tersebut.

Namun lama kelamaan, ianya mampu dimansuhkan dan kini bank-bank yang bertapak di kelantan lebih maju dengan sistem perbankan Islam, sambung Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan prinsip perniagaan Islam yang dipegangnya.

Beliau turut mengkisahkan bagaimana beliau meminta sebuah masjid berkonsepkan tamadun Cina dibina di Rantau Panjang dimana idea itu diambilnya setelah melawat negara China beberapa kali sebelum ini.

Telahan Tuan Guru Nik Aziz mudah, beliau mahu bukan Islam terutamanya Cina di negara ini tidak lagi melihat islam dalam kaca mata yang negatif.

Mendekatkan hujah itu, beliau dengan menyandarkan 'persaudaraan Islam sesama Islam dalam persaudaraan Islam, dan bukan Islam dengan islam dalam konteks persaudaraan insani.

Kehadiran Tok Guru nyata memberi dorongan kuat kepada golongan bukan Islam untuk tidak terlepas dari mengikuti ceramahnya.Seorang penganut Hindu, K Kannan menyifatkan, Tok Guru sebagai ikon perpaduan yang mengatasi batas kaum dan agama.

Walaupun berjubah, imej tok guru amat disenangi semua bangsa kerana baginya 'perkauman' tidak mengekori jejak dakwahnya....

Calon BN 'tak pandai berceramah'?

Posted: 27 Jan 2011 09:33 AM PST

Dalam sembang-sembang penulis dengan rakan wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri sebentar tadi terdedah cerita bahawa calon BN, Mohd Azahar Ibrahim rupa-rupanya didakwa tak pandai berceramah.

Ada ka patut, Kok Tsu Koon jemput dia naik ceramah di satu pentas ceramah, tapi dia naik bersalam sahaja dengan pimpinan di atas pentas.

Lagi pula ceritanya, dia hanya tahu cakap dengan pengundi bila ceramah 'jangan lupa bawa kad pengenalan, jangan lupa undi BN'...

Dalam-dalam tak pandai cakap dia ada kes tipu lelong tanah orang di Segamat masa dia jadi Penolong Pegawai Tanah dan Daerah (ADO) di sana...hurummmmmmmmm tak pandaio cakap tapi cekap menyekap dalam mengona...hahahahahah kesian BN dah tak ada calon lain ke?

PAS redakan propaganda jahat Umno-BN memburukkan Islam

Posted: 27 Jan 2011 09:02 AM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB
(Artikel)

Jika 10 tahun lalu, kelibat ustaz-ustaz PAS sukar untuk menembusi pagar-pagar estate mahupun kuil-kuil Hindu untuk memberi penerangan Islam yang bagaimana dibawa PAS.

Namun sejak kebelakangan ini, ia semakin mudah dan menjadi 'trend' tidak kira semasa pilihan raya atau waktu biasa, golongan ini boleh berceramah hatta bercakap mengenai keadilan Islam yang dibawa PAS.

Beberapa hari mengikuti perjalanan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, penulis dapat melihat perubahan yang bukan sebuah lakonan, tetapi realiti bagaimana golongan pendakwah PAS ini berjaya menyentuh persoalan hubungan penganut Islam dengan bukan Islam dalam konteks 'insan'.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad sendiri merasai bagaimana 'debaran' untuk turun berkempen di Ladang Tenang Stations dekat sini 27 Januari lalu sebagai suatu yang sebenarnya mengujakan.

Tanpa menolak pelawaan dari Makkal Sakti untuk berkempen dan berceramah di estate tersebut, Ustaz Idris membuka jalan dengan menerangkan soal keadilan Islam kepada semua penganut agama lain.

Nada yang dibawakan mudah, dengan membawa contoh bagaimana PAS mentadbir kerajaan Kelantan selama lebih 20 tahun tanpa ada satupun bukan Islam teraniaya atau dibunuh kerana perbezaan agama.

Selama lebih 20 tahun juga garapan keadilan Islam dibawa PAS berjaya memberi peluang kepada bukan Islam untuk menitip kehidupan tanpa paksaan, sebaliknya bebas untuk mengamalkan agama yang dianuti rakyat, telah Ustaz Idris.

Terpesona beberapa anak-anak muda berketurunan India mendengar penerangan mengenai Islam dan keadilan Islam yang sebenar.Ia sangat berbeza dengan Islam versi 'Umno-BN' yang kini ditambah dengan rencah ulama tauliah dari Umno-BN iaitu pimpinan MCA.

Ucapan Ustaz Idris memecah 'gegendang dungu' pengundi India yang sekian lama dibuai oleh propaganda Umno-BN dengan politik sempit memisahkan Islam dan politik.

Wajah dungu pengundi bukan Islam mula melakarkan senyuman membait kepada Islam, bukan untuk mereka dipaksa menerimanya sebaliknya untuk memiliki sebuah 'kefahaman' agar tidak tertipu oleh propaganda Umno-BN.

Tugas yang dijalankan Ustaz Idris mungkin telahpun dilaksanakn terdahulu oleh pimpinan yang lebih tinggi seperti Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun 'legasi' ini perlu diteruskan hingga calar-calar terhadap Imej Islam yang dilakukan Umno-BN ini mampu dijernihkan PAS untuk bukan Islam yakin Islam adalah agama yang sangat adil kepada seluruh makhluk di muka bumi ini!

Tiada ulasan: