Pahang Daily Online |
- Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Tetapkan Mulai Dari 14 Feb Hingga 25 Mac ini !!
- Pilihanraya Kecil DUN Tenang: Bekas Guru Serta Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Labis Puan Normala Sudirman Dipilih Calon Pakatan Rakyat
- Rakyat Malaysia Gembira "Bila Kita Menang" Piala Suzuki AFF, Tetapi Orang Pahang Terkilan Kerana Tiada Satu Pun Anak Negeri Dipilih Wakili Negara!
| Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Tetapkan Mulai Dari 14 Feb Hingga 25 Mac ini !! Posted: 16 Jan 2011 07:58 PM PST
|
| Posted: 16 Jan 2011 08:38 AM PST LABIS, 17 Jan [1.06 am] - Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Labis, Puan Normala Sudirman (foto) dipilih mewakili PAS sebagai calon Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor pada 30 Januari ini. Bekas guru berusia 38 tahun yang juga ibu kepada tiga orang anak itu diumumkan sebagai calon di Ibu pejabat PAS, Jalan Segamat malam tadi. Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat. Turut hadir pada majlis itu adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Normala juga adalah ahli exco sayap wanita PAS. Spekulasi berhubung pencalonannya tersebar luas beberapa minggu lalu ekoran peletakan jawatannya secara mengejut bulan lalu dan beliau turut menyampaikan ceramah dalam aktiviti PAS di Tenang. Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya. Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan hadir untuk mendengar pengumuman itu. Penamaan calon PRK di Tenang ditetapkan pada Sabtu manakala pengundian dilakukan pada 30 Januari ini.![]() Calon Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Puan Normala Sudirman ceria selepas diumumkan sebagai calon, diapit oleh pimpinan wanita Pakatan Rakyat lain |
| Posted: 16 Jan 2011 08:08 AM PST Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan Skuad Harimau Malaya yang menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF. Keringat dan pengorbanan pemain negara di atas padang dan luar padang (25 orang) ternyata berbaloi apabila kerajaan memperuntukkan ganjaran sebanyak RM1.625 juta dalam bentuk saham amanah dan wang tunai buat mereka baru-baru ini. Daripada jumlah itu, pemain dan jurulatih kebangsaan menerima RM65,000 setiap seorang yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis ramah mesra meraikan pasukan juara itu di kediaman rasminya di Seri Perdana. Ganjaran itu diberikan dalam bentuk unit saham Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 bernilai RM50,000 serta wang tunai RM10,000 manakala RM5,000 pula menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN). Namun dalam keghairahan menyaksikan kemenangan dan pemain menerima hadiah tersebut, terdapat juga rakyat Pahang yang bermuram durja dan bersedih hati sebenarnya. Apa tidaknya, daripada 25 orang pemain skuad Harimau Malaya tidak terdapat pun seorang pemain dari negeri Pahang Darul Makmur sendiri. Bayangkan, negeri lain ada terdapat sampai empat lima orang pemain mewakili skuad kebangsaan tiba-tiba FAM terlepas pandang pemain dari negeri ini. Tambah mennyedihkan ialah Presiden FAM dan Timbalannya adalah merupakan Sultan dan Tengku Mahkota Pahang. Malah, hadiah kemenangan tersebut juga diberikan oleh Perdana Menteri yang juga berasal dari negeri Pahang. Soalnya, kenapa FAM terlepas pandang akan perkara sebegini agaknya?.![]() Aneh, kalau nak dikatakan pemain Pahang tak berkualiti.. dalam Liga Super 2010 ada dua orang penjaring terbanyak dari negeri ini. Apa masalah sampai tiada seorang pun terpilih wakili negara hatta pemain simpanan sekali pun |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan