Rabu, 26 Januari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Si Ahmad Maslan Hanya Berani Berkokok Di Luar Sahaja, Sebaliknya Menikus Bila Di Ajak Berdebat Isu Felda Oleh Mazlan Aliman ( Presiden ANAK ) !!

Posted: 26 Jan 2011 05:13 AM PST

Sungguh melucukan apabila melihat alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak pelawaan Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) untuk berdebat mengenai masalah Felda. Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu. "Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi. "Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang hari ini. Beliau berkata, Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini. Nampak benar Si Ahmad Maslan ini "bacul dan pengecut" sebenarnya.

[Orang ajak berdebat ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang, dia pula ajak berdialog selepas pilihanraya kecil itu nanti. Soalnya, kenapa beliau gentar dengan pelawan terbuka yang dibuat oleh Mazlan Aliman (foto) agaknya?. Apakah beliau gusar banyak "pekung di dada" akan terdedah dan dilondehkan oleh Presiden ANAK itu nanti. Berilah seribu alasan untuk menolak, yang pastinya rakyat memang melihat Ahli Parlimen Pontian itu bukan "anak jantan" . Mahu berdebat isu-isu Felda pun takut, apatah lagi isu-isu nasional yang lain. Maka kita sarankan Ahmad Maslan hafal balik skrip ketika dia berdebat zaman persekolahannya dulu jika beliau benar-benar hebat. Setakat berkokok tetapi takut masuk gelanggang ramai lagi pemimpin UMNO akar umbi yang lebih berani ke depan dari beliau].

Martabak Mengkasar: "Pelanggan Setia" Kecewa, Produk Popular Tetapi Kualiti Perkhidmatannya Semakin Teruk Dan Tersangat Membimbangkan !

Posted: 25 Jan 2011 09:33 PM PST

PEKAN, 26 Jan [1.33 pm] - Pekan adalah bandar kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Malah, bandar ini adalah satu-satunya bandar yang melahirkan dua Perdana Menteri di Malaysia iaitu Dato' Najib dan arwah bapanya Allahyarham Tun Razak sendiri. Mutakhir ini, Pekan amat popular dengan gelaran "Pekan Martabak". Apa tidaknya, populariti martabak Pekan yang dikenali sebagai "Martabak Mengkasar" itu sememangnya sudah terkenal ke seluruh negara. Siapa sahaja yang singgah di bandar ini, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk "pekena" martabak tersebut. Malah, ada juga mereka yang sanggup bersusah payah memandu dari jauh semata-mata mahu mencuba makanan terbabit yang dikatakan "lain dari yang lain" itu. Pendek kata "Martabak Mengkasar" kini sudah popular seantero dunia, malah mempunyai banyak cawangan di tempat lain. Melihat kepada restoran "Martabak Mengkasar" yang terletak ditepi jalan utama keluar masuk ke bandar Pekan itu ternyata ia memang menjadi sambutan hangat. Setiap masa dan ketika pasti tempat duduk di restoran terbabit dipenuhi dengan orang ramai. Malah, ada yang sanggup berbaris untuk membeli martabak terbabit. Namun, sejak akhir-akhir ini masalah mula timbul. Orang ramai mula "merungut" dengan Martabak Mengkasar. Macam-macam cerita yang didengar termasuk isu proses yang terlalu lewat dan pemilik restoran terbabit yang terlalu sombong. Semua ini, bukan omongan kosong lagi. Mungkin dek kerana menyedari populariti martabaknya yang menyebabkan pemiliknya bersikap begitu.


Pemilik Martabak Mengkasar perlu jaga kualiti jika mahu terus popular

Keunikan Martabak Mengkasar menyebabkan ia jadi tarikan pelanggan
Namun, isu ini kini menjadi bualan ramai pihak termasuk mereka yang kerap berkunjung ke restoran terbabit. Kelewatan menunggu menyebabkan ramai pelanggan yang kecewa dan akhirnya "benci untuk menikmati" makan terbabit. Siapa harus dipersalahkan dalam hal ini agaknya?. Terdapat laporan ada yang terpaksa menunggu hampir satu jam lebih hanya kerana mahu menikmati sepinggan martabak di restoran terbabit. Malah, ada juga yang terpaksa menunggu lebih lama dari itu sebenarnya. Semua ini menyebabkan dari sehari demi sehari para pelanggan restoran berkenaan lari. Mereka kecewa dengan apa yang berlaku dan bila ditegur atau ditanya berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh pekerja restoran terbabit. "Jika orang ramai pesanan lewat kita tidak marah, tetapi ketika orang tiada pun pesanan turut lewat. Hingga menyebakan kami yang sudah sekian lama menjadi pelanggan amat kecewa. Sepatutnya pihak terbabit mencari jalan dan alternatif untuk meningkatkan kualiti. Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Semakin popular semakin lembat kerja-kerja yang dilakukan. Saya tidak akan menjamah lagi makanan terbabit akibat kecewa dengan layanan dan prestasi restoran itu", kata seorang pelanggan.

[Tinjauan kami ke restoran terbabit baru-baru ini mengesahkan lagi apa yang dilaporkan itu. Bayangkan untuk membeli tiga mertabak special perlu menunggu sehingga 1 jam 45 minit lamanya. Ini sangatlah membimbangkan dan tidak sepatutnya berlaku. Malah, sikap pekerja dan pemilik restoran terbabit juga amatlah menyedihkan. Langsung tidak mahu berbudi bahasa malah marahkan pelanggan yang kononnya tidak sabar menunggu apabila soalan tentang kelewatan itu diajukan. Kami sangkakan masalah ini hanya berlaku di Pekan, namun cawangan Martabak Mengkasar juga senario yang sama berlaku. Difahamkan kelewatan itu berpunca daripada kekurangan pekerja yang membuat makanan terbabit. Sepatutnnya pihak berkenaan menambah lagi dapur-dapur untuk tujuan mempercepatkan urusan berkaitan. Martabak tidak sama dengan roti canai. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyiapkan makanan terbabit. Jika masalah kelewatan seperti ini gagal diatasi maka kami khuatir akhirnya pelanggan akan terus lari dan perniagaan mereka akan terjejas selepas ini. Oleh itu, lakukan sesuatu untuk memulihkan kembali keyakinan pelanggan terhadap kehebatan Martabak Mengkasar].

Kecewa Dengan Teguran Pembangkang, BN (Bini Najib) Rosmah Mansor Rela Dedahkan Kononnya Istana Oman Taja Lawatan Beliau Ke Negara Itu !

Posted: 25 Jan 2011 08:40 PM PST

Lucu benar bila mendengar kenyataan BN (Bini Najib) si Rosmah Mansor (foto) konon lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit. Beliau berkata, semasa di Oman, pihak istana menyediakan semua kemudahan untuk delegasi Malaysia yang terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). ''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana. ''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya. Jika benarlah dakwaan Rosmah itu, maka ternyata beliau memang hebat dan sungguh menakjubkan. Rasanya sejak zaman berzaman Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, kita tidak pernah mendengar satu keistimewaan yang dinikmati oleh Rosmah sebenarnya. Bayangkan, perbelanjaan beliau ditaja oleh pihak istana, maknanya Rosmah sama "standard" dengan Permaisuri Agong atau lain-lain kerabat di Raja. Memang sungguh hebat dan benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.

[Jika benar dakwaan Rosmah itu, maka satu siasatan yang rapi perlu dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Soalnya, kenapa isu "Istana Oman Taja" boleh timbul, sedangkan sebelum beranggat ke sana dulu Rosmah tidak langsung mendedahkan perkara tersebut. Apakah dek kerana tekanan demi tekanan yang diterima oleh beliau terutamanya isu tersebut dimainkan oleh pembangkang di DUN Tenang sekarang ini, maka Rosmah terpaksa membuka cerita itu. Soalnya, benarkah Istana Oman benar-benar menaja perjalanan Rosmah atau sekadar alasan untuk melepaskan dirinya. Jika benar Istana Oman menaja perjalanan tersebut, maka adakah ia melibat beliau sahaja atau keseluruhan rombongannya seramai 20 orang itu. Maka, apakah rasionalnya Istana Oman mahu menaja kumpulan terbabit, sedangkan mereka bukanlah misi membawa pelaburan atau sebagainya seperti yang dilakukan oleh menteri yang berkenaan?. Apa yang rakyat tahu, semua itu hanyalah helah Rosmah untuk membazirkan wang rakyat semata-mata. Maka, bagi mengaburi mata rakyat istana digunakan sebagai senjatanya. Rakyat lebih bijak menilai siapa Rosmah !!].

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat Tetap Pertahankan Tindakan Parti Itu Letakkan Calon Wanita Dalam Pilihan Raya Kecil Di DUN Tenang

Posted: 25 Jan 2011 09:48 AM PST

KOTA BHARU, 26 Jan [11.32 am] - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) tetap mempertahankan tindakan parti itu meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Johor. Menteri Besar Kelantan itu juga menolak dakwaan kononnya parti itu tidak menerima wanita sebagai pemimpin atau wakil rakyat kerana bercanggah dengan dasar PAS. Malah, beliau berkata, PAS lebih mendahului ke depan dengan memilih wanita sebagai calon pilihan raya berbanding dengan Arab Saudi sendiri. "Kita (Pas) pernah memilih wanita sebagai calon pertama ketika pilihan raya (umum) pada 1955, iaitu Khadijah Sidek, ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu," katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin UMNO bahawa Pas perlu mentafsirkan semula hadis atau al-Quran bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat sedangkan pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang parti itu memilih Normala Sudirman sebagai calonnya.

[Kenyataan Nik Aziz ini diharap dapat meredakan sedikit kemusykilan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri tentang perkara ini. Ternyata Islam memberi tempat sewajarnya kepada kaum wanita asalnya ia tidak bertujuan maksiat dan sebagainya. UMNO BN kini asyik menggunakan isu itu sebagai modal untuk memancing undi. Namun, para ulamak itu sebenarnya lebih mengetahu daripada apa yang kita tidak ketahuinya. Oleh itu, teruskan perjuangan untuk menyedar serta meyakinkan rakyat tentang kepentingan untuk meneruskan agenda perubahan buat seluruh rakyat sejak dulu, kini dan buat selama-lamanya].

Muhyiddin Yassin 'Perbodohkan' Diri Sendiri Bila Mengatakan Menteri Besar Yang Gagal Mendapat Sokongan DUN Sepatutnya Meletakkan Jawatan !!

Posted: 25 Jan 2011 09:13 AM PST

Malunya apabila rakyat Malaysia mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang amat dangkal mentaliti dan pemikirannya. Inilah hakikat sebenarnya buat seorang TPM bernama si Muhyiddin Yassin (foto) itu sebenarnya. Dalam satu sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Bagawan, Brunei malam tadi Muhyiddin dengan bangganya mengatakan bahawa seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan Kenyataan itu dibuatnya berikutan Kerajaan Negeri Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN sebelum itu, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959. Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit. "Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN," katanya. Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

[Soalnya sekarang jika benarlah kata TPM Muhyiddin kiranya tidak mendapat undi dua pertiga di DUN maka seseorang pemimpin itu perlu meletakkan jawatannya. Maka apa bezanya dengan yang berlaku di Perak sekarang?. Apakah Si Zambry Kadir mendapat majoriti dua pertiga?. Kenapa beliau tidak diarahkan letak jawatan dan pilihanraya negeri diadakan semula?. Malah, paling sensasi ialah bagaimana pula dengan Kerajaan UMNO BN yang gagal mendapat majoriti dua pertiga di parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu?. Maka, wajarlah Muhyiddin dan Najib meletakkan jawatannya kerana gagal mendapat majoriti di parlimen. Kenapa tidak mahu letak jawatan?. Kenapa bila terkena batang hidu sendiri mereka pertahankannya tetapi bila terkena kepada pembangkang mudah saja alasan yang diberikan. Apakah Muhyiddin sedar apa yang diperkatakan itu agaknya? Atau dia kini sudah nyanyuk akibat takut DUN Tenang jatuh ke tangan pembangkang (Pakatan Rakyat). Maka eloklah rakyat tutup mulut Muhyiddin dalam Pilihan Raya Umum akan datang].

Tiada ulasan: