Pahang Daily Online |
- SPM Cikgu Mala Pula Di Dedahkan Blogger UMNO, Kononnya Beliau Tidak Layak Jadi 'Wakil Rakyat' Kerana Keputusan Yang 'Tidak Membanggakan' !!
- Video Eksklusif Bersama Calon PAS DUN Tenang
- Ahli Parlimen Padang Serai "N.Gobalakrishnan" Akhirnya Buat Keputusan Lepas Semua Jawatan Daripada Parti Keadilan Rakyat Mulai Hari Ini !!
- Panas: Blogger Braveheart Semakin Biadap Serta Kurang Ajar Bila Tergamak Gelar Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Dan Lim Guan Eng Itu Sebagai Setan
- Tenang: Walau Pun UMNO BN Guna Pelbagai Cara Untuk Jatuhkan Kreadibiliti Calon PAS Namun Ia Tidak Jejas Sokongan Rakyat Kepada Cikgu Mala !!
- Kes Liwat II: Mahkamah Rayuan Syariah Berikan Tempoh Tiga Minggu Supaya Anwar Kemukakan Hujahan Bertulis Rayuan Permohonan Qazafnya
- Edisi Pahang: Kereta Terbabas Serta Terbalik Ke Dalam Sungai Di Pekan, Tiga Mangsa Mati Lemas
- Pilihanraya Kecil DUN Merlimau, SPR Tetapkan 26 Feb Hari Pencalonan Dan 6 Mac Hari Pengundian!
| Posted: 29 Jan 2011 02:58 AM PST ![]() Nampaknya puak-puak blogger UMNO BN semakin merapu dan meracau sekarang ini. Satu persatu serangan peribadi terhadap calon PAS di Pilihan Raya Kecil DUN Tenang dibongkarkan oleh mereka. Bermula dengan isu nikah kahwin kini terbaru isu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Puan Normala Sudirman (foto) itu pula didedahkan oleh mereka. Keghairahan menyerang Normala menunjukkan bahawa puak-puak UMNO BN sememang amat takut dengan kredibiliti beliau sekarang ini. Rakyat sudah melihat bahawa Cikgu Mala adalah calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin dan wakil rakyat bagi warga DUN Tenang. Lantaran itulah, serangan semakin ganas sekarang ini. Anehnya dalam masa yang sama puak-puak UMNO BN boleh pula menuduh pembangkang menyerang peribadi calon mereka. Sedangkan mereka yang lebih teruk dari itu. Serangan membabi buta tentang keputusan SPM Normala seperti yang didedahkan oleh blogger karat UMNO iaitu "Papa Gomo" jelas sekali membuktikan mereka sudah ketandusan idea. Anehnya ada pula blogger Pahang yang baru setahun jagung berblog kini cuba menjadi hero untuk menyokong kenyataan tersebut. Dalam posting terbaru di blog pahangku memaparkan satu kenyataan "Cikgu Mala ni rupanya tak lah sepandai mana. Kalau dilihat daripada sijil SPM beliau, rasanya budak sekarang lebih pandai dan bijak daripada beliau. Boleh dikatakan sekarang ini saban tahun pasti ramai lepasan SPM mendapat 10A. Tapi cikgu Mala alahai... Adakah orang sebegini layak menjadi YB? Fikir fikirkanlah" atas artikel bertajuk "Rahsia SPM Cikgu Mala" . [Persoalannya di sini apakah dengan keputusan SPM itu menjadi alasan untuk seseorang itu layak atau tidak menjadi wakil rakyat?. Lupakan mereka bahawa Cikgu Normala merupakan seorang guru yang pernah mendapat anugerah guru terbaik dan kini merupakan pemimpin PAS bagi kawasan Labis. Makanya, apakah menjadi alasan SPM digunakan untuk menunjukkan seseorang itu layak atau tidak menjadi wakil rakyat?. Apakah jika seseorang itu mendapat 18A1 maka mereka layak jadi wakil rakyat?. Belum tentu seseorang yang bijak IQ boleh menjadi pemimpin yang baik. Malah, ramai dikalangan pemimpin UMNO BN yang bijak seperti yang digambarkan oleh para blogger terbabit akhirnya bijak juga melakukan rasuah, penyelewengan dan merompak wang rakyat. Malah berapa ramai wakil rakyat UMNO BN yang bijak pandai akhir memperkayakan diri serta keluarga mereka dengan merebut projek-projek kerajaan. Mereka semua ini memang bijak pandai, tapi bijak pandai untuk menipu rakyat. Malah, sesuatu perlu kita tahu ialah bagaimana salinan keputusan SPM Cikgu Mala itu boleh didedahkan dan disebarkan oleh blogger-blogger terbabit agaknya?. Pasti ada yang pecah amanah lagi dalam mendedahkan maklumat peribadi beliau ini. Sebelum itu, maklumat peribadi berhubung dengan surat Cuti Sakit (MC) suaminya telah didedahkan sesuka hati oleh mereka sekarang]. |
| Video Eksklusif Bersama Calon PAS DUN Tenang Posted: 29 Jan 2011 02:34 AM PST [Sila Pause/Turn Off/Stop Web TV di atas untuk mendengar video ini] [Sila Pause/Turn Off/Stop Web TV di atas untuk mendengar video ini] |
| Posted: 28 Jan 2011 07:24 PM PST Selepas dikecohkan akibat teguran dan kritikan pedasnya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perlantikan R.Surendran sebagai Naib Presiden PKR yang dilantik baru-baru ini, akhirnya N.Gobalakrisnan (foto) mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Keputusan itu dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau hari ini. Gobala selaku Ahli Parlimen Padang Serai juga menyatakan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru. Biar pun ramai pihak dalam PKR yang gembira dengan keputusan beliau ini, namun bagi kami Gobala adalah antara pejuang tulen dalam PKR sejak sekian lama. Beliau rela bertempur dengan pihak polis dan sanggup diperlakukan apa saja demi mempertahankan Anwar Ibrahim. Malah, dalam ceramah-ceramahnya beliau begitu berani mengkritik kerajaan UMNO BN tanpa rasa takut dan gentar. Melihat kepada jasa dan sumbangan beliau kepada PKR selama ini, maka adalah amat wajar dia diangkat sebagai pemimpin PKR yang mewakili kaum India dalam parti itu. Namun, tindakan Anwar mengambil Peguamnya yang langsung tidak bertanding dalam Pemilihan PKR 2010 lalu jelas sekali satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Surendran walau pun hebat di mata Anwar, namun bagi rakyat jelata Gobalakrisnan jauh lebih hebat dari itu. Makanya, adalah lebih baik Gobala diangkat sebagai pemimpin India dalam parti itu. Namun, kenapa ini tidak berlaku?. Inilah yang menjadi masalah dan menyebabkan ketegangan yang berlaku dalam parti itu sebenarnya, Makanya perginya Gobala adalah satu kehilangan besar buat PKR. Apakah lebih ramai lagi yang akan pergi meninggalkan parti itu selepas ini agaknya.[Soalnya sekarang apakah Gobala akan menjadi Ahli Parlimen Bebas seperti rakan-rakan Wakil Rakyat PKR yang lain sebelum ini. Atau mungkinkah dia akan menyertai Parti KITA yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim itu agaknya. Tambahan pula, kelibatnya dapat dilihat ketika majlis pelancaran KITA pada 19 Januari yang lalu. Kini, seorang demi seorang pemimpin utama PKR mengambil keputusan meninggalkan parti itu. Mahu disalahkan 100% kepada mereka yang keluar itu, tidak patut juga kerana ramai yang tahu apakah masalah yang berlaku dalam PKR ketika proses pemilihan PKR 2010 lalu. Semua ini menurut mereka melibatkan campurtangan pihak atasan parti yang mahu memastikan "cai-cai" mereka dimenangkan bagi membentuk kepimpinan baru PKR untuk tiga tahun yang akan datang. Kini mungkin ramai lagi yang akan berbuat demikian sebenarnya, cuma mereka masih menunggu masa dan ketika untuk bertindak demikian. Apapun, semoga mereka berjaya dengan haluan baru masing-masing. Perjuangan membela rakyat boleh diteruskan dalam apa jua cara sekali pun. Apa yang penting ialah niat yang jujur untuk melakukan perubahan. Itu yang lebih penting]. |
| Posted: 28 Jan 2011 10:30 AM PST ![]() Sungguh mengejutkan apabila terbaca laporan para sahabat di laman facebook yang mengatakan seorang Exco Blogger Pembela Negara (BPN) dari Pahang yang dikenali sebagai Bravaheart (foto) kini semakin kurang ajar dan biadap. Malah, jika dilihat kepada perkataan yang dibuat pada artikel-artikel terakhirnya setakat ini ternyata sikap blogger terbabit semakin mencemar dan sungguh memalukan. Terbaru, dalam posting dilaman blognya beliau dengan jelas mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Nik Aziz (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP) sebagai setan (Syaitan). Dalam posting terbarunya hari ini (28 Jan) beliau menulis dengan tajuk "3 Setan Berceramah Malam Ini" bagi menggambarkan ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat itu. Tergamak beliau mengatakan ulamak seperti Tuan Guru Nik Aziz sebagai "setan", gara ketaksubannya untuk mengampu UMNO BN. Sungguh memalukan melihat kelibat beliau mutakhir ini. Blogger terbabit seolah-olah sudah "tidak waras" lagi sebenarnya. Mungkin dek kerana melihat seorang lagi rakan karibnya iaitu Blogger "Aku Yang Gambi" dijemput Illahi agaknya awal bulan lalu. Sangkaan kita, blogger seperti ini akan insaf atas apa yang berlaku kepada teman seperjuangan beliau itu. Rupa-rupanya dia masih terus berkhayal di alam sendiri. Sedangkan sebelum ini beliau merintih simpati mengharapkan pembelaan daripada puak-puak UMNO di Pahang ini. Beliau merayu nasibnya tidak diendahkan oleh Unit Media Baru UMNO Pahang pimpinan oleh si Shamsuddin Nawawi (Dato' Sam) iaitu Setiausaha Politik kepada MB Pahang. Kini, nampaknya Braveheart sudah menemui rentak biar pun agak sumbang. Beliau mungkin sudah mendapat perhatian dan habuan daripada UMNO BN, lantaran itulah kini semakin menjadi-jadi pula perangainya. ![]() Inilah bukti kebiadapan blogger terbabit dalam blognya Braveheart Ini pula artikel yang sama turut disiarkan pula di laman pahangku |
| Posted: 28 Jan 2011 09:44 AM PST ![]() LABIS 28 Jan [11.45 pm] - Walaupun UMNO BN menggunakan pelbagai cara untuk merendahkan kredibiliti calon Pakatan Rakyat DUN Tenang Normala Sudirman namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaan Pimpinan Pakatan Rakyat dan pengundi DUN Tenang terhadap beliau. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), yakin Normala mampu membawa isu dan suara rakyat ke Menurut beliau, menghantar seorang lagi calon BN hanya menambah golongan 'pak angguk' di DUN Johor dan tidak mampu menyuarakan kegusaran rakyat.Dewan Undangan Negeri Johor. "Kita mahu dia bawa isu rakyat. Bukan kita mahu dia ke DUN setuju semua. Dah ramai dah wakil Umno di situ, cukuplah. Yang tak payah belajar banyak. Nak jadi wakil rakyat Umno senang, cakap 'saya setuju'. Yang kita nak ialah yang boleh bawak bawak masalah. Masalah apa sekarang? harga barang," tegas Anwar. "Jadi kalau tanya apa dia isu Cikgu Mala dalam PRK ini, jawab. Isu ekonomi, isu makan minum kita, isu pelajaran anak-anak. Isu hidup kita yang perlu diangkat Wakil Rakyat ni bukan wakil Menteri, bukan wakil Menteri besar. Tapi wakil rakyat. Kita guna istilah wakil rakyat begitu," katanya. Anwar berkata demikian di Felda Chempelak Barat yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Labis. Walaupun dalam hujan lebat, penduduk di situ setia menanti kedatangan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan lain-lain. [Dalam ketika media arus perdana yang semakin berselera memaparkan berita berat sebelah kepada calon BN dalam pilihanraya kecil ini, nyata sekali ia tidak melunturkan para pejuang Pakatan Rakyat sebenarnya. Malah, kekuatan Cikgu Normala kian terserlah sekarang disaat calon BN rupanya berhadapan dengan satu skandal penyelewengan yang melibatkan rakyat di kawasan DUN Tenang itu sendiri. Maka itu, diharapkan sokongan rakyat kepada calon PAS itu akan bertambah. Malahan, jika tidak menang sekali pun ia diharap akan menjadi pemangkin kepada perjuangan yang lebih besar selepas ini. Kagum juga melihat Cikgu Mala yang begitu bertungkus lumus untuk berjuang membela rakyat walau pun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu]. |
| Posted: 28 Jan 2011 08:50 AM PST
[Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Anwar, 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Pada 9 Feb lepas, ketiga-tiga responden memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Anwar dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal. Peguam Dorina Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata mahkamah juga memberi tempoh terhadap ketiga-tiga responden yang diwakili peguam Roslizam Rahim untuk mengemukakan hujahan balas mengenai perkara itu. Beliau berkata permohonan rayuan itu bakal didengar awal April ini]. |
| Edisi Pahang: Kereta Terbabas Serta Terbalik Ke Dalam Sungai Di Pekan, Tiga Mangsa Mati Lemas Posted: 28 Jan 2011 08:20 AM PST ![]() PEKAN, 28 Jan [11.25 pm] - Tiga termasuk suami isteri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di dalam sebuah tali air di Km31 Jalan Pekan-Paloh Hinai pada 8 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata mangsa yang maut ialah seorang warga Indonesia, dikenali sebagai Mahmmud, 36, yang memandu kereta berkenaan, dan pasangan suami isteri, Mahrof Mat Sham, 73, dan Karinah, 55, seorang warga Indonesia. ,"Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas," katanya. Beliau berkata, kejadian itu dikatakan berpunca apabila kereta berkenaan cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang terjatuh di atas jalan. "Remaja lelaki yang menunggang motosikal dari Pekan ke Paloh Hinai itu dikatakan cuba memotong sebuah traktor, bagaimanapun dia hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan. "Kereta yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan cuba mengelak ke kanan jalan daripada melanggar motosikal berkenaan sebelum terbabas ke dalam tali air berkenaan," katanya. Beliau berkata, kereta yang dinaiki mangsa kemudiannya terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas. Katanya, orang ramai dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) cuba membantu mangsa bagaimanapun mangsa didapati meninggal dunia akibat lemas sebelum dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. Sementara itu, Rahmah Ibrahim, 59, ibu saudara Karinah berkata mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Rumbia untuk mengambilnya di Kampung Pulau Manis, dekat sini. "Saya bersama Karinah sepatutnya menaiki bas di perhentian bas Pekan pada jam 10 pagi ini untuk ke Johor bagi menghantar Karinah yang akan pulang ke Indonesia. "Sebelum ini saya ada mengajaknya untuk pulang pada hari esok tetapi dia nak balik hari ini juga bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di sana," katanya. [Inilah yang dikatakan malang tak berbau sebenarnya. Gara-gara mengelakkan daripada terlanggar kenderaan lain di atas jalanraya tiba-tiba kereta mereka pula terbabas dan terbalik dalam tali air. Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terbabit. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan mendapat rahmatNya. Cuaca hujan yang tidak menentu yang melanda negeri Pahang sekarang ini menyebabkan jalanraya licin dan amat berbahaya kepada kenderaan yang dipandu laju. Oleh itu, berhati-hatilah ketika memandu terutamanya dikala musim tengkujuh gelombang kedua yang sedang berlaku sekarang ini. Sayangilah keluarga anda dan jangan biarkan mereka menunggu anda dalam tangisan. Biar sampai lambat tetapi jangan tidak sampai langsung]. |
| Pilihanraya Kecil DUN Merlimau, SPR Tetapkan 26 Feb Hari Pencalonan Dan 6 Mac Hari Pengundian! Posted: 28 Jan 2011 07:56 AM PST
[Nampaknya, selepas DUN Tenang pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) begitu bijak dan prihatin untuk menetapkan tarikh pilihanraya sekarang ini. Jika di kawasan pembangkang, maka tarikh yang ditetapkan sudah pasti hari bekerja terutamanya Selasa tapi bila kawasan yang melibatkan BN maka seperti biasa Sabtu dan Ahad akan dijadikan tarik bersejarah untuk hari pencalonan dan pengundian. Teruskan perjuangan di Merlimau selepas ini biar apapun keputusan di DUN Tenang nanti]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan